SLIDER

calon
Showing posts with label calon. Show all posts

Dilema Lelaki Bujang Terlajak

2 Dec 2021


“Bila lagi aku nak timang cucu ini. Entah-entah sampai matilah aku tak dapat tengok kau naik pelamin,” keluh seorang ibu kepada anak lelakinya yang sudah mencecah usia 30 tahun tapi masih membujang.

Senario itu acap kali menghantui kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang dibesarkan di luar bandar. Mentaliti dan ideologi seorang ibu dan ayah sudah tentu ingin melihat anak teruna berkahwin seterusnya memiliki keluarga sendiri tanpa memikirkan kesan dan aspek lain.

Bukan menuding permintaan orang tua itu salah kerana inginkan anaknya segera berkahwin apabila usia melewati 30-an, tapi hakikatnya mereka melihat hidup berkeluarga, memiliki isteri dan anak sebagai keperluan hidup yang sepatutnya diambil serius.

Realitinya, anak muda hari ini terutamanya lelaki tidak melihat berkahwin sebagai satu tuntutan kerana terlalu banyak perkara lain harus difikirkan terlebih dulu. Tapi dilema ini bagai sudah sinonim dengan mereka, menerima desakan keluarga untuk berkahwin.

Mengapa ramai lelaki belum bersedia untuk berkahwin? Persoalan itu sudah banyak kali dibincangkan baik menerusi media massa mahupun sembang kedai kopi. Mengikut statistik negara, memang terbukti masih ramai lelaki yang bekerja di bandar atau memiliki kerjaya yang baik, lewat membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Fakta diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan perangkaan lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah 3.1 juta dan 2.4 juta. Sementara pada 2004, peratusan lelaki bujang sebanyak 59.6, manakala wanita bujang sebanyak 40.4 peratus.

Jika dulu ramai mengatakan status ‘andartu’ atau anak dara tua lebih ramai berbanding ‘lelaki lanjut usia’, namun semuanya sudah berubah kerana lelaki pula yang sukar membuat keputusan berkahwin pada usia muda.

Senario membabitkan golongan wanita berkahwin lewat bersandar pada alasan dan punca mudah. Wanita sering kali mengatakan kesukaran mendapat pasangan sepadan atau masalah terlalu memilih sebagai alasan mereka lambat berkahwin.

Malah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga, berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya juga masalah peribadi adalah jawapan paling selamat bagi mengelakkan diri dikatakan ‘tidak laku’. Tapi itu wanita.

Lupakan seketika si andartu kerana fokus utama kita kini adalah golongan Adam dan sedar atau tidak, bilangan lelaki berkahwin lewat usia juga makin meningkat hari demi hari.

Puncanya mudah, berdasarkan tinjauan dilakukan, pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang lelaki itu untuk terus membujang atau lewat berkahwin kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, menganggap diri tidak bersedia dari segi mental atau fizikal, takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri.

Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita, melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri, tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinggi juga antara sebab mereka mengelak untuk menggenggam tanggungjawab itu.

Lelaki lebih beremosi berbanding perempuan apabila bercerita soal putus cinta. Kebanyakan lelaki yang mengamalkan seks sejenis adalah mereka yang kecewa kerana dipermainkan wanita sebelumnya dan itu antara sebab ramai lelaki tidak kisah soal kahwin.

Lihat secara rambang kehidupan di bandar, lelaki lebih terdedah dengan kehidupan bebas yang mana tiada komitmen atau ikatan. Kahwin bukan lagi lesen untuk seseorang lelaki melakukan seks kerana aspek itu sudah banyak ditawarkan tanpa perlu sijil nikah.

Seks bukan lagi faktor untuk seseorang itu mengambil keputusan berkahwin sebaliknya ramai anak muda hari ini sudah pun mengikut budaya Barat yang menolak konsep perkahwinan serta menghalalkan seks bebas, sekali gus menyebabkan akidah tergelincir sehingga meningkatkan kes masalah sosial masyarakat.

Bagaimanapun lelaki yang berkahwin lewat kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan tidak langsung bimbang soal memiliki keluarga. Ada juga berpendapat berkahwin akan lebih menambahkan masalah saja.

Dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah perjanjian antara lelaki dengan wanita sebagai satu ikatan sah dan bersih dengan tujuan mengembang dan memanjangkan zuriat. Walau apapun pandangan mengenai isu kahwin lewat, ia perlu bersandarkan nilai agama dan budaya masyarakat negara ini.

Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha untuk mencari pasangan. Setiap manusia sudah ditetapkan jodoh dan kita perlu berusaha mencarinya.

Faktor kesibukan bekerja, sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi juga tidak boleh dijadikan alasan. Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga. Jadi dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman.

Jika tidak menemui jodoh, pergi berjumpa orang alim seperti tok guru, imam atau ulama untuk meminta panduan dan nasihat. Seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam.

Malah dalam satu laporan akhbar ada menyebut yang mengutamakan hal lain sehingga mengetepikan perkahwinan sangat tidak digalakkan dalam Islam.

Katanya, Nabi Muhammad pernah bersabda: “Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin”. Itu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya.

Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru.

10 sebab mengapa lelaki membujang

1.   Tidak ada nafsu terhadap perempuan.
2.   Ada pengalaman pahit dalam bercinta.
3.   Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda.
4.   Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak 
      kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga.
5.   Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.
6.   Meragui kemampuan seksualiti sendiri.
7.   Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.
8.   Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.
9.   Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut 
      mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
10. Sentiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material 
      dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka    
      inginkan. 

Kredit : harian-sinar



Dilema Nak Cuba 'Tackle' Ex-Girlfriend Kawan Baik

10 Jul 2017


Assalamualaikum admin. Pls hide me. 

Aku minta pandangan. Aku bagitahu siap-siap aku ni lelaki, umur 31. 

Ceritanya begini. Kawan aku berkawan dengan seorang perempuan ni. Baik dan cantik orangnya. Umur nearly 30. Jaga solat, jaga aurat, bekerjaya, mempunyai rumah serta kereta di atas hasil titik peluh sendiri. Dia kenal perempuan tu drp kawan aku sorang lagi. Di awal perkenalan dengan perempuan tersebut, kawan aku ni ajak beberapa kali jumpa. 

Perempuan tersebut tolak secara baik. Tapi entah macam mane, kawan aku ni berjaya pujuk perempuan tu jumpa. Kawan aku beriya sangat cerita. First jumpa, kawan aku suka gila tapi perempuan tu biasa2 je. Perempuan tu ada cakap dia kalau boleh nak cari lelaki yang cukup lah solat 5 waktu, yang lain bole sama-sama perbaiki lepas kawen. Kawan aku ni jenis solat tak penuh pun. Sungguh ni.

Kawan aku jujur, lepas jumpa dia confess dekat perempuan tu dia suka. Perempuan tu punya respon biasa. Perempuan tu macam susah suka lelaki dan kawan aku macam2 effort dia buat supaya perempuan tu suka dia. Dipendekkan cerita, bila perempuan tu nampak effort kawan aku ni, perempuan tu slow2 jadi suka juga. Kawan aku ni pun janji akan kawen dengan dia dan kawan aku ni siap dah bagitahu parent dia. 

Aku mmg ada perasaan jeles, kawan aku mmg bertuah. Perempuan ni dah la agama ada, cantik, ramai lelaki suka tapi dia jenis tak melayan. Apa kami buat? Aku dengan kawan aku pakat saja nk tengok perempuan ni jenis melayan ke tak, kami buat fake account msg2 dalam fb, ig, main2 dial nombor dia, memang dia jenis tegas dan ada prinsip dia sendiri. Aku dengan kawan aku siap pergi add kawan2 perempuan tu kat fb tanya macam mana sifat dan perangai dia. Aku boleh kata lelaki nk kan perempuan baik macam ni. 

Yang aku kenal kawan aku ni bukan jenis playboy dan jenis yg setia. Dah dekat berbulan dia berkawan dengan perempuan tu, kawan aku bagitahu perempuan tu die ni sebenarnya belajar tak habis. Kami belajar sama-sama medic. Tapi sebab dia tak habis belajar, dia bukak bisnes sendiri, family dia kaya boleh support. Aku makan gaji tapi keje aku pon tiptop gak. Perempuan tu pny respon bila kawan aku bgtau die tak habis belajar? 

Perempuan tu terima secara baik. Dia ckp tak habis belajar pon takpe, yang penting ada usaha nak cari duit. jodoh, rezeki, maut semua di tangan Allah. Bisnes kawan aku ni meletup juga tapi kawan aku tak cerita dekat perempuan tu. Perempuan tu selalu bagi kata-kata semangat dekat kawan aku ni dalam bisnes dia. Tapi lama-lama, kawan aku rasa dia tak layak dengan perempuan tu. Kawan aku ni ada masalah dengan diri dia sendiri dan bole di katakan teruk jugak. 

Contoh, perempuan tu nak lelaki yang solat penuh (kawan aku ni mengaku dia banyak kali tinggal solat, perempuan tu nasihat baik2), perempuan tu selalu ingatkan lelaki tu baca Al Quran, banyak la. ade la mcm2 hal lagi kawan aku ni complain yang dia rase tak layak nk kawen dengan perempuan tu. Aku nasihat kawan aku ni supaya berubah slow2, insyaAllah Allah bantu. 

Berbulan berlalu, aku busy dengan kerja tiba-tiba kawan aku contact bagitahu yang dia rupanya pergi kawan dengan perempuan lain. Kawan aku ni cakap die cari perempuan yang setaraf dengan dia je. Yang dia rase selesa tapi dia masih berhubung dengan perempuan first tu. Dia tinggalkan perempuan first tu macam tu je dengan alasan-alasan dia la. Aku macam menyirap jugak dengan kawan aku ni. 

Perempuan macam mana die nak lagi?!!! Sampai aku gaduh jugak la sebab kawan aku ni jenis keras kepala dan tak dengar nasihat orang. Aku tak nafikan la, kawan aku ni perempuan mudah cair. Sebab dia smart, bisnes maju, orang nya yang soft spoken. Tapi bukan semudah tu dia nak tinggalkan perempuan yang baik semata-mata sebab perempuan tu tak layak untuk dia? Aku macam-macam dah nasihat tapi dia langsung taknak dengar. Perempuan baru yang dia kenal tu aku tak tahu macam mana, sebab aku dah malas nak ambil tahu. 

Lepas beberapa bulan lepas tu kawan aku contact aku, dia dan perempuan first tu dah tak contact. Aku tak tahu kisah selanjutnya. Aku tak terkejut pun sebab kawan aku ni buta hati. Aku stalk fb dan ig perempuan yang dia tinggalkan tu, perempuan tu buat macam biasa kehidupan dia. Aku tahu macam mana sakitnya di tinggalkan dan ditipu sebab aku penah putus tunang dulu. Aku sbg kawan yang rasa bersalah. 

Perempuan tu tak kenal aku. Aku rasa aku nk cuba contact perempuan tu tapi nanti korang rasa aku bergaduh tak dengan kawan aku ni? Aku dengan kawan aku ni dah bersahabat lebih 14tahun. Aku tahu kawan aku mesti mengamuk kalau tahu aku nak cuba perempuan tu. Mesti dia cakap aku ambil kesempatan. Padahal dia yg tinggal. Tapi kawan aku ni perangai lain sikit dia salah pun taknak mengaku. 

Aku taknak la sebab perempuan kami bergaduh. Pening fikir! Aku nak halalkan je perempuan ni walaupun dia tak kenal aku siapa tapi aku kenal dia. Perwatakan dia mmg aku suka. Aku siap selidik latar belakang dia dan cari ahli family dia. Alhamdulillah, memang daripada keluarga yang baik-baik. Rasulullah pun suruh pilih agama kan? Aku banyak ambil pengajaran daripada kawan aku ni. Minta pandangan semua if kawan aku find out. 

Aku tak ambil langkah lagi bukan sebab takut atau pengecut tetapi nak kekalkan persahabatan ni. Macam mana ya, aku rasa perempuan lebih arif.

Kredit : Fb Kisah Rumah Tangga

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Takdir Saya Berkahwin Dengan Gadis Yang Tak Pandai Masak

14 Jun 2017



Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan tetapi kami berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.

Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?






Kelas Bahasa Arab
Suasana Kelas Bahasa Arab yang saya anjurkan.

Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.

Berazam Untuk Berkahwin Awal

Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi rezeki.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan “Memberi Kekayaan” kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surat An-Noor : 32

Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah.

Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta kemudiannya.

Mula Mencari Calon Isteri

Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya.
Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.





Mula Mencari
Kita tidak boleh bersendirian dalam mencari calon isteri.

Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun.

Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya pun setuju. Maka kami pun bertunang.
Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon, sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.

Sedihnya, Isteri Tidak Pandai Memasak!

Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak betul-betul. Aduhai nasib-nasib.

Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai sebelum berkawin.

Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.

Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap satu hidangan.

Tak Pandai Atau Malas Memasak?

Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan mengikutnya. Mudah!





Bekalan Makanan Anak
Lihat bagaimana rupa bekal makanan anak-anak yang disiapkan oleh isteri saya.

Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips keibubapaan.

Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak menggunakan telefon bimbit.

Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang tidak banyak menolong.

Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Memasak

Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil.





Yazid Ismail
Gambar saya bersama isteri tersayang. [FB Yazid Ismail]

Terima seadanya apa saja kekurangan pasangan kita.

Kredit : Tazkirah.Net



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.