Tuesday, 24 January 2012

pensel

salam sahabat2.
lama takdak update sini.tadi alhamdulillah dapat bersama2 solat maghrib n isya' jemaah di surau v2 UTP.
antar maghrib isya' tu adelah sesi pengisian.ada sorang adik intake baru jan12 me-volunteerkan diri untuk share satu benda ni.tadi tak sempat salin,tapi bila cari melaului cik google,ade jugak.

ni dari sebuah blog: source

Iktibar Sebatang Pensil
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Wallahu'alam............
 
 
Allah jadikan setiap ciptaannya bukan sia-sia.dan setiap yang ada itu bukan hanya satu kegunaannya.kita dikurniakan akal untuk berfikir sekreatif dan sekritis mungkin.belajarlah ke arah itu.
hue3.ni bgtau orang,diri sendiri kena lebih la buatnye.doakan saya istiqamah ye. -ezne
 

Thursday, 29 December 2011

tensionnye~~~~!!!!!!!!!!!!!!

Assalam.new things.its kind of coincidence that i get all this in these two days.
syukran Allah.

from SOLUSI edisi:39 salam editor
" cuba bayangkan ,kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam.Warna di kaki langit menjadi jingga,oren dan kuning keemasan.Kita melihat dan menikmatinya sahaja.Kita tidak berkata: 'sewajarnya ditambah warna kuning,dikurangkan warna jingga.'Tidak,kita tidak akan berkata begitu.Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya.Hasilnya?Kita tenang.

Ironinya,sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita.Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya datangnya daripada Allah.Mengapa kita memilih untuk berkrisi dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
"


STRESS?call Allah.he will answer.
http://www.youtube.com/watch?v=lsdYzwHDJuw&feature=share :sharing from sheikh hussein yee.have a look.

reminder for me and you

Sunday, 4 December 2011

assyura

salam zumalai(sahabat saya) sekelian~

post dari seorang sahabat di wall fb rakanmasjidutp[click di sini] mengenai sunat untuk berpuasa di hari tasu'a dan assyura(9 dan 10 muharram)/marilah sama2 kita merebut peluang ini untuk puasa bersama!nak qadha puasa esok pon boleh~



Harris Fahmi:
Jom pakat ramai-ramai puase ari ahad dan isnin ni... Sempena dgn hari tasu'a dan 'asyura(9 n 10 muharram)... Byk fadhilatnye... Jgn lupe ajak kengkawan n ahli keluarga sekali..
Sebelum tu,, jom kite study cikit sal peristiwa yg berlaku pada 10 muharram ni..

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam.
Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi
Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit,
sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud
kerana Nabi Daud merampas isteri orang
walaupun baginda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit,
di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat
yang dapat menjadi ular besar
yang memakan semua ular-ular ahli sihir
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun
dalam bumi kerana kezaliman mereka.
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
setelah berada selama 40 hari di dalamnya.
Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Tuesday, 29 November 2011

hijrah:now or never

salam sahabat2.
ini ada hadiah dari RAKAN MASJID UTP sempena Maal Hijrah 1433H.semoga tahun ini lebih bermakna.








bahasa jiwa bangsa

dishare oleh Ustaz Rahmat dalam googlegroup an-nasru ilal huda:enjoy:


Sampah Dan Pencemaran Bahasa (Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan)
Siti Shamsiah Binti Md Supi
Pegawai Penyelidik

25/11/2011 Artikel Bahasa Malaysia



Melihat pada persekitaran kita, ternyata banyak "sampah" dan pencemaran dalam pertuturan dan bahasa yang digunakan. Masyarakat kita sudah tidak ada segan-silu mewujudkan istilah atau menggunakan bahasa yang begitu asing dari bahasa ibunda. Daya kreativiti yang ada disalah guna sehingga menghasilkan budaya berbahasa yang cacamerba sehingga kemudiannya merendahkan jati diri bangsa. Amat malang dan begitu ironi kerana ia diterima oleh banyak orang, terutama dalam kalangan anak muda.

Rupa-rupanya pencemaran bahasa yang berlaku bukanlah fenomena baharu dalam masyarakat kita, bukannya hanya mula berlaku pada era pascamodenisme mahupun modenisme. Tetapi, sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Barangkali disebabkan latar belakang Melaka sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat, maka begitu banyak bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan pada ketika itu. Dikatakan sekitar 84 buah bahasa digunakan. Apabila pelbagai bahasa "berkampung" di satu tempat, maka berlakulah percampuran bahasa semasa penduduk tempatan berkomunikasi sesama mereka atau dengan orang luar. Percampuran inilah yang kita lebih kenali sebagai bahasa rojak.
Isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah fenomena yang berlaku ini menjadi semakin buruk. Penggunaan bahasa rojak berlaku secara berleluasa dan tanpa rasa bersalah, terutama oleh kalangan remaja. Bukan hanya menggunakan bahasa rojak, malahan juga rata-ratanya pada hari ini lebih gemar membuat singkatan pada perkataan dalam berhubung sesama mereka semasa menggunakan khidmat pesanan ringkas di telefon genggam.

Alasan mereka ia ringkas, mudah dan pada masa yang sama mesej masih dapat disampaikan dan difahami. Mereka tidak mempedulikan kesan buruk yang berlaku; yang boleh mengakibatkan mereka menjadi golongan "kurang upaya" dan tidak berkemampuan untuk menguasai dan menggunakan bahasa secara betul dalam urusan-urusan rasmi dan keadaan-keadaan yang memerlukan. Dan kerosakan bahasa ini bukan sahaja berlaku dalam kerja-kerja sekolah di peringkat rendah ataupun menengah, bahkan juga di peringkat universiti! Penggunaan bahasa Melayu di sektor awam juga dikatakan masih belum berada di tahap yang memberangsangkan.

Punca utama mengapa bahasa sendiri tidak dihormati adalah disebabkan lemahnya jati diri anak bangsa. Faktor-faktor seperti pengaruh media atau kesan globalisasi yang menawarkan pelbagai sampah dan pencemaran terhadap bahasa bukanlah faktor utama tetapi lebih sebagai pemangkin yang membesarkan lagi pencemaran yang berlaku.

Globalisasi dan ledakan teknologi maklumat memang tidak dapat dihalang menjadi sebahagian daripada sumber yang memangkinkan lagi pencemaran yang berlaku, tetapi sebaliknya, jika kita mempunyai jati diri yang kukuh, apa-apa pun yang terjadi tidak akan menggugat kecintaan terhadap bahasa sendiri. Jika kita tidak menyambut bahasa-bahasa yang tercemar yang ditawarkan dan yang ada di sekeliling kita, maka pencemaran bahasa yang berlaku, tidak akan berkembang. Dan ia akan terhenti setakat di situ. Malahan, globalisasi atau ledakan teknologi maklumat sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara yang indah dan manis. Malah bahasa Melayu yang dikenali dengan intonasinya yang menarik, mampu untuk menyampaikan ilmu dan kefahaman.

Rata-rata anak bangsa kita tidak berbangga dengan bahasa sendiri, apatah lagi untuk mendaulatkan bahasa ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa ini tidak punya nilai dagang, tidak ada nilai antarabangsa dan tidak mempunyai kekuatan untuk menakluki keampuhan sains dan teknologi. Begitu juga dalam bidang undang-undang, ia dilihat tidak mampu menguasai istilah-istilah yang diperlukan dalam bidang undang-undang.

Sedangkan pada kurun ke-7 menurut Prof. Dr Awang Sariyan, bahasa Melayu telah pun dijadikan sebagai bahasa perantara dalam pentadbiran, perdagangan dan pengajian agama untuk kerajaan Sriwijaya yang luas dan sangat besar pada ketika itu.

Sehubungan itu juga, Van Linschotten, seorang pegawai dari Belanda yang bertugas di Indonesia di antara tahun 1586 hingga 1592 menilai bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamadun tinggi pada ketika itu. Ironinya, generasi muda pada hari ini sebaliknya tidak pandai untuk menghormati bahasa sendiri, apatah lagi mengangkatnya ke martabat yang lebih tinggi. Dan lebih malang kerana bahasa ini dipandang lekeh dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Begitu juga dengan rakaman yang dibuat oleh ahli sejarah Belanda, Francois Valentijn. Beliau menyatakan bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah. Menurut beliau, sesiapa yang datang ke alam Melayu, mahu tidak mahu perlu belajar bahasa Melayu dan sesiapa yang tidak pandai berbahasa Melayu, dianggap sebagai golongan tidak terpelajar.

Pendek kata, jika kita memahami dari mana sebenarnya bahasa Melayu lahir dan datang, dan melalui bahasa inilah penduduk Nusantara membina tamadun bangsa, maka tidak timbul sebenarnya tentang di mana kedudukan bahasa Melayu berbanding bahasa-bahasa lain yang ada di dunia. Bahasa lain dilihat lebih gagah, mempunyai nilai dagang dan dipertuturkan di peringkat antarabangsa, adalah kerana penuturnya mempunyai semangat perjuangan yang tidak punya noktah untuk menjadikan diri mereka sebagai peneraju pelbagai bidang di peringkat dunia.

Bahasa Melayu sebenarnya gambaran kepada jati diri bangsa Malaysia. Itulah sebabnya disebut bahawa "Bahasa Jiwa Bangsa". Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat istimewa dan punya ciri-ciri yang tersendiri. Dan setiap bahasa datangnya dari Allah SWT melalui ilham yang disampaikan kepada hamba-Nya mengikut bahagian-bahagian tertentu di bumi. Jika tidak, masakan Nuruddin al-Raniri menggunakan bahasa Melayu sebagai medium dakwah dalam kalangan orang Melayu sekalipun beliau sendiri bukan orang Melayu, dengan menulis kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu.

Pada hari ini terdapat lebih 100 institusi di seluruh dunia yang mengajarkan bahasa Melayu, ataupun setidak-tidaknya mempunyai pusat penyelidikan tentang bahasa dan sastera Melayu. Kerana keistimewaan yang dimiliki bahasa Melayu, ia menjadi antara bahasa yang popular untuk dipelajari. Malangnya, negara kita bukanlah tempat yang dapat membantu pelajar-pelajar asing yang hendak membuat latihan amali untuk mendalami bahasa serta budaya Melayu dan berhubungan dengan masyarakat tempatan. Sapaan, teguran ataupun soalan yang ditanyakan dengan menggunakan bahasa Melayu, rata-ratanya akan dibalas oleh orang tempatan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Keadaan yang berlaku tentunya menyebabkan kekecewaan dan kehampaan kepada pelajar-pelajar asing terbabit. Ini mengakibatkan mereka beralih pilihan untuk membuat latihan amali dan biasanya alternatif yang paling dekat ialah negara jiran, Indonesia. Situasi ini bukan hanya merugikan pelajar terbabit, tetapi juga menjejaskan nama baik bangsa dan negara kita. Disebabkan kesilapan kita sendiri kerana culas untuk memartabatkan bahasa sendiri, kita kehilangan kredit serta pengiktirafan dari orang luar. Sekiranya kita terus enggan untuk mengakui kesilapan, membetulkan kesilapan dan membudayakan semula bahasa Melayu secara murni dan mengekalkan keasliannya, tidak hairan jika satu hari nanti, bahasa Melayu akan hanya menjadi sejarah dalam peradaban manusia di dunia.

..........................................................

jadi,apa pendapat anda?mengakui diri ini juga selalu me'rojak'kan bahasa.saya bangga saya dapat berbahasa MELAYU!

share

salam semua.this blog i will be using it by copying/pasting/importing other sources into here.
senang nk cari n kumpul jugak.
dont hesitate to read~
syukran