SLIDER

Di Telan Mati Emak, Di Luah Mati Bapak

23 Aug 2016


Hi Admin, Alkisahnya macam ni. Saya anak ke-5 drp 8 beradik. Keluarga saya , senang paham , mak ayah drp asal usul memang orang susah. Jadi kami ber-8 ni, cukup pakai makan dan sekolah. Mak ayah buat macam-macam kerja untuk menampung kehidupan kami sejak kami kecil. Sekarang kami semua dah dewasa. Dalam 8 beradik ni, hanya saya sorang yang berjaya hingga mendapat degree. yang lain-lain sangkut sampai spm.

Jadi paham-pahamlah bila berkerja tu, ada beza sikitlah gaji degree dengan gaji SPM kan. Tapi apa kan daya gaji degree di KL  , cukup cukup makan je. Miskin bandar org kata. Apapun alhamdulillah saya sentiasa tak lupa bagi wang setiap bulan pada mak ayah.

Saya lihat mak ayah saya gembira , bila lihat saya ni seolah-olah bekerja macam gaji besar. Maklumlah orang kampung, mereka assume ada degree ni gajinya mestilah besar. Masa awal awal saya bekerja, setahun pertama tu, mak ayah saya excited nak beli rumah sendiri. Masa ni ayah masih kerja kerajaan duduk flat kerajaan. jadi hajat dihati nak beli rumah sendiri. Tapi pinjaman tak layak sbb usia dan gaji tak layak untuk buat housing loan. Orang bank tu pun pergilah cerita kat ayah saya, yang die boleh buat perjanjian bersama anak supaya boleh lulus loan tersebut.

Ayah saya pun menyuarakan hasrat kepada saya. Siapa lagi, kalau bukan saya. Kononnya saya antara yang berjaya berbanding adik-beradik yg lain. Ayah saya cakap bulanan pinjaman tu nanti dia yang akan bayar , cuma pinjam nama saya untuk lulus permohonan sahaja. Jadi saya setujulah, asalkan mak ayah gembira. 5 tahun pertama ok. Tahun kemudian bank kerap telefon saya, kata dah lama tak bayar ansuran bulanan. Dah ada tunggakan beberapa bulan.

Dan yang paling mengejutkan, saya ada terima dua lagi panggilan dari bank berbeza, mengatakan dah lama tak bayar ansuran bulanan untuk personal loan dan loan kereta . Nama saya ada tercatat di dalam dokumen sebagai penjamin. Jadi, bila peminjam tak dapat bayar, bank akan cari penjamin. Saya tak pernah sign apa apa dokumen pun untuk bersetuju jadi penjamin. Lepas saya siasat sendiri rupanya, kakak dan abg saya ada apply loan, dan jadikan saya penjamin tanpa pengetahuan saya. Tandatangan saya ditiru atas dokumen tu supaya mereka lulus permohonan tersebut.

Saya jadi tertekan dan stress, sekarang ni 3 bank kejar saya , satu loan rumah ayah, satu personal loan abg, dan satu lagi loan kereta kakak. Untuk loan rumah ayah, bolehlah saya bayarkan sikit sikit, saya anggap je ni sebagai menolong membalas jasa mak ayah. Walaupun amaunnya byk, saya cuba bayarkan juga, namun ada juga gap, sebab saya pun nak pakai duit juga.

Sekarang ni loan kereta dgn personal loan, jujur saya tak mampu bayarkan. Duit baki bulanan cukup-cukup utk makan hidup di KL. Saya dah pergi ke bank tersebut, mengatakan saya tak pernah sign setuju pun utk jadi penjamin, macam mana boleh lepas. Pegawai bank tersebut kata, diorang perlu buat siasatan lanjut atas laporan saya tapi dengan syarat saya kena buat laporan polis.

Jadi saya buntu, kalau saya buat laporan polis, apa akan jadi kepada abg dan kakak saya kerana bersama-sama menipu dalam hal ni. Sanggup ke saya? Dah lah diorang ni orang susah. Nanti bertambah susah. Kalau saya tak buat laporan polis, kes ni jadi macam tergantung macam tu je. Sampai sekarang nama saya dah pun di blacklist dalam ccriss.

Saya bincang dgn ayah, kakak dan abg saya apa perlu buat. Diorang hanya bagi jawapan bahawa diorang memang tak boleh bayar kerana tengah sesak kewangan. Kerja gaji kecik. Saya selalu murung dan sedih memikirkan nasib diorang. Sebenarnya saya kasihan dengan keluarga saya dari dulu sampai sekarang, hidup kais pagi makan pagi. Ayah pun dah pencen, tak cukup wang nak bayar. Saya selalu berdoa, kalaulah saya kaya dan ada banyak wang, saya akan tolong diorang semampu saya.

Cuma yang menjadi tekanan buat saya, mcm mana nak settlekan loan-loan diorang ni. Nak bayarkan semua, memang tak mampulah. Nak push diorang suruh bayar pun, memang saya tahu diorang tak boleh nak bayar. Nama dah blacklist. Tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Perasaan saya buntu, sedih , kecewa, keliru, kasihan...semua ada. Sampai tak boleh tidur malam memikirkan masalah ni.

Kawan-kawan yang ada pengalaman, mohon kongsikan pendapat di sini. TQ

-Umar-

Kerana MLM, Semuanya Musnah Di Kala Usia Masih Muda

5 Jul 2016


Dibawah admin sekadar berkongsikan kisah daripada seorang siswazah yang telah di tipu MLM. Kisah dibawah boleh dijadikan teladan dan diambil iktibar, supaya kita sentiasa perlu berhati-hati dengan skim seumpama ini yg tumbuh bagai cendawan. Sikap peka dan berwaspada perlu sentiasa diamalkan, supaya tiada masalah-masalah yg lebih besar timbul. Rujuklah dan berbincanglah dengan kawan-kawan, sahabat-handai atau saudara-mara sebelum membuat keputusan drastik. Masa depan terletak di tangan kita sendiri. Tentukan dengan keputusan dan fikiran yang rasional.

-Admin-


"
Kredit : IIUMC

Assalamualaikum terima kasih kerana menyiarkan kisah ini,
Kisah benar mengenai ujian yang menimpa hidup aku, Kebiasaannya kita selalu mendengar ayat hikmah yang berbunyi

Allah tidak akan menguji hambanya, mengikut kemampuan hambanya.
Pada tahun 2013 aku menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan, sebaik 5 bulan tamat kursus kerjaya aku diterima bekerja di sebuah syarikat jepun. Kisahnya bermula pada hujung akhir tahun 2013 sahabat lama aku secara tiba-tiba menghubungi aku , Biasalah kawan lama hubungi aku untuk bertanya khabar, pada mulanya aku tidak berperasangka buruk pun pada dia walaupun kami bukan kawan rapat masa zaman universiti dulu. Apabila ditanya mengenai kerjaya dia, kawan aku tu kata dia dah berjaya buka sebuah spa kecantikan hasil usahanya sendiri di KLCC , siap pelawa aku lagi join kursus keusahawanan dia, dia pun bangga sebab tak perlu hidup makan gaji lagi lepas universiti. Dia ajak aku join ke program tersebut tapi aku tak nak sebab masa tu aku sangat sibuk dengan presentation kerja.

Dari hujung tahun 2013 hinggalah ke tahun 2014 aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama , baru sahaja genap 8 bulan bekerja kawan aku tadi tiba-tiba contact semula aku, Kali ni betul-betul ajak jumpa dan dia siap tanya bila hari yang aku cuti? sebab dia nak jumpa, pendekkan cerita dia datang kerumah aku pelawa aku ke spa dia dan tunjuk dekat aku bisnes yang dia tengah buat sekarang, Mula2 kata nak bawak pergi spa lepas tu aku dibwa pergi ke dalam sebuah tempat, tempat tu ramai orang pakai baju yang smart semua macam sibuk buat sesi sharing prospek. Masa tu hati tak terlintas pun nak cakap benda tu bisnes MLM, sebab kawan aku kata itu semua partner dia yang buka spa secara franchise, aku pun percaya bulat – bulat kata dia, dia bawak aku tour dalam tempat tu dari start bertemu dengan orang baru sampailah kepada produk2. Aku cuma ikut je dia tak banyak cakap, lepas tu depan kawan2 dia ajak terus letak satu borang ahli surat aku isi yuran ahli dalam RM80 aku masa tu dah terkebil2 masa tu dalam purse tak bawak duit, dia cakap tak apa isi jer..

Orang selalu pesan kalau ada masalah tak patut cerita dekat orang yang salah, aku memang tak berminat nak cerita tapi hari kejadian tu aku adalah cerita sikit2 masalah biasa, okla mula-mula macam banyak bagi support pura-pura caring tapi tak sangka pula kawan aku ni ada udang di sebalik mee !! sejak jumpa kunjungan aku ke spa tu kawan aku setiap hari whassap aku, ajak join buka spa macam dia dan berjaya macam dia, dia siap tunjuk slip gaji lagi adalah angka 5k-8k katanya hasil dia buat bisnes join spa ni.Tempat ni agak femes orang panggil segitiga emas tempat di area KLCC, bole je naik train nak ke tempat ni senang jumpa tapi ramai orang tak tahu disebalik bangunan yang gah di tengah2 bandar KL tu ada tempat puaka ni. Minggu pertama ajak aku keluar modal RM 2500 siap tanya bila gaji aku bulan ni nak masuk? simpanan asb ada berapa? ada emas simpanan tak? so aku yang luus bendul ni ceritalah kat dia semua, kebetulandah hujung bulan 3 gaji aku keluar dia suruh kumpulkan semua modal cukupkan jumlah RM 2500 tu, aku ikut semua cerita dia sebab masa tu fikir nak belajar bisnes. Kemudian tak sampai seminggu aku labur 2.5k tu dia sekali lagi mintak aku buat loan??? aku memang teragak-agak sebab aku tak nak berhutang.

Kali ni dia wahssap aku dan masukkn aku dalam group chat whassap dalam tu ramai partner2 baru dapat whssap selamat datang dan ucap tahniah dan minta aku fight cash untuk level seterusnya, nak tau fight untuk ape? fight modal cash atau Loan 30k, sebelum fight tu kawan aku dan geng dia bawak aku pergi ceramah keusahawan yang kononnya anjuran 1 malaysia. Dalam tu ramai bekas jurutera dan penjawat awam yang berhenti kerja untuk join bisnes ni, pakai baju smart dan kereta sport yang tak kalahnya jutawan2 kat malaysia ni! lepas balik dari ceramah tu terus kawan aku bawak aku dan team dia lepak kedai mamak area berdekatan katanya nak buat sesi sharing, pendekkan cerita kawan aku terus letak 3 kertas loan untuk aku tulis dan bagi tahu bertapa hebatnya bisnes ni, sampailah pukul 3 pagi aku still di KL sesi sharing balik rumah kawan aku hantar dalam pukul 6 pagi baru aku sampai rumah, dahla waktu tu aku masuk kerja pagi pergi kerja pun dah mengantuk sangat2 memang tak ada kualiti sejak terjebak dengan benda ni.

Kali ni terus whassap aku minta semua dokumen, memang tujuan aku nak tolong family aku dalam bisnes, tapi aku ikutkan aja kawan aku ni.. dia memang bijak manipulasi minda bawah sedar aku, kali ni macam memaksa minta aku sediakan borang untuk apply semua personal loan, pendekkn cerita aku diminta ambil cuti untuk settlekan hal urusan personal loan aku, aku ingat lagi hari tu aku dengan kawan aku pergi semua bank di area KL untuk submit loan, kawan aku tu suruh aku fight koan 30k!! bila aku tak nak dia memaksa dan bawa aku pergi jumpa kawan2 dia untuk brainwash aku sampai lembik dibuatnya aku, otak aku disuruh aku berfikiran positif sebab masa tu aku dah sangat negatif sebab banyak terbaca artikel pasal ppenipuan bisnes ni,Mereka minta aku rahsiakan benda ni dari mak dan ayah katanya dah berjaya buat income baru bagi tahu Mak ayah.. musykil betul.. tapi masa tu tak fikir lagi akibat dia.

Dalam masa 2 minggu join aku lulus semua loan, bukan satu bank! tapi tiga bank!! banyak betul, yang paling best aku ada bagi tahu kawan aku yang aku nak quick tapi ditahan, masa tu aku tak boleh nak cakap apa sebab kad bank aku semua ada pada dia!! dia call aku ajak jumpa untuk aku saksikan duit 3ok keluar untuk masuk bisnes tu!lepas aku masuk aku dapat barabg yang aku sendiri tak pilih! tetiba jer dah sampai depan rumah, lepas jer aku masuk kawan aku sibuk nak kawin so memang dia tinggal aku macam tu jer.. kawan2 dia tu plak xdelah rapat sangat, tapi bila dah masuk semua macam sangat busy cari partner baru memang masa tu aku rasa kene game! sebab ni bukan bisnes tapi ni MONEY GAME!!!! barang-barang pulak harga rm 600 satu barang.. logik ke harga tu?? dia cakap dia sangat busy ko pergilah cari orang buat teknik yang macam mana aku buat.. Ya Allah bertapa geramnya aku! kata bisnes tak cari orang tapi kenapa sekarang cari orang? awal2 lagi dah putar belit cerita.

Kesan daripada join bisnes MLM Tu aku terus dilanda kemurungan yang teruk sampai aku terpaksa berhenti kerja!! ada seketika aku nak bunuh diri rasa diri nak sewel, sebab aku tanggung hutang yang banyak, sejak tak kerja aku da mampu bayar sampailah rahsia aku pada parents aku terbongkar.. sebab aku selalu stress dan jatuh sakit akhirnya satu family tahu yang aku kene game, aku ada buat report polis tapi polis tak layan sebab kes atas kerelaan aku dan diorang ada resit jual beli dengan syarikat yang berlesen.. aku sedar nasi dah jadi bubur masa tu memang tak boleh buat apa, komitment bayarann bank pula rm1000 sebulan itu belum termasuk kereta aku, so memang gaji aku rm 2k lebih dah tak cukup nak tampung hutang ni… dah nak dekat 100k dengan bunga3 dia! aku memang buntu diam terduduk menangis!! dahla lepas berhenti kerja nak dapat kerja balik susah sangat sampailah aku cuba bangkit akhirnya awal 2015 aku dapat kerja secara kontak selama 8 bulan di sebuah company ni.. masa tu memang kerja gaji untuk bayar hutang, setiap hari bank call minta bayaran sehinggakan aku tak mampu bayar lagi semua hutang2 MLM tu… bertapa stressnya aku dengan gaji yang kecil aku nak bayar hutang2 tu..Tuhan je tahu perasaan aku macam mana! kawan aku dah lari dia pun dah block semua facebook dan no phone aku jadi tinggalla aku seorang diri menanggung hutang!!

Dalam kita susah hanya family jer yang dapat bantu kita bukan orang lain, aku bersyukur aku ada tempat nak pergi dan sekarang ni setiap hari bank call minta semua bayaran tertunggak samapi aku jadi seorang yang paranoid dengan setiap panggilan telefon. Sekarang ni aku menunggu tindakan mahkamah untuk aku bankrupsi.. sebab aku betul2 tak mampu bayar dengan gaji sekecil ni.. baru sekarang aku tahu erti syukur dengan kehidupan yang lama, slah aku juga sebab buat dosa tak cerita perkara ni sebelum terjebak! Jadi adik2 siswazah semua janganlah terjebak dengan money game kelak diri sendiri yang merana, dah macam2 kerja aku buat cari duit extra dari kerja jaga anak orang sampailah ambil upah isi cecair dalam botol, 1 hari 200 – 300 botol dengan bayaran 20 sen 1 botol.. sekarang kereta aku tak mampu bayar tunggu hari kene tarik!

Kawan-kawan aku yang tak terkene money game happy jer hidup diorang, jadi adik2 kalau tak nak rasa azab bertahun- tahun susah janganlah buat sesuatu yang merosakkan masa depan!! kalau betul minat nak buat bisnes mulala dengan bisnes yang modalnya kecil.. insyallah selamat kehidupan adik dari berhutang azab seumur hidup!!! yang penting berhati-hatila dengan siapa yang adik kawan sebab tak semua ada niat yang baik nak berkawan dengan kita..

JAUHKAN DIRI DARI MLM,
sekian terima kasih,

siswazah Malang

– NHB "

Sakit Gastrik di Bulan Puasa – Dr. Ruhi Fadzlyana

27 Jun 2016



Apa itu penyakit gastrik ?
Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Prostaglandin adalah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut daripada tindakan hakisan asid gastrik (asid yang dirembeskan oleh sel di dalam perut).  Apa yang terjadi pada pesakit gastritis adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan antara 2 faktor iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.

Apakah tanda-tanda penyakit gastrik?
Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :
  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

Apa yang doktor akan lakukan?
Jika anda mengalami tanda-tanda penyakit seperti yang disebut diatas, sila kunjungi doktor yang terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan penyakit. Doktor akan bertanyakan lebih lanjut untuk mengenalpasti punca penyakit serta faktor-faktor yang melaratkan sakit itu. Pemeriksaan dibahagian abdomen akan dijalankan untuk memastikan lokasi punca sakit.

Setelah itu, satu pemeriksaan endoskopi iaitu ‘OGDS’ (esophagogastroduodenoscopy) mungkin akan dijalankan. Ini adalah satu pemeriksaan kamera untuk melihat lapisan dalam perut serta duodenum (bahagian pertama usus kecil yang bersambung dengan perut). Prosedur ini membenarkan doktor untuk melihat di dalam perut pesakit serta membolehkan ujian biopsi untuk bakteria Helicobacter Pylori dijalankan. Selain daripada endoskopi, bakteria Helicobacter Pylori juga boleh dikenalpasti melalui ujian pernafasan yang dinamakan Urea Breath Test (UBT) dan ujian darah H.Pylori antibodi.

Setelah pengesahan penyakit serta punca penyakit gastrik dikenalpasti, pesakit akan diberikan ubat sebagai rawatan. Beberapa jenis ubat yang diberikan untuk rawatan penyakit gastrik contohnya sirap magnesium trisilicate (dikenali dengan ubat kapur putih dikalangan pesakit), gelusil, ‘histamine-blocker’ (ranitidine, cimetidine) atau proton pump inhibitor (esomeprazole, pantoprazole).

Apakah yang perlu saya lakukan?
Cara pemakanan yang tidak teratur seringkali menyebabkan penyakit gastrik menyerang. Oleh yang demikian pesakit dinasihatkan supaya makan mengikut jadual dan makan dalam kuantiti yang sedikit tapi dalam jangka waktu yang singkat (kerap makan). Kenalpasti faktor yang menyebabkan sakit berlarutan, sebagai contoh: minuman bergas, merokok atau tabiat lewat makan. Kemudian, elakkan daripada faktor penyebab penyakit itu.

Satu budaya yang selalu disalahanggap oleh pesakit gastrik adalah, pengambilan ubat tahan sakit boleh mengurangkan penyakit gastrik. Orang awam harus sedari bahawa sesetangah ubat tahan sakit mempunyai satu bahan kimia yang boleh mengurangkan penghasilan prostaglandin; seterusnya menyebabkan lapisan perut mudah terhakis oleh ‘gastric acid’. Selain daripada ubat tahan sakit, ubatan tradisional juga mempunyai komponen bahan kimia yang boleh menyebabkan produksi prostaglandin di perut terbantut. Pengambilan kedua-dua jenis ubatan ini boleh menyebabkan penyakit gastrik bertambah teruk.

Apakah yang perlu diamalkan oleh pesakit gastrik ketika Ramadhan?

Elakkan :
  • Makanan bergoreng
  • Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minuman bergas
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
  • Merokok
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
  • Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak
Amalkan
  • Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu. Kemudian makan nasi separuh pinggan, ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut oat atau roti.
  • Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur; seperti yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)
‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)
  • Pesakit adalah dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur; jika diberikan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur; untuk ubatan dua kali sehari.
  • Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.
  • Minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat.
Berjaga-jaga
  • Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat. Kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
  • Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu, jika anda mengalami sakit ulu hati yang teruk, sila dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin akan memudaratkan. Namun demikian ianya tidak harus dijadikan alasan untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan jika perkara yang diamalkan dan dielakkan seperti yang dibincangkan di atas tidak dipatuhi.

Dr. Ruhi Fadzlyana adalah seorang pakar bedah yang sedang bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan pensyarah di universiti tempatan.
Rujukan :

Isteri Malas Solat

13 Jun 2016




Saya sudah berkahwin hampir 6 tahun . Kami mempunyai 3 org anak. Saya berkenalan dengan isteri saya sewaktu kami menjalani kursus di luar. Isteri saya memang cantik orangnya dan pandai bergaya. Dari segi penampilan memang nampak dia seorang wanita yg berkerjaya. Saya jatuh cinta dengan dia kerana sikap dia . Walaupun dia sibuk dengan kerjaya tapi dia seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua saya. Sepanjang saya berkenalan dgn dia, saya juga kenal dengan keluarga dia. Dari perkenalan inilah saya sudah nampak isteri saya selalu ponteng solat. Lagi-lagi bila dia sangat sibuk , selalu juga akan tinggal solat. 

Namun atas dasar cinta, saya teruskan perhubungan ini. Dalam hati saya berkata, saya nekad , saya akan cuba bimbing dia ikut apa yang Islam ajar. Saya nak isteri saya cantik luar dan dalam. Kami ambil keputusan untuk berkahwin. Setahun pertama perkahwinan kami , isteri saya ok menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri sambil dibimbing oleh saya. Saya sentiasa memberi semangat kepada dia, untuk jangan tinggalkan solat walaupun sangat sibuk. Kerana rezeki semua adalah dari Allah.

Tapi, sejak akhir-akhir ini, selepas dia dinaikkan pangkat menjadi pengurus projek, bebanan kerja isteri saya semakin banyak. Bila balik rumah dah penat. Kadang-kadang terus tidur tanpa solat terlebih dahulu. Saya tanya juga mcm mana keadaan di ofis, dia solat ke tidak. Isteri saya mendiamkan diri shaja. Kalau saya tanya lebih-lebih, dia macam marah-marah. Dulu , bila saya tegur , dia boleh terima, sekarang sikapnya jauh mahu terima nasihat malah menuduh saya tak pernah memahami keadaan dia yg sangat sibuk dan penat bekerja mencari wang. Isteri saya kata, yang saya ni suka membebel dan membuatkan dia bertambah pening.

Beberapa kali saya memberi nasihat kepada isteri dengan cara yang halus, lembut dan baik. Saya tak pernah meninggikan suara, jauh sekali nak memaksa atau menengking. Saya cuma jelaskan pada isteri akan tanggungjawab sebagai orang Islam, tak boleh tinggalkan solat. Bila mood dia ok, dia akan solat. Kalau balik ke kampung dia akan solat dihadapan orang tua saya. Anak-anak pun sering bertanya, kenapa ibu mereka sekejap solat, sekejap tak solat. Dah habis alasan saya terpaksa bagitahu anak-anak untuk tidak memalukan ibu mereka. Bila saya ajak solat berjemaah bersama anak-anak, isteri akan cakap die penat dan akan solat sendiri kemudiannya,tapi bila saya lihat kat bilik, isteri dah terlelap tidur kepenatan.

Saya tidak mahu isteri bersikap begini dan berterusan menanggung dosa. Saya juga tak mahu dihimpit rasa bersalah. Saya tak mahu jadi suami yang gagal. Sebab saya sayang isteri dan anak-anak saya. Sudi kiranya ada rakan diluar sana dpt kongsikan cara bagaimana lagi saya perlu beri nasihat kepada isteri saya dengan cara yg berkesan.

-Suami Prihatin-

Cinta Berputik Di Perjumpaan Reunion

18 May 2016

Salam, hi admin. Citer aku ni simple je. Aku Rahim, tahun depan umur 45. Aku duda anak 3. Kematian isteri. Sekali lagi diulang duda anak 3 . Alkisahnya bermula, apabila rakan rakan universiti merancang nak buat perjumpaan reunion untuk batch kami yg sama jurusan. Aku okay je, maklumlah zaman-zaman skrg reunion ni dah mula jadi trend masa kini.

Aku ada terbaca , kisah reunion ni ada baik buruknya. Tapi aku mahu ambil yg positif je, berjumpa rakan-rakan seperjuangan yg dah lama tak nampak depan mata. Jadi kami ON dengan tarikh perjumpaan yang dibuat di sebuah hotel.

Pada hari perjumpaan, biasalah kami berjumpa dan berborak dgn shbat-sbhat lama. Macam-macam topik yg kami sembang, drp topik kesihatan, kekayaan, kerjaya , kecantikan sampailah kepada kisah kehidupan keluarga. Kisah aku duda anak 3 ni mmg sangat hangat dibual oleh kwn-kwn aku ni. Lepas tuulah diorang cuba kenalkan aku pada sorang member perempuan ni. Semua mmg kenallah Aishah ni. Sama batch sama jurusan. Diorang ckp Aishah masih belum kahwin sampai skrg. org tua -tua ckp andartu lah.

Jadi aku ni, yg dah 5 tahun tak berteman, rasa excited pun ada. Cuma taknak lah nanpak over sangat. Jadi aku mulalah langkah aku sbg seorang lelaki macho kononnya, berborak , bersembang mcm mcm dgn Aishah ni. Kami bertukar-tukar contact nombor.

Hampir sebulan kami berkenalan, sedikit sebanyak aku tahulah sikit sikit pasal Aishah ni. Dari segi komunikasi, karakter..aku mmg dah suka pada Aishah ni, Tapi aku tak tahulah Aishah punya perasaan pada aku. Cuma yg jadi masalah pada aku ialah kerjaya Aishah sangatlah hebat berbanding aku. aku ni pegawai cabuk je. Aishah pulak mmg jauh tinggilah level dia drp aku. Patutlah dari segi gaya luaran dia nampak sangat hebat.

Apa yg aku risaunya, boleh ke die terima aku yg kerdil ni. Dahlah anak 3. Aku taknak mcm mcm konflik timbul bila dah kahwin nanti. Aku tak tahulah konflik apa. Tapi mcm mcm aku dengar citer kalau isteri lebih hebat kariernya bebanding suami. Jadi aku taknak benda lebih buruk berlaku. Jadi sebelum aku mulakan langkah seterusnya aku nak pikirlah dulu baik buruknya.

Jadi kalau ada pembaca diluar sana yg berpengalaman, bagilah tips kat aku. Idea or pendapat.

Tq

-Duda Anak 3-

Tips Dan Cara Mengatasi Stress Dan Tekanan Dalam Kehidupan

25 Apr 2016


Saban hari kita pasti mendengar ramai orang mengalami stress dan tekanan , ditambah lagi dengan kehidupan yang semakin mencengkam dan mencabar. Tekanan datang dengan pelbagai bentuk dan cara. Namun yang membezakannya adalah bagaimana kemampuan kita untuk menangani stress ini dengan berkesan. Setiap orang pasti ada kemampuan masing-masing, justeru itu marilah sama-sama kita fahami tekanan yang dihadapi dalam keadaan bertenang dan cuba atasinya dengan bijak. Boleh rujuk tips di bawah sebagai panduan untuk kita cuba menangani masalah stress dan tekanan.

-Admin-

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006

"
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. 

Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. 

Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?

Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.

3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006
***************************************************************

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.


Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.  
"

Gara-gara Isteri , Terputus Hubungan Sepupu

15 Mar 2016


Assalamualaikum..Aku Azlan, sepupu aku Hakim, Memandangkan kami saudara sepupu, hubungan kami memang sangat rapat. Selalu Hakim bercerita hal-hal peribadi termasuklah hal -hal memikat teman wanita. Begitu juga aku, selesa bercerita dengan Hakim. Jadi kiranya aku pun kenallah teman wanita Hakim ni, yang bakal jadi isteri dia tak lama lagi. Kadang-kadang teman wanita Hakim ini ada juga bertanyakan hal-hal peribadi Hakim, dengan niat nak memikat hati Hakim. Aku tak kisahlah, asalkan diorang bahagia.

Hakim terlebih dahulu berkahwin. Rezeki dia awal. Aku happy je. Aku tengok kehidupan suami isteri ni bahagia sangat, aku sebagai sepupu rapat tumpang gembiralah dan berdoa semoga diorang bahagia hingga akhir hayat. Sekarang dah nak masuk 3 tahun usia perkahwinan diorang. Anak dah nak masuk 2. Sehinggalah satu hari, Hakim datang jumpa aku marah-marah dengan perkara yang merepek dan mengatakan dia nak putuskan hubungan saudara dengan aku sebagai sepupu. Aku terkejut. Gila tak sedih.

Aku ajak bincang,  tapi seolah-olah die nak buang aku tanpa sebab yang aku sendiri tak tahu. Kata Hakim, die dapat tahu isterinya senyap-senyap menelefon aku untuk mengadu masalah rumah tangga mereka. Ya, isteri die memang ada beberapa kali call aku, tapi aku bukannya jahat sangat nak menghasut supaya hubungan diorang jadi lebih teruk. Apa yg aku buat, aku bagi nasihatlah kat isteri die, untuk selesaikan masalah diorang dengan lebih elok. Aku tahu perangai Hakim luar dan dalam, jadi aku cuba beri tips kepada isteri die bagaimana nak ambil hati Hakim dan seterusnya dapat selesaikan masalah diorang. Aku hanya membantu sahaja.

Masalahnya sekarang, aku rasa Hakim dah tersalah faham. Aku ada pergi jumpa Hakim untuk meminta maaf kalau dia tak selesa dengan situasi yang dah terjadi tu, dan memberi penjelasan,tapi dia hanya mendiamkan diri je . Dia seolah -olah nak menjauhkan diri daripada aku. Kalau berjumpa di rumah saudara mara pun , buat buat macam tak kenal. Call apatah lagi, memang langsung dah tak call. Fb pun dah unfriend. Kami pun dah jarang berjumpa dan berborak-borak macam dulu.

Sedih wehh, sepupu sendiri tuuu. Pusing-pusing jumpa jugak, tapi jadi dah tak rapat mesra macam dululah. aku rasa bendanya kecik je, Mungkin dia silap faham. Aku cuba juga jumpa isteri dia untuk dapatkan kepastian. Isteri Hakim bagitahu yang sepupu aku tu kuat cemburu. Dia ingat aku nak cuba try isteri dia. Memanglah aku ni still bujang, tapi tak adalah sampai aku nak rampas isteri orang. Sepupu sendiri pula tu. Lagipun sekarang ni , aku sedang mengenali seseorang. Anak dara. Aku dah pergi berjumpa Hakim dan jelaskan, dan minta maaf, Aku tak tahu lagi macam mana nak buat. Tolong aku, kalau kalau ada idea. Buntu-buntu.

-Azlan-

Ditipu Gara-Gara Kuih Raya

18 Feb 2016


Suka admin nak pesan supaya kita sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan orang dalam membuat bisnes. Setiap perniagaan ada aturannya dan prosidurnya, maklumlah semua org tak sama, rambut sama hitam, hati lain-lain. Bila dah terjadi mcm kes ni, kita juga yg merana. Awal-awal teruja nak berniaga, tetapi akhirnya menggigit jari lah nampaknya.

-Admin-

"
Kredit : Denaihati

Assalmualaikum dan Salam 1Dunia, kisah biskut Raya ni mengingatkan aku kisah 5 tahun lalu. Ketika itu aku baru nak belajar berniaga jadi aku dan adik aku cuba-cuba jual kuih raya. Sebulan sebelum puasa kami buat promosi habis-habisan. Alhamdulillah adik aku dapat order daripada kawan sekolah dia lebih kurang 1,000 balang cookies. Aku pulak dapat order daripada kawan baik aku seorang Chef di Nilai.
Kawan aku yang Chef ni rupanya dapat order daripada kawan dia yang kerja pramugara. Kami berjumpa beberapa kali untuk finalise kan order. Aku dapat order lebih kurang 500 balang cookies. Katanya biskut ni akan dihantar ke Kuching. Aku minta deposit 50%, Alhamdulillah dapat.
Semua urusan berjalan lancar. Kami sewa lori untuk angkut biskut ke Nilai. Aku dan adik aku sendiri yang turunkan 500 balang biskut ke dalam stor yang disediakan di Nilai sebelum dihantar ke Kuching. Berpeluhlah ketiak nak memunggah semuanya, member Chef dan kawannya duduk kat tepi tengok je. Setelah beberapa jam semua selesai dan aku serahkan 500 balang biskut kepada pembeli dalam keadaan yang sempurna dan teratur.
Seminggu lepas raya aku dapat berita sedih daripada member Chef aku. Katanya kawan dia tu tak nak bayar baki 50% kerana kuih yang dikirimkan ke Kuching semuanya hancur. Aku cakap pada kawan Chef aku ITU TAK ADIL sebab tugas aku hantar sampai Nilai dah selesai dan sempurna tak ada kerosakan.  Proses penghantaran ke Kuching diluar perbincangan. Aku minta kawan Chef aku bayar sebab bisnis ni antara aku dengan dia tapi DIA tak ada duit. Setelah 5 tahun aku masih tak dapat lagi baki bayaran 50%.
Nak jadi lagi sedih kawan adik aku yang order 1000 balang biskut cancel order 3 hari sebelum raya, dah la tu adik aku tak minta seRinggit pun deposit sebab terlalu percaya kat kawan dia. Maka penuhlah biskut kat rumah, kami cuba jual malam raya tapi tak habis juga. Lepas raya toke yang buat kuih minta duit tapi adik aku tak dapat bagi. Dia ugut nak colek anak adik aku kalau tak bayar. Kisah sedih ni berpanjangan untuk beberapa bulan sehingga report mereport polis.
Banyak sungguh kami adik beradik belajar daripada pengalaman ini. Inikah nasib berniaga dengan orang Melayu kot!!!  "

Jiran Bela Kucing, Tapi Tak Peka Kebersihan

12 Jan 2016


Salam, Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman, mohon kongsikan di sini.

Saya tinggal di kediaman rumah teres. Ada beberapa buah rumah jiran saya membela kucing. Saya luahkan ni bukan sebab saya tak suka kucing. Saya suka kucing, tapi saya tak suka bila ada orang yang membelanya tidak menjaga kebersihan.

Saya tiada masalah dengan 2 org jiran saya yg bela kucing kerana derang jaga dengan elok, bersih dan tidak berbau. Masalahnya timbul ada sorang jiran lain ni pun bela kucing, tapi Ya Allah...busuknya, kotornya seolah -olah membela tapi tak peka akan kebersihan. Ini yang membuatkan saya tak senang duduk.

Jiran yg sorang ni bela beberapa ekor kucing dan sangkar diletakkan di hadapan rumah. Bau2an dari sangkar tu mmg kurang menyenangkan. Bila saya buka pintu rumah je terus baunya melekat kat hidung, masuk sampai dalam rumah.Kdg-kdg baju yang saya sidai di luar rumah melekat bau busuk tu. Saya tak tahulah bau apa tu. Tpi jiran lain yg bela kucing , takdelah bau mcm ni. Mgkin die tak bersihkan sangkar setiap hari kot.

Kitorang mmg tak tahan dengan bau yg sangat kuat tu, terpaksa la kami berkurung dalam rumah, tak buka sliding door, tak buka tingkap dan pintu. Kalau ada saudara-mara atau rakan-rakan datang ke rumah, kami sampai naik malu. nak buka pintu, bau busuk. Nak tutup pintu ramai pula berkuap dalam rumah.

Satu hal lagi, lubang longkang di depan rumah dulunya elok je..untuk aliran air hujan. Sejak menjak jiran ni masuk, lubang tu dah terkambus dengan tanah. Mula -mula saya tak pasti kenapa jadi macam tu. Tapi saya ada ternampak jiran ni membuang pasir kucing yg bercampur tahi kucing. Memang geramlah saya, sbbnya dulu elok je longkang tu, sekarang bila hujan, air tak dapat mengalir ke situ menyebabkan melimpah kat jalan hadapan rumah. 

Saya memang tak faham tentang penjagaan kucing , tapi yang saya keliru kenapa ada org lain boleh bela dengan elok, kenapa tidak dia. Pada saya, kalau malasss, tak perlulah bela . Kesian kucing, kesian jiran-jiran lain. Bukan ke kucing tu haiwan kesukaan nabi. Jadi pada saya kita perlulah jaga kucing dengan elok dan jaga kebersihan seperti kita jaga diri kita.

Nak minta pendapat koranglah, bagilah pendapat dan idea cara nak tegur jiran tu berkenaan hal ni dengan cara berhemah. Takde sentap-sentap . Adoiii haiii.

-Rubi-

Kalau Sayang Isteri , Si Suami Harus Tahu Perangai Dan Perkara Pelik Ketika Isteri Hamil

30 Sept 2015

Mengandung adalah satu proses yang melibatkan perubahan daripada segala aspek tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal, mental, rohani, fisiologi tubuh, metabolisme, tabiat serta perangai. Ini bukan pelik kerana kesemua perubahan ini berkait rapat antara satu sama lain. Cuma, apabila mengandung, perubahan ini ada kala di salah erti, tidak di fahami malah di anggap satu perlakuan aneh yang kadang kala menjengkelkan!

Jom tengok apakah perangai-perangai pelik ibu mengandung yang harus diketahui oleh suami. Jadi lepas ni takde sebab suami nak sindir-sindir, perli-perli atau tiba-tiba marah tak tentu pasal tengok perangai isteri yang bukan-bukan ni. :D


1. Kuat tidur
Teringat seorang roommate masa belajar dulu. Saya pelik tengok dia asyik tidur. Rupa-rupanya baru saya tahu dia sedang mengandung! (dia rahsiakan perkahwinan dia)
Saya sendiri pun suka tidur masa mengandung. Letak je kepala terus hanyut. Entah apa yang letih sangat pun tak tahu lah.
Suami kalau nampak isteri asyik tidur je masa mengandung, biarlah dia rehat. Kita tak tahu penat lelah dia bawa perut atau berperang dengan bayi sorang dalam perut tu.

2. Tak boleh masuk dapur
Terutama dalam trimester pertama. Pengalaman saya sendiri masa mengandung kali pertama, asal masuk dapur je loya. Memang tak boleh tahan dengan bau dapur nak-nak bau bawang. Penyudahnya suami yang masak atau memang tak masak langsung!
Belum ada anak ok la kan.. Kalau anak dah ramai, loya tak loya kena masak juga lah.. Pakailah mask ke apa yang patut.

3. Selera bertambah
Makan untuk dua orang katanya. Masa saya mengandung kali pertama, percaya tak, semua kena double! Padahal saya ni bukanlah jenis makan banyak pun.
Roti canai 2 keping, pizza boleh habis saya sorang (kalau tak sejurih pun jenuh), nasi lemak 2 bungkus macam-macam lagi lah. Mungkin senang hati sangat agaknya. Bukan bela saka tau! Uhuhu..
Peliknya mengandung lepas-lepas tu takde pulak macam tu.

4. Kunyah ais
Ini bukan saya. Tapi ramai juga ibu mengandung ada tabiat kunyah ais ni. Apa yang sedap sangat pun tak tau. LOL!
Tahu tak, tabiat kunyah ais ni ada kaitan dengan anemia atau kekurangan zat besi dalam badan. Jadi selain memuaskan nafsu dengan kunyah ais, ada baiknya ibu telan pil zat besi atau Vitalea.

5. Mudah merajuk
Sikit-sikit merajuk. Salah cakap sikit sedih. Terguris sikit menangis. Oh ini bukan saya. Tapi memang ada ibu mengandung berperangai macam ni.

Suami kena hati-hatilah bercakap dengan isteri. Pembawakan budak.

Dan isteri, janganlah asyik sentap, menangis, merajuk tak tentu pasal. Nanti anak dalam kandungan pun terikut-ikut perangai ibu lalu banyaklah ragamnya nanti. Ibu juga yang stress kan?
So, happy2 lah sepanjang mengandung ni.

6. Saiz kasut bertambah?
Apabila kandungan dah semakin membesar, mungkin ada ibu-ibu yang perasan bahawa kaki mereka dah semakin besar.

Sebenarnya kaki mereka tak membesar pun, cuma sedikit membengkak akibat keluar masuk bendalir yang tidak seimbang.

7. Jadi pelupa
Tertinggal wallet, terlupa kunci kereta letak kat mana, terlupa kunci pintu, terlupa tutup api dapur sampai kering air dalam cerek (aku la tu).

Kajian menunjukkan semasa mengandung, keupayaan kognitif dan memori kita agak terhad dan tidak konsisten. Keadaan ni mungkin hilang selepas bersalin atau mungkin juga berterusan. Itu yang ada orang kata urat putus lepas bersalin ni.

Fokuslah dengan apa yang kita buat, sediakan senarai 'to do list', dan makanlah Omega Guard atau Lecithin untuk kuatkan keupayaan otak dan memori.

8. Emosi berubah-ubah
Kejap suka, kejap masam macam cencorot, kejap gelak-gelak, kejap marah (takut ngat aih) hahaha..

Perubahan mood dan emosi semasa mengandung ni ada kaitan dengan perubahan hormon yang mendadak yang mana ia beri kesan kepada aras neurotransmitter dalam otak.

Di samping kita bergembira dengan kehadiran bakal ahli baru, ada banyak perkara yang kita sering fikirkan. Inilah yang mencetuskan perubahan emosi dalam diri ibu tersebut.

Bertenang dan banyakkan berfikir perkara positif mengenai diri, kehamilan dan anak yang bakal lahir.

9. Mengidam
Ada ibu yang apabila mengandung je, dia teringin nak makan macam-macam. Boleh jadi apa yang dia tak pernah makan pun dia teringin nak rasa. Waktu tak mengandung takde pulak dia nak minta makan pelik-pelik macam tu.

Bukan selalu isteri tu mengandung kan. Jadi apa salahnya suami tolong carikan apa yang isteri teringin sangat nak makan tu. Asal bukan arang, sabun, kayu, kaca, pokok, batu dan seumpamanya cukuplah.

10. Masalah kesihatan dan perubahan fisiologi
Sekurang-kurangnya 10 ketakselesaan dan masalah kesihatan ringan yang ibu mengandung akan lalui termasuk:
  • morning sickness
  • kerap kencing
  • discaj vagina lebih dari biasa
  • pedih ulu hati
  • kembung perut
  • sembelit
  • gusi berdarah
  • hidung berdarah
  • gatal-gatal pada kulit
  • bengkak (edema)
  • sakit pinggang
dan macam-macam lagi.

Ibu jangan pelik dan panik kalau tiba-tiba mengalami masalah seperti diatas. Ianya normal untuk semua ibu mengandung. Ibu harus hati-hati dan waspada dengan tahap kesihatan. Ikut nasihat doktor dan jururawat.

Paling penting amalkan pemakanan berkhasiat, sentiasa tenang dan gembira, tidak stress dan laluilah tempoh mengandung dengan perasaan teruja dan menyeronokkan!

Kredit : ilhamfamilysihat 
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.