SLIDER

Ibu Tunggal, Anda Ingin Kahwin Lagi, Fikir Masak-Masak


ANDA masih ingat keluhan gadis bernama Shahirah yang bertanyakan pandangan pembaca patutkah ibunya seorang balu berkahwin lagi? Soalannya dijawab oleh Puan Nurnisa ketika kami bertemu Ahad lalu. ''Saya tak mahu beri pandangan melalui emel sebab tak pandai, telefon tak puas, tapi bila tertemu empat mata baru sedap bercerita. Saya tak bantah kalau ibu tunggal hendak kahwin lagi, tapi anda mesti ingat banyak masalah bila ibu tunggal kahwin duda, sebab itu saya tak kahwin lagi setelah bercerai lebih 30 tahun.

''Ramai datang melamar, ketika itu saya masih muda, tapi saya tolak. Pertama, saya kena fikir mengapa duda atau bapa tunggal ingin berkahwin lagi? Sudah pasti dia mahu isteri baru mengurus makan minum, layani dan uruskan anak selain rumahtangga. Bukan nak bantu anak-anak tiri. ''Sebelum berkahwin memang lelaki berjanji sanggup jaga anak tiri, tetapi kita kena faham dia terpaksa beri makan anak sendiri, terutama kalau bercerai, sudah pasti gangguan sentiasa datang silih berganti sama ada dari bekas isteri atau anak yang perlukan lebih perhatian dan cemburukan ibu tiri.

''Lainlah kalau anda sendiri garang dan sanggup berperang dengan anak tiri dan bekas isterinya. Saya tak sanggup berperang. Sebab itu bekas suami saya gagal dalam beri nafkah anak sebab dia dikawal oleh isterinya. ''Ketiga, jika anak tiri sudah besar dan tinggal dengan ayahnya, di mana anda nak tempatkan anak anda jika berpindah ke rumah suami baru? Adakah anda sanggup melihat anak anda bergaduh atau dipinggirkan serta dipandang serong oleh anak tiri anda? Atau sanggupkah anda ambil jalan mudah hantar anak ke kampung untuk dijaga oleh nenek dan anda menjaga anak tiri?

''Semakin anak membesar lebih banyak masalah, terutama apabila suami anda sudah meluat dan bosan dengan anak anda kerana anda lebih banyak beri perhatian kepada mereka. ''Kerana memikirkan masalah ini saya tak mahu berkahwin lagi kerana saya sayangkan anak saya. Biarlah saya hidup susah tak cukup nafkah asalkan saya bersama-sama anak. Saya sanggup sekat nafsu dan berhempas pulas bekerja cari rezeki demi membesarkan mereka. ''Kisah perceraian saya sedih. Perkahwinan saya dari awal tidak disukai ibu mertua. Alasannya dia sudah ada calon menantu. Dia tak suka bermenantukan saya orang miskin tapi sebelum kahwin bekas suami kata ibunya tak memilih. Kata mertua saya dia orang kaya rumah besar ada kebun getah sedangkan saya cuma tinggal di rumah flat.

''Sejak itu hingga lima tahun saya berkahwin dan punya dua orang anak, saya jadi tukang masak dan pecacai dapur setiap kali balik ke kampungnya. Ketika orang lain bergembira di Hari Raya, saya jadi babu dapur siapkan makan minum tetamu.''Akhirnya bekas suami terpengaruh, saya diceraikan dengan nafkah RM100 sebulan untuk dua orang anak. Nak menangis air mata darah tak guna, orang dah tak suka. Saya berserah kepada Allah. ''Sebenarnya bekas mertua saya silap dia fikir rumah kami duduk milik bekas suami saya termasuk perabut, suami saya masuk ke rumah saya cuci kaki sebab, rumah saya walaupun flat adalah milik saya. Saya bekerja sebelum berkahwin. Selepas kahwin suami suruh berhenti.

''Saya bersyukur, emak ayah dan adik-beradik simpati dengan nasib saya, mereka banyak membantu membesarkan anak-anak, ketika diceraikan anak kedua berumur setahun, anak sulung dua tahun setengah. Ketika itu ramai lelaki masuk meminang, tapi semuanya saya tolak. ''Alasan saya kerana anak masih kecil. Saya tak mampu nak jaga anak mereka kerana ada antara duda tersebut mempunyai empat, lima orang anak. Saya fikir mereka tak mampu tanggung saya anak beranak, kerana mereka ada tanggungjawab besar. Walaupun mereka berjanji mahu bantu, saya tahu mereka tak mampu.

''Setelah anak bersekolah, saya kembali bekerja, niat saya mahu membesarkan mereka dengan titik peluh sendiri. Bukan saya tak pernah merayu pada bekas suami tambah nafkah, tetapi dia takut isterinya daripada Allah. Alasannya tak cukup duit, sedangkan saya tahu dari kawannya dia memiliki tiga buah rumah sewa. ''Saya masih ingat, satu hari anak saya balik rumah menangis bila ibu tirinya suruh dia cari kerja, tak payah masuk U, jangan susahkan ayahnya minta duit. Anak saya jarang jumpa ayahnya kerana ibu tiri keluar bercakap dengan mereka di pintu pagar. Anak saya pernah bercerita ayah mereka lebih takutkan isteri daripada Allah.

''Saya bersyukur anak-anak saya sudah bekerja dan dapat menjawat jawatan baik, sedangkan adik tirinya cuma tamat tingkatan lima. Pada pandangan saya Allah telah memberi petunjukNya semasa di dunia. Malangnya bekas suami saya tak nampak balasan Allah. ''Bercakap soal kahwin, hingga kini walaupun berumur lebih 50 tahun saya masih terima lamaran. Bila saya dah tua tentulah yang melamar orang tua. Saya lebih selesa hidup sendirian. ''Pada pandangan saya biarlah hidup duda atau bapa tunggal diuruskan anak sendiri supaya tidak ada perasaan hasad dengki dan bimbang harta milik ibu atau ayah mereka jatuh ke tangan isteri baru.

''Kepada wanita dan ibu tunggal yang dilamar oleh duda, jangan harap kesenangan jadi milik anda, biasanya anda akan dibiar sendirian setelah suami meninggal dunia. Anda hanya diperlukan untuk menguruskan makan minum suami yang sudah tua dan sakit terlantar tidak lebih daripada itu, kecuali anda sanggup lakukan dengan penuh ikhlas. "Lebih baik saya uruskan anak cucu saya selain diri sendiri. Saya tidak mahu ditinggalkan anak saya jika saya sibuk menguruskan suami baru dan anak tiri. ''Cuba bayangkan jika anda tinggal di rumah suami baru dan anak tiri, adakah ruang untuk anak anda datang menjengok atau bersama ketika Hari Raya. Bolehkah mereka tinggal di rumah ayah tiri?

''Kalau mereka sudah berkahwin, mereka senang mengikut suami ke rumah mertua. Jika belum berkahwin, mereka lebih rela berhari raya dengan rakan. Jadi apakah fungsi anda sebagai ibu? Kerana memikirkan semua ini, saya lebih selesa ibu tunggal tinggal sendirian." Itu pandangan Nurnisa menasihatkan ibu Shahrina supaya berfikir lebih mendalam.

Kredit : UtusanMalaysia



1 comment

Anonymous said...

Kehidupan adalah baik apabila anda mempunyai kasih sayang anda di sekeliling anda, saya katakan ini kerana apabila saya mempunyai masalah dengan kekasih saya saya tidak pernah melihat kehidupan sebagai perkara yang baik tetapi terima kasih kepada Dr. AGBAZARA dari TEMPLE AGBAZARA, kerana membantu saya membuang ejaan yang membawa kekasih saya kembali kepada saya dalam tempoh 48 jam. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain selepas 7 tahun perkahwinan, tetapi Dr.AGBAZARA membantu saya membuang mantra yang membawa dia kembali kepada saya dalam masa 48 jam. Saya tidak akan memberitahu anda lebih banyak maklumat mengenai diri saya, tetapi saya hanya akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah di sana hubungan atau perkahwinan untuk menghubungi TEMPLE Dr.AGBAZARA menerusi butiran ini melalui;
( agbazara@gmail.com ) atau hubungi beliau di Whatsapp: +2348104102662

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.