SLIDER

anak dara
Showing posts with label anak dara. Show all posts

Tidur Wajib Pakai Bra Atau Tidak? Kajian Seorang Pakar Didedahkan...

28 May 2023


Ladies, kalau tidur pada pakai bra atau tidak? Semua orang seolah-olah mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hal ini. Beberapa orang berpendapat bahawa tidur pakai bra boleh mencegah payudara kendur, yang lain mengatakan bahawa bra yang dipakai semasa tidur akan menghalang kerja kelenjar getah bening dan bahkan boleh menyebabkan kanser payudara. 

Sebenarnya jawapannya boleh atau tidak? Bingung … 

Hasil kajian, kira-kira 80% wanita tidur tidak pakai bra dan 20% wanita tidur pakai bra. Dari dari kajian voting. Daripada 100 wanita, hasilnya 95% wanita memilih tidak mahu pakai bra masa tidur dan 5% wanita memilih mau pakai bra. Boleh membuat payudara semakin kencang. 

Jadi, lebih baik pakai bra atau tidak? 

Tidur pakai bra boleh memberikan keselesaan, tapi bukan menjadi jaminan agar payudara boleh tetap kencang. Wanita yang mempunyai payudara besar cenderung untuk tidur menggunakan bra, begitu pula dengan ibu hamil, kerana payudara mereka boleh membesar sehingga dua kali ganda dari saiz mereka pada normalnya dan jauh lebih berat. 

Namun harus ingat, pilih bra yang tidak terlalu ketat hingga menghadkan atau menghentikan peredaran darah. Elakkan model bra yang keras dan kaku. Kawat bra boleh menekan dada saat kamu meniarap, boleh jadi menyebabkan iritasi .. Pilih jenis bra berbahan halus dan lembut, seperti bra sukan, tapi jangan pula yang terlalu melar atau longgar. Bra tidur yang baik tidak hanya memberikan sokongan, tetapi juga tidak sampai menyesakkan!

Namun begitu, kamu harus lebih jeli dalam meneliti tanda dan gejala lain, seperti edema (pengumpulan cecair di payudara), perubahan payudara non-kanser, baik bentuk atau saiz pada kelenjar getah bening aksila.Kelenjar ini berada di kawasan ketiak dan berfungsi sebagai perlindungan pertama tubuh terhadap segala jenis jangkitan, material asing, dan sel kanser.

Sampai sekarang ini masih berusaha menyiasat segala kemungkinan yang berkaitan dengan payudara. Faktor-faktor apakah yang boleh meramalkan atau secara permisif mengembangkan kanser payudara, namun sangat diragukan bahawa faktor luaran seperti bra mempunyai pengaruh yang signifikan.
Anda sendiri tidur pakai bra atau tidak? Tapi .. setakat ini, tidak ada masalah sama ada kamu memilih tidur pakai bra atau tidak. Ini semua bergantung dengan aspek keselesaan setiap orang! 


Punca Kanser Payudara 


Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif.

Menurut Dr. Joseph Mercola, antara punca utama kanser payudara adalah kekurangan nutrien dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada kes kanser payudara di Amerika boleh dicegah jika orang ramai membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak.

Peringkat Kanser Payudara 


Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi). 

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal insitu atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. 

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada. 

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada. 


Kaedah dan Pilihan Rawatan 


Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara. 

Terdapat juga rawatan alternatif seperti penggunaan dos tinggi vitamin D dan mengambil makanan yang mempunyai nutrien tertentu. Ada juga yang menggunakan homoeopathy sebagai rawatan alternative.

Suamiku Si Miang Keladi

12 Sept 2017


Bagaimanakah perasaan seorang isteri sekiranya berhadapan dengan suami yang terkenal dengan sifat ‘nakal’. malah perlakuannya itu kadangkala boleh menimbulkan masalah bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling?  


Ini yang terjadi terhadap Salmah, 49, yang rata-rata ramai mengenali sikap suaminya, bukan kerana jasa-jasa atau sikap tawaduk lelaki itu, sebalikya kerana perangai ‘miang-miang keladi’ sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang.

Salmah sendiri tidak tahu bila perangai suaminya itu akan berubah kerana semakin umur meningkat, semakin menjadi-jadi pula perangai miangnya.

Kalau hendak diperkatakan tentang rasa malu, sudah tebal muka Salmah menahan rasa malu dengan jiran sekeliling apabila sering dikaitkan dengan perangai suaminya. Malah dia pernah mengurung diri dalam rumah bagi mengelak dicemuh masyarakat setempat.

Bukan sekali dua dia mendengar aduan dan umpatan jiran-jiran mengenai tingkah laku suaminya yang ‘mencolok’ rasa itu, tetapi apa lagi yang dia dapat buat, nasihat semua sudah diberi. 

Kalau hendak ikutkan rasa merajuk, memang sudah puas dia lakukan tetapi suaminya masih juga dengan dengan sikapnya. Hendak merajuk lama-lama fikir Salmah, akhirnya tiada siapa hendak memujuk,  

“Dahulu, ketika dia muda, tidaklah ketara sangat perangai miangnya itu. Paling ‘busuk’ pun dia hanya mengenyit mata kepada gadis-gadis cantik yang lalu lalang di pejabatnya. 

“Sesekali, kalau kami keluar makan berdua, memang bola matanya ligat mengerling gadis-gadis cantik yang lalu-lalang. Apabila aku merajuk kerana cemburu, dia berhenti sekejap tetapi di belakang aku dia buat lagi. 

“Sekarang, bukan sahaja setakat mengenyit mata, siap bersiul dan mengajak anak-anak dara di kawasan itu minum di kedai kopi. Ada juga anak dara yang melayan dan mulalah mereka berbual berjam-jam lamanya. 

“Entah anak siapa yang diajak dia tidak kisah, yang pelik anak-anak gadis ini menurut pula. Mahu pula mereka duduk bersama suami aku itu di kedai kopi sambil menjamu selera, ramai-ramai satu meja. 

“Aku tahu, anak-anak gadis tersebut orang luar bukan dari kawasan tempat tinggal kami. Mereka mungkin seronok apabila dipelawa suami aku, masakan tidak makan dan minum percuma.  

“Setahu aku, dalam ramai lelaki di kawasan kami, dia seorang sahaja yang sudah berumur berperangai begitu. Selalu aku kata, rambut sudah beruban, perut pun sudah membuncit, sepatutnya dalam usia-usia selepas bersara ini semakin rajin ke masjid, tingkatkan amalan, bukannya berpeleseran macam lelaki muda.  

“Ini tidak, asyik bermotosikal ke sana sini, hon sana sini, menyakat anak dara orang sana sini. Apabila perut lapar tahu pula balik ke rumah.  

“Yang paling aku rasa menyampah apabila mengetahui, suamiku dicop sebagai muka tembok oleh masyarakat setempat kerana sentiasa berada di simpang jalan, duduk di situ memetik gitar sambil memanggil nama-nama gadis yang dikenali ketika mereka turun dari bas.  

“Apabila aku tanya mengapa perangainya masih suka menyakat anak-anak dara yang boleh dianggap anak sendiri, mudah sahaja dia menjawab, sekadar suka-suka dan tidak menganggap sebagai satu perkara yang membawa kepada mudarat besar,” kata Salmah panjang lebar. 

Salmah berkata, suaminya memberitahu dia hanya mahu seronok-seronok sahaja dan tidak pernah terlintas di fikiran hendak menjadikan anak-anak gadis itu sebagai kekasih hati.

Apa yang dia lakukan umpama hobi kerana gemar berpeleseran sebagaimana dia waktu muda dahulu. Salmah pula memberitahu, biarpun suaminya bersikap begitu, pada malam hari dia tidak pula keluar dari rumah. Kalau tidak, sekiranya ada kejadian rogol, pasti suaminya akan dilibatkan sama. 


Masalahnya, menurut Salmah, dia tidak mahu satu hari nanti orang di kawasan itu jelak dengan sikap suaminya dan membuat aduan kepada polis atas dasar gangguan seksual. Setakat ini Salmah hanya mampu berdoa agar suaminya tidaklah sampai difitnah atas kesalahan mengganggu anak-anak gadis tersebut keterlaluan. 

Mendengar luahan daripada Salmah, seperti rasa tidak percaya suaminya bersikap begitu. Hendak ketawa juga ada kerana terasa lucu dengan kisah berkenaan.  

Namun kesimpulannya, mungkin ini disebabkan faktor usia dan hormon dalam diri seseorang lelaki itu apabila sudah semakin tua, perangai tetap tidak berubah. Mungkin juga dia bosan kerana tiada anak melayaninya. Apa pun itu bukan satu alasan untuk dia bersikap demikian.
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.