SLIDER

Ingatkan Senang Je Nak Jadi Seorang Doktor, Rupa-rupanya ...

13 Sept 2021


salam sayang to you all ,

Abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. 

Oh. dr sudah tentu glamour kan. banyak duit. kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. saya ada pengalaman keluarga sakit. saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. sedih. dari situ saya impikan nak jadi doktor. oh. dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. hakikatnya. tidak sebegitu. 

Kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. dia bekas pelajar sains komputer. sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. alhamdulillah. bagus. dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. bagus.ada cita cita besar. abang cakap bagus la dah kaya. pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi dr. 

Best ke jadi doktor? Kaya ke dengan jadi doktor? Seronok ke? Hebat ke ada title doktor? 

Mari abang mahu bercerita. mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. nak kena stady, belajar banyak benda. tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. tahun 4 pun ada lagi , ortha, orthopedic, ent. tahun 5 pun sama. tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. 

Anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan ditrain menjadi seorang doktor. masa ni la kalau adik adik nak kena marah. masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. ok. habis 2 tahun jadi HO. adik dah jadi doktor sebenar. tak habis lagi. takkan adik adik nak jadi dr biasa sampai tua. rugi. tak kemana. adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. sudah tentu adik adik nak jadi kaya. kena sambung belajar lagi. buat master. jadi doktor pakar. berapa lama. maybe 4 tahun. jadi doktor pakar plak. 

Emm. bak kata belajar seumur hidup. sanggupke? kalau sanggup alhamdulillah. kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. jagan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. kena redha. Tak habis disitu. belajar tahun satu, tahun kedua lupa. belajar tahun ketiga, benda kat tahun kedua lupa. kena revise semua. sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat india ni, balik malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. banyak. 

Pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. oh tak tahu. oh lupa. oh cikgu tahun dua tak ajar. oh saya tak baca lagi. oh tak tahu. nanti dr marah. nape kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. nape tak belajar. kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebb kamu tak tahu macam mana nak diagnos. apa rawatan dia kamu tak tahu. sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. depan patient. kena halau kelas sebb takleh jawab apa dr tanya. dilakukan. jangan datang kelas kalau malas membaca. oh. oh ada lagi. 

Hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. sila datang cepat2. macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa enset. atau enset ter off. fail la exam hari itu. oh. lupa nak kongsikan lagi. sanggup ke tengok darah? sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. sanggup ke berbau formalin yang busuk. sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. oh macam macam adik adik akan rasai nanti.

Apa nilai yang ada disebalik semua ini. seronok ke nak jadi doktor. seronok ke kena marah? kena herdik tak pandai? tak tahu nak jawab? seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? orang beraya, adik adik beraya dihospitalseronok ke fail exam? seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? semata mata nak dapat duit banyak? andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. tiada yang indah bukan. 

Salah. ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. ada. bukan tiada.disebalik semua itu. adik adik akan mengerti. nyawa seorang manusia itu apa nilainya. adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. mengapa kena baca buku. mengapa kena tahu semua benda. mengapa kena berkorban. nilai satu nyawa itu. apa perasaan andai ada patient didepan mata. kita seorang dr, tak mampu buat ape ape hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. sedih sangat sangat. penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. sakit. menyentuh perasaan. nenek yang tau bercerita kisah hidup. ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit. 

Andai betul2 mahu menjadi doktor, silakan. selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. pasti segala cubaan akan anda tempuhi. usah risau. anda pasti akan berjaya. yang penting, kukuhkan kekuatan anada. redha dengan apa yang akan anda lalui. sukar mahupun senang. selamat berjaya. lupakan kemewahan. pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. kemewahan dan title jua akan kunjung tiba.
 
Selamat menempuh spm adikku.

Oleh : 
Dr Amin Ismail (A.I.): 
Pegawai Perubatan UD41, 
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

Kredit :  akudramin




Anak Autisme Boleh Jalani Hidup Normal

22 Jun 2021


JUJUR saya katakan, pada awalnya saya tidak mempercayai anak saya didiagnos dengan autisme, tetapi dalam tempoh setahun sebelum saya dan suami mendapatkan pandangan kedua daripada doktor lain, kami perlahan-lahan sudah boleh menerima keadaan Dzarif,” ujar Dr. Hazlita Mohd. Isa apabila diminta bercerita mengenai pengalamannya mempunyai anak autisme.

Didiagnos ketika anaknya itu berusia setahun lapan bulan, Dr. Hazlita menjelaskan, segalanya terbongkar apabila Mohammad Dzarif Ahmad Hakimi dijangkiti demam campak dan tidak mahu bercakap sebaik pulih. Menyedari perubahan yang berlaku kepada anak bongsunya itu, Dr. Hazlita dan suami meminta pihak doktor membuat pemeriksaan lanjut.

Ketika kejadian, Dr. Hazlita dan suami berada di United Kingdom. Sudah menjadi prosedur hospital di sana untuk membuat pemeriksaan berkaitan autisme terlebih dahulu sekiranya ada yang tidak kena dengan kanak-kanak tersebut. Dalam tempoh itu, Dr. Hazlita tidak hanya duduk diam, dia dan suami mengambil pendekatan mencari maklumat mengenai masalah yang dihidapi anaknya.

Hasil rujukannya mendapati, ciri-ciri autisme ada pada Mohammad Dzarif sejak dari kecil yang tidak disedari Dr. Hazlita dan suami. “Apa yang berlaku terhadap Dzarif bukan disebabkan kami tidak mengambil kisah mengenai perkembangannya tetapi kami tidak perasan kerana merasakan Dzarif seperti kanak-kanak normal lain.
“Selepas Dzarif didiagnos untuk kali kedua, kami lebih bersikap terbuka menerima keadaannya dan mula terfikir mengenai masa depannya.

“Ini termasuk pendidikan yang seharusnya Dzarif terima sebaik sahaja umurnya mencecah tujuh tahun.“Pelbagai persoalan timbul seperti bolehkah Dzarif bersekolah di sekolah rendah seperti kanak-kanak normal yang lain?” beritahunya. Ingin melihat Mohammad Dzarif mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak normal, ibu kepada empat cahaya mata ini mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai persekolahan di Malaysia.

Bagaimanapun, Dr. Hazlita kecewa apabila sekolah-sekolah rendah di negara ini tidak dapat menerima Mohammad Dzarif untuk bersekolah seperti kanak-kanak normal. Begitupun, impian doktor mata ini termakbul apabila Sekolah Antarabangsa Taylor, Kuala Lumpur, menerima anak-anak autisme belajar di situ. Hari ini, setelah dua tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa di sekolah tersebut, Mohammad Dzarif membuktikan kanak-kanak autisme boleh pulih, walaupun mungkin mereka berhadapan masalah untuk bersosial dengan orang lain.

Kata Dr. Hazlita, dalam hal ini, ibu bapa serta masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak ini kerana masih ada harapan untuk mereka, sekiranya keluarga dan guru yang terlibat secara langsung memberikan komitmen sepenuhnya. Tambahnya, sindrom kanak-kanak autisme mempunyai tahap-tahap tertentu dan tidak semuanya sama. Begitu juga dengan Mohammad Dzarif, yang dahulunya dikategorikan pada tahap sederhana dengan kelakuan yang sukar dijangka, tetapi setelah diberikan pendidikan awal dan terapi berterusan di Early Autism Project (EAP), kanak-kanak ini sudah pulih daripada masalah tersebut dan kini dikategorikan pada tahap rendah.

Dihantar ke EAP seawal usia tiga tahun, hari ini, walaupun masih memerlukan perhatian dan terapi, sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan Dr. Hazlita dan suami, membolehkan anak mereka dapat bersekolah di sekolah biasa dan bukannya di sekolah pendidikan khas. “Sebenarnya bukan mudah mendidik anak autisme tanpa ilmu, kerana anak-anak ini tidak akan belajar dengan ibu mereka, sebaliknya akan melawan dan membentak kerana enggan memberi komitmen untuk belajar.

“Oleh itu, program latihan awal amat penting untuk kanak-kanak autisme dan sekiranya dapat berkomunikasi pada awal usia, masalah tingkah laku boleh dikurangkan. “Berhadapan dengan mereka sebenarnya memang menuntut kesabaran yang tinggi selain perlu memahami sepenuhnya masalah yang dihidapi anak-anak ini,” tuturnya lanjut. Ramai yang berpendapat, anak-anak autisme perlu dihantar ke sekolah khas yang boleh mengubah tingkah laku dan keupayaan anak-anak ini kerana mereka sendiri tiada ilmu untuk mendidik golongan berkenaan.

Jelas apa yang berlaku kepada Mohammad Dzarif membuktikan anak-anak autisme ini mampu bersekolah bersama-sama kanak-kanak normal lain sekiranya dibantu dari awal.

Kredit : UtusanMalaysia



Setuju Atau Tidak; Soal Kebahagiaan Dan Peribadi Tak Perlu DiTayang Di Media Sosial

8 Dec 2020


Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?

Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi!

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.

Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik  gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.

5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media social.

Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Sumber : MingguanWanita

Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Atau Diploma IPTA ? Yang Manakah Pilihan Anda ?

26 Mar 2020


Berikut dikongsikan perbezaan masuk matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma buat panduan pelajar lepasan SPM yang dalam dilema untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka. Ingin ditekankan yang kesemua program ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pilihan terbaik adalah bergantung kepada apakah cita-cita kerjaya yang anda ingini. Contohnya jika anda ingin menjadi jurutera pilihlah bidang pengajian kejuruteraan. 

Perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.

Berikut dikongsikan maklumat ringkas berkenaan dengan perbezaan Matrikulasi vs Asasi IPTA vs Tingkatan 6 Vs Diploma. Bagi mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu pilihan pengajian yang terbaik, buatlah solat Istikharah. Mohon kepada Allah dalam menentukan pilihan yang terbaik.  

Tingkatan 6 (STPM)
Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuat rayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan.

STPM adalah terbaik berbanding program lain jika Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UA  berkenaan hanya mengambil calon lepasan STPM sahaja. Semakan program yang hanya untuk lepasan STPM boleh disemak di epanduan UPU. Cara : Pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan dan klik STPM/Setaraf. 

Kelebihan Tingkatan 6
Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :- 

  • Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM


Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal. Matematik Tambahan  adalah mata  pelajaran  wajib  untuk  memohon semua  bidang  pengkhususan Program Matrikulasi.

Syarat Kelayakan/ Kemasukan Matrikulasi

Bermula pengambilan pelajar baru sesi 2016/2017, berikut adalah jadual  syarat  kelayakan  minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit.
syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran kemasukan Matrikulasi

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) semester. Jurusuan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Contoh Jurusan

Sebagai conth, jurusan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) adalah seperti berikut :-
Jurusan Sains
  • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
  • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
  • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Jurusan Perakaunan
  • Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Tempoh pengajian adalah lebih lama iaitu empat (4) semester. Jurusan yang ditawarkan pula adalah Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.
Nota
  • Pelajar PST boleh memohon pertukaran ke PDT di Kolej Matrikulasi yang  ditawarkan melalui Pengarah Kolej.
  • Permohonan  menukar jurusan boleh di mohon di kolej masing-masing melalui   Pengarah Kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
Jurusan Teknikal telah lama diwujudkan. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah Bayaran Yuran Matrikulasi

Kadar yuran pendaftaran Matrikulasi terkini adalah seperti berikut :-
Jurusan Sains
  1. Program Satu Tahun : RM580
  2. Kolej MARA : RM500
  3. Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
  1. Program Satu Tahun : RM530
  2. Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
  • Program Satu Tahun : RM580

Kelebihan Dan Halatuju Matrikulasi


Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jumlah elaun pelajar adalah RM1,250 satu semester. Pembayaran elaun akan diberi secara bulanan kepada pelajar sebayak RM250 sebulan

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan  luar  negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi. Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universit Malaya (UM) & Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah tempatan. 

Graduan matrikulasi juga ada kelebihan. kerana mereka didedahkan dengan kaedah pengajaran sepertimana universiti, jadi merekai tidak akan kekok bila berada di universiti nanti. Disebabkan syarat kemasukan matrikulasi lebih tinggi, maka tidak ramai yang gagal di matrikulasi. Hampir keseluruhan pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Asasi IPTA


Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UA yang menawarkan program asasi sendiri adalah pilihan terbaik  buat pelajar.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar dimana sebahagiannya disubsidi oleh Kerajaan. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,250 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 360 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA


Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pelajar yang memilih program diploma tidak semestinya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan mudah kerana tidak semua yang berjaya diterima mengikuti Program Degree akan mendapat pengecualian. Ramai pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian dari Tahun 1 (Semester 1) selepas menamatkan pengajian diploma yang biasanya mengambil masa selama 2½ hingga 3 tahun.

Apa jua pilihan anda, belajar bersungguh-sungguh adalah kemestian dalam mendapat keputusan yang cemerlang bagi mencapai cita-cita kerjaya anda.


               PanduanMalaysia 




Jangan Tertipu Lagi. Ini Cara Kesan Scammer Menipu Ketika Beli Barang Di Facebook, Mudah dan Carousell

2 Nov 2018

Pembelian secara online adalah kemudahan yang menjadi keperluan bagi semua pengguna internet pada masa kini selain menyeronokkan ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana segalanya di hujung jari dengan hanya klik sahaja.

Pada zaman ini, begitu banyak barangan yang boleh dibeli secara atas talian dan yang lebih menariknya barang yang dijual tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah berbanding dibeli di kedai-kedai. Ini menjadikan pembelian secara online menjadi pilihan ramai kerana harga yang munasabah dan kualitinya juga boleh tahan.

Walau bagaimanapun, online shopping juga seperti perkara lain yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri apabila pembelian sebegini pasti akan terdedah dengan risiko ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti scammer yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mendapatkan pendapatan yang mudah dan cepat.


Scammer menipu pembeli
Sumber Facebook Senarai Nama Penipu Online

Beberapa hari lalu, seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Linda Shuk telah berkongsi bagaimana cara untuk mengenalpasti dan mengecam aktiviti scammer yang dipercayai masih lagi bergerak aktif sehingga kini. Beliau juga telah dapat menyelamatkan sejumlah wang yang dikatakan hampir dikebas oleh penipu online terbabit.

Melalui perkongsiannya, Linda berkata, ketika itu dia ingin membuat pembelian daripada seorang penjual yang dikatakan ingin menjual barangan terpakai. Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut selain harga yang murah dia membuat keputusan untuk membeli dalam talian.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba terlintas di hatinya untuk memeriksa data peribadi peniaga terbabit. Dia dengan segera memasukan segala butiran seperti nombor akaun bank milik penjual tersebut dan sebagainya. Apa yang mengejutkan, sebenarnya dia sedang berurusan dengan seorang penipu iaitu scammer yang kini dikehendaki kerana penipuan yang dilakukannya seperti yang dilaporkan.

Berikutnya adalah perkongsian Linda Shuk tentang penipuan scammer tersebut yang kini masih lagi bergerak aktif mencari mangsanya.

penipu

Baru tahu link scam.my ini untuk cek penipuan, boleh masukkan nombor akaun seller tu. Terima kasih Humaira Salleh atas pertolongan. Semoga kawan-kawan lain pun lebih berhati-hati. Memang scammer rupanya.

Polis ada memberitahu semalam kat Shoppe pun ramai yang kena tipu rupanya. Pelik juga tapi kepada siapa yang nak beli, silakan. Saya tak halang pun. Just sharing apa yang disampaikan saja.

Saya kena tipu dengan seller di bawah ni.

'Anis Nur Deanna Ahmad Shaharum'

semak penipu
Sila berhati-hati dengan penama di atas sebelum melakukan sebarang transaksi melalui online banking. Modus operandi menjual barang pre loved baby and handphone berjenama dengan harga yang murah di Mudah, Facebook, Carousell dan baru-baru ini di apps IM Sold.

Turut melakukan jenayah penipuan secara online adalah teman lelakinya Muhammad Syafiq Syahmi Bin Zulkifli. Pelbagai penipuan telah dilakukan oleh sweet couple ini dan ramai mangsa telah membuat pengakuan dan laporan polis untuk menangkap sweet couple ini. Namun, tiada tindakan dari pihak polis.


Berikutnya adalah detail mengenai pasangan ini. Sila berhati-hati dan semak account number sweet couple ini sebelum melakukan sebarang transaksi.

1. Anis Nur Deanna Ahmad Shaharum
No. Mykad: 951128-08-5992

No 46 Tingkat Zarib 2B,
Taman Pinji Mewah Lahat 31500 Perak

E4-01 ,Seroja Apartment, Jalan Putra Perdana 10,
Taman Putra Perdana, Puchong,
Selangor.(Alamat terkini)

Nombor akaun CIMB:
12022935437526 / 7007285864

Nombor telefon yang sering digunakan: 012-231 2439

Nama akaun Facebook :
  • Deanna Syahmi
  • Shazlynn Lynn
  • Lynna Saari
  • Leesya Damia Damia
  • D Iyanz ahmad

Nama ibu: Azlin binti Abidin ( 011-1230 0080)
No. Mykad : 740402-08-5136


2. Muhammad Syafiq Syahmi bin zulkifli
No. Mykad: 950206-03-6105

E-1-5 Kiambang Apartment,
Taman Putra Perdana 47130,
Puchong, Selangor.

No. telefon: 017-478 1179

Nombor akaun Maybank : 16425877419

Nama akaun Facebook:
  • Lily Deanna Hunnyboo (adik)
  • Zawahir yusoff (mak)
  • Zulkifli zakaria (bapak)

Satu keluarga tidak kisah pun anak mereka jadi penipu. Tidak mahu berikan sebarang kerjasama langsung.


Kisah penipuan mereka pernah diceritakan di sini : Senarai Nama Penipu Online – Malaysia

Tolong share, viral dan sebarkan sebab diorang ni semakin berani dan aktif setiap hari dengan buat pelbagai akaun Facebook baru termasuk account Carousell, Mudah.my dan IM Sold untuk perdayakan orang.

Kemungkinan besar, gambar display profile Facebook dia pakai gambar orang lain. Tak pernah serik dan takut budak-budak ni selagi polis tak dapat tangkap diorang, selagi itu diorang berani.

Bantu saya sebarkan supaya tiada lagi mangsa mereka selepas ni. Terima kasih kepada yang banyak bagi maklumat pada saya. Terima kasih.

Boleh share jika nak, tak perlu minta izin.

INFO:

1. Anda juga boleh membuat semakan penipuan peniaga online iaitu dengan menyemak sama ada perniagaan mereka berdaftar atau tidak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui laman web SSM.

2. Melalui nombor pemilik akaun bank yang diberikan penjual atas talian, anda juga boleh buat semakan sama ada peniaga terbabit mempunyai laporan berkaitan dengan penipuan online melalui laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati ketika ingin membuat pembelian secara online. Adalah lebih baik berhati-hati sebelum duit milik anda dikebas begitu sahaja. -

Tanda-Tanda Kawan Baik Sudah Mula Lupakan Anda

31 Oct 2018


Seusai dengan usia yang kian menginjak, kita akan mula perasan tentang datang dan pergi individu yang digelar sahabat. Kawan adalah individu yang tahu siapa kita, tempat menyimpan segala rahsia, luahan perasaan dan berkongsi pelbagai suka dan duka. Ada yang kita kenal melalui zaman persekolahan atau alam pekerjaan. Siapa sahaja kita boleh berkawan dan tiada batasnya.

Penulis percaya ada diantara kita pasti merasai perpisahan yang tiba-tiba sahaja berlaku dengan sahabat masing-masing. Tiada hujan atau ribut anda langsung tidak dengar khabar berita dari dia lagi. Sehingga mula timbul rasa sangsi ‘kenapa agaknya dia dah tak nak kawan dengan aku?’.

Foto – Bustle
Meh lihat apakah tanda-tanda kawan mu mula menjauhkan diri kamu…
# Tiada perasaan ingin tahu
Perlahan-lahan anda mula perasan tiada lagi Whatsapp bertanya khabar atau menelefon ketika berada di kampung. Malah bila pulang bercuti langsung tidak diberitahu, umpama takut untuk ajak berjumpa. Jika ada anda contact seperti ingin tahu perkembangan mereka, kadang diendah sahaja soalan itu.
# Berhubung melalui media sosial
Everything on Instagram, Facebook or Twitter! Dia mula hanya menghantar likes dan Dm sebagai tanda ‘perhatian’. Selebih dari itu tiada apa-apa pun.

Foto – Reader’s Digest

# Ada kawan baru
Kalau dah tak boleh hangout dengan anda, pasti boleh dengan orang lain. Nampaknya dia lebih selesa dengan kawan baru berbanding dengan kawan yang dikenali berbelas tahun. Dari sini ada boleh lihat prespektif baru dia dalam memilih kawan. Siapalah kita kan…
# 1001 alasan
Mungkin anda cuba positif untuk ajak berjumpa dan keluar lepak seperti biasa. Bila dia mula guna alasan ‘tapi’, ‘sibuk’, ‘tiada duit’ atau pelbagai lagi pancaroba anda sudah boleh stop. Paling menyedihkan apabila anda berusaha untuk berjumpa tapi esoknya dia boleh keluar dengan kawan lain. Sedih!

Foto – Introvert, Dear

# Majlis penting pun tak datang!
Jika anda sudah berkawan lebih dari 5 atau 10 tahun, pasti pada hari-hari penting anda mahu mereka yang cukup sinonim dengan hidup anda hadir pada hari tersebut. Beria anda memberitahu mereka setahun lebih awal, tapi ketika saat akhir anda akan terima mesej dia tidak dapat hadir. Easy peasy buat orang macam tu… Ini maksudnya dia langsung tidak peduli tentang hari penting anda dan diri anda lagi.

Foto – gURL.com
Kita tidak boleh paksa orang untuk kekal stay dengan kita, apa yang kita boleh buat biarkan dia dengan life dia. Harap sahaja dia jumpa pengganti kawan yang lebih baik dari kita. Lagipun kita tak rugi apa pun tak berkawan dengan manusia seperti ini. Mark my words guys

Kredit : wanista


Elakkan Tekanan Kerja Melampau

28 Oct 2018

Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua. 


TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan persekitaran tempat bekerja.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.

Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai membawa ke tahap kematian.

Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.

Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.

Mati akibat kerja

Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.
Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.

Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.
Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.
Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.

Apabila berlaku tekanan kerja seperti kemurungan, rasa cemas dan tidak dapat tidur malam misalnya, banyak daripada kita mengambil jalan mudah dengan membuat kesimpulan bahawa individu tertentu terkena gangguan makhluk halus atau buatan orang.
Jarang yang cuba berfikir bahawa mereka mungkin sedang mengalami gangguan yang berpunca daripada bebanan pekerjaan.

Ini menjadikan, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.
Sekiranya tidak diatasi, ia akan menyebabkan penyakit yang lain termasuklah darah tinggi, serangan jantung atau penyakit fizikal yang lain.
Kajian-kajian juga merumuskan bahawa pekerjaan adakalanya menyebabkan rumah tangga terganggu, khususnya apabila emosi negatif yang timbul akibat oleh pekerjaan dibawa pulang ke rumah.

Perasaan marah atau tekanan yang berlaku di tempat kerja kemudiannya telah menyebabkan keluarga dan anak-anak menjadi mangsa.
Salah satunya ialah melalui contagion effects. Sindrom ini berlaku apabila seseorang mengalami perasaan negatif seperti murung dan perasaan kemudiannya dipindahkan kepada pasangan atau keluarga mereka di rumah.

Pergilah bercuti 

Salah satu langkah yang boleh diambil termasuklah bercuti. Hal ini kerana bercuti didapati mampu menghindar kita semua daripada diserang pelbagai penyakit psikologikal termasuklah kepenatan dan kemurungan.
Salah satu teori yang selalu dikemukakan bagi mengupas isu berkenaan ialah Conservation of Resources Theory.

Teori itu menerangkan mengenai pekerjaan yang menyebabkan manusia mengalami pengurangan 'tenaga' psikologikal dalam diri. Ia mencetuskan tekanan kerana manusia tersebut perlu berjuang untuk mendapatkan tenaga yang hilang.

Bagaimanapun, dengan bercuti, ia mampu mengembalikan tenaga psikologikal tersebut.
Semoga kita sentiasa menghargai peluang bercuti apabila tiba waktunya. Kesempatan tersebut melupakan kita seketika dengan kesibukan dunia pekerjaan dan memulihkan semula tenaga kita untuk menghadapi dunia pekerjaan.

Kredit : kosmo


 

Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa.

26 Oct 2018


Hebatnya seorang ibu yang mampu membesarkan anak istimewa dengan penuh kecekalan dan kesabaran. Lebih hebat ujian yang dihadapi seorang ibu ini bersama suaminya apabila kesemua anak-anaknya disahkan insan istimewa yang memerlukan pemerhatian penuh dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Ibu mana yang tidak bersedih sekiranya anak disayangi mempunyai masalah dalam pembelajaran serta memerlukan bantuan khas dan juga perlu memberikan perhatian yang penuh kepada mereka agar mereka sihat dan sempurna.

Kecekalan ibu tiga anak ini menarik perhatian serta perlu dikongsikan kepada orang ramai yang mungkin menghadapi masalah yang sama mampu memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa ini.

Perkongsian ini telah diberikan keizinan daripada Puan Salwa Mohd Salleh untuk menceritakan pengalaman pahit manisnya bagaimana dia dan suaminya menghadapi saat sukar ketika membesarkan anak-anaknya sehingga kini. Yang pasti dia dan suaminya telah dikurniakan sesuatu yang sangat istimewa di dunia.



Penulis Asal: Salwa Mohd Salleh

Apa yang anda akan lakukan jika anak anda memerlukan bantuan khas dalam pembelajaran?
Dan apa pula akan anda lakukan jika KESEMUA anak anda disahkan memerlukan bantuan khas i.e mempunyai learning disabilities dan layak memiliki kad OKU?

INI CERITA KAMI SEKELUARGA

Kenapa hari ini saya membuat keputusan untuk menulis dengan terbuka? Kerana saya rasa sudah sampai masanya untuk lebih ramai orang bersikap terbuka.

Mari kita mulakan satu persatu mengikut timeline.

Kisah Anak Bongsu Si Israa'

Anak bongsu, Israa' kini mencecah 2 tahun 8 bulan. Keluar masuk hospital sejak usia 6 bulan pada tahun 2015 setelah diserang jangkitan paru-paru yang teruk hingga berada di ICU. Tidak terhenti setakat itu, Israa' paling banyak diuji kesihatan. Multiple trigger wheeze (and later asthma), bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, food allergy, allergic rhinitis, speech delay, developmental delay, you name it.

Jika tak warded sekalipun, jadual menziarah hospital setiap bulan memang padat. Hehehe. Hampir kesemua paeds dan staff di ward kenal Israa'. Klinik pakar pun macam hampir semua aje nak dilawat. Menjengah 2 tahun, imun lebih kuat dan sudah jarang admitted.

Kesemua ini ujian besar buat anak kecil ini, tapi dia tetap kanak-kanak yang ceria. Masih belum boleh bercakap buat masa ini (not a single meaningful word) but hey, dah berjaya berjalan! Yeaaay! We are working on his speech and OCT and his case? It's called a GLOBAL DEVELOPMENT DELAY (GDD).

Kisah Anak Tengah Si I'jaaz

Sekarang mari kita bercerita tentang yang di tengah. I'jaaz yang cheeky, banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea/karenah. Sejak usia dia 4 tahun, saya mula dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Antara yang paling selalu, huruf terbalik p, q, j, s dan beberapa lagi. Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana ini fasa anak sedang develop, confuse dengan sesuatu perkara adalah normal. Dia sudah mula ke taska bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.

Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada sahaja drama. Abangnya pula sudah darjah 1, jadi tiada kawan nk pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun lebih, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka beberapa saat dan beberapa lagi ciri lain.

25 Oktober tahun lalu, kami hantar untuk buat ujian bagi dyslexia di Persatuan DYSLEXIA MALAYSIA kerana usianya telah 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut lansung dengan hasil laporan, kerana memang saya telah lama dapat kesan, I'jaaz memang ada ciri dyslexia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatari kanak-kanak, I'jaaz juga berkemungkinan menghidap ADHD juga. Tak pelah nak. Special sungguh.

Ada 12 pusat dyslexia di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat dengan kami di Putrajaya ni adalah di Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga untuk 2017 terpaksa dirombak serta merta. Kalau dulu, kami gagahkan juga satu kereta, menghantar anak kesekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami membeli kereta terpakai bulan Disember kerana ianya sudah bertukar menjadi keperluan mendesak.

I'jaaz sudah 3 bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Tidak lagi rasa tertekan dan rasa rendah diri sebab semua orang sama dengan dia. Nanti saya cerita lebih lanjut.

Kisah Anak Sulung Si Imran

Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak usia 8 bulan dia juga diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan buatkan Emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas Emaknaya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha.

Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 masuk semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis. Dalam pada hati saya merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it's totally normal for kids especially boys jika tak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.

Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktu saya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata agak grey area tapi let's see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa. Of course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya. Mengajar imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It's very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. I've tried everything.

Cut short the story, hujung tahun lepas, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa imran jumpa Pakar Psikatari Kanak-Kanak di HUKM untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak merisaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.

2 minggu selepas I'jaaz menjalani ujian dyslexia, Imran pula didiagnos awal dengan GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY sama seperti Israa'. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya. Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech, kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran. Result akan keluar bulan depan dan baru perbincangan akan diteruskan untuk tahu masalah sebenar Imran dan cara untuk bantu Imran dalam pelajaran.

Panjang?

Kekal Kuat Kerana Anak-Anak

Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.

Paling sukar bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat riak wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It's not even genetic problem!

Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak-anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah kecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangisi Why me? Why Me?Saya tidak pernah rasa marah pada Allah.

Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat dengan terbaik bersama suami. Dan mahu saya sebarkan ilmu lebih banyak tentang ini kepada orang awam.

Saya kan terus bercerita mulai saat ini. Dengan hashtag #SalamDyslexia #SalamGDD #EmakGiftedBoys in saya Allah lebih banyak cerita dan info selepas ini.
Doakan kami terus kuat

Doakan kami terus sihat

Doakan kami dapat bawa kebaikan pada keluarga dan semua
Emak,

Yang kekal steady, positive dan strong!

Penulis Asal: Salwa Mohd Salleh 

8 Tips Penjagaan Rambut Untuk Korang Yang Berhijab. Tak Susah Pun!

23 Oct 2018


Nama pun mahkota setiap wanita kan, confirm kena jaga elok-elok! Bukan wanita yang freehair je kena jaga rambut, wanita bertudung lagi lah kena jaga tau. Jangan sebab kepala bertutup, korang tak jaga kesihatan rambut. Penjagaan rambut sama penting macam korang jaga muka juga.
Korang bekerja dari pagi sampai ke petang pakai tudung. Sah-sah la rambut korang bertutup dan tak boleh ‘bernafas’. Bila rambut dah tertutup sepanjang hari, ia juga menyebabkan kekeringan dan rambut gugur. No worries! Admin nak kongsi dengan korang macam mana nak dapatkan rambut yang sihat walaupun bertudung.

1. Kenali jenis rambut. Penting tau!

Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk korang tahu jenis rambut supaya korang boleh decide cara penjagaan rambut yang terbaik.

2. Ketahui masalah rambut dan produk yang sesuai

Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tak boleh lari adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur.
Kenalpasti masalah yang korang hadapi. Lepas dah tahu korang ada masalah rambut apa, cuba cari produk rambut yang sesuai. Kalau korang tak pasti dengan sesuatu produk tu, cuba yang trial set dulu. Kalau tak sesuai, korang boleh cuba produk lain.

3. Consult pakar rambut. Diorang lagi tahu!

Sebaiknya korang pergi jumpa pakar rambut at least dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat diorang. Lagi bagus korang buat dulu ujian rambut dan kulit kepala korang.

4. Tak perlu cuci hari-hari

Korang boleh cuci rambut korang secara berkala, contohnya selang sehari atau bila korang rasa kulit kepala dah start berminyak. Sambil-sambil korang cuci tu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari.
Kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi dan tak sempat nak kering, lepas tu korang terus ikat dan pakai tudung kan. Haa.. tabiat tu boleh buat rambut korang rosak dan berbau tau!

5. Guna serum & conditioner 

Jika rambut korang melepasi paras bahu, make sure korang menggunakan conditioner selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan conditioner dari terkena pada kulit kepala.
Lagi satu korang jangan letak terlalu banyak conditioner sebab nanti rambut korang akan jadi berat dan berminyak.

6. Jangan bungkus rambut tu!

Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi betul tak? Haa.. baik korang mengaku cepat! Nak tahu tak, sebenarnya tabiat korang tu tak elok untuk rambut tau sebab rambut akan jadi kerinting dan bercabang.
Sebaiknya korang keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Lepas tu korang biar rambut kering sendiri. Dah kering baru lah boleh sikat.

7. Jangan ikat ketat sangat ye

Lagi satu perkara penting yang korang kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakai anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut korang.
Cara ni untuk mengelakkan korang rasa pressure atau sakit kepala semasa bertudung dan membolehkan rambut korang tumbuh dengan baik.

8. Air, vitamin dan protein biar cukup!

Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut.
Barulah rambut korang kekal cantik dan bersinar!
Senang je kan cara nak jaga rambut! Lagi-lagi korang yang berhijab tu. Tak payah susah-susah nak pergi dandan rambut kat salon bagai. Jimat duit hehe.. Semoga tips ni berguna untuk korang ye :)
Kredit : ohbulan

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.