Kerana Terlalu Baik Hati, Ibu Di Sihir Orang Yang Cemburu
Salam,
Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 9.40 pagi,Sabtu,22.01.2011. Kisahnya bermula begini,
Ibuku
adalah seorang ibu yang amat penyayang.Kasihnya terhadap anak2 tidak
pernah berbelah bagi sehinggakan suamiku sendiri menyayanginya lebih
daripada ibunya sendiri.Kata suamiku,amat susah nak mencari seorang
mertua seperti ibuku. Rutin harian ibuku adalah seperti orang2 lain
juga.Awal pagi bangun untuk solat subuh dan disudahi dengan
mengaji.menyediakan sarapan,menyapu laman rumah.Setiap pukul 10 akan
mengadakan solat dhuha.Adik2 ku sudah besar.Yang bongsu ingkatan 5 pada
tahun ini.Kami 6 beradik.Hanya aku dan adikku sahaja yang baru
mendirikan rumahtangga.
Ibuku mengasuh 3 orang anak saudaraku berumur 1,4 dan 7 tahun.Adikku
tidak mahu menyusahkan ibu dengan mengasuh anak2nya tapi kata
ibuku,biarlah anak2nya menjadi teman sementara ayah dan adik2ku yang
lain tiada dirumah.Kasih sayangnya terhadap cucu2nya tak berbelah
bagi.selepas adik bongsuku pulang dari sekolah, ibuku akan ke surau
berdekatn untuk mendengar ceramah agama(selalunya hari selasa,khamis dan
sabtu).Setiap hari juga ibuku akan mengerjakan solat maghrib dan isyak
di surau berdekatan rumah, tak pernah miss.orang2 kampung amat senang
dengan ibuku.
Beliau amat ringan tulang untuk menolong orang,menziarahi
orang sakit,mendengar masalah orang,amanah dan penyabar. Bulan 8 tahun
lepas,tiba2 ibu mengalami batuk yang pelik. Kahak teramat banyak keluar.
Adik2 telah membawanya ke beberapa klinik tapi masih tiada perubahan.Aku yang tinggal di K.Lumpur telah pulang dan mumujuk ibu untuk ke
hospital.Ibu hanya akur dengan pujukanku. Ibu telah ditahan selama 2
minggu.Berbagai ujian darah,pengambilan tisu dilakukan tapi doktor tiada
apa2 pengesahan tentang penyakitnya.
At last, ibu disahkan mengidapi
tibi.Semasa di hospital,ada 4-5 orang mencadangkan supaya ibu dibawa
berubat kampung.Katanya ibu ada gangguan luar.Aku ada terfikirkan
perkara itu kerana setiap kali aku atau sesiapa sahaja mengurut,memicit
ibu,badan akan sakit,lebam2 atau demam.Keluar dari hospital,kami membawa ibu ke DarulSyifa K.Trg.Kami amat
terkejut kerana supa2nya batuk yang dialami ibu adalah santau angin yang
dihantar orang. kaca kalimantan,berus periuk,bulu hitam telah keluar
dari badan ibu. Ibu telah kami bawa berulang kali ke Darul Syifa
sehinggalah tiada lagi apa2 yang keluar dari badan ibu semasa
rawatan.
Kami amat gembira dengan perubahan baik ibu.Tetapi keadaan itu
tidak lama.Ibu mengalami pula sakit2 badan yang tak terhingga sehingga
mengguling2 kesakitan.Kami tidak sangguip melihatnya.Seorang ustaz yang
kebetulan memberi ceramah di surau yang selalu ibu pergi telah kami
panggil. Ustaz amat terkejut, katanya ada orang sakit hati dengan
ibu(tetapi tidak diberitahu siapa).Ini kerana anak2 ibu semuanya baik2
dan tak pernah bergaduh sesama sendiri.Tidak seperti anak ‘orang’ itu
yang x pedulikan dia(setelah dikorek berulang2 kali oleh ayah,barulah
diberitahu)Ada jarum yang ditanam di bawah rumah.
Astaghfirullah….. Ustaz
itu turut kelihatan sedih kerana dia mengenali ibu.Katanya, kenapa ada
orang yang dengki dengan orang yang baik seperti ibu..Setelah beberapa
kali berubat dengan ustaz itu, ibu beransur sembuh.. Satu hari,ibu
saudaraku membawa seorang kenalannya yang pandai berubat.Katanya sama
dengan ustaz yang mengubati ibu,ada orang dengki dengan ibu kerana anak2
semuanya baik2.ada lagi beberapa klu yang diberi tetapi kami masih x
tau siapa.Tapi yang pasti jiran terdekat kami.Ibu beransur baik.Kami
sentiasa mengawasinya dari segi pemakanan,ubat2an dan sebagainya.
Hari Ahad,16-1-11 selepas Maghrib,ibu tiba2 pelik.Mata x mahu
dibuka,badan teramat lemah,x menyahut bila orang memanggil.Ayah yang x
sedap hati telah memanggil semua saudara2mara datang.Kami membaca Yassin
beramai2.Ibu kegelisahan.Ustaz dipanggil.Setelah dibcakan ayat2 suci Al
Quran,barulah ibu dapat membuka mata dan mengenali kami semua.Dia
meminta maaf dari kami semua jika dan salah dan silap yang telah
dilakukan,halalkan semuanya. Katanya semua orang telah dia
maafkan.Semuanya tidak disimpan didalam hati.Dia amat sayangkan semua
orang.Kami amat sayu.Semua sepupuku,mak dan bapa saudaraku menangis
kerana ibu amat rapat dan baik dengan mereka. Keesokan hari,ibu nampak
lain macam.
Mata tidak mahu dibuka,bercakap dalam bahasa siam.Menjelang
Asar,ada bau busuk berdekatan ibu.kami memanggil ustaz lain datang
kerumah.Pelik tapi benar,turun saja dari kereta,ustaz itu telah muntah2
sambil menekup hidung.tiba2 dia bersilat di atas jalan didepan
rumah.Selepas itu sebilah keris dikeluarkannya dan dihunus pada pokok
mangga didepan rumah kami sambil membaca ayat2 Quran. Dia amat terkejut
melihat keadaan ibu.Katanya ibu terkena buatan orang.Setelah dikorek
oleh ayah,katanya orang itu adalah jiran kami,dengki dengan ibu.Ustaz
itu telah memagar rumah dengan menabur garam,cili,lada hitam,asam keping
di sekeliling rumah.
Semasa ustaz itu menabur bahan2 itu ke atas atap
rumah,keluar percikan api yang kuat di atas bumbung.Kami amat takut
ketika itu…Setiap kali selepas Asar,Ibu akan bercakap perkataan2 yang pelik.Mata
langsung tidak mahu dibuka.Minum melalui straw.Makan sedikit sangat.Akan
ada bau yang busuk selepas Asar sehingga Maghrib dan selalu ada seekor
lalat yang pelik selalu terbang berdekatan ibu sahaja. Tetapi semangat
ibu sangat kuat,walaupun dia dalam keadaan itu,ibu masih mahu
sembahyang(sambil duduk).Selalu kami bisikkan ditelinga dengan bacaan
ayat2 Kursi ditelinganya dan Alhamdulillah, masih ibu boleh ikuti bacaan
itu.
Menjelang hari Khamis,ibu sudah tidak mahu makan dan tidak
mengenali orang.Tanda2 ibu akan pergi sudah ada.Hidung ibu sedikit
bengkok,telinga semakin jatuh.Kami tak berhenti membacakan Yassin untuk
ibu.Kami tidak bersedia untuk kehilangan ibu yang amat kami sayangi.Ibu
adalah ibu yang terbaik kami ada.Pada hari Sabtu pagi,setelah kami
mengelap badan ibu,menukar baju ibu,mamakaikan ibu stokin,ibu membuka
mata sambil tersenyum lebar.Kami amat gembira. Kebetulan ketika itu
semua adik bradik,ayah,kakak ibu,bapa saudara ibu ada dirumah.Kami
menyuapkan air.Ibu minum banyak.
Ayah tersenyum tetapi mengeluarkan air
mata.Kami pelik, ibu memandang ayah seperti mengatakan sesuatu dan ayah
hanya mengangguk,Ibu menarik nafas panjang dan ayah cepat2 mengajarkan
ibu mengucap sebanyak 3 kali.Ibu sempat mengikut ayah mengucap,tersenyum
dan menutup mata buat selama2nya.Kami amat merasakan amat tidak percaya
dengan pemergian ibu yang sekejap itu.
Amat ramai yang datang menziarahi jenazah ibu,sehinggakan rumah rumah
sentiasa penuh dan orang terpaksa tunggu untuk melihat ibu buat kali
terakhir. Wajah ibu amat tenang.Ramai mengatakan wajah ibu seperti bayi
yang sedang tidur,tersenyum.Kulitnya bersih.Adik2 perempuan saya telah
memandikan ibu buat kali terakhir.Sungguh lembut tubuh ibu.Seperti badan
seorang bayi,licin,bersih,lembut.Satu ruang rumah penuh dengan orang
mendirikan sembahyang jenazah.Kami amat terharu dengan keikhlasan orang
untuk menyembahyangkan ibu dengan jumlah yang ramai.
Alhamdulillah.
Tidak akan ada lagi selepas ini :
1. Bebelan ibu yang amat kami suka dengar
2. Masakan ibu yang tiada tandingannya
3. Ceramah ustaz yang ibu sampaikan kepada kami
4. Nasihat ibu yang tidak pernah memenangkan mana2 pihak
5. Suara ibu mengaji
6. Dan banyak2 lagi budi pekerti ibu yang sangat baik dan kami rindui
Hingga
hari ketujuh,masih ada orang yang datang ke rumah kerana tidak
mengetahui pemergian ibu. Bahkan ramai yang kami tidak kenali. 80% orang
yang datang menziarahi jenazah ibu akan menitiskan air mata.Kami bangga
mempunyai ibu yang amat disayangi semua orang. Sehinggakan ayah
berpesan,jadilah seperti ibu,amat disayangai orang.Sebenarnya kami amat
sakit hati dengan orang yang telah mengenakan ibu dengan cara ini.Semoga
dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah…
Kisah ini hanyalah luahan hati saya yang amat sedih dengan pemergian
ibu.Walaupun ibu telah pergi,tapi ibu tetap dan masih hidup dan segar di
hati kami.Kepada sesiapa yang masih ada ibu,hargailah dan sayangilah
ibu sepenuh hati.Ibu yang telah pergi tidak akan ada penggantinya lagi.
Kepada sesiapa yang tinggal berjauhan,selalulah bertanya khabar
ibu.Seorang ibu dan ayah tidak mengharapkan duit anak2 semata2, tetapi
hanyalah perhatian,kasih sayang dari anak2. Bebelan ibu adalah satu
nikmat,saya merasakannya sekarang.Suara ibu amat saya rindui……
Diharapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkah
AL-Fatihah kepada ibu saya.
No comments
Post a Comment