Aku tabek silibus pendidikan Msia. Silibus Kimia misalnya disediakan
oleh pakar2 Kimia yang mahu semua content utama kimia dimasukkan tanpa
tertinggal satupun…. lagi awal diajar lagi bagus.. bmula sekolah rendah
misalnya.. supaya pelajar akan menguasai kandungan kimia dan bakal
menjadi pakar Kimia, pakar spt panel2 yang menyediakan silibus
tersebut...
Begitu halnya dgn pakar Fizik, Biologi, Mathematik,
Sejarah, Geografi, BI..BM dll pun mahu content yang lengkap dlm bidang
masing2. Akhirnya pelajar terpaksa belajar sebanyak mungkin content.
Bila ada isu pelajar kurang berfikir, diterapkan pula aspek pemikiran
kritis dan kreatif. Bila didapati pelajar tidak tahu “berusaha”,
dimasukkan elemen keusahawanan. Begitulah hebatnya silibus di Msia.
Bila ranking Msia dalam PISA dan TIMMS jatuh… maka pakarpun berkata
perlunya ditambah element HOTS atau KBAT supaya pelajar kembali berfikir
dgn hebat. Percayalah.. semua ini tidak akan berakhir….. bila pakar ini
kata cam tu dan pakar tu kata cam ni... lalu silibus yg sedia ketat jd
sendat.. ruang utk berfikir bukannya akan terbuka tetapi sebaliknya
semakin tertutup rapat.
Budaya berfikir bukan boleh diajar
tetapi perlu dibentuk dgn menyediakan environment berfikir secara bukan
exam oriented. Jika dah ambik sampai 9 subjek, homework, exam silih
bganti sbb byk subjek.. makmal jadi kelas teori, jawapan mesti ikut
silibus… bila ler pulak nak berfikir keluar dari apa yang akan ditanya
dalam exam… sedang yang ditanya dlm exampun tak sempat nak fikir !!
Bagi aku, kurangkan sahaja kandungan yang banyak tersebut… bukan
semuanya diperlukan... bagi ruang pelajar dan guru bernafas, cukup masa
terluang utk diisi dgn aktiviti hands-on, minds-on, collaborative, PBL,
SCL, OBE dll…yang melibatkan pelajar berfikir apa yang dipelajari dlm
kelas diluar konteks exam.... dan mampu mencari maklumat sendiri...
Bagi aku, lebih baik faham beberapa konsep dgn baik bagi semua subjek
dari belajar punyalah banyak konsep bagi satu2 subjek…. bukan sahaja
tidak dapat difahami, tetapi akhirnya dibenci kerana terlalu banyak yang
perlu dihadapi.
Pendapat 2 sen aku, silibus perlu dibentuk utk
dikuasai oleh pelajar AVERAGE bukan utk yang genius dan gifted macam
pakar2 .... hingga yg dikejar xdapat yg dikendong berciciran....
Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004
semasa di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan tetapi kami
berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas
Bahasa Arab saya.
Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula
mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan
kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik
bukan?
Suasana Kelas Bahasa Arab yang saya anjurkan.
Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di
mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh
dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.
Berazam Untuk Berkahwin Awal
Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk
berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin
semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma
angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal
kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi
rezeki.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan “Memberi Kekayaan” kepada mereka dari
limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah
kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Surat An-Noor : 32
Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan
prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak
maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke
kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk
tuisyen di rumah.
Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama
jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah
takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat
keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta
kemudiannya.
Mula Mencari Calon Isteri
Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula
mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah
pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang
untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang
terbaik pada pandangan saya.
Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta
pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan
saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.
Kita tidak boleh bersendirian dalam mencari calon isteri.
Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk
memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika
sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa
setahun.
Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan
mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon
maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya
pun setuju. Maka kami pun bertunang.
Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa
supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak
matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon,
sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.
Sedihnya, Isteri Tidak Pandai Memasak!
Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia
tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak
betul-betul. Aduhai nasib-nasib.
Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya
mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan
dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa
semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai
sebelum berkawin.
Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung
dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan
minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.
Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah
berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu
pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google
seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang
diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap
satu hidangan.
Tak Pandai Atau Malas Memasak?
Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud
kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan
bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan
bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan
mengikutnya. Mudah!
Lihat bagaimana rupa bekal makanan anak-anak yang disiapkan oleh isteri saya.
Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada
tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di
FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips
keibubapaan.
Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar
memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk
ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak
menggunakan telefon bimbit.
Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di
carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal
menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah
mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang
tidak banyak menolong.
Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Memasak
Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai
memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik
yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang
matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya
tetapi stabil.