SLIDER

Pengalaman Menjadi Isteri Hanya 10 Bulan 23 Hari

1 Jul 2017



Maaf jika cerita saya amat panjang..cuma sekadar berkongsi pengalaman menjadi seorang 'isteri' hanya 10 bulan 23 hari..Alhamdulillah..mungkin ini takdir saya...saya sudah semakin redha..cumanya,,bila tiba Hari Raya,, bohong lah kalau hati ini tidak sedih merintih rindukan 'arwah suami' saya yang telah meninggal kan saya..

Genap 2 tahun arwah suami saya meninggal dunia; jika ada umur saya berjumpa dengan Hari Raya yang tidak berapa hari lagi kian tiba πŸ˜”..

Lepas berkahwin, saya dan arwah suami berPJJ akibat tuntutan tugas masing-masing...kebiasaan berjumpa 2 minggu sekali atau pun sebulan sekali ikut kesempatan yang ada.

Long short story; seminggu before arwah suami saya pergi; dia sangat teruja nak sambut raya dengan saya..maklum lah raya pertama sebagai suami isteri..πŸ€—..dia yang plan baju kami berapa pasang; warna apa; semualah...dan saya pula seronok ikutkan karenah dia...baju melayu lain; kemeja lain; kurta lain; tshirt berkolar lain;...bunyi macam banyak lah kan πŸ˜…...saya mula rasa pelik sikit sebab suami bukan jenis suka membeli barang-barang dia...dia jenis dahulukan keperluan saya..tapi bila dia teruja nak beli itu ini dan semua baju-baju dia akan pastikan sama sepasang dengan saya πŸ˜‚; saya layankan walau masih pelik, tapi mulut saya macam terkunci nak bertanya kenapa suami lain macam nih teruja πŸ˜…..

Dan sampai lah hari raya yang pertama πŸ€—πŸ€—...raya kedua...ketiga...keempat...kelima...keenam..

Malam raya keenam; yang mana esoknya hari raya ketujuh; saya akan mula bekerja...begitu juga suami...memang menjadi rutin saya memandu kereta sendirian kembali ke tempat kerja saya dan tinggalkan suami saya yang tinggal di kampung asal kerana dia memang bekerja di daerah kampungnya juga..

Malam sebelum arwah suami meninggal; dia beritahu saya yang dia ada permintaan...dia minta untuk saya sambung cuti raya terus memandangkan lagi 2 hari akan bertemu cuti hujung minggu pula..jadinya dia cakap, takut dia tidak puas beraya dengan saya πŸ˜”...saya diam dan bertanya, "macam mana dengan abang..? abang kerja,, sayang duduk rumah..?"

suami jawab "abang kerja kan balik cepat, abang balik nanti, kita sambung jalan raya rumah saudara semua lagi okehh..."..Maka saya turutkan dan maklum pada Bos saya, yang saya minta sambung cuti raya lagi..dan kebetulan badan saya juga tidak berapa sihat kemungkinan keletihan sambut raya...

Pagi Raya Ketujuh; saya tidak sedar pagi tu..sedar-sedar dari tidur, bila suami kibaskan seluar kerjanya untuk disarung..saya terjaga dan tanya kenapa tidak kejutkan saya..dia cuma 😊 dan jawab tak mahu ganggu saya nyenyak tidur...saya ingin bangun sediakan sarapan Nasi Goreng Cina kesukaan dia untuk dia bawa bekal; tapi suami cuma cakap "sayang jangan susah-susah...abang boleh makan di tempat kerja,,sayang kan tak sihat, tak cukup rehat,lepas nie abang bagi sayang rehat puas-puas" saya tercengang dengar dia cakap begitu tapi mulut masih berat nak tanya kenapa abang cakap macam tu..? πŸ˜”πŸ˜”

Saya cuma bekalkan air masak dalam botol air seperti dia minta...dan itulah tugas terakhir saya sebagai isteri pagi raya ketujuh πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”..sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur, saya tarik muka dia, cium kedua-dua pipi dia puas-puas, dia cium lama dahi saya dan pandang wajah saya seolah-olah dia dapat rasa, mungkin itu pandangan terakhir kami berdua di dunia πŸ˜“πŸ˜“..

Saya hantar dia sampai ke pintu..dia start motosikal, dan lambai saya hingga hilang dari pandangan saya..itulah lambaian terakhir suami saya 😒...

Selang 45 minit; ibu saya terima panggilan dari nombor telefon suami saya sendiri, dan saya pelik kenapa suami saya tidak hubungi telefon saya (kebiasaan dia memang akan telefon setiap hari untuk maklumkan dia sudah sampai di tempat kerja)..saya mula rasa lain..Apabila ibu saya menjawab panggilan dia; dan serta merta ibu saya seolah-olah terperanjat besar dan ucap "Allahuakbarrrr!!! kat mana encikk..???? macam mana dia encikkk...??" 

Tanpa saya tahu kenapa ibu saya tiba-tiba bereaksi sedemikian; tak semena-mena airmata saya laju turun...saya pun tak tahu kenapa saya menangis sedangkan saya langsung belum tahu apa sebenar yang sedang terjadi ..!! Ibu saya cuma maklumkan "Nak,, orang ni call bagitau A..... kemalangan,, tapi tak bagitahu macam mana keadaan dia..dia suruh kita datang terus ke sana" 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭..Masa tu saya rasa macam langit menimpa kepala saya 😭..berat ujianMu Ya Allah...

Bapa mertua saya yang bawa saya ke lokasi arwah suami kemalangan masa tu..dan sebenarnya suami saya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan saya langsung tidak diberitahu...!(mungkin keluarga yang telah tahu,,tidak mahu saya terperanjat) 😭😭😒😒😭😭😭😭😭..semasa dalam perjalanan ke tempat kejadian, saya masih bersangka baik, mungkin suami cedera ringan je kot...tapi airmata langsung tak berhenti mengalir masa tu tanpa sebab..πŸ˜”πŸ˜”

Bila sampai jer,,dari jauh saya nampak kain putih tutup sekujur badan dan saya sangat pastii itu SUAMI SAYA !! 😒😒πŸ˜₯πŸ˜₯...saya pengsann dan sedar-sedar di hospital untuk menuntut jenazah suami saya 😭😭😒😒...genap seminggu beraya pertama kali dan terakhir bersama suamiku πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”..

Dan raya kali ini menerpa lagi..tanpa abang di sisi...juga semasa hidupnya, kami juga belum sempat dikurniakan zuriat sendiri..πŸ˜”...mungkin ada hikmah Allah yang menanti saya di hadapan.. 

Rindunya sayang pada Abang tidak terkata...di wajah boleh mengukir senyuman, dalam hati Allah sahaja yang Maha Mengetahui..Sayang tahu Abang telah pun bahagia di sana...untungnya Abang pergi di usia muda, di saat ibu ayah Abang masih setia mendoakan Abang..adik beradik Abang yang tidak jemu melawat pusaramu Abang..terlalu banyak kebaikan yang Abang tinggalkan sehingga semua terasa dengan pemergianmu πŸ˜”πŸ˜”..

Rehat lah Abang di sana...Sayang tidak pernah lupa mendoakan Abang sentiasa...Semoga sayang makin kuat dan tabah sehari-hari tanpa Abang di sisi ♥️♥️

Redha itu perlu...Tapi,, Rindu itu juga pasti..Al-Fatihah ♥️
Yang Sentiasa MencintaiMu,
Makmum Mu Abang  

Kredit : Fb ViralOhViral

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Baru 5 Tahun Kahwin Kot !

30 Jun 2017


Salam Ramadhan semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku HY, dah kahwin, sekarang umur late 20s, alhamdulillah dah ada anak. Apa yang aku nak kongsikan hari ni ialah apa yang aku belajar selama 5 tahun aku kawin ni dan juga hasil pemerhatian aku pada orang lain. Ya walaupun baru 5 tahun tapi nak sampai ke tahap ni pun punyalah susah. So aku harap pembaca di luar sana boleh la baca sambil-sambil nak tunggu buka puasa tu.
1. Rendahkan expectation anda
Common sangat-sangat kebanyakan pasangan (tak semua) yang dah nak kahwin membayangkan kehidupan lepas kahwin diorang camni: kahwin, honeymoon, dapat baby, kerja, balik kerja wife masak husband balik kerja wife sambut then dinner sesama, beli rumah, then grow old together. Bila kau expect tinggi-tinggi tapi kau tak dapat apa yang kau harapkan tu kau end up hampa gila.
Mungkin sebelum kawin kau mengharapkan nanti dah kawin kau merasa la solat suami kau imamkan dan kaulah makmumnya. Mana taknya, bakal suami kau tu selalu nasihat islamik islamik kat kau. Share video UAI dan Syamsul Debat kat fb. Tuptup dah kawin subuh suami kau liat sangat nak bangun, zohor kejap lah kejap lah, asar maghrib isyak entah ke mana. Kecewa, nangis la si makmum ni kat bucu sejadah.
Ataupun sebelum kahwin kau berangan nak honeymoon oversea pastu setiap tahun travel jalan-jalan tengok dunia. Tag pasangan kau kat post-post Trip Adik Berad*k la, post-post tips melancong seperti Tips Melancong ke Maldives dengan Budget RM1 la.. Alih-alih lepas kawin korang tak ke mana pun sampai dah beranak pinak sebab blacklist ptptn. Nak mandi laut kat PD pun susah sangat nak dapat sebab kedekut sangat nak keluar belanja, pulak tu busy memanjang. Nangis la lagi kat bucu katil pulak..
2. Sebelum kawin dengan selepas kawin sangat-sangat berbeza
Ini nasihat common yang korang dengar. Bercinta la seribu tahun pun tetap takkan sama dgn setahun kawin. Lepas kahwin kau umpama mengenali seorang insan yang lain. Masa ni la kau baru tau wife kau tu jenis kentut dah la kuat, bersepah pulak tu contohnya atau rupanya husband kau jenis taknak makan lauk semalam.
Mungkin masa awal kahwin kau akan rasa macam kejutan budaya nak adapt dengan perangai pasangan kau. Kau rasa kau tak boleh nak ikut sebab keluarga kau besarkan kau dengan cara A jadi tak boleh la pasangan kau expect kau boleh ikut cara dia. Tapi kau kena ingat, dia juga dibesarkan oleh keluarganya dengan cara B. Jadi kat sinilah tolak ansur tu sangat perlu dan suami kena mainkan peranan untuk mendidik isteri dengan cara C pulak iaitu asimilasi yang baik dari A + B.
Walaupun macam tu, ambil perkara ini sebagai cabaran yang fun. To get to know each other again macam baru mula-mula bercinta dulu. Setiap hari ada je benda baru tentang pasangan yang kau baru discover. Kan seronok tu?
3. Bersyukur apa adanya. Jangan compare!
Setiap orang Allah dah tentukan bahagian masing-masing. Jadi tak perlulah bandingkan nikmat orang lain dengan kau. Bila buat macam tu seolah-olah kau tak bersyukur dengan bahagian kau sendiri. Ini bila tengok instagram kawan kau honeymoon ke Europe, kau mulalah nak touching dengan husband kau yang cuma bawak kau ke Air Papan, Mersing. Itu pun sebab pakcik dia ada homestay kat sana.
Kadang-kadang aku rasa social media ni jahat. Sebab secara sedar atau tak, kita akan pamerkan apa yang terbaik yang berlaku dalam hidup kita. Dapat hadiah anniversary beg Furla dari husband, upload. Pergi Lombok-Bali-Flores dengan family, upload. Pergi umrah ziarah dengan isteri-isteri, upload. Anak dapat 100A upload. Pastu defend perbuatan kita dengan ayat “ig aku suka hati aku la, tak suka sila unfollow”. Like what?
Eh ini dah macam lari topik pulak.
4. Kalau diberi pilihan tinggal bersama mertua, avoid at all cost.
Ni berdasarkan pengalaman kawan rapat aku. Dia ikut suaminya pindah ke Pahang dan menetap dengan keluarga mertuanya. Ibubapa mertuanya okay-okay saja. Tapi adik-adik ipar yang selalu bikin onar, kita yang dengar ni pun jadi panas telinga. Kadang-kadang rasa nak marah tak sampai hati. Dah berbuih-buih mulut nasihatkan, pindahlah rumah sendiri. Tapi tahun ni dah masuk tahun ketiga dia masih tinggal dengan mertuanya.
Terlalu banyak perkara yg perlu consider kalau nak tinggal bersama mertua. Bab auratnya, siapa lagi yang tinggal sebumbung nanti, macam-macam lagi. Kalau dapat mertua yg memahami boleh jugalah digagahkan. Tapi baik macam mana pun mertua korang, berdikarilah. Belajar struggle hidup susah senang suami isteri. Nak bermalas-malasan sekali sekala pun tak rasa malu. Kau nak bermanja suami isteri kat ruang tamu ke dapur ke tak perlu tengok-tengok.
Apapun mungkin setiap pasangan yang hidup serumah dengan mertua punya alasan kukuh masing-masing. Yang dapat aku nasihatkan untuk mereka yang belum mampu untuk menyewa rumah sendiri, bertahanlah dulu dan dalam masa yang sama usahakan bersungguh-sungguh. Tak baik dah tua-tua masih susahkan mak bapak.. Mungkin mulut kata okay tak kisah, tapi elakkanlah takut-takut ada tingkah laku kita yang TERsinggung hati orang tua tanpa sedar.
5. Sabar, sabar, sabar.
Ya ya. Nasihat ni yang paling common orang sebut tapi nak bersabar tu teramatlah susah. Tapi ini lah yang paling penting, kunci paling paling utama dalam alam rumahtangga, memang kena banyak sangat bersabar. Aku bagi contoh apa yg aku alami dulu, aku tak pernah sangka Allah akan uji kami dengan masalah orang ketiga seawal seminggu perkahwinan. Seminggu. Inai di jari pun tak hilang lagi. Aku hampir hilang akal masa tu. Satu demi satu kebenaran terbongkar depan mata. Bukan setakat skandal biasa, malah siap terbunting lagi. Tapi Allah Maha Besar, kandungan tak menjadi dan gugur.
Boleh dikatakan itulah moment paling getir dalam hidup aku dan khususnya perkahwinan aku setakat ni. Mana taknya. Selalu aku dengar suami cari lain lepas berbelas tahun kahwin. Isteri dah abaikan suami jadi suami cari perhatian kat luar, ataupun suami dah bosan dgn isteri yg makin tak serupa orang, serabai sebab terlalu sibuk uruskan rumahtangga sampai tak sempat nak berhias. Tapi tak, kes aku ni jadi bukti bilamana Allah nak uji, tak kira masa pun. Aku tak sempat lagi nak berbakti sebagai isteri dah kena macam ni. Namun apapun aku bersyukur dek kerana ujian inilah yg menjadi titik tolak perubahan drastik suami aku dari manusia yg hanyut ke dirinya yang sekarang. Tapi kesannya sampai entah bila masih menghantui diri aku. Dah maafkan, tapi nak lupakan ambil masa. Kalau dah lupa takdelah aku masukkan cerita tu dalam confession ni ye dok?
Katakan masa tu aku tak sabar, suami tak sabar, mungkin setakat beberapa minggu or bulan tu je usia perkahwinan kami. Tu baru satu contoh yg besar. Kadang-kadang dari benda kecil macam tak pasang ubat nyamuk pun boleh jadi besar bila tak sabar. Dari tiada kesabaran itulah jadi punca domestic violence baik oleh suami mahupun isteri (isteri pukul suami, macam makin banyak dengar berita pasal ni kan?) ataupun TERlafaz cerai masa gaduh.
Cukuplah dulu 5 pengajaran ini, nama pun baru 5 tahun kahwin. Kalau dah kahwin 10 tahun aku up bagi 10 pengajaran pulak. Marriage life is more than just planning for your wedding then your honeymoon. Ia umpama Amazing Race. Kau team up dengan spouse kau, menjalani kehidupan yg rush here and there, ada detour, roadblock, kena sailang dengan team lain dan macam-macam lagi. Korang tengok kan game tu kalau team tak sepakat je nanti mulalah nak gaduh, blaming each other, last-last sampai lambat pastu tersingkir. Tapi bila team tu ada tolak ansur, sepakat, compliment each other, boleh menang walau apa pun rintangan yang datang.
– HY

6 Cara Menjadi Ibu Yang Baik Pada Anak Lelaki. Wajib Baca!

29 Jun 2017


Ibu ibarat pelindung kepada anak. Kasih sayang dan sikap lemah-lembutnya tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.
Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaan seorang ibu, ibu menjadi  tempat untuk mencurahkan segala beban, ujian dan permasalahan hidup.
Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak, baik buat anak perempuan mahu pun anak lelaki. Namun bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertamanya  yang dapat mendidiknya untuk menjadi lelaki yang bertanggung jawab. Berikut adalah 6 cara yang dapat anda gunakan sebagai panduan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki.
1. Ajarkan mereka tentang kesabaran dan kecekalan.
Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.
2. Ajarkan mereka menjadi lemah-lembut.
Seorang anak laki-laki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasaannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!
3. Jadilah agen penyatu.
Jadilah agen penyatu dalam kehidupan mereka. Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiapa). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.
4. Sokonglah dia!
Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan  agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahawa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.
5. Jadilah penasihat yang baik.
Seorang anak akan risau ketika pergi mengambil keputusan peperiksaan besar untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia terima. Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang akan dia ambil, itu adalah yang terbaik untuknya.
6. Menjadi sang pemberani.
Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan pelbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Contohnya menukar mentol lampu. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!
Artikel ini diterjemah dan diolah kembali daripada artikel asal yang ditulis oleh Agung Candra Setiawan.

Pening Nak Simpan Duit Kat ASB ke Tabung Haji ? Jom Semak Simulasi Perbandingan Keuntungan

27 Jun 2017



Saya tunaikan janji saya tempoh hari utk kongsikan simulasi perbandingan pulangan ASB dan TH yg sebenar dari 2012 hingga 2016.

Sebelum tengok gambar, baca ini dahulu;

Berikut adalah rekod prestasi pulangan ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun bermula 2012 hingga 2016.

ASB
2012 7.75%
2013 7.70%
2014 7.50%
2015 7.25%
2016 6.75%
*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus


Tabung Haji
2012 6.50%
2013 6.00%
2014 6.25%
2015 5.00%
2016 4.25%
*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji.


Senarai di atas, hanya utk keuntungan melalui dividen tahunan sahaja (atau di TH dipanggil hibah TH), tanpa bonus.

ASB dan TH mempunyai bonus (di TH dipanggil Hibah Haji) yang diberikan kepada mereka yang layak selain daripada dividen yang diberikan setiap tahun.

Jika dilihat rekod di atas, pulangan ASB setiap tahun mengatasi TH sekitar, paling minima 1.25% dan pernah sampai 2.5% perbezaan iaitu pada tahun lalu, 2016.

Berikut ialah perbezaan peratusan keutnungan bonus ASB melebihi hibah Tabung Haji dari 2012 hingga 2016;

2012 1.25%
2013 1.70%
2014 1.25%
2015 2.25%
2016 2.50%


Tapi, tahukah anda bahawa ada satu perbezaan yang nyata di antara ASB dan Tabung Haji, iaitu zakat simpanan.

Di Tabung Haji sudah difatwakan sejak 1979 bahawa pendeposit Tabung Haji tidak perlu lagi utk membayar zakat simpanan kerana ia sudah ditunaikan oleh Tabung Haji sendiri.



Rujuk gambar kedua.

Jadi, perkiraan ini perlu diambil kira dalam membuat perbandingan pulangan kedua-dua instrumen kewangan ini.

Sebelum ini saya ada membuat simulasi perbandingan pulangan dengan dimasukkan faktor zakat dengan andaian keutnungan ASB 7.5% dan Tabung Haji 5%.

Boleh rujuk status 2 hari lepas.

Dalam simulasi tersebut, dengan modal RM100,000, seleas diambil kira keutnungan dan zakat, hasil yang didapati selepas 5 tahun adalah sama.

Kali ini, saya sertakan pula simuasi sebenar berdasarkan pulangan sebenar ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun; 2012 hingga 2016.

Dan hasilnya adalah mengejutkan. Rujuk gambar pertama.



Dah habis baca?

Tag kawan-kawan yang patut tahu hal ini, kemudia share posting ini.

Kredit : Fb Ayfan Mat Rawi 



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.