Mengeluh Kerana Isteri Terlalu Cantik Dan 'High Maintenance'
Menarik juga kisah yang dikongsikan dan menjadi viral ni. Namun pada pendapat admin, tidak semua wanita cantik bersikap sebegini. Ya, memang ada yang seperti dimaksudkan, tetapi masih ada wanita yang cantik , luar dan dalam. Pokok pangkalnya, sebelum berkahwin, anda kena betul-betul mengenal hati budi teman wanita anda. Jangan terlalu gopoh dan tergesa-gesa untuk terus berkahwin disebabkan takut melepas gara-gara terlalu cantik. Budi pekerti yang baik akan menyerlahkan kecantikan di luaran. Ingatlah, apabila di alam perkahwinan ni, kita nak menjalani kehidupan yang terlalu banyak komitmen bersama-sama pasangan masing-masing. Jadi, saling bertolak-ansur , bertanggungjawab dan saling memberi dan menerima adalah sangat diperlukan. Tiada istilah mengeluh dan menyesal terhadap pasangan. Cuba perbaiki dan berbincang sebaik-baiknya untuk menjadikan perkahwinan lebih harmonis.
-Admin Laman Qaseh-
Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.
Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak.
Aku: “Kau apa cerita sekarang?”
Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”
Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”
Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”
Aku: “Best ke kahwin?”
Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”
Aku: “Err..maksud kau?”
Member: “Aku cakap directlah boleh?”
Aku: “Sila, sila..”
Member:
“Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang
kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal
perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai
dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.
Memang
best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang
melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah
dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak
bapak dah ada rupa.
Tapi,
mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan
kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare
dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue
dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke
bawah? Teruk jugaklah.
High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.
Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”
Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”
Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.
Bro,
kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa
sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post
gambar-gambar sendiri di instagram dan
facebook?
Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi
mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka
bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam
tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.
Bini
aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara.
Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan
penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan
saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti
tangan jadi kasarlah apa lah.
Susah
sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru
sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja.
Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke.
Tapi, meleset beb.
Aku
nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah
sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki
lain usyar bini sendiri.
Nak
suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah
lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup
aurat.”
Aku: “Hmmm..”
Member:
“So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat
dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan
kau dunia dan akhirat.
Fikir
dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri
buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai
iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till
jannah bila salah cara.”
Kredit : tipsremaja1
Kredit : tipsremaja1

No comments
Post a Comment