SLIDER

Kalau Sayang Isteri , Si Suami Harus Tahu Perangai Dan Perkara Pelik Ketika Isteri Hamil

30 Sept 2015

Mengandung adalah satu proses yang melibatkan perubahan daripada segala aspek tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal, mental, rohani, fisiologi tubuh, metabolisme, tabiat serta perangai. Ini bukan pelik kerana kesemua perubahan ini berkait rapat antara satu sama lain. Cuma, apabila mengandung, perubahan ini ada kala di salah erti, tidak di fahami malah di anggap satu perlakuan aneh yang kadang kala menjengkelkan!

Jom tengok apakah perangai-perangai pelik ibu mengandung yang harus diketahui oleh suami. Jadi lepas ni takde sebab suami nak sindir-sindir, perli-perli atau tiba-tiba marah tak tentu pasal tengok perangai isteri yang bukan-bukan ni. :D


1. Kuat tidur
Teringat seorang roommate masa belajar dulu. Saya pelik tengok dia asyik tidur. Rupa-rupanya baru saya tahu dia sedang mengandung! (dia rahsiakan perkahwinan dia)
Saya sendiri pun suka tidur masa mengandung. Letak je kepala terus hanyut. Entah apa yang letih sangat pun tak tahu lah.
Suami kalau nampak isteri asyik tidur je masa mengandung, biarlah dia rehat. Kita tak tahu penat lelah dia bawa perut atau berperang dengan bayi sorang dalam perut tu.

2. Tak boleh masuk dapur
Terutama dalam trimester pertama. Pengalaman saya sendiri masa mengandung kali pertama, asal masuk dapur je loya. Memang tak boleh tahan dengan bau dapur nak-nak bau bawang. Penyudahnya suami yang masak atau memang tak masak langsung!
Belum ada anak ok la kan.. Kalau anak dah ramai, loya tak loya kena masak juga lah.. Pakailah mask ke apa yang patut.

3. Selera bertambah
Makan untuk dua orang katanya. Masa saya mengandung kali pertama, percaya tak, semua kena double! Padahal saya ni bukanlah jenis makan banyak pun.
Roti canai 2 keping, pizza boleh habis saya sorang (kalau tak sejurih pun jenuh), nasi lemak 2 bungkus macam-macam lagi lah. Mungkin senang hati sangat agaknya. Bukan bela saka tau! Uhuhu..
Peliknya mengandung lepas-lepas tu takde pulak macam tu.

4. Kunyah ais
Ini bukan saya. Tapi ramai juga ibu mengandung ada tabiat kunyah ais ni. Apa yang sedap sangat pun tak tau. LOL!
Tahu tak, tabiat kunyah ais ni ada kaitan dengan anemia atau kekurangan zat besi dalam badan. Jadi selain memuaskan nafsu dengan kunyah ais, ada baiknya ibu telan pil zat besi atau Vitalea.

5. Mudah merajuk
Sikit-sikit merajuk. Salah cakap sikit sedih. Terguris sikit menangis. Oh ini bukan saya. Tapi memang ada ibu mengandung berperangai macam ni.

Suami kena hati-hatilah bercakap dengan isteri. Pembawakan budak.

Dan isteri, janganlah asyik sentap, menangis, merajuk tak tentu pasal. Nanti anak dalam kandungan pun terikut-ikut perangai ibu lalu banyaklah ragamnya nanti. Ibu juga yang stress kan?
So, happy2 lah sepanjang mengandung ni.

6. Saiz kasut bertambah?
Apabila kandungan dah semakin membesar, mungkin ada ibu-ibu yang perasan bahawa kaki mereka dah semakin besar.

Sebenarnya kaki mereka tak membesar pun, cuma sedikit membengkak akibat keluar masuk bendalir yang tidak seimbang.

7. Jadi pelupa
Tertinggal wallet, terlupa kunci kereta letak kat mana, terlupa kunci pintu, terlupa tutup api dapur sampai kering air dalam cerek (aku la tu).

Kajian menunjukkan semasa mengandung, keupayaan kognitif dan memori kita agak terhad dan tidak konsisten. Keadaan ni mungkin hilang selepas bersalin atau mungkin juga berterusan. Itu yang ada orang kata urat putus lepas bersalin ni.

Fokuslah dengan apa yang kita buat, sediakan senarai 'to do list', dan makanlah Omega Guard atau Lecithin untuk kuatkan keupayaan otak dan memori.

8. Emosi berubah-ubah
Kejap suka, kejap masam macam cencorot, kejap gelak-gelak, kejap marah (takut ngat aih) hahaha..

Perubahan mood dan emosi semasa mengandung ni ada kaitan dengan perubahan hormon yang mendadak yang mana ia beri kesan kepada aras neurotransmitter dalam otak.

Di samping kita bergembira dengan kehadiran bakal ahli baru, ada banyak perkara yang kita sering fikirkan. Inilah yang mencetuskan perubahan emosi dalam diri ibu tersebut.

Bertenang dan banyakkan berfikir perkara positif mengenai diri, kehamilan dan anak yang bakal lahir.

9. Mengidam
Ada ibu yang apabila mengandung je, dia teringin nak makan macam-macam. Boleh jadi apa yang dia tak pernah makan pun dia teringin nak rasa. Waktu tak mengandung takde pulak dia nak minta makan pelik-pelik macam tu.

Bukan selalu isteri tu mengandung kan. Jadi apa salahnya suami tolong carikan apa yang isteri teringin sangat nak makan tu. Asal bukan arang, sabun, kayu, kaca, pokok, batu dan seumpamanya cukuplah.

10. Masalah kesihatan dan perubahan fisiologi
Sekurang-kurangnya 10 ketakselesaan dan masalah kesihatan ringan yang ibu mengandung akan lalui termasuk:
  • morning sickness
  • kerap kencing
  • discaj vagina lebih dari biasa
  • pedih ulu hati
  • kembung perut
  • sembelit
  • gusi berdarah
  • hidung berdarah
  • gatal-gatal pada kulit
  • bengkak (edema)
  • sakit pinggang
dan macam-macam lagi.

Ibu jangan pelik dan panik kalau tiba-tiba mengalami masalah seperti diatas. Ianya normal untuk semua ibu mengandung. Ibu harus hati-hati dan waspada dengan tahap kesihatan. Ikut nasihat doktor dan jururawat.

Paling penting amalkan pemakanan berkhasiat, sentiasa tenang dan gembira, tidak stress dan laluilah tempoh mengandung dengan perasaan teruja dan menyeronokkan!

Kredit : ilhamfamilysihat 

Dilema Pelajar "Tidak Pandai"

3 Sept 2015


Adik seorang pelajar berumur 16 tahun dan anak bongsu daripada 4 beradik. Kehidupan kami sekeluarga sederhana sahaja. Sekarang adik sedang bersedih. Di kalangan adik-beradik, abg dan kakak semuanya pandai dan bijak dalam pelajaran. Semua dapat masuk Universiti dengan keputusan peperiksaan yg sangat cemerlang.

Tapi Adik, boleh dikatakan dalam kategori pelajar "Tidak Pandai" / "Tidak Bijak". Pelajar tercorot. Bukan adik tak mahu pandai, tapi adik tak tahu kenapa adik tak boleh jadik pandai. Macam macam cara adik dah berusaha untuk lebih maju. Pergi tuisyen, belajar dalam kelas, berbincang dengan rakan dengan guru, tapi entahlah keputusan ujian tetap tidak cemerlang.

Mujur mak, ayah, abg dan kakak tak pernah sisihkan adik. Mereka tak pernah patahkan semangat adik. Mereka tahu situasi adik. Mereka sentiasa mendorong dan memberikan semangat yang tak jemu-jemu dan mereka juga tetap berusaha mengajar adik dirumah supaya adik lebih faham apa yang diajar di sekolah. Setiap kali nak datang ujian, adik belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan dirumah, namun setiap kali keputusan keluar, sangat - sangat membuatkan adik sedih dan kecewa dengan diri adik, walaupun dah berusaha dengan tekun. Memang adik tak pandai ke ?

Adik tak faham kenapa adik sorang macam ni. Adik kecewa . Adik pernah tanya mak, kenapa adik sorang je tak pandai dalam pelajaran. Mak sentiasa beri nasihat bahawa ini satu ujian untuk adik dan keluarga , dan adik mungkin pandai ke arah lain. Mak suruh adik cari bakat dan minat adik ke arah apa.

Adik dalam dilema , sebabnya hati adik sentiasa takut dan ragu-ragu apa akan jadi pada masa depan nanti. Adik ingin sekali membalas jasa kedua ibu-bapa adik bila dewasa kelak. Tapi kalau sekarang ni adik tak pandai, macammana adik nak membalas jasa mereka. Adik sayangkan mak ayah yang dah banyak menolong kami adik beradik, tapi adik sorang yang tertinggal ke belakang. Macam mana nak ambik SPM tahun depan . Adik takut. Kalau tak masuk universiti adik nak pergi mana.

Kakak dan abang di luar sana boleh bagi pendapat dan nasihat pada adik.

-Adik Dilema-

Hati Rindu Menantikan Zuriat

16 Jul 2015


Assalamualaikum admin. Nama saya Anirah , tahun ini genap 6 tahun saya berumahtangga, namun kami masih berdua , belum mendapat zuriat. Di ruangan ini saya ingin sekadar berkongsi perasaan dan meminta pendapat , mudah-mudahan dapat juga mendorong semangat saya dan suami.

Saya pasti , pembaca diluar sana yang senasib dengan saya , memahami perasaan kami yg masih belum dikurniakan anak. Perasaannya sukar digambarkan, apatah lagi di awal 3 tahun perkahwinan penuh dengan tekanan dari pelbagai pihak. Setiap hari bertemankan air  mata. Hati sangat rapuh dan sensitif, walaupun dengan soalan-soalan yg diajukan boleh dianggap biasa. Bila nak kemana-mana, nampak pasangan muda yg mendukung anak, saya terus menangis, seolah-olah hidup saya habis disitu sahaja.

Mujurlah suami  seorang yg sangat bersabar , sentiasa menenangkan hati saya, wpun saya tahu perasaan dia juga bercampur baur. Saya pernah beritahu suami kalau dia dah tak boleh tunggu, saya izinkan die kahwin lain supaya boleh mendapat zuriat sendiri. Tapi suami saya cakap dia tak mahu fikir apa-apa pun pasal tu, die nak lalui je dengan apa yg ditakdirkan dengan doa dan usaha, kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah. Sekiranya suami ditakdirkan berkahwin lain pada waktu yg diizinkanNya, kami terima denga redha

Lama-kelamaan kami dapat terima dengan situasi sekarang.

Ya, kami suami isteri masih kekal positif untuk terus berusaha mendapatkan zuriat sendiri. Sehingga saat dan detik ini kami sentiasa berdoa dan terus berusaha mencari penawar dan rawatan yg dipercayai boleh membantu masalah seperti kami ini. Pelbagai kaedah dan cara kami telah cuba. Mungkin belum rezeki lagi. Tinggal lagi kaedah IVF yg masih belum cuba, kerana kekangan kewangan.

Jadi saya ingin memanfaatkan ruangan seperti ini, memohon kepada pembaca di luar sana berkongsikan pendapat, alternatif , petua, amalan atau apa jua usaha yg telah berjaya dilakukan. Mungkin ada sesetengah pembaca diluar sana , ada yg sedang mencuba, atau dah berjaya mendapatkan anak. Tidak kiralah pengalaman sendiri, atau pengalaman kwn-kwn, saudara-mara atau sesiapa shaja. Mungkin ada sesetengah drp usaha drp pihak pembaca yg masih belum kami cuba.

Saya faham, sebagai hambaNya, kami kena redha dengan apa yg ditakdirkan. Tapi kami tak mahulah redha dengan bergoyang kaki sahaja tanpa usaha. Selagi masih ada kudrat, selagi ia satu ujian dariNya, kami akan terus berusaha dan berusaha. Kami percaya ujian ini adalah satu tanda kasih sayang Allah kepada kami.

Jadi saya mohon kpd pembaca diluar sana, sudi kiranya berkongsikan apa jua usaha yg anda dah lakukan. Mungkin bukan untuk saya saja, tetapi untuk pembaca-pembaca lain yg senasib dengan kita.
Semoga perkongsian dan perbincangan di sini dapat dimanfaatkan kebaikannya bersama-sama.


-Terus Menanti Dengan Sabar-

Rakan Sebilik(rumah sewa) Pengotor Dan Pemalas

4 Jul 2015


Salam admin,

Saya tinggal di rumah sewa dengan 5 orang rakan berusia pertengahan 20-an. Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan saya. Walaupun usia dah boleh dikatakan layak untuk berkahwin, tetapi dia tidak pandai menguruskan diri walaupun perkara-perkara asas.

Kami menyewa tinggal satu bilik yang ada katil double. Katil die di atas, saya dibawah. Dia sering menimbun pakaian kotornya di tilam saya. Kdg -kdg pakaian yg masih lembap pun akan diletakkan di atas katil saya menyebabkan katil saya berbau . Tuala yg digunakan selepas mandi tu pun digantung kat kepala katil saya. Saya naik pelik kenapa die taknak gantung di luar balkoni . Saya cakap kat die supaya gantung kalt luar, die buat tak dengar je. Sudahnya saya yg tolong sidaikan kat luar.

Dalam bilik ada satu tong sampah kecil, bila sudah penuh saya selalu pesan bergilir-gilirlah buang sampah tu di tong sampah besar kat luar. Tapi dia buat perangai sardin je, biarkan mcm tu je sampah sampai melimpah dan berbau. Lipas, lalat, nyamuk dah mula menyinggah kat sampah tu pun, die buat mcm nampak tak nampak je. Nak tak nak, saya lah juga yang kena pergi buang.

Sama juga halnya dengan bilik air. Saya bgtahu die kita kena buat jadual cuci bilik air . Sekurang-kurangnya selesalah bila nak mandi. Masa bincang kata OK, sampai giliran dia , bilik air tu dah sampai berkulat, licin dan geli untuk memijak pun masih lagi tidak kisah menggunakan bilik air dalam keadaan kotor mcm tu Bila saya ingatkan giliran dia mencuci, dia kata dia busy. Kdg-kdg kencing berak pun die tak flush. Naik loya dibuatnya.

Saya pernah ajak berbincang dengan dia berkenaan perbuatannya namun akibatnya kami bermasam muka dan dia mula buat perangai sentap, walhal saya tidak meninggikan suara pun, sebaliknya saya menegur dengan cara elok mengenai sikap pengotornya.

Saya dah mula naik bosan dgn rakan sebilik pengotor dan pemalas.
Macam mana lagi saya nak buat. Ikutkan hati, saya nak tukar rakan sebilik, tapi tak tahu lah cara nak bagitahu kat kawan saya ni. Takkanlah saya yg kena pindah, sedangkan saya dah lama duduk disitu, ok je. Bila dia dtg masuk 2 bulan lepas, perkara mcm ni berlaku.

Tolonglah bagi saya pendapat mcmmana lagi nak bgtahu die.

-Ita-

Keliru Bercinta Di Facebook

2 Jun 2015


Hai admin…

Saya sedang buntu . Saya telah mengenali seorang lelaki melalui rakan FB saya. Si DIA , hanya saya kenal di FB sahaja. Saya berada di Kuala Lumpur. Dia jauh nun di Utara. Kami tak pernah berjumpa.Kami hanya berkomunikasi dalam FB dan seterusnya berhubung melalui telefon. Dia melayan saya seolah-olah saya sangat istimewa. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta dengan dia.

Hampir setahun berhubungan, dia mengajak saya berjumpa dan dah tetapkan masa.Memandangkan kami jauh antara satu sama lain dan sibuk dengan urusan kerja masing-masing, jadi perjumpaan kami sentiasa tertangguh. Walaubagaimanapun, kami tetap berhubung. Jika dia sibuk, kami saling berbalas FB dan berhubung dengan telefon sahaja. Kadangkala , sekiranya ada hari-hari istimewa, dia pasti mengirimkan sesuatu sebagai satu kejutan seperti bunga, kek, coklat dan kad dedikasi. Saya benar-benar merasakan die mempunyai perasaan kpd saya bukan setakat sbg kawan sahaja.

Apa yang mengelirukan saya sekarang, sejak akhir-akhir ini dia seolah-oleh tidak berminat utk meneruskan perkenalan ini sedangkan kami sudah berjanji untk bejumpa. Dia sering mengelak apabila saya bersungguh-sunguh menetapkan tarikh pertemuan. Mcm ada sesuatu yg berlaku tanpa pengetahuan saya. Adakah die sudah bosan dengan saya atau si dia ada teman yg baru. Apabila saya call, hanya beberapa minit sahaja kaami berbual, berbanding dulu, kami akan sembang selama lebih kurang sejam.

Masalahnya saya sudah mula menyukainya dan menyayanginya. Saya betul-betul menyimpan perasaan terhadap dia. Dia telah memberi harapan baru kepada saya selepas saya putus tunang. Tambahan pula dia merupakan salah seorang kawan kepada sahabat saya, itu yang menyebabkan saya membuka pintu hati saya untuk bercinta semula.

Sekarang saya dapat rasakan bahawa Dia seperti bermain tarik-tali sahaja apabila menghubungi saya…saya keliru dengan diri saya sendiri. Saya sudah mula menyayangi dia dengan sepenuh hati dan jiwa, tapi dalam masa yang sama saya berasa diri saya seperti dipermain-mainkan…seperti saya ni hanya tempat untuk melepaskan boring sahaja. Kadang kala hati saya sedih dan kecewa, saya penat untuk disakiti berkali-kali selepas memberi harapan kpd saya.

Kalau si dia sudah tak berminat dan tidak mahu meneruskan hubungan ini, berterus terang sahajalah, biarlah perkenalan kami setakat ini sahaja..tetapi kadangkala bila saya tanya kenapa, dia memberikan memberikan respon dengan memberi harapan pula kepada saya…..saya benar-benar keliru dan buntu…tak tahu apa yang harus saya lakukan…

Saya jenis org yg suka berterus -terang . Senang nak move-on. Masalahnya Dia suka berkias-kias ..

Mohon pendapat sahabat-sahabat saya di sini , apa yg harus saya buat.

-Sarah-

Tips Dan Cara Nak Minta Kawan Bayar Hutang

17 May 2015



Bukan senang ye untuk menuntut atau kutip hutang dari kawan yang jenis buat-buat tak faham atau buat-buat lupa. Suka atau tidak, pasti kita pernah berada dalam situasi bersalah nak mintak hutang kita balik. Padahal , tu wang yang kita pinjamkan untuk mereka. Bukan apa, sebab ada sesetengah orang tu jenis yang liat nak bayar walaupun kita dah minta berkali-kali...yalahkan janji sebelum pinjam memang manis, lepas itu terus senyap.

Mungkin betul juga , anda tidak sampai hati nak minta kawan membayar hutang secara berterus-terang ataupun berkias-kias. Tapi takpe, di sini Admin kongsikan beberapa  cara yang kreatif daripada blog TheOtherKhairul yang boleh cuba digunakan untuk meminta kawan-kawan anda membayar hutang.

Manalah tahu diorang akan bayar balik selepas anda gunakan cara ini! Good Luck !

-Admin-

Assalamualaikum
Hello BFF dan GFF sekalian.

Kawan baik. Well, good to know yang korang ada ramai kawan baik. Okay now, siapa yang ada kawan baik tapi kawan baik tu dah bertukar jadi your worse enemy ever, sila angkat tangan. Yeah, I can see that ramai betul BFF dan bertukar kepada musuh utama yang tahu semua rahsia.

Well, antara masalah yang kadang kala berlaku adalah bila kita dah rapat dengan someone, someone tu datang kepada kita untuk meminjam sedikit duit. Kita pulak kalau tak bagi mula lah rasa bersalah. Actually, kalau duit tu cukup, nak kasi pinjam tu tak der hal. Masalahnya, adalah bayar balik. 
Well, korang ingat senang ke nak mintak balik hutang yang kawan baik pinjam? Susah beb. Andaikata korang nampak BFF korang tu dari jauh. Korang pandang dia tajam-tajam. Then slow-slow korang gerak ke arah dia then approad dia dengan ayat.

"Haiii :). Hutang aku bila nak bayar?"

Kalau korang perasan, even korang buat muka baik macam mana pun, korang pasti akan nampak amat jahat bila masuk bab nak mintak bayar hutang kan? Tak percaya try ah. Well, aku pun tak tahu kenapa tapi serious apa-apa yang berkaitan dengan hutang akan merosakkan suasana. Dan itu akan membawa kita ke situasi seterusnya which is situasi kekok antara korang dan your BFF.

Kekok? What kekok?

Untuk pengetahuan korang, situasi kekok tu akan menjadi teruk kalau kawan-kawan baik korang tu tak ada duit atau tak nak bayar hutang. Tu belum kira lagi kalau korang perlu keluarkan kenyataan-kenyataan yang menyedihkan tentang kenapa korang pelukan duit sangat-sangat pada masa tu and then selepas mengeluarkan hujah-hujah sedih, boleh pulak dia kasi respond dengan;

"Alaaa, nanti aku bayar la. Macam la aku tak der duit" (Obviously tak nak bayar)

"Minggu depan boleh tak? Minggu ni aku tak der duit ah."

"Kau ni asyik nak mintak hutang je. Kan aku dah kata nanti aku ada duit aku bayar la."

Bila benda seperti di atas berlaku, confirm korang dah rasa segan dan malu nak mintak again kan? Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu tak nak bayar sebab dia takut dia tak cukup duit untuk makan.  So, ini adalah apa yang korang patut buat untuk meminta balik hutang kat kawan or kenalan korang tanpa mewujudkan situasi yang kekok dan pada masa yang sama, tak akan putuskan persahabatan korang.

Do it in a flash.
Korang pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan bersedia. Bila korang nampak je si peminjam duit tu di depan mata, korang terus berjalan laju menuju ke arah dia seolah-olah korang dah lambat nak ke kelas. Dengan rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, korang terus cakap;

"Weh, minggu ni aku macam tak ada duit lah. Esok kau bayar hutang aku ye?". 

Then terus blah. Tak perlu tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi adalah 24 jam. Itu adalah rasional. Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak ada alasan nak bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai dia dia kena bayar hutangnya pada keesokkan harinya.

SMS berbentuk arahan.
Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay back whatever dieorang borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat simple. Contohnya;

"Salam. Hari Rabu ni kau bayar hutang aku ya. Aku dah tak ada duit nak makan. Nanti aku datang bilik kau ambil duit."

Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berfikir'. Ya, pada masa ni, si peminjam biasanya akan ambil masa yang lama untuk reply mesej korang. Dan SMS juga tak akan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat "Tak ada duit". Well kalau ini berlaku, korang boleh guna next step.

Lepak-lepak dengan si peminjam duit.
Korang cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah layan TV tu, korang buat la ayat macam ;

"Aku ingat nak beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak ada duit doe. Classmate / roomate aku pinjam duit tapi tak reti nak bayar balik."

Ya, korang buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang dengan korang. Then korang tibai ah macam;

"Benci betul lah aku dengan classmate aku tu. Pinjam pandai, tapi nak bayar haram jadah. Pastu mengaku kawan. Tak guna." 
Then selepas dah puas kutuk, korang keluarkan ayat maut
"Eh, baru aku ingat, bukan ke kau pun ada pinjam duit aku ke dulu?"

Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak akan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau korang perempuan dan korang guna cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu kat korang sambil putus kawan.

Suruh dia bayar hutang anda tanpa dia sedari.
Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar. Contohnya macam

"Weh, pinjam Rm50 kau jap, aku nak repair tayar kereta aku lah". 

Then keesokannya bila dia mintak duit, korang kata lah ;

"Oh, duit kau tu kira tolak hutang aku la. Kau kan hutang aku RM50 hari tu." 

Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si peminjam tu TAK NAK bayar hutang korang. Aku perasan most of the peminjam bukan tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak ada duit, cara ni amat-amat tak di galakkan. 

Well, bila si peminjam duit tu tak mampu nak bayar, kita jangan lah paksa sangat. For the win-win situation, kita bleh guna cara lain which is offer bayaran balik secara ansuran. Korang mungkin boleh suruh dia bayar RM10 seminggu or atau Rm30 sebulan, janji bayar. Tak pun, korang boleh suruh dia tanggung korang punya lunch. Yeah, itu pretty nice. Dia pun sure tak akan rasa terbeban untuk bayar balik. 

Actually, aku rasa as long korang ada duit lebih, memang tak ada hal lah kan nak kasi orang lain pinjam duit. But then agak tak boleh blah lah bila dieorang dah ada duit, tapi still tak nak bayar. Dan, lagi-lagi tak boleh blah kalau si peminjam duit tu guna kan duit yang kita pinjamkan semata-mata untuk enjoy / beli rokok sedangkan kita yang nak isi perut sendiri ni pun sebenarnya berkira nak makan.

Apa pun, kalau korang kaya dan tak rasa perlukan duit, kira langsai je la hutang tu. Jadikan hutang tu sebagai sedekah. Ingat, the more you give, the more you get. Pengalaman aku, semakin banyak orang pinjam duit aku, semakin perlahan lah flow duit aku. Aku makan itu ini sampai perut membulat tapi duit rasa macam tak luak pun. Padahal masa tak ada orang hutang tak beli apa-apa tapi duit bergerak macam air.

Dan yang terakhir, meminjam duit dari kawan adalah satu "Friendship Killer". So, try your best untuk tak pinjam duit yang bukan je dari kawan, tapi jugak dari siapa-siapa je.

Kredit : TheOtherKhairul

Di Pandang Rendah Kerana "Admin Assistant"

15 Apr 2015

Assalamualaikum, 

Sebelum tu, saya ucapkan terima kasih kepada admin... sebab sudi meluangkan masa untuk memaparkan luahan saya.

Saya bekerja sebagai seorang pembantu admin di sebuah syarikat. Di kalangan mereka saya adalah antara yang termuda. Ya, saya sudah dimaklumkan semasa interview, kerja sebagai pembantu admin memang lebih banyak terima arahan dan tekanan daripada pihak yang lebih atas daripada saya.
 
Cuma saya rasa kecewa kerana terasa seperti terlalu dipandang rendah oleh mereka senior-senior, yang ni tak apa lagi cuma bila sampai ke tahap 'langsung tiada perasaan hormat' memang membuatkan saya rasa stress, tertekan, malu dan tidak bersemangat nak datang kerja, saya sering menerima tekanan-tekanan seperti menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan sekiranya ada yang tidak kena berlaku dalam syarikat walhal masalah tersebut bukan berpunca daripada saya.

Kadang-kadang saya disuruh membuat kerja-kerja remeh sedangkan kerja ini boleh dibuat bersama-sama. Walhal saya juga sibuk sedang meyiapkan kerja-kerja hakiki saya. Contohnya; seperti sekiranya ada jamuan syarikat, saya seorang diarahkan untuk settlekan semua urusan jamuan. Sekiranya tidak menurut arahan saya akan diperli dan diumpat.

Saya juga diminta untuk tolong "shred" kertas -kertas terpakai dan yang tak digunakan lagi. Mereka siap meletakkan satu kotak di tempat saya, supaya senang mereka nak campakkan kertas-kertas tu untuk di 'shred'kan. Kemudian urusan jual atau lupus kertas-kertas tersebut juga saya yang uruskan. Kalau sekali sekala saya tak kisah. Ini betul betul dah mengganggu kerja harian saya. Kadang-kadang setengah hari baru saya dapat settlekan urusan kertas-kertas terpakai ni.

Selain itu, sekiranya ada mesyuarat penting yg memerlukan pihak atasan untuk hadir, mereka hantar saya sebagai wakil, sedangkan mesyuarat tersebut memerlukan kehadiran mereka untuk membuat decision. Tak pasal-pasal saya kena marah dengan customer sebab tak tahu apa-apa pasal projek tersebut sebab ia bukan jobscope saya. Bila balik dari mesyuarat, tahu pula mereka cari saya untuk bertanyakan status dalam mesyuarat tersebut, apa yang berlaku , apa tindakan yang perlu dibuat dan sebagainya.


Saya dah jadi macam orang tengah untuk mereka melaksanakan sesuatu kerja. Ini adalah pertama kali saya di alam pekerjaan. Saya tak tahu , adakah betul mcm ni kerja-kerja admin assistant.

Apa harus saya buat..? Sekarang nie kalau nak pindah kerja memang payah sangat nak cari kerja lain...saya pula memang memerlukan income setiap bulan untuk menambah perbelanjaan ibu dan ayah saya. Saya membantu ibu ayah untuk menampung perbelanjaan pengajian adik-adik saya. Serba salah saya dibuatnya.

Harap rakan-rakan disini dapat kongsikan pendapat.

Terima kasih semua...

-Anis-
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.