SLIDER

peringatan
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Suami Jadi Rebutan Dan Kegilaan Wanita Seberang. Hati-hati !!

26 Sept 2017



Sebenarnya saya langsung tak sangka bekas suami saya, Kas sanggup pergi ke seberang untuk nikah, sebab kalau orang luar tengok wajah Kas mereka tak akan sangka Kas sanggup tinggalkan saya, sebab wajahnya macam orang baik. Tetapi perangai sebenarnya macam neraka. 

“Sebab saya tak sangka, dia beri belanja makan minum untuk kami anak beranak setiap bulan walaupun tak sebanyak mana, sebab gajinya kecil. Saya tak kisah, asalkan dia boleh membantu sudah memadai. Selepas dapat dua orang anak rezekinya bertambah, apabila saya mencadangkan dia bekerja dengan saudara jauh saya. Tentulah gajinya bertambah. 

“Pada awalnya saya masih lagi kelabu dengan aktivitinya, selalunya saya berfikir baik, kalau balik lambat tentulah kerja banyak, kalau balik malam tentu ada urusan lebih penting. Yang mustahak kepada saya dia bekerja dan beri sumbangan makan minum kepada keluarga. Namun kerja busuk ni berapa lama boleh bertahan, akhirnya terhidu juga baunya. Maka saya mula ternampak aktiviti songsangnya. 

“Tetapi setiap kali saya tanya dia menafikan, dengan alasan banyak kerja dan nasihatkan saya jangan suka dengar cakap orang jika mahu keluarga hidup aman bahagia. Jadi kerana sayang suami dan fikirkan yang terbaik maka saya percaya dengan kata-katanya. 

“Tetapi dalam pada itu saya terdengar juga cerita dia buat hubungan dengan pekerja wanita yang di bawah pengawasannya. Dia ambil kesempatan daripada permasalahan wanita tersebut. Tetapi kerana fikirkan yang baik, saya tutup telinga. Sebab Kas beri duit belanja makan minum kami. Tetapi tak banyak walaupun gaji dah bertambah, alasannya banyak urusan nak dibereskan. Peliknya saya boleh diam, sebab selama berkahwin sayalah yang banyak menguruskan hal keluarga, sebab gajinya kecil. Pada saya asalkan dia bekerja itu sudah baik. 

“Kalau nak ikutkan perbelanjaan keluarga tentulah banyak, pembaca sendiri tentu boleh kira sendiri  kalau kita ada dua orang anak kecil, kita perlukan pengasuh untuk jaga anak, perlu susu, lampin pakai buang, sewa rumah, bil utiliti, ansuran kereta, cukai jalan, petrol dan sebagainya.  Jadi untuk melicinkan pengurusan rumah tangga supaya nampak bersih dan beres, tentulah saya terpaksa turun padang menyelesaikan semua benda tersebut. 

“Oleh sebab Kas sudah terbiasa memberi wang ikut kemampuan dia, maka kalau saya minta lebih jawapannya sudah pasti, “Aku tak ada duit dan tak cukup duit.’’ Sebab itu saya terpaksa uruskan semua urusan keluarga. Syukur saya ada kelulusan dan mendapat gaji yang memuaskan. Kalau tidak tentu hidup kami lebih huru-hara. 

“Saya tak boleh marah apa lagi mengamuk, sebab Kas calon suami pilihan saya. Sejak kami berkawan lagi emak sudah larang, kata emak kalau boleh carilah bakal suami yang ada pekerjaan tetap, ada pelajaran supaya tidak menyusahkan saya bila berkahwin. 

“Tetapi kerana cinta punya pasal, kerana berkawan sejak sekolah, maka saya tetap berpegang kepada kata hati saya, jodoh pertemuan di tangan Allah. Dan Allah tidak akan sia-siakan hidup saya. Tetapi kata emak, usaha dulu, cari yang sesuai dulu, kalau tak boleh baru berserah kepada Allah demi masa depan saya. Tetapi kerana cinta membuat saya terikat dengan janji setia, maka saya ikutkan kata hati kahwin dengan lelaki yang saya cintai. Hah! sekarang baru saya tahu langit itu tinggi atau rendah. Dan cinta itu tak boleh beri saya kebahagiaan, tanpa diiringi dengan rasa tanggungjawab dari pihak yang kita cintai. Cinta semata-mata tidak boleh beri kita makan apa lagi keselesaan hidup. 

Kesilapan
“Kerana menyedari kesilapan sendiri, maka saya banyak mendiamkan diri dan terima apa juga kerenah Kas. Barulah kini saya tahu apa yang dikatakan oleh emak itu ada benarnya cuma saya yang degil dan tak makan nasihat. 

“Timbul sedikit rasa kesal di hati bila pendapatan Kas sudah bertambah dari usaha saya carikan dia kerja, tetapi Kas masih kata tak cukup duit. Sedangkan boleh kira dengan kerja baru pendapatannya tiga kali ganda. Tentu dia ada duit. Tetapi setiap kali saya minta duit katanya duit dah habis, ataupun dia perlu simpan sedikit untuk bayar hutang. Hutang apa pun saya tak tahu. 

“Tetapi apa yang saya pasti, aktiviti songsangnya menjadi-jadi, terlalu banyak cerita buruk saya dengar diceritakan orang, konon Kas jadi rebutan ramai wanita seberang. Ada yang bergaduh konon berebut Kas. Akhirnya terbongkar Kas ada hubungan dengan gadis remaja anak orang seberang yang sudah lama menetap di negeri ini. Bila ditanya Kas nafikan. 

“Bila saya ajak pindah rumah kerana saya dah tak tahan dengan cerita buruk tentang perangai Kas, dia tak mahu alasannya dia tak suka duduk rumah flat. Saya kata pangsapuri lain daripada flat. Tetapi dia tetap tak setuju, dia lebih suka duduk rumah atas tanah, walaupun rumah sewa. Kecuali jika saya beli tanah dan buat rumah, kecil pun tak apa katanya. Bila saya setuju dan minta dia simpan duit untuk tujuan itu, alasannya tetap sama tak cukup duit. 

“Akhirnya tahap kesabaran saya sampai ke penghujungnya, saya cerita dapat tahu  hubungan dia dengan ramai wanita seberang yang bekerja di bawah seliaannya. Kas  nafikan. Tetapi akhirnya dia mengamuk bila saya sebutkan nama wanita itu seorang demi seorang. 

“Saya hilang sabar setelah terbaca mesej terbaru yang saya tengok dalam telefonnya. Kalau sebelum ini saya salin mesej yang dia terima untuk jadi bukti, tetapi gambar terbaru yang saya terima membuat saya naik darah. Kami bertengkar, seminggu dia tak balik rumah, akhirnya dia balik juga dan minta maaf, katanya dia telah putuskan hubungan dengan wanita tersebut. Maknanya secara tidak langsung dia mengaku ada buat hubungan. 

“Saya tak terima pengakuannya bulat-bulat, saya rasa tentu ada udang sebalik batu. Tentu dia ada buat perangai lain. Benar lepas sebulan Kas beritahu, dia terpaksa pergi kerja luar lima hari. Bila balik nanti dia akan bawa saya bersama anak-anak bercuti ke Langkawi. Pelik sungguh saya rasa macam ada yang tidak betul dengan pengakuan Kas ini. Itu kata hati seorang isteri. 

“Tepat seperti yang diduga, ada pulak wanita seberang yang patah hati tak dapat pikat Kas menelefon dan beritahu saya bahawa Kas tak pergi kerja luar, tetapi pergi seberang sebab nak nikah. Dia siap beri nama wanita tersebut, kampungnya, bila balik, berapa umur wanita tersebut dan apa kerjanya. Lebih berani dia beri alamat rumah yang Kas sewakan untuk wanita tersebut dan di situlah mereka menginap bila balik nanti. 

“Cerita itu memang menyakitkan hati saya. Dengan saya kata tak cukup duit, tetapi boleh pulak pergi buat kenduri kahwin ke seberang, sewa rumah dan beli peralatan perabut rumah. Sedangkan di rumah sendiri, saya yang kena beli. Sebab Kas memanjang tak cukup duit. 

“Walaupun dalam keadaan marah, tetapi setelah tenang saya berfikir cinta saya kepada Kas selama ini langsung tidak bermakna. Akhirya saya buat keputusan muktamad bahawa saya mesti mengakhiri perkahwinan ini. Tidak ada gunanya saya bersabar setelah hampir sembilan tahun berkahwin kerana saya sentiasa ditipu untuk kepentingan dirinya sendiri. 

“Sanggup dia hancurkan cinta kami. Di manakah letaknya nilai pengorbanan saya selama ini.  Saya tak sanggup lagi ditipu, sedangkan dia berseronok berkahwin dua. Cukuplah sampai di sini saja perkahwinan kami, saya rasa tidak ada faedahnya saya pertahankan cinta yang sia-sia ini. 

“Kas tetap nafikan dia sudah nikah dengan wanita seberang. Tetapi saya tak marah, saya katakan itu memang jodohnya yang terbaik. Jadi lebih baik kita berpisah sahaja. Sebab selama ini sayalah yang tanggung keluarga, kerana dia tak mampu, jadi bila berkahwin dua sudah tentu dia tak mampu berpoligami. Kerana itu baik dia bercerai dengan baik. 

“Mati-mati Kas nafikan. Tetapi saya tetap minta cerai dan gunakan kuasa saya kata kepada Kas jika dia tidak ceraikan, saya akan bawa dan tunjuk semua gambar-gambar lucah yang dia ambil sendiri bersama wanita tersebut di Mahkamah Syariah, biar semua orang tahu siapa Kas yang sebenarnya yang selama ini tunjuk muka syurga. 

“Terkejut beruk Kas. Dia tak sangka saya dapat gambar-gambar lucah dirinya dan dia tak boleh nafikan lagi.  Kalau tak percaya saya akan print semua gambar tersebut untuk saya tunjukkan di Mahkamah Syariah. Saya terpaksa ugut Kas sebab saya sudah tidak tahan lagi dipermain dan diperbodohkan. Kas ambil kesempatan daripada kebaikan, dan kesabaran saya untuk kepentingan dirinya sendiri. 

“Akhirnya kerana malu, Kas terpaksa ceraikan saya, sebab saya tak mahu bermadu kerana saya tahu dia memang tak mampu dan tidak adil. Saya tak sangka ini balasan pengorbanan saya terhadap dia selama ini. Akhirnya saya terpaksa ucapkan selamat jalan.  

“Dan saya doakan mungkin wanita seberang itu boleh tunjuk ajar dia jadi suami yang bertanggungjawab dan terima kedatangan keluarga dari seberang yang silih berganti.’’ Itu cerita Mas Hanisah panjang lebar, pahitnya ditipu suami kerana kelemahan dirinya terlalu percayakan suami seratus peratus.

Suamiku Si Miang Keladi

12 Sept 2017


Bagaimanakah perasaan seorang isteri sekiranya berhadapan dengan suami yang terkenal dengan sifat ‘nakal’. malah perlakuannya itu kadangkala boleh menimbulkan masalah bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling?  


Ini yang terjadi terhadap Salmah, 49, yang rata-rata ramai mengenali sikap suaminya, bukan kerana jasa-jasa atau sikap tawaduk lelaki itu, sebalikya kerana perangai ‘miang-miang keladi’ sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang.

Salmah sendiri tidak tahu bila perangai suaminya itu akan berubah kerana semakin umur meningkat, semakin menjadi-jadi pula perangai miangnya.

Kalau hendak diperkatakan tentang rasa malu, sudah tebal muka Salmah menahan rasa malu dengan jiran sekeliling apabila sering dikaitkan dengan perangai suaminya. Malah dia pernah mengurung diri dalam rumah bagi mengelak dicemuh masyarakat setempat.

Bukan sekali dua dia mendengar aduan dan umpatan jiran-jiran mengenai tingkah laku suaminya yang ‘mencolok’ rasa itu, tetapi apa lagi yang dia dapat buat, nasihat semua sudah diberi. 

Kalau hendak ikutkan rasa merajuk, memang sudah puas dia lakukan tetapi suaminya masih juga dengan dengan sikapnya. Hendak merajuk lama-lama fikir Salmah, akhirnya tiada siapa hendak memujuk,  

“Dahulu, ketika dia muda, tidaklah ketara sangat perangai miangnya itu. Paling ‘busuk’ pun dia hanya mengenyit mata kepada gadis-gadis cantik yang lalu lalang di pejabatnya. 

“Sesekali, kalau kami keluar makan berdua, memang bola matanya ligat mengerling gadis-gadis cantik yang lalu-lalang. Apabila aku merajuk kerana cemburu, dia berhenti sekejap tetapi di belakang aku dia buat lagi. 

“Sekarang, bukan sahaja setakat mengenyit mata, siap bersiul dan mengajak anak-anak dara di kawasan itu minum di kedai kopi. Ada juga anak dara yang melayan dan mulalah mereka berbual berjam-jam lamanya. 

“Entah anak siapa yang diajak dia tidak kisah, yang pelik anak-anak gadis ini menurut pula. Mahu pula mereka duduk bersama suami aku itu di kedai kopi sambil menjamu selera, ramai-ramai satu meja. 

“Aku tahu, anak-anak gadis tersebut orang luar bukan dari kawasan tempat tinggal kami. Mereka mungkin seronok apabila dipelawa suami aku, masakan tidak makan dan minum percuma.  

“Setahu aku, dalam ramai lelaki di kawasan kami, dia seorang sahaja yang sudah berumur berperangai begitu. Selalu aku kata, rambut sudah beruban, perut pun sudah membuncit, sepatutnya dalam usia-usia selepas bersara ini semakin rajin ke masjid, tingkatkan amalan, bukannya berpeleseran macam lelaki muda.  

“Ini tidak, asyik bermotosikal ke sana sini, hon sana sini, menyakat anak dara orang sana sini. Apabila perut lapar tahu pula balik ke rumah.  

“Yang paling aku rasa menyampah apabila mengetahui, suamiku dicop sebagai muka tembok oleh masyarakat setempat kerana sentiasa berada di simpang jalan, duduk di situ memetik gitar sambil memanggil nama-nama gadis yang dikenali ketika mereka turun dari bas.  

“Apabila aku tanya mengapa perangainya masih suka menyakat anak-anak dara yang boleh dianggap anak sendiri, mudah sahaja dia menjawab, sekadar suka-suka dan tidak menganggap sebagai satu perkara yang membawa kepada mudarat besar,” kata Salmah panjang lebar. 

Salmah berkata, suaminya memberitahu dia hanya mahu seronok-seronok sahaja dan tidak pernah terlintas di fikiran hendak menjadikan anak-anak gadis itu sebagai kekasih hati.

Apa yang dia lakukan umpama hobi kerana gemar berpeleseran sebagaimana dia waktu muda dahulu. Salmah pula memberitahu, biarpun suaminya bersikap begitu, pada malam hari dia tidak pula keluar dari rumah. Kalau tidak, sekiranya ada kejadian rogol, pasti suaminya akan dilibatkan sama. 


Masalahnya, menurut Salmah, dia tidak mahu satu hari nanti orang di kawasan itu jelak dengan sikap suaminya dan membuat aduan kepada polis atas dasar gangguan seksual. Setakat ini Salmah hanya mampu berdoa agar suaminya tidaklah sampai difitnah atas kesalahan mengganggu anak-anak gadis tersebut keterlaluan. 

Mendengar luahan daripada Salmah, seperti rasa tidak percaya suaminya bersikap begitu. Hendak ketawa juga ada kerana terasa lucu dengan kisah berkenaan.  

Namun kesimpulannya, mungkin ini disebabkan faktor usia dan hormon dalam diri seseorang lelaki itu apabila sudah semakin tua, perangai tetap tidak berubah. Mungkin juga dia bosan kerana tiada anak melayaninya. Apa pun itu bukan satu alasan untuk dia bersikap demikian.

Memang Semua LELAKI 'GATAL' Ke ??

26 Aug 2017



Nak tanya para lelaki dalam page ni, memang lelaki & gatal tak boleh hilang ke macam mana? Even dah kahwin pun.

Masalah saya ni taklah besar mana. Saya tak tahu lah saya ni sensitive ke ape, tapi perempuan kot, mesti lah terasa bila suami tengok perempuan lain. Even dalam social media pun. Suami saya suke sangat comment gatal & lucah kat gambar perempuan, model lah. Kadang dia sorang, kadang kawan2 tag dia, kadang dia tag kawan2. Saya rase jijik & malu bila terjumpa & baca. Dia dah buka aib sendiri, kalau saya boleh terjumpa, mesti kenalan kami yang rapat pun boleh nampak. Saya rase malu sangat.

Banyak kali dah lah saya jumpa, tapi saya diam je, taknak tanya, sbb nak jaga hati dia even sakit je hati bila baca ayat dia. Satu hari tu saya jumpa comment dia, dia nampak saya baca, saya tak ckp apa, saya sentap, diam je wholeday tak cakap dgn dia. Then dia minta maaf, dia cakap dia melawak je, janji tak buat lagi. Saya iya kan je lah, malas nak ckp banyak.

Ingat kan dah stop, paling latest, saya ternampak masa dia tinggal phone dia atas meja, dia pm lucah model suruh bj. Tuhan je yg tahu ape saya rase masa tu. Sampai saya dah tawar hati dengan dia. Dah tak rasa apa bila tengok dia comment mcm tu, sbb dah boleh expect. Sampai nak bersama pun dah takde mood, sbb teringat semua ayat2 dia. Saya jadi meluat bila tengok dia, depan cakap lain, belakang buat lain. Saya boleh je balas balik, biar dia rase, tapi saya tak sanggup langsung nak buat macam tu, nak guris perasaan dia, sbb saya tahu rasa sakit tu macam mana. Kadang tu saya jadi syak macam2 kat dia, takut dia buat benda yang sama kat tempat keje/luar. Saya betul dah lost respect kat dia, tengah cuba so hard nak gain kan balik.

Minta maaf cakap, benda macam ni mungkin orang nampak kecik, takde ape, tapi bagi saya benda benda macam ni sikit sebanyak merosakkan hubungan suami isteri. Boleh jadi moody bila pikir balik.

Para suami, tolonglah jaga sikit hati & perasaan isteri, benda macam ni tak lawak langsung, macam takde benda lain nak melawak. Tunduk lah sikit pandangan tu, jgn sebab benda bodoh macam ni, hubungan suami isteri renggang.



Wajib Baca Kalau Ada 'Sindrom Malas Berhias', 4 Saranan Ustaz Ini Akan 'Buka Mata' Para Isteri!

14 Jul 2017


Dah masuk jam 11 pagi, Nina belum rasa nak mandi.
'selesaikan kerja rumah dululah...'
Dia memasak, menghidang sampailah selesai memberi makan anak-anak, jam pun dah masuk 1 tengah hari. Dia masih juga belum mandi.


'Nantilah nak masuk Zohor baru mandi'
Dan selepas selesai solat Zohor, Nina masih juga belum mandi. Mentang-mentang hari itu suaminya tiada di rumah seharian. Dia berleka-leka. Dan sejak akhir-akhir ini dia sudah diserang sindrom malas berhias.

Ini Sebab Penting Isteri Kena Rajin Berhias

1.    Bila kita cantik, kita bahagiakan suami. Insya-Allah kasih sayang suami akan lebih kukuh dan kekal.

2.    Untuk memenangi hati suami, menjaga kecantikan diri adalah kuncinya. Kita cantik, suami gembira dan lebih sayang kita. Apa yang kita perlukan lebih mudah dipenuhi oleh suami.

3.    Sentiasa ingatkan diri kita, usaha kita berias mencantikkan diri untuk suami adalah suatu ibadah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

4.    Jangan kita cemburu atau marahkan suami yang suka melihat wanita cantik dan seksi, tetapi kita ambilnya sebagai cabaran untuk kita berias lebih cantik dan seksi daripada wanita lain. Insya-Allah kita lebih berpotensi memnangi cabaran tersebut.

Apa Agama Kata Tentang Isteri Yang Merias

Salah satu peranan isteri kepada suami adalah berhias dan memakai cantik-cantik untuk suaminya. Ini kerana fitrah suami inginkan isterinya cantik dan menyejukkan pandangan.

Merias itu bermakna memakai cantik-cantik mengikut kesukaan suami, untuk meghiburkan dan melayan suami. Apatah lagi dalam hubungan suami isteri, tiada aurat dibataskan dan ini membolehkan isteri menggayakan apa-apa fesyen yang menjadi kesukaan suami tanpa perlu terikat dengan menutup aurat.

Kenapa Kena Cantik Untuk Suami

Ini kerana, fitrah suami sukakan wanita cantik dan berias. Disebut dalam hadis nabi SAW, dikahwini seseorang wanita itu disebabkan empat faktor iaitu kerana kecantikan, kekayaan (kemampuan berias dan bergaya), kedudukan atau keturunan dan agamanya.

Kalau Mood Sindrom Malas Berhias Dah Datang

Sebenarnya sepanjang masa perlukan isteri kelihatan cantik dan berias untuk suami. Sebagaimana kita nakkan suami kita romantik setiap masa, begitulah juga suami kita nakkan kita sentiasa cantik dan berias setiap masa.

Lebih-lebih lagi bila dah semakin berusia, agar suami terikat dan terpaut dengan kita selamanya.

Boleh jadi mudah untuk suami berasa bosan dengan kita yang comot dan menyakitkan pandangannya, berbanding dengan ramai wanita lain di luar yang kelihatan cantik dan menarik perhatian. Di samping ketinggian budi pekerti dan akhlak, kecantikan jadi tarikan utama juga.

Siti Aisyah&Siti Fatimah Juga Berhias Untuk Suami

Pada zaman Rasulullah SAW, Siti Aisyah dikatakan sangat menjaga diri dengan berias cantik dan memakai pakaian menarik yang berwarna warni di dalam rumah. Begitu juga Siti Fatimah yang sentiasa kemas dan menarik berias untuk menyambut kepulangan Sayyidina Ali setiap hari. Wallahua'lam



Kredit :  Mingguan Wanita



Amaran Dari SHELL. Tolong Jangan Pandang Remeh Ketika Isi Minyak

8 Jul 2017


Shell Oil Company baru-baru ini mengeluarkan amaran selepas tiga kejadian di mana telefon mudah alih (sel telefon) menyalakan wap semasa operasi mengisi petrol.

Dlm *Kes pertama*, telefon itu diletakkan pada pintu kereta semasa mengisi; ia berbunyi dan api yang berikutnya memusnahkan kereta dan pump petrol

Dalam *kes kedua*, seseorang individu mengalami
kebakaran yang teruk di muka apabila wap menyalakan kerana mereka menjawab panggilan semasa mengisi minyak kereta mereka!


Dalam *kes ketiga*, seseorang individu melecur di paha dan pangkal paha apabila wap dinyalakan semasa telefon, yang berada dalam poket mereka, berbunyi ketika mereka sedang mengisi petrol kereta mereka

Anda perlu tahu bahawa: *Telefon Mobile* boleh *menyalakan* bahan api atau fumes wap. Telefon mudah alih yang menyala apabila dihidupkan atau apabila ia berdering melepaskan tenaga yang cukup untuk menyediakan percikan untuk *pencucuhan*.

*Telefon bimbit tidak boleh digunakan di stesen pengisian*, atau apabila bahan api potong rumput, bot, dan lain-lain.

Telefon bimbit tidak boleh digunakan, atau *perlu dimatikan*, sekitar bahan-bahan lain yang menghasilkan wasap mudah terbakar atau bahan letupan atau debu, (iaitu, pelarut, bahan kimia, gas, habuk bijirin, dan lain-lain ...)

Dengan itu, di sini ada *Empat Peraturan* untuk mengisi petrol dgn selamat:

*1) Turn off engine*
*2) Jangan merokok* semasa mengisi petrol.
*3) jgn menggunakan telefon bimbit anda* tinggalkan dalam kenderaan atau *off*.
*4) Jangan masuk semula dalam kenderaan anda semasa mengisi petrol*


*Bob Renkes Petroleum Equipment Institute* bekerja pada kempen untuk mencuba dan membuat orang menyedari kebakaran akibat *'elektrik statik'* di pam gas. Syarikat beliau mempunyai *Kajian 150* kes kebakaran ini.

Keputusan beliau sangat mengejutkan:

*1) Daripada 150_kes*, hampir semua daripada mereka *wanita.*

*2) Hampir semua kes melibatkan orang yang masuk semula ke dalam kenderaan mereka manakala muncung masih mengepam petrol* Apabila selesai, mereka pergi semula menarik muncung keluar dan kebakaran bermula, akibat statik.

*3) Kebanyakan mempunyai kasut getah soled.*

*4) Kebanyakan lelaki jarang masuk semula ke dalam kenderaan mereka sehingga selesai sepenuhnya.* Ini adalah mengapa mereka jarang terlibat dalam jenis kebakaran ini.

*5) Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit apabila mengepam gas* /petrol.

*6) Ia adalah wap yang keluar dari gas yang menyebabkan api,* apabila disambar dengan caj statik.

*7) Terdapat 29 kebakaran* di mana kenderaan itu di masuki semula oleh pengisi dan muncung telah disentuh semasa mengisi minyak dari pelbagai jenama dan model. Sesetengah menyebabkan kerosakan besar kepada kenderaan itu, stesen, dan pelanggan.

*8) 17 kebakaran* berlaku sebelum, semasa atau selepas topi gas telah dikeluarkan dan sebelum mengisi bermula.

Encik Renkes menekankan *JANGAN* kembali ke dalam kenderaan anda semasa mengisi petrol/ gas. Jika anda benar-benar ada pilihan dalam kenderaan anda semasa gas/petrol mengepam, pastikan anda keluar, tutup pintu sentuh besi METAL, sebelum anda mula tarik muncung keluar. 

Dengan cara ini statik dari badan anda akan dilepaskan sebelum anda mula keluarkan muncung.


Seperti yang disebutkan tadi, The Equipment Petroleum, bersama-sama dengan beberapa syarikat lain sekarang, benar-benar cuba untuk membuat kn org awam menyedari bahaya ini.

TERIMA KASIH KERANA KALIAN SEMUA SAYANGKAN KELUARGA,SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI BILA TAG MEREKA DISINI.TKSH

*Terima kasih untuk share ini bersama-sama.*

Kredit : Fb ViralOhViral 


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.