SLIDER

Jangan Ambil Mudah ! Sakit Belakang dan Sakit Kaki Antara 7 Petanda Rahim Tidak Sihat

20 Jun 2017

Benarlah kata orang Wanita memang ‘super women’. Di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan daripada pagi hinggalah ke petang. Keluar sahaja daripada pintu pejabat, otak serta merta bertukar untuk menyambung tugasan pada keluarga di rumah.
Namun pada kesibukan itu, usah lupa pada kesihatan sendiri. Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang mesti di jaga. Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan. Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti tujuh petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan itu sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.
Sakit Pinggang

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.
Sakit Tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.
Sakit Ari-ari

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.
Kerap Kencing atau Tak Lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.
Sakit Ketika Bersetubuh

Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.
Angin Pada Perut

Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.
Kentut Vagina

Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.
Cara Atasi Masalah Ini Di Rumah
Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini. Apa yang anda boleh lakukan.
1.Urut Sendiri

Jika tujuh petanda ini dialami anda, ada baiknya anda mencuba sendiri untuk menaikkan semula rahim yang lemah dan jatuh. Caranya adalah berbaring, sapukan minyak di sekitar bawah perut dan tarik atau urut naik ke atas. Mulakan daripada sisi kiri dan kanan dan tolak ia naik ke atas. Lakukan perlahan.
2. Minum Air Rebusan

Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengamalkan jus kunyit atau halia bagi membersihkan rahim, memantapkannya semula disamping membuang masalah angin. Ini yang boleh dilakukan dengan segera di rumah.
3. Bertungku

Panaskan seketika tungku dan bertungkulah jika punya masa. Lakukan tolakan dari kiri ke atas. Lakukan proses ini hingga seluruh kawasan rahim.
4. Berurut

Kemudian barulah anda mencari altenatif untuk melakukan urutan tradisional bagi memulihkan semula rahim dan mengangkatnya pada kedudukan asal. Carilah mereka yang benar-benar pakar serta mengamalkan urutan tradisional. 

Kredit : PetuaIbu



Ditinggalkan Suami. Teruslah Melangkah Sahabatku.


Seorang wanita diceraikan atas alasan suami takut tidak mampu berlaku adil untuk berpoligami, isteri pertama dilepaskan dengan talak. 

Isteri rasa terganggu dan kelam dunianya bila diceraikan suami, sanggup melepaskan peluang kerjaya dengan tawaran gaji yang hebat, graduasi dari universiti terkemuka luar negara untuk khidmat pada keluarga, di usia 40an suami tinggalkan atas alasan takut tidak mampu berlaku adil.

Senget sungguh pemikiran begini.

Bila diadukan kepada ustaz, dari mendiami rumah yang selesa akhirnya kini duduk di tingkat 4 rumah flat. Selesai iddahnya, mungkin hanya nak meluahkan perasaan sebal dan kecewa.

"Dalam al quran Allah ada ceritakan perihal talak pada surah at talaq." Panjang lebar ustaz huraikan. Di penghujungnya ustaz pesan, "Akak balik solat taubat dan akak berdoalah apa sahaja hajat yang akak mahu. Berdoalah bersungguh-sungguh pada Allah yang maha kaya." 

Ustaz yang sama menziarahi majlis seorang berpangkat datuk seri, beliau baru kematian isteri dan minta ustaz carikan mana-mana muslimat dengan syarat lingkungan usia 40 tahun ke atas dan 45 tahun ke bawah."

Hanya peneman di usia tua.

Takdir Allah, ustaz tersebut teringatkan kakak yang diceraikan suami sebelum ni. Maka usahalah ustaz tersebut cari dan bertanyakan perihal datuk sri yang mencari calon isteri. Usia kakak tersebut 43 tahun.

Cantik takdir Allah, dari rumah teres berpindah ke rumah flat dan seterusnya Allah pindahkan beliau di rumah banglo yang mewah. Allah hadiahkan suami yang "kaki masjid", jauh lebih berkemampuan dan selepas berkahwin suami bawa sebulan berjalan di eropah.

Saya ambil pengajaran dari kisah kakak tersebut dan kongsikan di sini apa yang ustaz pesan.

1. Jangan bergantung pada suami, hati manusia sentiasa berubah. Allah sahaja sebaik-baik tempat untuk segala hajat dan harapan.

2. Bila rasa dianiaya, berdoalah bersungguh-sungguh. Doa orang yang dianiaya ni power sangat. Mintalah ampun dari Allah, semoga Allah buka hijab yang terlindung akibat dosa-dosa kita dan menggantikan dengan rahmat dan keampunan.

3. Tidak mustahil bagi Allah untuk merencanakan sesuatu yang luar biasa di kotak pemikiran kita, kerana kita semua di bawah kekuasaan Allah.

4. Allah boleh beri ganti yang lebih baik dari apa yang telah diambil dari kita. Subhanallah.

5. Ada doa yang Allah makbulkan cepat, ada doa yang Allah tangguh dan beri di masa yang tepat.

6. Berdoalah, minta rahmat dengan Allah.
.
Semoga para sahabat yang Allah uji dengan kedukaan, diganti dengan kegembiraan dan kebaikan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan.

Semoga air mata yang gugur digantikan dengan cinta lebih dalam kepada Allah.

Cinta Allah, tiada kecewa.

Ummu Amir.
Teruslah melangkah sahabatku.


Isteri Malu Suami Bermulut Celupar


MULUT becok atau mulut murai selalunya dilabelkan kepada kaum Hawa kerana fitrah wanita kebanyakannya suka membebel. Ada juga yang jenis berat mulut, sepatah kita bertanya sepatah juga dijawabnya.
Kerana mulut juga badan akan binasa, maruah tergadai dan segala kebaikan musnah dalam sekelip mata. Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia tidak, segala rahsia akan terbongkar dan tersebarlah cerita tidak kira positif atau sebaliknya.
Itu cerita orang perempuan, bagaimana jika lelaki pula yang ada tabiat buruk seperti itu? Tentu pelik bukan?
Inilah masalah yang dipanjangkan kepada saya oleh Puan Hana (bukan nama sebenar) dengan mulut celupar suaminya, Suffian (bukan nama sebenar).
Kita ikuti kisah Hana selanjutnya.
"Saya telah 15 tahun bernikah dengan suami dan dikurniakan tiga orang anak yang masih bersekolah.
"Hubungan kami amat mesra, malah suami seorang yang penyayang.
"Di sebalik sikapnya yang penyayang itu, rupa-rupanya ada juga sikap buruknya yang amat memalukan saya. Dia suka komen, merungut dan menegur apa sahaja perkara yang tidak berkenan di hatinya.
"Apabila ke majlis, saya selalu malu dengan kawan-kawannya dan isteri mereka. Mana tidaknya, semua perkara dia komen sehinggakan tidak ada satu yang betul. Semua salah, dia sahaja yang betul.
"Kalau orang sedang asyik makan dan menonton persembahan di pentas, mulut dia tidak berhenti mengomel, entah apa yang dia komen, saya tidak tahu. Keadaan itu menjadikan rakan-rakan semeja tidak selesa dan bangun meninggalkan meja kami.
"Suami pula langsung tidak sensitif pada suasana keliling. Kalau dia tidak suka, dia terus saja cakap tanpa memikirkan sensitiviti orang keliling. Ada kalanya dia sampai memaki hamun kerana tidak puas hati dengan sesuatu yang dilihatnya.
"Itu kisah dalam majlis-majlis yang dihadiri. Di pejabat lain pula adegannya. Kebetulan sepupu saya bertugas satu bumbung dengannya. Pernah sepupu saya memaklumkan kepada saya, suami saya seorang yang celupar mulutnya.
"Kebanyakan staf tersinggung dengan kata-katanya. Ada yang merajuk dan boikot dia. Ada juga yang mengata dia di belakang sebab terlalu geram dengan perangainya.
"Bagaimanapun tidak ada sesiapa berani menegurnya, sebab jika ditegur dia akan melenting, lagipun suami berjawatan tinggi di pejabat tersebut.
"Satu ketika sepupu saya memberitahu, pernah suami saya bercerita tentang seorang staf wanita dengan menyentuh hal-hal peribadinya. Sekali dua, orang boleh bersabar dan berdiam diri, tetapi sampai bila boleh bertahan.
"Kita manusia biasa bukan robot yang boleh dikawal.
Kerana mulut celuparnya itu, suami dicop sebagai "Cik Suffi". Sebagai isteri, saya amat sedih dan malu. Tetapi saya tidak berdaya menegurnya sebab jika berbuat demikian maka akan meletus perang dunia ketiga.
"Akan tetapi sebagai isteri, tentu saya susah hati apabila orang mengata suami saya. Saya hanya mampu berdoa agar suami akan sedar dan berubah sikapnya.
"Saya amat berharap doa saya ini akan dimakbulkan Allah sebab saya sudah tidak larat lagi hendak tanggung perasaan malu ini.
"Apabila mendapat tahu staf suami memanggilnya "Cik Suffi", saya amat sedih. Kata sepupu saya apabila suami bercuti, mereka semua cukup gembira dan berkata sesama sendiri, "Cik Suffi" bercuti hari ini.
"Satu hari nak dijadikan cerita, suami terdengar sindiran tersebut dan dia terasa yang kata-kata itu ditujukan kepadanya. Tapi dia langsung tidak tunjuk malu, buat muka selamba sahaja. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
"Sebagai ketua, suami sepatutnya mengawasi situasi di pejabat, bukannya sibuk dengan hal yang remeh-temeh. Petugasnya amat hairan dengan sikapnya yang lebih suka mengambil berat hal-hal peribadi daripada tugas hakiki di pejabat.
"Jika dia terdengar sesuatu perkara peribadi seseorang yang kurang enak untuk didengar, maka itulah yang akan dibualkannya berhari-hari. Dia memang suka bercerita aib orang tetapi aib sendiri, simpan dalam peti besi!.
"Cik Suffi" akan memulakan tugasan harian dengan bertanyakan hal-hal peribadi sesiapa yang pada pandangannya kurang 'sempurna'. Ada sahaja yang akan dijadikan topik perbincangan.
"Maka bermula sesi kata mengata, hina menghina. Yang gemuk dilabel kuat makan, yang bujang terlajak akan dilabel andartu tak laku, yang bergaya lebih sikit daripada dia, akan dikatakan nak melaram. Pendek kata, ada sahaja yang tidak kena di matanya.
"Pasangan yang bercinta adalah perkara biasa, itu fitrah manusia, asalkan tidak melakukan dosa, sesiapa pun tiada hak untuk menghalang. Lain pula dengan "Cik Suffi" yang akan mengadakan skrip untuk dicanangkan.
"Pasangan tersebut tidak sepadanlah, syok sendirilah, bertepuk sebelah tangan dan ada sahaja yang tidak kena di mata dia, dan tidak berkenan di hatinya. Pendek kata komennya mengalahkan juri pertandingan!. Agaknya jika dilantik menjadi juri pasti sukar untuk mencari pemenang.
"Keselesaan "Cik Suffi" tergugat apabila dia 'diserang' oleh seseorang yang kurang senang dengan mulut celuparnya yang tidak bertempat. Berlakulah perang mulut antara mereka. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mulai dari itu "Cik Suffi" telah bertukar menjadi dirinya yang sebenar, lelaki sejati kurang bercakap dan lebihkan bekerja.
"Kini tidak lagi terdengar ayat-ayat yang pedih cuping telinga dan suami saya, Suffian kini telah berubah sedikit demi sedikit. Dia semakin menghormati para pekerjanya dan tidak lagi merungut yang bukan-bukan serta mengaibkan orang.
"Tidak ada manusia yang sempurna, kita belajar dan memperbaiki diri daripada kesalahan. Ada ketikanya teguran itu perlu, jika dibiarkan mungkin akan wujud persekitaran yang tidak selesa.
"Sebagai isteri, saya amat bersyukur dengan perubahan suami. Ramai yang hairan apabila melihat gayanya yang serius sekarang. Itulah suami idaman saya. Saya tidak berkecil hati dengan teguran kenalannya itu, sebaliknya saya gembira dengan perubahan diri suami.
"Sekurang-kurangnya saya bangga dengan perubahan suami setelah muhasabah dari. Saya percaya dia telah mendapat pengajaran yang baik daripada apa yang telah berlaku terhadapnya. Semoga dia terus begitu untuk selamanya.
"Syukur doa saya Allah makbulkan,'' kata Hana menutup cerita.
Saya mengucapkan syabas kepada Hana kerana begitu sabar dengan kerenah suami dan kesabaran itu sudah nampak hasilnya apabila doa Hana Allah makbulkan apabila suaminya kini berubah.
Kesabaran yang sama, saya harap ada pada isteri-isteri di luar sana yang menghadapi masalah dengan suami.
Sabar, berdoa dan pada masa yang sama saling tegur menegur agar kekeliruan dapat diatasi. Saya akhiri catatan minggu ini dengan kata-kata, "Orang yang jiwanya tidak ada keindahan, tidak akan nampak keindahan di alam maya ini, sekali gus memudarkan ketenangan hidupnya."
Salam.

Kredit : UtusanMalaysia



Siapa Yang Tak Idamkan Keluarga Bahagia. Mesti Ramai...

19 Jun 2017


Bismillahirrahmanirrahim.
Tak tau kenapa, time raya ni banyak pulak confessions pasal family matters. Masa ni, semua luahkan rasa sedih berkaitan family. Aidilfitri yang sepatutnya jadi hari yg menggembirakan and jadi medium utk eratkan silaturrahim, boleh jadi satu hari yang menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah orang. Isu hangat sekarang:

-perempuan buat kerja, lelaki goyang kaki (bukan semua)
-makcik2 pakcik2 suka compare diri dengan sepupu lain
-mak ayah layan macam anak tiri
dan sebagainya.

Saya menulis ni bukan sebab diri/family perfect, bahagia, senyum sampai telinga sepanjang masa, tapi just luahan hati, harap yang membaca dapat sikit manfaat utk sama2 perbaiki diri.

Mmg tak dapat disangkal lagi, family plays the most important role in a person development. Kita boleh nampak whether a family bahagia or didik anak diorang dengan betul melalui perangai and personality anak2. Kalau anak2 membesar dengan herdikan, kata caci maki, jangan harap anak membesar menjadi seorang yg lemah lembut, sopan pijak semut tak mati. Tapi benda ni tak mustahil, kalau anak2 ada inisiatif utk ubah diri sendiri, but most people akan membesar ikut perangai mak bapak.

That's why pendidikan and ajaran kpd anak2 sejak kecil tu sangat penting. Pendidikan anak2 bukan bermula umur 5 or 6 tahun bila diorang masuk tadika, tapi start since diorang lahir lagi. And Alhamdulillah sekarang makin ramai yang sedar perkara ni, even anak yg umur 1 tahun pun, ada dah dihantar ke pusat asuhan.

Zaman sekarang ni, parents sibuk dengan kerja utk mencari rezeki, ye lah, kos sara hidup meningkat, kena kerja kuat utk sara family. but some of them sibuk sangat kerja sampai abaikan anak2. hasilnya, anak2 membesar tanpa sentuhan kasih sayang ibu bapa, tak diajar survival skills, social skills ke laut, kemahiran hidup pun terabai. Tak boleh jugak nak salahkan parents, sebab tanggungjawab mereka nak cari rezeki, kalau tak kerja nak dapat duit dari mana kan. tapi bila ada masa lapang, cubalah spend quality time with your kids.

And akhirnya, penyelesaian kepada semua masalah adalah kembali kepada Allah swt. Bila sesebuah keluarga dibina hanya kerana Allah, pasti akan bahagia. Bila family ada masalah, check semula hubungan dengan Allah. In shaa Allah ada jalan penyelesaian yang dicari.

Sekarang ni harap dah boleh lah berhenti tolak semua kerja kepada kaum wanita, berhenti menyalahkan kaum lelaki tak buat kerja, makcik2 pakcik2 boleh stop compare anak2 antara satu sama lain (this can really affect a person's self-esteem, anak2 mungkin membesar dengan rasa dendam antara satu sama lain).

p/s: Sorry lah kalau penulisan ni agak mengarut ke apa, harap bermanfaat and thanks for reading.
– Z

Kredit : IIUMC



Kisah Mawar Mencari Kebebasan, Selamatkan Sekarang! Sebelum Ibu Bapa Menyesal


Ramai ibu bapa yang menyangka, dengan menyekat kebebasan anak-anak remaja mampu mengawal mereka dari terlibat dengan gejala sosial yang semakin parah. Ada benarnya, tetapi dalam pada masa yang sama, ibu bapa perlu sedar, anak-anak remaja tetap perlu diajar hidup bermasyarakat.

Fikirkan, kenapa anak-anak zaman sekarang, jarang mahu bergaul dengan saudara mara? Mengapa anak-anak sekarang, sudah tidak mengenali pakcik dan makcik mereka?

Jawapannya mudah. Apabila anak-anak mula merasakan mereka sudah berada dalam satu tahap kedewasaan, ibu bapa bukan lagi sandaran utama. Jika ibu bapa ke mana-mana, anak-anak tidak mahu ikut. Sama ada pulang ke kampung, kenduri-kendara mahu pun majlis yang dianjurkan oleh ahli keluarga. Mereka lebih senang tinggal di rumah. Ibu bapa juga pasti lebih tenang sekurang-kurangnya anak-anak tidak berpeleseran di luar. Tidak TERLIBAT DENGAN GEJALA NEGATIF.

Pernah atau tidak ibu bapa memantau aktiviti anak-anak remaja ketika di rumah? Jika pernah, itu satu tindakan yang bijak. Jika tidak pernah, lakukan sesuatu sebelum terlambat. Kita merasakan anak-anak remaja akan lebih selamat ketika berada di rumah. Sekurang-kurangnya mereka tidak terjebak dengan gejala negatif, tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik atau tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral.

Tanpa kita sedar, anak-anak remaja akan lebih terdedah dengan gejala punah jahanam apabila berada di rumah dengan menjadikan INTERNET sebagai talian hayat. Tidak salah sebenarnya membenarkan anak melayari Internet. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak tentang kebobrokan Internet dan menerangkan sisi gelap penggunaan Internet yang tidak terkawal?

Mawar Pun Nak Bebas Macam Remaja Lain

Ini sebuah kejadian yang BENAR-BENAR BERLAKU baru-baru ini. Kisah seorang anak remaja bernama Mawar (bukan nama sebenar) yang mencari erti kebebasan dan sosial melalui alam maya.

“Nama aku Mawar. Masih bersekolah di tingkatan 5. Aku tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur. Walaupun menetap di kawasan segi tiga emas, hidup aku tidak seperti remaja lain yang bebas bersosial dengan rakan dan mengecap kegembiraan dengan aktiviti kegemaran.

Kehidupan aku diikat dengan peraturan dan jadual. Pergi ke sekolah berhantar, balik pula berjemput. Tiba di rumah, sudah ada tugas yang menanti. Kelas tambahan, kerja rumah dan banyak lagi. Tiada langsung sekelumit ruang untuk berpeleseran bersama rakan.

Bukan setakat itu, aku juga dilarang sama sekali untuk memiliki telefon bimbit. Setakat telefon bimbit tidak mengapa, malah tidak dibenarkan langsung untuk memiliki apa-apa akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Aku hanya dibekalkan dengan sebuah komputer riba dan sambungan internet untuk melayari alam maya untuk mencari informasi sekadar yang perlu. Tidak lebih dari itu.

Ayah selalu sebut, apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan diri aku sendiri. Dikawal dari anasir-anasir yang mampu merosakkan serta menggugah kesantunan seorang gadis remaja. Ya. Aku dikawal dari segenap sudut.

Biarpun dikawal ketat dari pelbagai arah, sebenarnya ayah telah tersilap langkah. Aku akui akan hal itu. Ayah risau anak kesayangannya dirosakkan oleh manusia maujud tetapi tanpa sedar, ayah telah membenarkan predator untuk menghancurkan emosi dan fikiran aku melalui Internet.

Jika diluar aku tidak dibenarkan berkawan dengan mana-mana lelaki secara intim tetapi di alam maya, aku boleh membawa mereka, bukan sekadar masuk ke rumah tetapi juga berselingkuh di ranjang. Itulah realitinya.

Dengan rasa ingin tahu, aku memulakan pencarian maklumat di Internet dengan kata kunci berunsur seksual. Wow. Banyak betul yang aku pelajari. Tahun 2016 menjadi saksi bahawa aku mula mengenali hal-hal berkaitan seks secara umum.

Kemudian apabila perasaan itu semakin membuak-buak dan sukar dibendung, aku melangkah ke tahap yang lebih tinggi sehingga belajar cara untuk memuaskan nafsu sendirian. Aku mula berangan. Berangan melakukan hubungan terlarang dengan sesiapa sahaja yang aku mahu untuk kepuasan nafsu.

Aku juga telah meminjam telefon ayah dan mula beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang. Ya ini semuanya adalah untuk kepuasan diri sendiri. Gambar-gambar tersebut dipindahkan ke dalam laptop dan disorokkan failnya supaya tidak tertangkap.

Aku mahu lebih. Hal itu disuarakan kepada sepupu yang sangat aku percaya. Memandangkan aku telah dikenakan sekatan dari terlibat dengan mana-mana laman sosial yang menggunakan gajet, sepupu aku mencadangkan agar aku mendaftar akaun Telegram. Dengan bantuannya, aku dapat mencipta sebuah akaun dan ‘online’ menggunakan laptop sahaja.

Rupa-rupanya dunia di luar sana begitu luas dan indah untuk diteroka. Patutlah ayah melarang keras aku dari terlibat secara langsung dengan dunia sosial alam maya ini. Melalui aplikasi Telegram aku mengenali ramai orang. Baik lelaki mahu pun perempuan. Dari situ aku telah melakukan hubungan intim secara maya dengan sesiapa sahaja. Malah tanpa segan silu, aku membiarkan tubuh aku dijarah oleh lelaki-lelaki mata ke ranjang melalui gambar yang dikirim.

Keinginan aku semakin memuncak. Jiwa remaja semakin kacau dan rebel. Aku mahu lebih lagi dari apa yang telah aku lalui. Ayah telah berjanji yang dia akan benarkan aku untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan wanita selepas habis SPM.

Aku telah memasang rancangan untuk menghadiahkan dara ini kepada lelaki yang bertuah selepas SPM nanti. Aku tidak akan menyesal kerana perasaan ini telah aku pendam bertahun lamanya. Penat sudah aku berangan dan berkhayal. Kali ini, biar aku rasai nikmat sebenar kehidupan remaja.”

Dari Perspektif Guru Kaunseling

Ibu bapa fikir, melarang anak-anak remaja bersosial di luar boleh menyelamatkan mereka dari terjebak dengan gejala negatif. Sebagai alternatif, kita biarkan anak-anak hanyut dengan dunia Internet tanpa sempadan. Tanpa kita sedar, mudarat alam saiber lebih parah berbanding bersosial di alam nyata.

Kisah Mawar adalah secebis kisah daripada lebih 400 ribu kisah remaja seusia dengannya, malah bukanlah kes terpencil jika dibandingkan dengan lebih 2 juta pelajar yang berada di sekolah menengah (berdasarkan enrolmen murid KPM). Tetapi cerita Mawar menunjukkan bahawa betapa berisikonya anak-anak remaja yang bakal mentadbir negara satu hari nanti.

Melalui alam maya, pemangsa yang berkeliaran di luar boleh dibawa masuk ke dalam rumah hatta boleh berselingkuh di ranjang tanpa bertemu. Matlamat utama, kepuasan dinikmati bersama.

Perkara ini boleh dielak sekiranya ibu bapa tahu bagaimana untuk mengurus penggunaan gajet anak-anak. Mahu melarang terus memang tidak boleh. Ini zaman mereka. Mereka lahir pada zaman gajet yang bukan menjadi kehendak tetapi keperluan.

Samalah seperti kita dahulu. Main lastik, bercempera di sungai, main guli dan banyak lagi permainan yang menjadi kegilaan pada waktu itu. Bagaimana sekiranya ibu bapa melarang? Kita tetap curi-curi untuk melastik burung dan mandi sungai kan? Begitu juga dengan anak-anak zaman kini. Ini hak mereka. Biarkan mereka menikmati alam kanak-kanak mereka sesuai dengan zaman. Apa yang penting ialah kawalan.

Tip Kawal Gajet Anak

Ibu bapa perlu menjalankan pemantauan pada setiap perbuatan anak-anak. Berikut beberapa tip yang boleh diguna mengikut kesesuaian ibu bapa.

1 Ambil Kisah Tentang Laman Sosial Anak-anak

Sebagai ibu bapa, kita boleh memantau status yang dikongsi, bahasa yang digunakan dan dengan siapa mereka bersembang, Lagi baik sekiranya kita pegang password mereka agar lebih mudah untuk ibu bapa pantau.

2. Sesekali Lakukan Spot Check Terhadap Gajet Anak-anak

Selongkar galeri gajet mereka, semak laman sembang yang terpasang pada gajet anak-anak seperti WhatsApp, WeChat, BeeTalk, Telegram dan pelbagai laman sembang lain. Bagi yang menggunakan laptop, siasat history penggunaan browser mereka. Laman web apa yang mereka singgah. Ambil tahu.

3. Hadkan Penggunaan Internet

Letakkan had waktu supaya anak-anak tidak terlajak menggunakan internet sehingga awal pagi. Tutup sambungan wifi atau simpan gajet mereka pada waktu malam dan pulangkan semula keesokannya.

4. Pastikan Anak-anak Melayari Internet Di Ruang Terbuka

Jangan biarkan anak-anak melayari internet bersendirian seperti di dalam bilik, di dalam bilik air atau di mana-mana sahaja tempat yang berisiko. Biar mereka meneroka alam saiber di ruang tamu atau ruang terbuka.

5. Pastikan Dengan Siapa Mereka Keluar

Sekiranya anak-anak mahu mengadakan janji temu dengan rakan-rakan baru alam maya, kenali siapa rakan mereka. Jika boleh pastikan anak-anak kita berteman. Bukan berjumpa secara empat mata.

6. Didik Anak-anak Cara Penggunaan Internet Dengan Bijak

Ceritakan kepada anak-anak kebaikan dan keburukan penggunaan internet tanpa kawalan.

7. Perhatikan Perubahan Sikap Anak-anak

Sekiranya sikap anak-anak nampak berbeza atau asing, dekatilah mereka dengan penuh kasih sayang. Bercerita dan minta mereka luahkan sekiranya ada apa-apa masalah.

Biar Kongkong Sekarang, Jangan Menyesal Kemudian

Tip-tip yang dikongsi nampak seperti ibu bapa terlalu mengongkong, tetapi itulah langkah yang perlu diambil sebagai tanda kita sayang kepada anak-anak. Biasa tak kita menerima mesej “malam jumaat”, gambar mengghairahkan, ‘meme’ lucah, video tanpa tapisan yang dikongsi di laman sembang kita? Ya. Itu jugalah yang diterima oleh anak-anak melalui grup WhatsApp mereka. Anda mahu anak-anak didedahkan dengan perkara-perkara tersebut sejak kecil? Jika tidak, tolong lakukan sesuatu.

Pernah atau tidak anda mendengar istilah buli saiber? Perkara ini kerap berlaku kepada anak-anak remaja apabila mereka dipalau (baca pulau) di dalam grup sembang mereka. Malah ada juga yang menerima ‘mental torture’ daripada rakan-rakan sendiri. Anda mahu anak anda terjebak dengan masalah ini? Jika tidak, tolong lakukan sesuatu.

Banyak kesan buruk akibat penggunaan laman sembang yang tidak dikawal. Di sini saya kongsikan, beberapa kes yang berlaku berserta rujukan akhbar dalam talian.

1.Pelajar 13 tahun dirogol 4 kenalan Wechat - http://www.bharian.com.my/node/193609
3.Gadis 13 Tahun Dirogol Rakan Facebook Dalam Pertemuan Kali Kedua - http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/05/27/dirogol-rakan-fb/

Sebab Itu Perlunya

Biarkan anak-anak kita membesar mengikut zaman mereka. Beri mereka kebenaran menggunakan gajet asalkan dengan kawalan dan pemantauan. Anak-anak kita tanggung jawab kita. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.


Kredit : MingguanWanita



Tanpa Sedar, Kelakuan Kita Menjurus Ke Arah Punca Buli Di depan Anak-Anak. IbuBapa Sila Waspada !

18 Jun 2017



Kes arwah Zulfarhan Osman pelajar UPNM masih belum selesai, Malaysia dikejutkan lagi dengan kematian T. Nhaveen yang dipukul sekumpulan remaja sehingga meninggal dunia semalam. Kebelakangan ini kes-kes buli semakin membimbangkan sehingga ramai mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang serius. 

Wajar atau tidak pembuli berkenaan dikenakan hukuman mati? atau perlukah remaja belasan umur ini diberikan peluang sekali lagi?

Malah dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Untuk dapatkan jawapan ini, anda boleh baca sendiri perkongsian dari pengetua Genius Aulad Saujana Utama, PuanAshikin Hashim...

Buli ada di mana-mana.

Tak habis lagi cerita kes buli. Saya rasa seperti mahu berkata sesuatu tentang buli. Kita sedar atau tidak, buli berlaku tanpa kita tahu pun bahawa kita sedang membuli.

Situasi buli depan anak.
👉 Telefon atau whatsapp cikgu depan anak. Marah-marah cikgu. Bela anak keterlaluan tanpa dengar kata semua pihak. Anak dengar. Anak lihat. Ini buli cikgu. Kita tak sedar.
👉 Marah-marah maki hamun dalam kereta sebab ada orang nak potong line. Kita lagi sanggup 'tak nak menyerah kalah'. Berjuang hingga ke titis darah yang terakhir, tak mahu bagi orang potong line sambil mulut maki hamun. Anak lihat anak dengar mak ayah maki hamun dan tak bagi laluan. Ini buli atas jalan. Kita tak sedar.
👉 Kita pergi kedai makan. Dapat makanan lambat. Atau dapat makanan salah. Maki hamun pekerja. Cakap depan anak. Anak lihat anak dengar. Mak ayah langsung tak ada empati. Bangun tinggal kedai makan sambil promote ke anak jangan datang kedai tu lagi. Anak belajar - oh begini rupanya.
👉 Kita ada urusan di telefon atau di kaunter. Tak puas hati. Marah-marah depan anak. Anak lihat anak dengar. Kita tetap mahu puaskan hati, viral di fB dan whatsapp. Burukkan orang kaunter dan yang terima panggilan. Yang tak tahu hujung pangkal makin api-api kan. Anak lihat anak dengar. Oh nanti ikut macam ni kalau ada masalah.
👉 Anak dapat markah rendah. Kita boikot dia. Kita rendahkan dia. Sikit pun tiada yang betul di mata kita. Maka kita mula tidak adil. Kita buli dia dalam tidak sedar. Rasakan! Siapa suruh malas belajar. Ini buli tanpa sedar. Kita tak dekati dia. Kita tak tahu apa yang dia hadapi.
👉 Anak kita menangis. Sebab gaduh adik beradik. Kita marah. Kita paksa dia diam. Kita kata anak orang lain tak menangis pun. Anak orang lain tak gaduh pun. Kita tak tanya sebab apa. Kita tak tahu punca. Kita tak cuba dekati. Yang paling teruk bila kita kata pada anak kita - nanti mak marah dia. Nanti mak cubit dia sebab buat Nana. Oh macam tu ye cara nak selesaikan masalah? Buat balik orang tu ye. Oh macam tu.

Sedar ke tidak kita ni?

Semuanya bermula dari rumah.

Semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa.

Saya ingatkan diri kita sendiri. Supaya kita jadi contoh tauladan baik kepada anak-anak.

Bila anak sudah besar, dia jadikan apa yang dia dengar dan lihat.

Dia tak pernah lihat kasih sayang di hadapan matanya.

Dia tak pernah dengar ucapan terima kasih dan maaf.

Dia hanya disaji dengan sifat ego dan amarah.

Dia tak pernah di peluk, dihargai.

Dia tak tahu contoh baik yang dia harus ikut.

Jom kita muhassabah.

Ada tak kita membuli? Di rumah, di atas jalan?


               Karangkraf



Sihir, Dendam Bekas Housemate Yang Psiko Dan Pengotor



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.

Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah). Kalau ada yang follow, mungkin ada yang perasan satu post tentang cerita housemate aku yang pengotor (pengotor tahap dewa dewi cikebum cikebum). Untuk yang tak follow, aku summarize kan cerita. Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.

Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia bunuh kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Nani cakap.

Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia. To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai, bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psikologi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..

16 Nov 2016
Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat. Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.

26 Nov 2016
Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh. Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak. 

Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan… aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..

6 Jan 2017
Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta. Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.

Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)
Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?
Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..
Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.

Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.

Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yang dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam. Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan.

Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur. Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yang aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c. Aku jadi murung dan jadi tersangatlah suka pada benda kotor. 

Paling aku ingat dan tersangatlah jijik, aku jadi suka sangat waktu aku haid. Apa aku buat pada darah haid aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarah pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.

Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor). Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji. Makhluk yang sebelum ni cuma terasa seperti bayang-bayang, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.

Korang bayangkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yang tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yang boleh sedarkan aku?

26 Jan 2017.
Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yang jauh di selatan tanah air. Rumah aku yang dahulunya kemas dan bersih, kini kotor dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. 

Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Nani yang datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar. Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yang aku tak kenal.

Macam mana pakcik Ali tahu yang aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dengan ulat sampah hari tu. Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat buruk, dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yang ada sesuatu dalam rumah aku. 

Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yang menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yang pandai dalam hal ni, pakcik Said. Benda pertama yang Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;

Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain.
Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah…

Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam, ada someone yang tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yang buka. Aku berjaya buka dan serentak itu, Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. 

Tapi yang pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut, tuala wanita aku yang tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yang jadi pada aku dan tuala wanita aku ni) dan ada bangkai-bangkai tikus di sekitar bilik (apa yang jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jijik)

Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dengan apa yang jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik. Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa sakit yang teramat sangat. Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. 

Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yang mampu. Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dengan diri dia, suka pada benda kotor (kalau ada yang blur, maybe korang boleh cari balik post confession aku tu, baru korang boleh faham kaitan antara aku yang tengah ‘sakit’ dan Nani) – sorry admin, takda niat nak promote page lain, cuma nak bagi pembaca faham-

Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yang dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yang memerhati aku dalam rumah tu. Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjun dari balkoni rumah aku, tingkat 11.

Apa yang aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku kerana confession tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dengan pakcik Said. Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.

Mak cadangkan aku minta maaf pada Nani, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dengan dia. Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti.

Kalau ada di antara pembaca yang tahu mana tempat rawatan atau perawat yang boleh membantu, mohon sangat share di komen. Aku memang perlukan pertolongan korang.

Kredit : fiksyenshasha 



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.