SLIDER

gaya
Showing posts with label gaya. Show all posts

Isteri Tidak Pernah Di Sentuh Suami Sehingga Usia Perkahwinan Setahun Lebih

2 Feb 2023




Ada sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.
Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu, saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.


Mia, 30, Selangor


APA KATA PAKAR,
Datuk Amli Embong, Peguam Syarie

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.


Kredit : sinarharian

Isteri Bekas Suami Tuduh Saya Gila Talak

29 Sept 2017



Saya Rose (bukan nama sebenar) berusia awal 30-an, mempunyai dua anak perempuan, berusia lapan dan 11 tahun. Saya ibu tunggal, berpisah dengan suami empat tahun lalu kerana orang ketiga. 
 
“Syukur, sebab saya bekerja walaupun gaji tidak seberapa tetapi saya gembira kerana anak-anak di bawah jagaan saya sepenuh masa dan bekas suami boleh melawat anak-anaknya pada bila-bila masa. 

“Perkahwinan kami dahulu kerana cinta. Dua tahun menyulam kasih, hancur begitu sahaja kerana dia beralih kasih. Cintanya rapuh. Janjinya hanya separuh jalan untuk bersama saya. 

“Saya reda dengan perpisahan ini. Saya menyifatkan jodoh kami hanya sampai setakat itu. Tiga bulan selepas berpisah, bekas suami bernikah dengan gadis yang menjadi skandalnya semasa masih menjadi suami saya. 

“Saya tidak terkejut. Lebih baik begitu daripada saya dimadukan. Tak sanggup hidup dengan lelaki yang menduakan kasih sayangnya kepada saya. 

“Setahun berlalu, keadaan aman, anak-anak gembira dengan saya. Kami hidup secara sederhana. Apa yang ada itulah yang kami makan. Saya tidak ajar anak mewah dengan hidup seperti masa ayah mereka ada.  

“Saya didik mereka dengan baik. Ada masa belajar, mengaji, solat dan bermain. Awal tahun ini, saya tengok dua anak saya mula berubah perangai. 

“Balik sahaja dari rumah ayah mereka, keadaan mereka berubah. Mengaji kena suruh, baca buku juga kena paksa. Lebih banyak main daripada belajar. Cakap saya sudah tak didengar. 

“Setelah memujuk dan bertanya dengan baik, saya dapat tahu semasa mereka ke rumah ayah mereka, mereka tidak pernah disuruh buat apa yang saya suruh mereka buat. 

“Mak tiri pun tidak pernah ambil tahu hal mereka, sebab sibuk uruskan anak dia. Mereka bawa diri sendiri. Makan sendiri dan banyak masa dihabiskan dengan menonton televisyen dan bermain.
“Kerana tidak mahu perkara itu berterusan, saya hubungi bekas suami bertanyakan hal itu. Dia melenting dan tuduh saya kata dia tak pandai jaga anak. Mengeruhkan keadaan, isterinya pula masuk campur. 

“Dituduhnya saya cuba menggoda suaminya semula. Siap dimaki hamunnya saya dengan kata-kata kesat, sedangkan dia tahu saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan suaminya lagi. 

“Tidak cukup dengan telefon, dia kirim mesej dan WhatsApp macam-macam kepada saya. Tuduh saya gatal dan gila talak. Cetek sungguh fikiran dia. Agaknya dia lupa yang dia yang menggatal mengorat suami saya dahulu. 

“Saya apa lagi, ‘belasah’ dia habis-habisan dengan kata-kata azimat saya. Saya minta dia bertaubat dan jangan kacau saya dan anak-anak saya. Saya pun tak ingin nak rebut kembali suami dia. 

“Yang saya utamakan sekarang adalah anak-anak saya. Masa depan mereka dan pelajaran mereka. Saya tidak mahu anak-anak saya dididik dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya tidak mahu bekas suami abaikan anak-anak kami apabila bersamanya. 

“Saya minta dia jaga kebajikan anak-anak kami sekiranya mereka ada bersamanya. Jaga makan minum mereka, layan mereka dengan kasih sayang. Jangan biarkan mereka dengan hal sendiri. 

“Saya juga minta dia bagi tahu isterinya, jangan racun fikiran anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka keliru dengan hidup mereka. Saya mahu anak-anak berjaya dalam pendidikan dan hidup mereka di dunia dan akhirat. 

“Saya juga pelik dengan perangai isteri bekas suami. Apa lagi yang dia hendak. Suami saya dah diambilnya. Anak-anak juga diberi hak berjumpa ayah mereka tanpa halangan walaupun nafkah yang diberi macam biskut chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada. 

“Saya malas naik turun mahkamah, nak tuntut nafkah anak-anak, dah empat tahun, tak ada perubahan. Bekas suami macam itu juga, berhabis untuk keluarga baharunya, ada duit tapi untuk anak-anak dengan bekas isteri, selalu tak cukup. 

“Semoga Allah lindungi saya dan anak-anak dan tempatkan kami di bawah rahmat dan lindungan-Nya setiap waktu. Mudah-mudahan kami tiga beranak bahagia dengan cara kami di dunia dan akhirat. 

“Kepada suami di luar sana, pesan saya jangan abaikan anak-anak kalau sudah kahwin lain. Kepada isteri yang merampas suami orang, jangan keterlaluan melayan anak-anak tiri. Jagalah dengan kasih sayang, ingat anak-anak itu tidak berdosa.
Mereka tidak tahu apa-apa. Saya berdoa supaya bekas suami dan isterinya akan sedar dan kembali ke pangkal jalan,” kata Rose menamatkan ceritanya. 

Itulah lumrah hidup yang perlu kita hadapi. Saya harap Rose akan terus bersabar. Insya-Allah banyak berdoa, Allah akan buka jalan untuk semua masalah yang Rose hadapi. Abaikan perangai isteri bekas suami, asalkan Rose tetap dengan cara berhemah dan mulia seorang wanita dan ibu. 

Menamatkan catatan, pesanan saya, hargai orang lain dan jangan berdendam. Hidup itu sederhana, asal kita tidak menjadikannya rumit dan menyusahkan.
Salam

Aku Menyesalll Sebab 'Jual Mahal'

28 Sept 2017


Terima kasih admin approve aku punya cerita. Okla aku xreti nak mula macam mana ni. Sebab cerita aku ni panjang. Aku cube cerita satu persatu. Sebenarnya zaman sekolah dulu trend adik angkat adik angkat ni sangatla famous, sampai aku sekali terjebak dengan trend tu. Tapi kisahnya adik tu yang mintak aku jadi kakak angkat dia. Haha rasa macam hot tapi tak sebenarnya. Haha 

Adik yang aku maksudkan ni lelaki tau, senang nama dia hadi, dia ni baik , sangat baik, zaman sekolah jujur aku cakap segala aktiviti yang aku buat semua dia ‘care’ dan ambil tahu, dan aku sedar aku bukanlah kakak yang baik, sebab dalam masa yang sama, ada budak tingkatan 3 minat kat aku jugak. Masa tu aku tingkatan 5. Aku tadelah cantik, tak tahu kenapa ramai adik – adik bawah aku minat kat aku, dan aku bukanlah kaki melayan tau. walhal batch sendiri tade sorang pon minat kat aku. Haha 

Oklah, aku nak cerita pasal hadi ni, aku nampak effort dia nak “lebih” dari kakak angkat dengan aku, tapi aku ignore je, sebab zaman tu nak spm, so aku memang tak endah pasal perasaan ni. Habis spm takdir allah rezeki aku baik, aku dapat better offer sambung overseas. Aku ingat hadi dah lupa kat aku, tapi sebenarnya tak, tiap kali aku balik malaysia pasti dia akan call aku tanya khabar, masatu dia study di johor. Aku macam acu tak acu je jawab, yela masatukan aku tak “rasa” pon ada perasaan dengan dia. Walhal aku sedar aku memang single dan time tu memang tak fikir pasal nak kahwin ni. 

Habis je study di overseas 4 tahun, aku pon balik malaysia, dengan segulung ijazah, time tu dah rasa boleh capai cita2 aku. Haha tapi sebenarnya belum lagi. Aku memang tak contact dengan si hadi ni. Tapi aku sedar dia selalu “PM” di FB aku, tapi di sebabkan bussy dan rasa tak penting aku tak balas pun. 

Aku mula masuk alam pekerjaan, dan dalam masa yang sama aku sambung belajar lagi, hadi? Aku tak tahu dia buat apa sekarang. Aku rasa hubungan tu dah tade apa – apa. Takdir allah, masa aku nak konvo, aku cari photografer untuk majlis konvo aku, cari punya cari semua full booked. And the end aku baru teringat kat hadi ni. Aku mula search balik fb dia dan start conversation. And alhamdulillah dia decided untuk terima job tu, even dia dah lama tak pengang camera. 

Kiteorang pon deal, untuk jumpa satu tempat untuk shoot photografer, cuba bayang dah 7 tahun tak jumpa, time tu rasa semua lain, dia yang dulu hingusan, sekarang aku tengok lebih matang dalam mengendali kehidupan. Alhamdulillah. Lepas je dari shoot tu. Kiteorang jadi rapat balik, kadang – kadang hang out. Walaupun si hadi ni bussy dengan kerja, dia memang akan cari masa kalau aku ajak hang out. 

Makin hari kenal si hadi ni, aku pulak jatuh cinta dengan dia, aku pun single memang tade sapa pun. Tapi persoalannya aku tak reti nak cakap dengan hadi yang aku suka kat dia. Aku sedar dia dah anggap dan terima aku sebagai “kakak”. Haha 

Aku nak pesan kat korang semua, jangan terlalu “mahal” sangat dan jangan terlalu “murah” sangat, kalau yang datang tu cukup agamanya, cukup semuanya cubalah untuk menerima. Jangan jadi macam aku, semua yang datang aku tolak, kemudian aku meroyan sorang – sorang. Haha 

Untuk hadi, bukan nama sebenar, saya sayang awak, cume awak tak sedar. Kejarlah azam baru awak. Moga awak enjoy dengan hidup awak! Saya saja tak nak whatsapp awak, sebab saya nak cube “move on” sebab saya tahu, kalau saya luahkan kat awak, awak tak terima saya. Last but not least saya terima kasih membaca, dan kalau ada idea boleh sharekan ye. 

Aku single
Mencari jodoh




Dilema Seorang Lelaki Kacak

28 Jul 2017


Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang cukup sifat malahan mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki lain... Ya!! Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki kacak... bukan sekadar kacak malahan mempunyai kebijaksanaan yang ekstrem... . Ujian IQ aku menunjukkan aku seorang lelaki kacak yang mempunyai markah IQ sebanyak 160.

Berkulit sawo matang, berdada bidang, berketinggian yang sesuai dan berhidung agak mancung... Aku kelihatan agak garang dengan misai melintang,tetapi kerana sifat ceria semulajadiku, aku disenangi kawan danawek-awek tak kira yang cun atau tak cun. Semasa aku menunggu keputusan SPM, aku bekerja di kilang papan, kerja berat ini menyebabkan badan akumenjadi tough dan wings ototku menyerlah sekalipun aku pakai baju longgar.

Selepas tamat pengajian aku di sebuah universiti terkemuka dunia, aku bekerja yang agak glamer... Berkereta mewah,sekali pun milik agensiku, tapi sudah cukup untuk memikat hati gadis yang cantik dan tak cantik, malahan.. ramai lelaki tak hensem iri hati dengan kehebatan dan kekacakanku... Aku sering mengayakan imej ranggi,berkasut kulit ala koboi (siap ngan rantai tu), berjaket kulit hitam mengantikan kot, mengenakan neck tie berimejkan metallica, jam rantai tembaga, serta berkepala talipinggang yang lebih besar dari pelempang kebanyakkan awek yang aku kenali. Aku cukup agresif di pejabatku,sehinggakan pegawai atasanku jua dengki dan jaki terhadapku.

Kejakian mereka tidak hanya terhadap penampilan dan mutu kerja yang cemerlang sahaja. Aku sering digossipkan sebagai lelaki gigolo, jantan kabaret,lelaki jalang malahan, aku juga digossipkan sebagai lelaki gay bilamana aku tak melayan cinta beberapa awek... . Bila aku dilihat minum bersamaawek yang tak cun... aku dituduh gigolo dan pisau cukur... Jika aku keluar dengan awek cun pula, aku dituduh mengeksploitasikan kekacakanaku untuk memikat gadis jelita... Jika aku dilihat berhemah dan bersantun dengan wanita-wanita tua yang kebanyakkan bergelar datin,mereka menuduhku sedang memasarkan khidmat gigoloku... .

Awek cun merasakan aku terlalu hebat untuk mereka, awek tak cun pula mengatakan aku jual mahal... Suami-suami pula sering menjeling tajam bini-binimereka takut bini terpikat ngan aku... dan mak-mak bapak yang ada anakperempuan sering menyorokan anak mereka bila aku bertandang ke rumahmereka... takut anak mereka lari ikut aku... Yang ada anak-anak dara sunti pula menjerit-jerit suruh masuk ke rumah bila melihat akumemerhatikan anak-anak mereka bermain di laman... mungkin mereka takut aku seorang lelaki kacak yang gila seks ganas dan sadis seperti pembunuh nurin.

Oh dunia!!!! Salahkah aku menjadi lelaki kacakyang hebat.  Apa yang harus aku lakukan sekarang. Usiaku sedangmemanjat tangga ketuaan, umurku telah lama melepasi zaman remaja.. Tapi aku masih di sini... kekal sebagai lelaki kacak yang hebat... seorang diri... berkelana di rimba kehidupan nista dan fitnah dunia... .

Perempuan Kaki Bersaiz Besar Murah Rezeki ?

13 Jul 2017


Orang-orang tua cakap kalau perempuan kaki saiz kapal ni rezeki murah. Tak tau lah betul atau salah. Tapi tak kot.
Orang-orang Cina percaya bahawa “rasa sejuk datang dari kaki” dan “seseorang mulai penuaan dari kaki”. Kaki adalah punce kepada masalah yang tersembunyi dalam tubuh manusia. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap titik meridian di kaki kita adalah sebahagian daripada sistem tubuh kita, kerana itu refleksi kaki adalah rawatan ideal untuk orang tua, orang yang tertekan, ahli sukan, dan semua orang. Adakah anda tahu bahawa hanya dengan mengamati bentuk kaki seseorang dan kaki, anda boleh mempelajari tentang ciri-ciri keperibadian dan rahsia seseorang? Bacalah untuk pengetahuan, bukan untuk kepercayaan.
Kaki panjang, ramping dan halus menunjukkan orang tersebut akan menikmati kehidupan yang belayar lancar dengan sedikit rintangan. Seorang yang aktif, berkerja keras dan suka membantu. Lebih cenderung memiliki kehidupan yang sangat baik sebelum tiga puluhan anda. Setelah 30, kehidupan anda bergantung pada takdir penunjuk lain.
Kaki yang pendek berbanding tubuh menunjukkan kecerdasan, penuh perhatian dan tenang. Lebih cenderung memilih pekerjaan yang tidak memerlukannya untuk berhubungan dengan orang terlalu banyak. Mungkin menghadapi beberapa kepayahan sebelum tiga puluhan, tapi setelah itu sangat meningkatkan keberuntungan anda menjadi lebih baik.
Seseorang yang berjalan dengan kaki menghala ke dalam menunjukkan mereka low profile, lebih suka kehidupan stabil daripada mengambil risiko.
Jika anda berjalan dengan kaki terbuka, ini menunjukkan anda orang yg suka menyibuk hal orang. Anda mungkin lebih sibuk dengan urusan org lain berbanding dgn urusan sendiri. Anda suka menunjuk dan biasanya sangat becok.
Kaki kurus bertulang menunjukkan kemiskinan. Hidup mempunyai banyak kesulitan dan itu adalah perjuangan untuk membuatkan hidup berjalan lancar. Jadi jangan cuba untuk gemuk kaki anda. Tidak seperti kaki berdaging baik untuk membawa kehidupan yang baik!
Jari-jari kaki berbentuk tajam menunjukkan anda adalah kambing hitam keluarga. Anda suka menghabiskan wang tetapi malas untuk bekerja, itu menunjukkan kurangnya prestasi besar dalam hidup.
Kaki yang berisi dan halus menunjukkan anda akan menjadi sangat makmur dan kaya. Hal ini juga penunjuk bahawa keluarga seperti seseorang sangat kaya, termasuk kelas istimewa.
Jika kuku jari kaki anda tersusun dalam bentuk bulat dan halus, terutama jika anda seorang wanita, hal ini menunjukkan anda akan berkahwin dengan suami yang kaya.
Jari-jari kaki yang kecil menunjukkan anda adalah orang yang bertanggungjawab dan jujur. Orang dengan jari-jari kaki kecil dikatakan untuk menjaga harta pasangan dengan baik.
Jika kaki anda besar, (saiz 8 ke atas untuk lelaki dan saiz 7 ke atas untuk perempuan) ini menunjukkan anda adalah seorang “survivor”. Anda boleh mengendalikan setiap jenis masalah, kemunduran, kesulitan atau orang yang sukar. Anda menentukan dan dapat memberikan kepimpinan yang kuat.
Jika jari kaki tengah adalah yang terpanjang di antara jari-jari kaki yang lain, itu bukan penunjuk yang baik kerana menunjukkan nasib anda boleh berubah menjengkelkan selama setengah baya .. Anda boleh menderita kekurangan terus-menerus menghadapi masalah wang dan yang menghalang kejayaan anda.
Jika jari kedua kaki anda lebih panjang dari ibujari kaki anda, hal ini menunjukkan anda akan mempunyai banyak rezeki dan banyak teman-teman di sekitar anda. Anda melihat orang lain dengan hati yang baik, begitu banyak akan berbicara baik tentang anda. Tetapi anda harus bekerja keras untuk mempertahankan gaya hidup anda semakin boros.
Jika kaki anda kecil (saiz 6 ke bawah untuk lelaki dan saiz 5 ke bawah untuk perempuan), anda harus merawat hidung atau sistem pernafasan. Anda dewasa dan bijaksana, tetapi harus belajar untuk mengatasi sifat cemburu anda dan kecenderungan, kerana mereka boleh membawa kepada kejatuhan anda atau menjadi sumber utama ketidakbahagiaan.
Warna jari kaki anda tidak boleh hanya menunjukkan keadaan kesihatan anda, juga boleh menunjukan potensi anda untuk kekayaan. Jari-jari kaki yang susu putih dan telus cadangkan anda akan memiliki kehidupan yang stabil. jari-jari kaki kelabu cadangkan anda akan memiliki kehidupan yang sukar. Warna kemerahan Namun yang terbaik adalah, yang menunjukkan seseorang itu kaya dan sukses.
Jari-jari kaki besar menunjukkan anda adalah pemimpin. Anda boleh menjadi orang yang sangat keras kepala, panas marah dan posesif, tapi anda dapat membangkitkan ghairah besar pada orang lain.
Jari-jari gemuk dan tidak seragam dalam saiz, ini menunjukkan anda mempunyai keberuntungan untuk memiliki harta dan menikmati nasib baik. Anda mempunyai potensi untuk menjadi seorang hartawan terkemuka.

Gaya hidup tidak sihat

22 Sept 2009


DIET SEIMBANG...pengambilan makanan yang seimbang 
membantu tubuh mengatasi penyakit kronik

SIHAT dan sejahtera mempunyai makna yang berbeza. Ramai orang salah anggap mengenai tubuh badan sihat, tetapi secara keseluruhannya tidak sempurna daripada segi keadaan fizikal, mental dan sosial selain mampu meneruskan kehidupan dengan prospek positif. Ada yang menganggap diri mereka sihat, tetapi mengamalkan gaya hidup yang menjurus kepada kemungkinan untuk mendapat penyakit seperti merokok, gemar mengambil minuman alkohol dan diet tidak seimbang.

BERJOGING...salah satu aktiviti menyihatkan jantung.


Perunding Pakar Perubatan dan Geriatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Rajbans Singh berkata, kebiasaannya mereka yang berada dalam kategori sihat dan sejahtera ini mengamalkan gaya hidup yang aktif. “Mereka menganggap diri sihat sehinggalah diserang penyakit. Kadangkala mereka yang menganggap diri sihat, tetap mengamalkan gaya hidup yang tidak sepatutnya.“Golongan yang sihat dan sejahtera ini biasanya seorang yang aktif. Secara asasnya mereka mengamalkan rejim kesihatan yang sepatutnya seperti senaman, diet seimbang dan membuat pemeriksaan kesihatan secara tetap bagi mengekalkan kecergasan berbanding sihat saja,” katanya.

Dr Rajbans menambah, perkara penting yang perlu dilihat terlebih dulu dalam aspek kesihatan tubuh badan melalui gaya hidup yang dijalani adalah kulit, hati, sendi dan jantung. Namun, perkara utama yang harus diambil berat adalah jantung. Kesihatan jantung begitu penting kerana ia adalah penyebab nombor satu kematian. Penyakit jantung boleh terjadi kepada sesiapa saja. “Misalnya, wanita bergelar ibu berusia sekitar 30 hingga 60 tahun yang sibuk bekerja, tidak bersenam dan mengalami tekanan boleh menghidap penyakit jantung. “Bertambah buruk apabila mereka hanya mementingkan penjagaan kulit semata-mata berbanding kesihatan jantung,” katanya. 


Ini kerana jantung adalah teras kepada sistem peredaran darah yang membekalkan tubuh badan dengan oksigen dan nutrien penting lain yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan. Tanpanya, manusia tidak boleh hidup dan secara purata, jantung manusia seberat antara 0.17 kilogram hingga 0.31 kilogram berdegup 60 hingga 80 kali seminit. Kadar kesihatan jantung berkait dengan faktor kecergasan fizikal, aktiviti serta emosi. Hormon yang dikeluarkan kerana emosi serta rangsangan lain akan menjejaskan kadar kesihatan jantung. Disebabkan itu, kebanyakan penyakit jantung dikaitkan dengan faktor emosi. Selain jantung, hati juga adalah organ penting dalam tubuh badan. 

Tambah Dr Rajbans, tubuh badan yang mengalami masalah nyahtoksin akan menyebabkan tekanan darah dan di sinilah fungsi hati penting untuk mengelakkan ia terjadi. Ini kerana hati adalah organ terbesar kelenjar dalam badan dan melakukan banyak fungsi penting bagi menjaga tubuh bebas daripada toksin dan bahan lain yang berbahaya. Ia adalah organ penting yang menyokong hampir setiap organ dalam badan. Seseorang itu tidak boleh menjalani kehidupan yang sihat tanpa hati yang sihat. Purata hati dewasa seberat kira-kira 1.36 kilogram dan menerima 1419.36 mililiter darah setiap minit. Ia akan merembeskan bahan kimia kerana menghasilkan hempedu, bahan diperlukan untuk mencerna lemak. 




Garam hempedu (di dalam hempedu) pula akan memecahkan lemak menjadi kepingan lebih kecil supaya ia boleh diserap lebih mudah dalam usus kecil.Selain menghasilkan hempedu, hati juga berfungsi menyahtoksin darah untuk menghapuskan bahan berbahaya seperti alkohol dan dadah, menyimpan vitamin serta zat besi. Disebabkan hati melakukan banyak fungsi penting, ia terdedah kepada penyakit. Antara isyarat menandakan hati bermasalah adalah perubahan warna najis atau air kencing menjadi gelap. Selain itu, tanda biasa masalah hati adalah penyakit kuning, hepatitis, hati berlemak serta kanser yang disebabkan oleh alkohol, ubat melegakan kesakitan dan dadah.“Jika tidak menjaga kesihatan organ di dalam badan, kita akan dapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan akhirnya sakit jantung. “Ia dinamakan sebagai penyakit gaya hidup atau metabolisme yang disebabkan oleh pemakanan, kurang bersenam dan tekanan yang dihadapi setiap hari. 

“Mengambil gula dan garam berlebihan menyebabkan diabetes serta darah tinggi manakala mengamalkan pemakanan salah mengundang kesan buruk seperti obesiti atau kolesterol tinggi,” jelas Dr Rajbans yang melahirkan kebimbangannya mengenai gaya hidup tidak sihat sesetengah masyarakat hari ini. Tambahnya, jika dikumpulkan semua penyakit tadi, mereka akan mengalami masalah sakit jantung yang menjadi punca kepada kematian. Dr Rajbans memberitahu, angka pesakit diabetes dan darah tinggi di negara ini juga dilihat semakin membimbangkan. Ia menunjukkan sejuta masyarakat di negara ini menghidap diabetes dan empat juta orang mengalami pradiabetes.Malah statistik menunjukkan pesakit tekanan darah tinggi boleh meninggal dunia dalam tempoh setahun atau dua tahun mereka menghidap penyakit terbabit.

Obesiti juga dilihat semakin meningkat iaitu sebanyak 40 peratus, seorang mengalami serangan jantung dalam setiap jam dan begitu juga dengan strok yang menunjukkan empat orang mengalaminya untuk tempoh setiap jam.Walaupun banyak program pendidikan dilakukan di negara ini, ia masih belum dilihat membuka minda masyarakat. “Mengubah pemikiran bukan mudah ditambah dengan kehadiran makanan segera yang begitu pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan gaya hidup tidak sihat menyukarkan lagi keadaan. “Kehadiran teknologi yang semakin banyak juga menyebabkan ramai orang malas untuk bangun atau bergerak dan ia dapat dilihat jelas di dalam pejabat. “Justeru, cuba lakukan senaman ringkas atau menukar posisi setiap jam bagi memberi kesegaran dan kesihatan pada tubuh badan,” katanya.



Menurutnya, ada senaman mudah yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi ketika sibuk bekerja. Misalnya, hanya berjalan 10,000 langkah dalam sehari dapat membantu menjaga kesihatan tubuh badan.Selain itu, diet seimbang juga harus diamalkan setiap hari dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak lima hingga tujuh sajian setiap kali menikmati hidangan pagi, tengah hari atau malam. “Ramai orang suka makan nasi lemak dan tidak tahu cara atau formula untuk mengira kalori dalam hidangan.“Nasi lemak boleh dimakan, tetapi lebihkan pengambilan sayur seperti timun dan ayam yang dimasak sambal asalkan bukan ayam goreng kerana ia mengandungi banyak lemak,” jelasnya.Untuk memberi kesihatan kepada jantung, ia memerlukan mikro nutrien yang boleh didapati di dalam kekacang, badam, kacang dal, ikan salmon, telur kuning dan bayam. 

Namun, jika dimasak, ia tidak boleh melebihi 42 darjah Celsius bagi mengelakkan mikro nutrien hilang daripada sumber makanan.Bagi hati pula, pati kacang soya boleh diambil bagi menjana semula sel baru dan menggalakkan proses nyahtoksin. Selain itu, B kompleks juga baik untuk kesihatan hati yang boleh didapati daripada beras perang dan kekacang bagi membantu proses nyahtoksin. Kesihatan sendi juga harus dijaga dengan mengamalkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi omega dan bendi untuk kolagen. Mikro nutrien untuk kesihatan kulit pula boleh diperoleh melalui teh hijau, lemon dan anggur.



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.