Sekarang Ini Zaman Pelik, Walau Duduk Satu Meja, Masing-masing Leka Tengok Smartphone
Komunikasi
sekarang ini tak ada batasan. walau sorang di London, sorang
di Malaysia, jarak tak lagi satu kejauhan. Rasa dekat macam ada di
sebelah. Hairannya, yang dekat depan mata pula terasa jauh. Sebab
dipisahkan oleh satu alat yang dinamakan smartphone. Duduk sebelah
menyebelah, jiwa kosong terasa sepi, tiada suara cuma cahaya telefon
menerangi suasana. Ini luahan hati Nik Mohd Iznan.
Inilah Realitinya
Selesai solat Isyak di Masjid Sultan Salahuddin, saya berjalan kaki ke
kedai mamak. Saya pesan air oren segar dan sedikit nasi. Tadi pergi
masjid dengan kawan. Tapi hendak balik tidak jumpa. Jadi saya pulang
seorang diri. Sambil makan saya memerhati gelagat warga kota.
Yang meja di depan, 3 orang. Seorang leka dengan telefon bimbit. Dua orang lagi pun begitu. Semuanya bermain telefon bimbit.
Yang di sebelah. Satu keluarga saya fikir. Termasuk seorang kanak-kanak
umur sekitar 6 tahun. Pun semuanya pegang telefon bimbit.
Selang beberapa meja di sebelah kanan. Saya fikir sepasang kekasih.
Masing-masing sedang bercinta dengan telefon bimbit. Seolah-olah muka
masing-masing mahu masuk ke dalam skrin. Barangkali itulah harga yang
perlu dibayar untuk bercinta dalam konteks dunia siber sekarang ini.
Kadang-kadang pelik. Duduk di rumah ber-Whatapps dengan kawan-kawan
yang berada di restoran. Duduk di restoran ber-Whatapps dengan dengan
keluarga di rumah.
Entah apa hendak jadi.
Saya melihat sekeliling. Boleh dikatakan satu restoran. Semuanya dengan
telefon bimbit. Kita di zaman pelik. Zaman masing-masing yang dekat
semakin jauh. Yang jauh semakin dekat. Macam mana tidak leka. Grup
Whatapps pun 56. Grup Telegram pula 37. Facebook ada dua akaun. Pelik.
Dulu tidak ada boleh sahaja.
Sekali lagi saya berasa risau dengan gelagat manusia. Di kedai mamak.
Yang semuanya dengan telefon bimbit. Hanya saya seorang sahaja yang
tidak memegang telefon bimbit.
Sejenak saya tersedar.
Sedar kerana apa. Sedar kerana saya menjadi pemerhati segar sebab
telefon sendiri sudah kehabisan bateri. Kalau bateri masih ada rasanya
saya pun dua kali lima. Demikianlah. Kita sering nampak kesalahan orang. Sehingga kita terlupa yang kita pun begitu juga.
Ini Peraturannya
1. Kena letak satu peraturan. Bila bersama pasangan di kedai makan,
telefon kena tinggal dalam kereta. Walaupun bunyinya kelakar, tapi cara
ini memang menjadi. Nak tak nak, kita akan kembali bercakap dengan
pasangan.
2. Ketika di rumah, berikan waktu untuk beronline. Balik rumah,
selesaikan urusan dengan anak-anak dan hal rumah, barulah tengok
telefon. Susah.. memang susah.. kalau tak cuba memang tak jadi.
3. Kalau ke majlis kenduri, cuma perlu pegang smartphone waktu hendak
ambil gambar. Sebaik sampai, berbuallah dengan saudara mara itu. Bukan
bergosip, tapi bertanya khabar sepupu sepapat yang lama dah tak jumpa.
4. Anak-anak jangan beri smartphone ketika belum cecah usia remaja.
Biar mereka belajar bermain, berbual dengan adik-adik. Bergaduh manja
apa salahnya. Mak ayah cubalah leraikan pertelingkahan anak-anak dengan
kelembutan.
No comments
Post a Comment