SLIDER

keturunan
Showing posts with label keturunan. Show all posts

Selain faktor keturunan, ini antara punca utama mengapa uban tumbuh lebih awal

15 Jan 2022



Uban bukan hanya masalah orang tua tapi dah jadi masalah bagi orang muda dah sekarang. Umur baru 20 dah muncul rambut putih. Artikel kali ini saya nak share tentang punca uban di usia muda dan cara nak atasinya. Kalau orang tua kita tahulah sebab dah tua memang rambut akan beruban tapi yang pelik bin ajaib bila orang muda pun dah ramai yang beruban. Senang cerita gaya hidup amat mempengaruhi seperti diet tak betul, stress, kurang nutrisi selain dari genetik. Malu juga muda-muda dah uban kan? Kalau perempuan ok lagi sebab pakai tudung tapi lelaki takleh sorok. Masalah uban di usia muda ni membuatkan hilang keyakinan diri dan segan bila berada dikhalayak ramai.


Jom kita tengok apa 15 punca sebenar rambut kita ni cepat sangat beruban.

1 - Penyakit Tiroid
Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.

2 - Kekurangan Vitamin B12 & zat besi
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

3 - Faktor Keturunan Atau Genetik
Uban yang tumbuh di usia muda juga mungkin disebabkan keturunan. Oleh itu, cuba check tengok keturunan kita tu ramai tak uban di usia muda ni. So kalau ayah atau ibu kita, mungkin untuk uban awal adalah sangat tinggi.

4 - Kekurangan Vitamin C Dan Vitamin E
Kekurangan Vitamin C & E juga menjadi punca uban sebelum usia. Jumlah sel melanin akan berkurang, maka muncullah uban.

5 - Merokok
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.

6 - Suka makan Junk Food
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.

7 - Stress
Sebenarnya stress amat tidak bagus untuk kesihatan kita kerana stress merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik. Stress boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban!

8 - Diet Yang Tidak Seimbang
Diet tidak seimbang mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kekurang nutrisi maka system dalam badan tidak berjalan dengan baik. Sebenarnya bukan sahaja boleh sebabkan uban tetapi juga masalah kesihatan lain yang lebih teruk.

9 - Guna Pengering Rambut
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.

10 - Kulit Kepala Kotor
Yang ni kita tak ambil peduli sangat, kulit kepala kotor pun menjadi punca tau. Bukan setakat rambut uban tetapi juga rambut gugur. So jagalah kebersihan rambut, gunakan shampoo yang sesuai. Dan kalau boleh guna yang organik sebab bebas bahan kimia. Bahan kimia ini punca banyak masalah kesihatan. Saya syorkan amik set Shampoo Prosante.

11 - Penggunaan Pewarna Rambut
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.

12 - Kerap Mencuci Rambut
Mencuci rambut tu bagus untuk elak kulit kepala kotor kan? Tetapi janganlah terlalu kerap kadang-kadang rambut menjadi kering. Sebab tu pilih shampoo yang sesuai, walau kerap guna tapi rambut still lembap dan cantik.

13 - Hormon Yang Tidak Seimbang
Keadaan kulit kepala dan rambut sangat ditentukan oleh perubahan hormon. Penyakit tiroid atau sedang hamil boleh mengakibatkan perubahan hormon.

14 - Mengalami Menopause Awal
Bagi wanita, jika anda mempunyai tanda-tanda menoupause atau telah pun menopause di usia muda, anda berisiko untuk beruban lebih awal.

15 - Kekurangan asid folik
Zat ni sangat penting tau, kekurangan boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh keluar.

Dah tau punca, sekarang cuba cari jalan penyelesaian sebelum uban penuh kepala!


Hanya 3 langkah yang perlu anda amalkan dan berkemungkinan ia melambatkan proses pertumbuhan uban anda.

1 - Elakkan stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2 - Jaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. 

3 - Pengambilan nutrisi dalam pemakanan seharian
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. 

Secara kesimpulannya, jaga pemakanan anda seharian. Takyah la makan banyak sangat junk food tapi tambah sayur dan buah-buahan. Selain itu ambil protein sebab protein ni membantu mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Tambah vitamin B12 dan zat besi juga.

Semua orang taknak uban di usia muda kan? Saya pun taknak. So apa tunggu lagi, cepat selesaikan masalah anda!


Kredit : VitaSihatDanCantik


Pendek ? Keturunan Atau Masalah Kesihatan ?

19 Sept 2017



ADALAH satu perkara biasa melihat di dalam sebuah kelas di sekolah rendah ada beberapa pelajar menyerlah dengan ketinggian lebih daripada majoriti rakan sekelas dan ada juga sebilangan dilihat ‘ketinggalan’ dari segi ketinggian. 

Di Malaysia, kanak-kanak yang rendah tidak terlalu menjadi kebimbangan ibu bapa. Fikir mereka, ia adalah sesuatu yang normal kerana saiz dan ketinggian orang Asia yang sememangnya dilihat agak rendah tambahan melihat ibu bapa mereka juga tidak terlalu tinggi. 

Ada sesetengah kanak-kanak mengalami gangguan pertumbuhan. Gangguan ini merupakan masalah yang menghalang kanak-kanak dari mencapai ketinggian dan berat normal serta kematangan seksual menjejak usia remaja. 

Pertumbuhan kanak-kanak merupakan petunjuk penting bagi kesihatan keseluruhan dan perkembangan mereka. Jika anak anda lebih pendek daripada keseluruhan rakan sekelasnya, meninggi dengan perlahan berbanding rakan sebaya atau adik-beradik lebih tua atau pendek daripada ibu bapa semasa mereka di usia sama, ia mungkin petanda kepada keadaan gangguan kesihatan lain dan ia mungkin memberi kesan lebih daripada sekadar ketinggian. 

Terdapat beberapa gangguan pertumbuhan yang sebenarnya dapat dirawat supaya kanak-kanak mencapai ketinggian normal, namun ia perlu disedari dan dirawat pada peringkat awal. 

Bagaimanapun, kesedaran akan gangguan pertumbuhan adalah agak rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Menurut Pakar Runding Kanan Pediatrik, Pakar Endokrinologi dan Diabetologi Pediatrik di Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Wu Loo Ling, kesedaran mengenai masalah tumbesaran di Malaysia adalah rendah dan membimbangkan. 

“Masalah ini biasanya tidak diberi perhatian kerana ramai menyangka orang Asia secara semulajadinya mempunyai struktur tulang yang lebih kecil. Namun, adalah penting untuk ibu bapa di Malaysia mengetahui simptom-simptom ini dan berjumpa dengan doktor mereka sekiranya bimbang akan sesuatu isu. 

Pengesanan awal sangat penting untuk mencapai hasil rawatan yang positif,” ujarnya ketika persidangan saintifik mengenai tumbesaran, SEA Growth Summit anjuran Novo Nordisk bagi membincang dan berkongsi pengetahuan mengenai sebab, diagnosis, pengurusan, dan pilihan rawatan, baru-baru ini. 

Rawatan
Tumbesaran adalah satu proses fisiologi yang kompleks di mana kanak-kanak mula membesar dengan cepat dalam dua tahun pertama kehidupan mereka. Proses ini berterusan pada kadar tetap iaitu lima hingga sembilan sentimeter setiap tahun sehingga berusia kira-kira 10 tahun.  

Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum ia berakhir perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun. 

Di dalam tubuh, hormon pertumbuhan (growth hormone) yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak merangsang tumbesaran. Selain daripada menggalakkan tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mempengaruhi perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh. Oleh itu, hormon pertumbuhan ini sangat penting untuk perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat. 

Sekiranya seseorang kanak-kanak kelihatan lebih rendah berbanding rakan-rakan sebaya, ada kemungkinan ia mengalami masalah tumbesaran yang menghalangnya daripada mencapai ketinggian dan berat yang normal, serta kematangan seksual dalam sesetengah kes. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kesan yang negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. 

Tegas Profesor Endokrinologi Pediatrik di Universiti London dan Pakar Runding Endokrinologi Pediatrik, London Clinic Centre for Endocrinology, Dr. Martin Savage, semakin awal masalah tumbesaran dikesan, semakin tinggi peluang kanak-kanak tersebut untuk mengekalkan ketinggian normal dan mencapai potensi pertumbuhannya sebenar. 

“Rawatan masalah tumbesaran mempunyai banyak manfaat selain daripada merangsang ketinggian. Ia bukan sahaja membantu kanak-kanak mencapai ketinggian normal, namun turut terbukti membawa impak positif kepada komposisi tubuh, pembinaan tulang, faktor risiko kardiovaskular, dan kualiti hidup,” terangnya. 

Selain daripada risiko-risiko fizikal, membesar dengan masalah tumbesaran juga boleh membawa kesan sosial yang serius terhadap kanak-kanak seperti diejek atau dibuli di sekolah, keyakinan diri yang rendah, cabaran fizikal serta kesukaran dalam perhubungan sosial. 

Untuk mengesan masalah tumbesaran seawal yang mungkin, pertumbuhan kanak-kanak perlu diukur dengan kerap dan dibandingkan dengan adik-beradik atau rakan-rakannya di sekolah. Sekiranya terdapat simptom-simptom, ibu bapa dinasihatkan untuk berjumpa pakar pediatrik khusus dalam merawat kanak-kanak dengan masalah tumbesaran dan hormon. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar yang merawat masalah tumbesaran adalah satu komitmen jangka panjang. Proses rawatan mengambil masa beberapa tahun sehingga kanak-kanak mencapai ketinggian dewasanya. 

Sekiranya masalah tumbesaran berlanjutan apabila pertumbuhan telah selesai, rawatan perlu diteruskan untuk mencapai perkembangan tubuh dewasa yang normal, termasuklah jisim otot dan penambahan mineral tulang. 

Namun, tidak wujud rawatan penambah ketinggian segera dengan hanya memakan vitamin sahaja seperti yang sering dimomokkan dalam media sosial seperti Instagram.

Darah Keturunan

30 Aug 2017


Hi & assalamualaikum pembaca FS. First, terima kasih kpd admin kalau sudi publishkan cerita ni. Aku pun macam korang semua, pembaca tegar FS. Aku nak share pengalaman aku menginap di sebuah hotel terkemuka di Sandakan, Sabah. First, sorry bahasa kan ‘aku’, lebih selesa utk bercerita.

Nama aku Taty. Aku stay Seremban, N9. Aku dah bertunang. Tunang aku stay Sandakan, Sabah. Sbb aku dapat cuti seminggu, aku bercadang nak ke Sabah. Sambil makan angin boleh lah bincang soal perkahwinan aku skali. Aku gelar kan tunang aku, Al lah ya.

Aku menginap di sebuah hotel terkemuka di Sandakan, Sabah. Sampai je aku kat sana, Al jemput aku. Al minta jumpa mak dulu sbb dia tak bagi tahu pun aku nak datang, suprise utk mak dia katanya. Dah smpai tu mak dia terkejut lah smpai menangis. Mak dia ajak tidur rumah tu je tapi aku ckp aku dah booking hotel. Dia tanya hotel apa then bila aku sebut nama hotel tu dia diam membisu. Al pun diam & suruh stay rumah tu je tapi tak cakap pula sbb apa. Aku yg keras kepala ni pun tetap dgn pendirian aku. Al hantar aku ke hotel tu, then dia pesan ‘kalau ada apa2 call terus atau kita oncall saja lah mau ka’. Aku menidakkan je.

Langkah je aku ke pintu hotel, bulu roma terus tegak berdiri umpama nak berkawad. Dengan tak basuh kaki nya, terus baring atas katil empuk lalu terlelap. Penat sangat ek? Aku tersedar, pukul 2 pagi. Tu pun sebab bunyi telefon yg bertalu2. ’56 missed call from future husband’. Al risau kan keadaan aku so dia kata biarkan je call ni & sruh aku mandi bersih kan diri. Eh mamat ni tau pula aku tak mandi lagi ek. Aku pun turutkan je lah. Tangan aku yg nak capai tuala tu terasa sakit. Apa kena pula berdarah kat hujung jari manis ni?, rengek hati ku. Masuk je bilik mandi, satu bau busuk yg teramat sangat. Dah jadi tabiat, aku terus membebel. Tak sempat aku nak cek bilik mandi tu, loceng berbunyi ‘housekeeping!’. 

Dalam hati berdetik hah tepat pada waktunya! Masa tu tak pula terfikir pukul 2 pagi apa ke gila nya ada housekeeping?! Aku terus buka pintu sambil tersenyum. Tapi apa yg pelik nya housekeeping ni selekeh betul. Dengan rambut terurai & langsung tak pandang aku. Tunduuuuk je. Baju kerja pun lusuh je. Dia terus masuk dalam bilik mandi. Aku pula terus capai hp utk berbual kejap dgn Al. Aku mmg dduk atas katil hadap pintu bilik yg mmg dah terkunci. Hampir setengah jam berlalu, aku tergerak hati nak tengok housekeeping tadi. guys, dah hilang! And bilik mandi sangat bersih & wangi. Terfikir juga bila kalanya dia keluar sedang pintu aku dah kunci & mmg tunggu dia keluar dari tadi? Aku buat tak endah je.

Selesai aku bersihkan diri jam menunjukkan tepat 3 pagi. Aku baring & sambung berbual dgn Al. Tak tergerak pula nak tanya kenapa Al risau kan aku sangat. Tahu apa jadi lepas tu? Aku dengar Al bercakap sorang. Al cakap dgn telefon seperti jawab pertanyaan walhal aku mmg tgh diam. ‘Cakap dengan siapa?’ soal aku. ‘Cakap dengan sayang lah’, jawab Al. Allahu aku diam je kot dari tadi. Then after a few minutes,

Al : Knapa bising sangat?
Me : Bising apa nya?
Al : Bising lah bah bunyi nafas mu tu. Jauh2 lah kau bernafas.
Me : tgh bancuh air ni. Buka loudspeaker je. Nafas apa pula
Al : Em tak mengasi tau kau bancuh air, tedalah tu bergurau.
Bukan tu je. Lepas dari ni. Aku dengar suara aku tgh bercakap kat hp yg tgh berborak dgn Al. Korang faham tak? Kan tgh otp, aku dengar suara aku tgh bercakap dgn Al! Sedangkan aku tgh diam je. Aku terus matikan call. Tapi Al tak call pun balik. Aku call Al balik, tapi tk dapat weh which means dia tgh oncall dgn orang lain. Aku terus mesej dia tanya. Tapi dia cakap ‘baru sj kita habis oncall tadi di tanya pula oncall sm siapa? sm syg lah’
Badan aku terasa lenguh2. Niat nak sambung tidur. ‘Kringggg kringggg’. Hp hotel berbunyi. ‘Hello, massage service?’ Hekkk ada pula tngh2 malam khidmat massage kat hotel! ‘i dont want’. ‘betul ke taknak heheheheh *mengilai*. aku terus cabut wayar telefon. Tapi lepastu hp tu bunyi lagi! Hp berbunyi berselang seli dgn loceng berbunyi! Dia kenakan aku kaw kaw malam tu. Ada 3 4 kali juga kain putih melintas depan mata aku. Nasib lah aku ni jenis kuat semangat sikit. Selimut aku ditarik2 & kekadang aircond on off on off. Ntah pukul brapa aku terlelap. Bangun je dari tidur, ada kesan luka gigitan kat betis aku.

Pagi tu, ingat nak berjalan. Tapi demam secara mengejut ni menghalang hasrat aku. Aku rehat secukupnya. Tiada apa yg berlaku sehingga lah magrib menjelma. Loceng berbunyi. Aku buka pintu. ‘eh bila pula saya pesan makan ni’ soal aku. ‘Tadi cik ada order melalui telefon.’ Aku tengok telefon tu, wayar tak bersambung pun lagi. hmm. Aku ambil je lah makanan tu. Memandangkan selera aku terbantut, aku letak je atas meja. Sedang leka aku scroll twitter ntah brapa saat je, makanan tu dah licin dan bersepak sisa nya. Ntah dilahap oleh apa? Gerun aku dibuatnya. Aku nk check out magrib tu juga. Sedang aku leka mengemas baju, paaaapppp! Cawan kaca jatuh. Jarak aku dgn cawan pecah tu jauh lah juga sbb terhalang dgn dinding. Aku baru bangun nak tengok dah terpijak serpihan kaca tu. ‘Dasyat betul lah kaca ni, ada dinding pun bole terbang smpai sini’. Berdarah lah lagi.

Lepas basuh je luka tu, aku nampak housekeeping yg datang smlm kat hujung bilik weh. Smlm aku tak nmpak muka dia. Skrng dia pandang aku! Dengan mata merah & air mata darah nya! Muka pucat lesi & bibir ada cecair merah seolah2 baru habis menghisap darah! Sejak dari tu aku pengsan. Aku tak sedar kan diri, sedar2 je aku kat rumah Al.

Mengikut cerita Al.
Guess bilik sebelah dengar aku menjerit kuat gila. berdesing telinga katanya. Guess hotel tu bgtau juga smlm tgh2 malam aku pasang lagu apa tah bahasa siam kuat2. hmmm bila kala beb? Dia terus call hotel utk cek aku lepas tekan loceng tapi aku tak buka pintu. Pekerja hotel datang & buka pintu tu. Alangkah terkejut nya dorang tengok hantu housekeeping tu tgh jilat darah luka kaki aku yg terpijak kaca tadi. Pekerja ni panggil pekerja2 yg lain utk datang & baca yasiin kat bilik tu sementara tunggu ustaz smpai. Bila dorang baca tu, benda tu mengamuk weh. Dia seret aku smpai terhantuk ke dinding. Hantu tu hantu siam sbb dia bcakap dalam bahasa siam. Ada orang tau bahasa siam tu so dia cerita apa hantu ni cakap.

Ustaz pun smpai. Ustaz tu tanya apa dia nak. Hantu ni cakap siam. Orang yg pndai tu gtao ustaz apa dia cakap. Btw hantu ni bahasa melayu ustaz cakap faham pula pastu saja balas dalam bahasa siam lol. Hantu ni cakap dia nak orang yg berdarah siam yg masih dara. Ya, aku kacukan siam. Family belah ayah aku asal Pattani, Thailand. Kebetulan masa tu pula aku haid, jadi mudah sangat utk dia jadikan aku boneka dia. Patutlah luka2 aku dibuatnya. Dia tak dapat nak jilat darah dari pad aku sbb aku ni mmg jenis cuci clean & clear punya. Ustaz tu cakap, benda tu tak bertuan & bilik tu tempat dia. Dia nak aku jadi tuan dia. Allahu.

Hotel minta maaf dkt aku sbb ntah macam mana terbagi bilik tu walhal bilik tu act lama dah takde guess duduk & bilik tu mmg ‘blacklist’. Maybe hari aku booking tu bilik penuh & tinggal bilik tu. Hotel pulang kan duit aku. Ye tu paling bahagia. kahkah. Kejadian ni 7 tahun lalu. Skrng aku dah ada 2 cahaya mata dah. Tak tahu lah klau cerita hantu siam tu masih ada wahai orang sandakan? Pssttt, siapa sebelah awak tu?

Kredit : fiksyenshasha 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.