Tanggungjawab Waris Lunas Hutang Si Mati
1 Sept 2010
KEMATIAN
Rahman Amirudin (bukan nama sebenar), seorang eksekutif di institusi perbankan
terkemuka disebabkan serangan jantung bukan saja mengejutkan rakan dan
kakitangan di pejabat, malah ahli keluarganya terutama isterinya, Hasmah Ismail
(bukan nama sebenar) dan enam anak masih kecil.
Namun, Hasmah tetap reda ketentuan Allah. Kematian suami tercinta bermakna
Hasmah, suri rumah sepenuh masa kehilangan sumber pendapatan keluarga
menyebabkan beliau bingung dan bimbang mengenai masa depan mereka
Kini, Hasmah terpaksa memikul beban menanggung keluarga bersendirian. Sebulan selepas kematian suaminya, Hasmah ke cawangan sebuah institusi kewangan dengan harapan untuk mengeluarkan wang, tetapi gagal. Beliau dinasihatkan pegawai bank terbabit untuk mendapatkan bantuan AmanahRaya bagi mengeluarkan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) arwah suaminya. Hasmah membuka fail pentadbiran harta arwah Rahman di AmanahRaya dan diminta menyediakan dokumen perlu serta dokumen sokongan seperti tersenarai dalam Borang Permohonan Perkhidmatan Mentadbir Harta Pusaka selain dinasihat mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah.
Beliau melahirkan kebimbangan jika proses itu mengambil masa yang panjang kerana wang simpanan semakin berkurangan untuk menampung perbelanjaan yuran bas sekolah anak, barang keperluan harian serta bil semasa. Pegawai AmanahRaya menerangkan kes membabitkan harta alih seperti wang tunai simpanan si mati ditadbir mengikut seksyen 17(1) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) dan tempoh penyelesaian dapat dibuat dalam masa dua hingga empat dengan syarat dokumen diperlukan lengkap. Selepas sebulan, Hasmah menghantar semua dokumen yang diperlukan, tetapi seminggu kemudian beliau terkejut apabila AmanahRaya memaklumkan mengenai hutang peribadi arwah suaminya berjumlah RM30,000.
Isteri kawan baik arwah suaminya, Rozita, yang diwakili peguam memaklumkan bahawa Rahman mempunyai hutang peribadi berjumlah RM30,000 sejak 2006. AmanahRaya juga menerima surat mengesahkan simati ada membayar secara ansuran sebanyak RM 300.00 sebulan tetapi hanya sehingga pertengahan 2007. Pemiutang menuntut baki hutang RM15,000 segera diselesaikan. Hasmah mengesahkan kepada AmanahRaya bahawa arwah suaminya ada berhutang dengan rakan baiknya untuk memulakan perniagaan runcit. AmanahRaya menjelaskan kepada Hasmah, hutang simati wajib diselesaikan sebelum bakinya dibahagikan kepada waris yang berhak.
Hasmah menyatakan kesediaan menandatangani surat perjanjian untuk membayar hutang itu dengan wangnya sendiri tanpa menggunakan pusaka arwah suaminya, tetapi dimaklumkan perkara itu di luar bidang kuasa AmanahRaya. Sebaliknya, Hasmah diminta mendapat persetujuan daripada pemiutang sendiri kerana sebagai suri rumah, dikhuatiri beliau tidak mampu membayar balik hutang berkenaan. AmanahRaya mengaturkan sesi rundingan antara Hasmah dan pemiutang. Kesempatan itu digunakan beliau untuk memberitahu perancangan menggunakan wang simpanan arwah suaminya bagi memulakan perniagaan kedai makan. Kepakaran memasak yang ada akan digunakan bagi menjana pendapatan untuk menyara enam anak dan pada masa sama, melunaskan hutang arwah suaminya secara ansuran. Pemiutang bersetuju menandatangani dan menyerahkan Surat Aku Janji untuk tidak menuntut pusaka simati.
AmanahRaya menguruskan pengeluaran wang simpanan ASB Rahman dan berdasarkan pembahagian faraid, Hasmah sebagai balu berhak mendapat 8/64 bahagian, manakala kedua-dua anak lelaki mendapat 14/64 bahagian setiap seorang. Sementara itu, baki sebanyak 28/64 bahagian dibahagikan kepada empat anak perempuan yang masing-masing berhak mendapat 7/64 bahagian. Oleh kerana anak Hasmah berusia di bawah 18 tahun, Akaun Amanah dibuka untuk mereka dan beliau dilantik sebagai penjaga. Berbekalkan wang simpanan diterima, Hasmah memulakan perniagaan kedai makan untuk menyara keluarga dan pendidikan anaknya, pada masa sama membayar semula baki tertunggak pinjaman arwah suaminya.
Abu Said berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang? Sahabat menjawab: Ya. Nabi bertanya: Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya? Jawab sahabat: Tidak. Nabi bersabda: Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu. Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkan. Kemudian Ali Bin Talib berkata: Biarlah saya yang membayar hutangnya. Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkan, lalu Baginda berkata kepada Ali: Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, seperti mana kamu membebaskan tanggungan saudara muslim, Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Oleh itu, seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran apabila mempunyai peluang kerana menangguhkan pembayaran hutang tergolong dalam perbuatan orang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah atas perbuatannya.
Kesimpulannya:

- Jika simati disahkan mempunyai hutang, menjadi tanggungjawab waris berhak untuk menjelaskan hutang mengikut jalan terbaik.
- Pemiutang perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersemuka dengan waris si mati bagi mencari kata sepakat menyelesaikan hutang berkenaan.
- Umat Islam digalak menyenaraikan hutang sedia ada sama ada hutang dengan Allah, manusia dan diri sendiri apabila membuat wasiat supaya wasi dapat menunaikan tanggungjawab selepas berlaku kematiaN
Soalan:
Apabila seorang anak berhutang dengan ayahnya, kemudian ayahnya meninggal dunia. Hutang tersebut masih belum dibayar. Adakah rohnya akan terapung disebabkan perkara tersebut ataupun rohnya tidak apa-apa.Adakah hutang tersebut perlu dihalalkan sahaja sedangkan ibunya masih ada?
Jawapan:
Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung
kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn
Majah, dan Al-Baihaqi) Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada
Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya:
"Adakah mayat ini masih menanggung hutang?" Sahabat menjawab:
"Ya, Rasulullah". Baginda bertanya: "Adakah ia ada
meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya?" Jawab sahabat:
"Tidak". Lalu baginda bersabda: "Sembahyanglah kamu pada kawanmu
itu". Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya.
Kemudian Ali bin Abi Talib berkata:
"Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu
baginda segera maju untuk menyembahyangkan jenazah sambil berkata kepada Ali:
"Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api neraka,
sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu.
Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan
membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat
kelak". (riwayat At-Tabrani) Said ibn al-Athwa mengisahkan: "Ayah kami
meninggal dunia dengan meninggalkan 300 dirham, juga keluarga dan hutang. Aku
ingin memberikan nafkah kepada keluarganya", lalu Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya ayahmu tertahan oleh hutangnya (rohnya tertahan). Oleh
kerena itu bayarlah hutangnya itu". (riwayat Ahmad)
Inilah di antara hadis-hadis Rasulullah SAW
yang memberi peringatan kepada mereka yang berhutang sedang bertemu ajal
sebelum melangsaikan hutang semasa hidup.Jelas sekali dalam hadis-hadis baginda, bahawa
mereka yang berhutang terpaksa berhadapan dengan hukuman roh yang tidak
diterima untuk mendapat balasan.Sebenarnya, keadaan sebegini adalah sangat
rumit kerana roh sepatutnya berada di alam barzakh bagi menemui nasib sama ada
baik atau buruk. Tanpa mengetahui nasib tempat persinggahan adalah azab.Berkaitan dengan soalan anda, saudara juga
akan berhadapan dengan keadaan yang sama sekiranya saudara gagal melangsaikan
hutang kepada mereka yang saudara berhutang walaupun hutang itu saudara beroleh
daripada ayah sendiri, melainkan hutang itu dihalalkan.
Hutang tetap atas leher orang yang berhutang
selagi mana ia tidak dihalalkan. Dalam keadaan sekarang saudara perlu
melangsaikan hutang tersebut kepada waris terdekat iaitu bonda saudara,
sekiranya bonda juga telah sudah tiada, bayaran itu kepada adik-beradik yang
belum baligh, kerana mereka bergelar yatim. Jika adik-beradik semuanya dewasa, maka duit
hutang digunakan bagi melangsai hutang ayah jika ada. Sekiranya semua keadaan
itu tidak wujud maka duit hutang dimasukkan dalam harta pusaka untuk diagihkan
kepada secara faraid.
Justeru, Islam amat menitikberatkan persoalan
memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan
sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak.Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan
segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan
hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas
warisnya.Semua hutang sama ada melibatkan orang
perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira
jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak
akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari
kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka
diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang
dan jika orang yang berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa
orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang".