SLIDER

Kalau Dah Jodoh, Rujuk Semula Setelah Bekas Suami Nikah 3 Kali

4 Jun 2017


 
Ini kisah 30 tahun lalu. Usia saya sekarang awal 60-an, berkahwin di usia muda dengan lelaki yang berpangkat dua pupu dengan saya ketika saya berusia 20 tahun dan suami Ghazali (bukan nama sebenar) berusia 24 tahun. Suami, seorang pegawai tentera dan saya seorang guru. Kami dikurniakan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga mereka sendiri.

Kami sangat bahagia di awal perkahwinan. Kerjaya suami sangat baik, sehingga membolehkan kami sekeluarga tinggal dan menetap di luar negara selama tujuh tahun. Sepanjang di sana, suami tidak menunjukkan perangai yang berbeza. Tahun kedua, saya sudah nampak perubahannya. Dia banyak bercuti ke negara berhampiran, tempat dia bertugas dengan alasan bertugas.

Memang betul, kadangkala dia diarah ke negara-negara berhampiran dan saya akur dengan keadaan tersebut. Setiap kali pergi bertugas, apabila balik, saya perasan ada yang tidak kena. Saya diamkan sahaja. Sebab tidak mahu bergaduh. Satu hari, dia diarahkan ke Itali. Saya siapkan pakaiannya untuk seminggu. Pakaian rasmi dan tidak rasmi. Memang begitulah yang saya selalu buat.

Saya langsung tidak ada perasaan curiga, jauh sekali untuk cemburu kerana saya tidak terfikir yang dia akan curang dengan saya. Memang sebelum ini, dia tidak pernah curang. Tetapi kuasa Allah itu mengatasi segalanya. Rahsianya terbongkar apabila di dalam beg pakaiannya terselit sekeping gambar dia dengan seorang wanita yang sangat mesra. Saya kenal wanita itu sebagai rakan sekerjanya.

Kali ini, saya tidak duduk diam, saya mengamuk dan minta dia perjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Desakan dan ugutan saya menyebabkan dia mengaku ada hubungan dengan wanita tersebut. Saya tidak boleh maafkan dia. Perkara ini berlarutan sampai empat tahun. Sepanjang tempoh itu, saya memendam rasa. Saya bersabar kerana tidak mahu anak-anak tahu masalah yang kami hadapi, lagi pun mereka masih kecil.

Setahun sebelum kembali ke tanah air, kami berpisah. Saya diceraikan dengan talak satu kerana saya tidak mahu lagi hidup dengan lakonannya yang semakin hari semakin memenatkan saya. Anak perempuan kami ikut saya dan dua anak lelaki kami mengikutnya. Dia akhirnya bernikah dengan wanita yang menjadi kekasih gelapnya itu di sana. Selepas tamat tugas di luar negara, dia pulang ke Malaysia.

Anak-anak tidak menunjukkan perkembangan yang baik selepas kami bercerai. Anak perempuam saya lari ke luar negara dan berkahwin di sana. Anak kedua dan ketiga juga tidak menjadi sebab diabaikan ayahnya semasa tinggal dengan ibu tiri mereka yang separuh mat saleh itu. Tiga tahun setelah berpisah, kedua-dua anak lelaki saya pulang dan tinggal bersama saya, sementara anak perempuan menetap di luar negara bersama suaminya.

Disebabkan kami bernikah dahulu dengan persetujuan keluarga, tambahan pula kami ada hubungan persaudaraan, saya dan suami tetap menjadi kawan. Kami selalu berjumpa di kampung di majlis kahwin atau kematian. Yang peliknya, bekas suami pula beberapa kali bertukar isteri apabila balik kampung. Saya tidak pernah bertanya dan tidak mahu ambil tahu. Memang dia popular dengan nikah cerai.

Hinggalah awal tahun 2015, saya dikejutkan dengan lamaran bekas suami untuk kembali hidup bersama saya sebagai suami isteri. Dia mahu rujuk semula. Alasan, dia sudah letih dengan hidupnya dan mahu berubah. Saya tidak terkejut dan tidak menolak, sebab saya tahu di antara kami masih ada rasa sayang. Cuma, sikap dan perangai dia yang membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk berpisah semasa kami di luar negara.

Hujung 2015, kami kembali menjadi suami isteri. Anak-anak dan keluarga sangat gembira. Benar, bekas suami telah berubah, syukur kepada Allah. Tetapi saya harus terima hakikat, walaupun sudah menjadi suami isteri semula, hidup kami tidak seperti dahulu. Kami tinggal di bilik berasingan, dia buat hal dia, saya dengan hal saya. Tapi kami tetapi berkomunikasi dengan baik sebagai suami isteri. Selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya masih dapat merasakan kasih sayangnya.

Namun, saya juga perlu terima kenyataan yang dia pernah bernikah sebanyak tiga kali selepas bercerai dengan saya. Mungkin dia perlukan masa. Dalam tempoh itu, saya menjanda selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk kembali bersamanya. Pelik bukan? Tetapi itulah kehidupan saya. Walaupun masih tertekan dengan apa yang berlaku, saya terima takdir Allah. 

Saya reda dan akan menjaga perkahwinan kedua ini sebaik-baiknya sehingga ke hujung nyawa, tidak kira dalam apa juga keadaan. Semoga ada keajaiban akan berlaku dalam rumah tangga kami yang masih bersisa ini.

Kredit : UtusanMalaysia



Anak Tunggal Si Tanggang Moden


 
Saya berusia awal 60-an, berkahwin. Kami suami isteri ada bisnes sendiri. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia awal 30-an. Itulah satu-satunya zuriat kami yang Allah kurniakan.Di awal kehidupan, kami sangat bahagia. Anak tunggal yang kami namakan Azhan (bukan nama sebenar) membesar sebagai anak yang sangat baik, bijak dalam pelajaran dan periang. Dia juga aktif bersukan dan sentiasa menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.

Kami memanggilnya Boy kerana dia anak yang sangat manja. Maklumlah anak seorang tentu keciwi kata orang Kedah. Meniti usia remaja, Boy mendapat tawaran masuk sekolah berasrama, kemudian ke universiti. Sebagai ibu bapa, saya dan suami tentu sangat gembira. Kami iringi kejayaannya dengan doa yang tidak pernah putus dan berharap kami boleh menumpang bahagia dan hidup bersamanya.

Sayangnya itu semua tidak berlaku, doa kami Allah belum makbulkan, sebaliknya kami diuji berterusan dengan perangai Boy. Tapi kami reda. Mungkin ada silap yang kami tidak nampak. Tamat belajar di universiti, Boy mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat minyak yang ternama. Hanya doa dan rasa syukur yang saya panjatkan kepada Allah SWT. Saya masih ingat, pada hari pertama dia melapor diri sekitar 2010, dia keluar rumah dan tidak balik-balik lagi. Tiga tahun kami terputus hubungan. Saya tidak tahu apa salah kami. Apa dosa kami dia buat macam itu. Puas saya cari, bertanya kawan-kawannya, saudara mara tetapi semua tidak tahu.

Pada awal 2013, kami suami isteri dikejutkan dengan kad undangan perkahwinan Boy yang diadakan di sebuah hotel. Melalui kad, saya agak isterinya anak orang kenamaan. Terkejut saya Allah sahaja yang tahu. Ribut tidak, angin tidak, tiba-tiba saya dapat kad kahwin anak sendiri. Saya suami isteri berfikir sama ada hendak hadir atau tidak. Setelah mengambil kira rindu kami kepadanya, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi, bukan untuk meraikan perkahwinannya tetapi untuk bertemu muka dengan dia.

Kami dapat meja hadapan dekat dengan laluan pengantin untuk ke pelamin. Peluang yang baik untuk saya berjumpa Boy. Ketika pengantin diarak masuk, saya berdiri menghadap laluan pengantin. Boy nampak saya dan babahnya. Tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Bila dekat dengan kami, dia berhenti. Saya terus cakap, Apa salah mak Boy, kamu buat kami macam ini. Malu mak Boy, malu mak Boy,” kata saya dengan air mata berlinangan di pipi.

Boy selamba sahaja tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Malah memperkenalkan isterinya kepada kami pun tidak. Saya terus bersabar. Saya yakin tetamu di meja itu semua perasan akan kesedihan saya. Suara saya cukup kuat untuk mereka mendengarnya. Ada yang menggeleng kepala dan ada yang turut menitis air mata. Boy tanpa bersalah berlalu sambil berpimpin tangan dengan isterinya ke pelamin.

Puas hati saya. Ketika kompang masih bergema meraikan Boy dan isterinya, kami terus keluar. Tak tunggu makan. Sepanjang jalan balik ke rumah, air mata saya macam empangan pecah, berjurai-jurai membasahi pipi. Saya tidak merasa apa-apa. Nak kata sedih pun tidak, marah pun tidak. Tetapi saya rasa lega dapat berkata begitu kepada Boy. Kini, sudah tujuh tahun Boy ‘pergi’ daripada kami. Saya dengar khabar dia bekerja di luar negara. Saya tidak kisah lagi tentang dia. Air mata saya sudah kering memikirkan perbuatan dia. Saya reda dan menerima ketentuan Allah kepada kami, suami isteri.

Yang saya pelik, bagaimana keluarga mentuanya boleh menerima anak saya begitu sahaja tanpa bertanya atau siasat latar belakang, siapa ibu bapanya. Mudah sungguh cari menantu sampai tak ambil kira anak siapa. Agaknya sebab anak saya ada jawatan tinggi dan bergaji lumayan. Itulah dunia, bohonglah kalau kata saya tidak sedih, tapi saya tidak mahu fikir sangat. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Saya tetap berdoa, satu hari dia akan sedar dan mencari kami.

Di bulan Ramadan ini, saya teringatkan dia. Terkenang masa kecil dia makan masakan saya. Bulan puasa sahaja, dia akan minta saya masakkan makanan yang dia suka untuk berbuka. Tetapi semua itu kini tinggal kenangan. Saya tetap mendoakan kebahagiaan dia dan keluarganya. Cuma saya berharap, satu hari nanti, besan saya akan datang mencari saya. Tentang Boy, biar Allah yang aturkan. Jika saya ini ibu yang mengandung dan melahirkan dia, dia akan cari saya dan babahnya. Saya akan berdoa dan tunggu keajaiban berlaku. 

Dahulu saya selalu baca buku Kisah Si Tanggang, tetapi sekarang, saya sendiri menghadapinya. Semoga Allah makbulkan doa-doa saya.

Kredit : UtusanMalaysia


 

“4 Tahun Kahwin, Tiada Anak. Saya Sangat OK”- Kisah Inspirasi Bagi Pasangan Belum Ada Anak



Zuriat adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. ..dan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa untuk mendapat zuriat yg baik dan sempurna. Kepada pasangan yang dah lama berkahwin , tapi masih belum mendapat zuriat, ini adalah ujian hebat buat mereka. Bukan setakat untuk menghadapi ujianNya, tapi nak menadah telinga daripada kata-kata umpatan orang luar juga satu bebanan. 

Orang sekeliling memang suka melihat kekurangan orang lain, terutama sekali mereka yang merasakan nasib mereka lebih baik daripada orang lain. Kadang-kadang admin naik hairan dengan manusia yang suka cakap lepas ni, langsung tiada perasaan timbang rasa dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

Kalau kita ada rakan-rakan, saudara-mara, dan adik-beradik yang sedang menghadapi masalah ini, janganlah sama sekali mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana mereka sedang melaluinya dengan bermacam-macam usaha. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedih jikalau selalu ditanyakan tentang anak. Kalau anda ada cadangan atau sebarang alternatif untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat, berjumpa mereka secara personally dan berbincang seperti orang bijak pandai. 

Untuk pasangan yang sedang menghadapi ujian ini, perkongsian dari Shafiq Fadeli melalui laman facebook beliau mungkin akan memberikan sedikit kata-kata semangat dan kekuatan untuk kalian melaluinya dengan tenang. Insyaallah, admin juga mendoakan kepada semua agar dikurniakan zuriat yang soleh, solehah dan menenangkan kedua ibu bapa.  

-Admin Laman Qaseh-


Artikel ini panjang. Namun percayalah, teruskan membaca, saya jamin anda akan perolehi sesuatu yang sangat bermanfaat.

29 Julai 2011, saya sah bergelar suami kepada isteri saya, semestinya saya seperti anda yang lain, sama juga seperti majoriti insan lain, mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Saya mengimpikan untuk memiliki anak seperti orang lain juga, saya mengimpikan untuk bergelar ayah, saya mengimpikan untuk dipanggil ‘Abi’. Saya mengimpikan untuk memiliki, menjaga dan mendidik anak-anak saya dengan didikan terbaik. Kini sudah 2015, lebih 4 tahun sudah kami berkahwin, dan kami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Apa pandangan orang ramai?

Ramai yang kasihankan kami, hingga kami kasihan kepada mereka kerana kasihankan kami. Ada rakan-rakan yang memberikan tips, nasihat, tidak kurang yang bagi produk untuk bantu kami. Tidak dilupa, ada juga yang menyarankan untuk bertemu doktor, bidan, tukang urut, ustaz, dan lain-lain. (Terima kasih kerana anda semua prihatin)

Pelbagai diagnosis yang saya terima. Pada mulanya saya sangkakan yang kami tidak sihat, namun apabila pakar mengesahkan yang kami sihat, mulalah kedengaran tekaan-tekaan yang mengatakan ini semua berpunca dari gangguan makhluk halus, saka, dan bermacam-macam lagi. Jujurnya, saya pun sudah tak ingat berapa banyak tips, nasihat, dan tekaan yang sudah saya terima.

Pada awalnya, kami sungguh tertekan… Saya sebagai lelaki, saya mampu mengawal emosi saya. Sedih, namun sorok. Teringin, namun sorok. Geram, namun sorok. Kecewa, namun sorok. Lain pula halnya dengan isteri saya, sebagai wanita yang dikurniakan naluri keibuan yang lemah lembut, pastinya keadaan diri yang masih tidak memiliki anak cukup menampar benaknya.

Ada yang datang bertanya, dan menunjukkan muka pelik “Eh, dah lama kahwin tak dapat anak lagi???” Kemudian dia terus berlalu pergi. Beliau tanya satu soalan yang berdurasi 1 saat sahaja, tapi cukup untuk buat kami sedih selama 1 minggu. “Bila nak mengandung ni?”, sedih lagi 1 minggu. “Bila la umi awak nak jadi nenek ni?” sedih lagi 1 minggu. Hehe, sungguh senang kerja mereka, datang menghancurkan hati kami dalam 1 saat sahaja, kemudian terus berlalu pergi jumpa kawan-kawan dan bergelak-sakan menonton drama lucu. Dan kami berselubung duka untuk entah ke berapa kalinya. Ya, pada masa itu saya rasa geram. Itu pada awalnya.

Selepas 4 tahun… kami sudah ada perspektif yang berbeza. Ilmu, kematangan dan pengalaman cukup untuk menguatkan langkah kami. Kami sedar, malah saya sendiri kerap menyebutkan perkara ini dalam ceramah saya, bahawasanya Qada’ dan Qadar Allah itu adalah ujian, amanah, dan ianya adalah 100% hak Allah. Ini bukan berpunca dari tersalah makan ke, gangguan saka ke, apa ke, ini adalah satu ujian yang Allah bagi kepada kami, ujian ‘tidak memiliki anak’. Bukan kami sahaja diuji sebegini, semua manusia pun diuji.

Sepertimana orang lain, masing-masing ada ‘medan tempur’ sendiri. Analogi mudah, seperti tentera. Kita lihat tentera ada macam-macam jawatan dan posisi. Ada pegawai, ada tentera di lapangan tempur, ada di bilik operasi, ada jaga komunikasi, ada yang pandu jet pejuang, ada yang sediakan peluru, ada yang pandu trak, ada yang sediakan makanan, ada yang memberi arahan, ada yang merangka strategi peperangan. Masing-masing diberikan ‘medan tempur’ sendiri, kerjanya lain-lain, namun matlamatnya sama iaitu untuk memenangi peperangan dan mencapai kejayaan.

Jika orang kata kami tiada anak itu adalah ujian, ya, ia memang satu ujian. Dan itulah ‘medan tempur’ kami, di mana Allah ingin lihat bagaimana kami menjadi hamba yang soleh apabila diletakkan di dalam ‘medan tempur’ tersebut. Mampukah kami menguasai medan tempur ini, dan akhirnya mencapai kejayaan di akhir pertempuran ini? Allah tak bagi kami anak, Allah bagi kami kesukaran di sini dan sana, namun Allah juga bagi 1001 rahmat yang sebenarnya berganda-ganda lagi banyak dari setitik kesukaran yang kami hadapi. Maka, adakah wajar kami bersedih dan tidak bersyukur? 

Semestinya tidak!

Allah bagi kami nikamat yang banyak. Di usia muda kami sudah memiliki pekerjaan yang stabil, malah memiliki perniagaan yang sangat hebat, kami memiliki rakan-rakan yang baik, ahli keluarga yang sangat baik, kesihatan yang baik, kami memiliki rumah dan kereta idaman kami, kami diberi ruang untuk berjumpa dan mengenali individu hebat di Malaysia, kami sentiasa dikurniakan fast-track apabila kami berbuat sesuatu untuk mencapai impian kami, setiap program dan ceramah saya mendapat sambutan hebat, ramai orang suka kami, ramai orang sayang kami, ramai orang hormat, kagum, malah ada yang nak jadi macam kami. Dan semuanya bukannya kebetulan, itu semua kurniaan Allah. Itulah rupa ‘medan tempur’ kami. Di situlah kami bertempur.

Ujian kami adalah ‘tidak memiliki anak’, tetapi memiliki banyak lagi nikmat. Maka Allah nak uji kami, bagaimana kami uruskan hidup kami yang macam sekarang ini?

Dan kami percaya, orang yang memiliki anak juga adalah satu ujian. Semestinya ujiannya tak kurang hebatnya, kena jaga anak, didik anak, hantar anak pergi sekolah, ajarkan anak tentang agama, bina akhlak anak, dan macam-macam lagi, itu ‘medan tempur’ mereka. Sama juga macam seorang lelaki yang beristeri seorang dan seorang lelaki yang beristeri ramai. Semestinya kehidupan, cabaran dan ujian mereka tidak sama, sebab masing-masing memiliki rupa ‘medan tempur’ yang berlainan.

Namun di akhirnya, tidak kira walau bagaimanapun rupa ‘medan tempur’ kita, apa yang kita mahu adalah kejayaan dan kebahagiaan di akhir pertempuran itu.

Lihatlah Nabi Ayub diuji dengan penyakit sopak di seluruh badannya, Siti Asiah diuji dengan ditakdirkan menjadi isteri kepada Firaun, Nabi Nuh diuji dengan isteri dan anak-anak yang derhaka, malah Nabi Muhammad diuji dengan kewafatan putera-puteranya. Mereka juga diuji dengan ujian yang sungguh hebat! Persoalannya, adakah mereka berduka, berputus asa, dan berhenti ‘bertempur’?

Anda faham tak apa yang saya cuba sampaikan?

Pasakkan dalam minda kita, tak kira bagaimanapun rupa ujian yang Allah bagi kepada kita, kita kena terima ketentuan ini dengan redha, dan selesaikan ujian itu dengan sebaiknya. Mungkin awalnya kita goyah dan jatuh, namun bangkitlah, teruskan. Jangan berhenti. Biarlah di garisan penamat nanti, kita menang dan cemerlang. Jalankanlah amanah dan laksanakanlah tugasan, bertempurlah dengan hebat di ‘medan tempur’ itu.

Wahai mereka yang tiada anak.
Wahai mereka yang ada anak.
Wahai mereka yang kaya dan miskin.
Wahai mereka yang berjaya dan gagal.
Wahai mereka yang alim dan jahil.
Wahai mereka yang tidak kira apa ujian sekalipun yang anda hadapi sekarang.

Bertabahlah, lakukannya sebaiknya, terus buru kejayaan dunia dan akhirat.
Semoga berjaya semua!

Kerana seorang guru tidak memandang rupa kertas ujian yang diberikan kepada muridnya, tetapi dia memandang jawapan muridnya, untuk diberikan markah.

Dan, kerana Allah tidak memandang bentuk ujian yang Dia berikan kepada kita, tetapi Dia memandang hasil usaha kita untuk mencapai redhaNya, untuk diberikan syurga.

Artikel ini bukan untuk minta simpati, bukan untuk mengeluh.

Saya cuma nak ajak anda semua rasa OK dengan apa saja ujian yang anda terima hari ini. Dan saya, sejujurnya saya SANGAT OK smile emoticon.

Sekian.

Kredit : Fb ShafiqFadeli


Manalah Aku Nak Cari U.F.O Untuk Bini Aku Ni..Adoiii

3 Jun 2017



Ha ha ha...lucu pula admin baca kisah isteri kepada seorang suami ni. Kasihan pun ada. Haa korang jangan gelak ya. Sesiapa yang pernah alami perasaan MENGIDAM ni, dia je tahu macam mana rasa azabnya. Boleh menangissss tau kalau tak dapat apa yang diidamkan. Kalau yang belum berkahwin tu, calon-calon bakal suami isteri tu haruslah baca artikel ni sebagai panduan Perangai Pelik Isteri Ketika Hamil.

Selalunya isteri hamil akan mengidam nak makan sesuatu yang masam, masin, manis, pedas dan banyak lagi makanan yang rasa macam pelik-pelik seperti sabun. Pakar nutrisi ada mengatakan , kalau seseorang ibu hamil mengidam, dia sebenarnya kekurangan nutrien dalam badan. Contohnya ibu yang mengidam nak makan ais, sabun, pasir dan rokok, selalunya ia dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Kalau mengidam nak makan coklat, selalunya badan ibu kekurangan magnesium. Tapi tu kata pakarlah, tuan punya badan pula tak kisahlah kan, asalkan dapat apa yang dihajati . Cuma yang lucu , isteri kepada suami dalam kisah ni , teringin sangat nak naik U.F.O. Ha ha ha..yang ni memang tak tahulah nutrien apa lagi yang kurang dalam badan  isteri beliau. Kena cek dengan pakar lain pulak kot agaknya. 

Apapun alasannya, admin ingin berpesan kepada suami-suami di luar sana, pandai-pandailah korang tangani situasi macam ni ye. Kalau agak sukar nak dapatkan apa yang diidamkan, tangani  dengan bijak, cool dan relax. Jangan marah-marah, jangan panas-baran kalau anda sayangkan isteri anda. Ibu hamil begitulah lumrahnya. Mereka akan melahirkan hasil cinta korang. Jadilah seorang suami yang penyayang okay! Good Luck !!! Kita ikuti kisah beliau :) 

-Admin Laman Qaseh-
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap



Assalam admin... Mohon siarkan dan hide wall aku. Aku ni just nak kongsi cerita pasal bini aku yg tengah sarat ni. Aku skg tgh konfius dgn dia. Dia pregnant dah 37minggu. Umur 20... Selama ni alhamdulillah ok jer. Cuma alahan kuat tp xder la nak mengidam macam2... Tp sejak akhir2 ni aku xpaham btol dgn perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik U.F.O ???? 

Allahuakbar ... 

Mula2 tu ingatkan dia melawak ke apa. Aku gelak jer laaa... Malam tu tengah aku syok tido blh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa... Tanya punya tanya sbb nya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu.. Mana xgelak. Mmg xmasuk akal permintaan dia tu... Pastu pergi rumah mak blh pulak dia cerita kan hasrat dia tu kat mak n adk beradik yg lain... Begegar rumah sbb gelakkan dia... 

So, apa lagi. Malam tu aku lah yg kena memujuk nya... Dia cakap dia sllu mimpi naik U.F.O , teringin sgt nak naik... Aku kelentong dia ckp mcm mana nak cari U.F.O yunkk oii, depa dtg bumi seabad sekali jer. Tu pun kita xtau bila... Niat nak melawak ja. Tp blh pulak dia percaya bulat2... Aku xtahu lh dia ni betul2 ke atau main2.. Tiap2 malam duk cakap nak naik U.F.O . Aku ni dr rasa nak gelak dh bertukar jd rasa nak marah dah... Mana tak nya mintak bnda yg aku xblh nak bagi... 

Dia cakap kalau dia mati nnti beranak xkesian ke kat dia kempunan nak naik U.F.O ... Allahuakbar. Agak2 perasaan aku mcm mana masa tu ?? Dgn nak tergelak, nak marah, kesian, sentap semua ada lah... Aku cerita bnda ni kat mak, mak cakap kau bawak je dia p naik U.F.O mainan kt tesco tu. Yang masukkan token pastu blh gerak2... Esoknya aku ajak dia p tesco nak beli barang dapur. Masa lalu kt tempat mainan tu aku tnya la dia yunkk nak naik U.F.O yg mainan tu dak ?? Dia nak oiiii... Aku terus p beli token. 

Xleh aku nak lupa sampai skg mcm mana muka dia masa naik benda tu... Tersengih mcm kerang busuk. Happy sungguh dia... Masa tu orang semua dh usya pelik. Malu mmg malu tp lantak lah. Asalkan xdak dah babak airmata mlm2 nnti... Alhamdulillah lepas tu dah xdak dah duk cakap nak naik U.F.O .. Yg aku pening pulak skg ni malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak... Subhanallah !!!! Mengucap panjang aku.. Perut dah nak meletup, mcm mana lah aku nak bawak p naik kapal terbang.. 

Nampak gaya nya esok kena bawak p tesco lagi la... Pening betul aku dgn dia ni... Ibu mengandung ni mmg perangai mcm ni ke ??? Pelik sgt dah aku nampak ... Semoga diberi kekuatan la utk layan kerenah dia... Aminn... Tu jaa aku nak cerita . Terima kasih krna sudi membaca...

Thanks admin

Kredit : Fb InfoIbuHamil


 

Tips Dan Cara Elak Di Benci Senior Dan Komuniti Kolej Gara-gara Cantik, Kaya Dan Popular

2 Jun 2017



Actually, aku menulis entri ni adalah sebab aku perasan yang kawan-kawan aku terutamanya perempuan menghadapi masalah di kolej, university, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Semuanya adalah kerana dia cantik, cute, kaya, high self confident dan popular. So, aku boleh kata, entri ini adalah untuk para gadis (dan juga lelaki) yang menghadapi masalah di benci oleh orang sekeliling kerana dia menjadi diri dia yang sebenar dan menjadi popular kerana cantik or etc.

Masuk-masuk je tempat baru, korang perasan ada something tak kena. Masuk-masuk je, korang dengar bisik-bisik kata yang korang ni berlagak lah, sombong lah, bitch lah, slut la, player lah dan macam-macam lagi. Last-last, korang terfikir, "Kenapa satu batch saya benci kat saya. Walhal (Ceh walhal tu) saya tak buat salah pun" atau "Kenapa satu kolej kata I berlagak?", "Kenapa cikgu-cikgu / lecturers benci kat aku?" atau "Kenapa semua senior anti gila kat aku?", "Apa salah aku?"

Salahnya, adalah bila korang 'menjadi cantik' dan 'famous' dan 'top'.

Kalau korang nak tahu, jadi cantik ni susah sebenarnya sebab memang ada punyalah orang akan yang benci. Tak payah tengok jauh. Tengok sekitar dunia blog ni je. Apa yang aku perasan, sebagaian besar bloggers perempuan yang cantik dan comel yang famous, blog dia mesti tiada chatbox. Bila di tanya kenapa, mesti dia jawab sebab ada anonymous buat kacau, kutuk dan maki. Aku sendiri pun pernah nampak bab maki-maki kat chatbox ni. Hanya ada beberapa orang je yang sanggup lawan balik. Then bila dah bosan asyik kena 'bahan' je setiap hari, mereka pun remove lah chatbox tu.


So, disini, aku nak nyatakan beberapa benda yang korang tak patut buat bila pergi ke tempat baru seperti kolej, universiti dan sebagainya. Nak-nak bila korang junior.


1. Stay low. Avoid publisity murahan.
Elakkan gossip dan publisiti murahan. Jangan tarik perhatian dengan nak buat benda yang bukan-bukan. Jangan nak jadi attention whore. No people love attention whore. Kalau boleh, jadi invisible. Korang tau tak berapa ramai perempuan yang dalam kategori cantik yang berharap sangat yang dia invisible dan berharap yang tak ada orang kenal dan ambil kisah pasal kain dia? Dan jangan lupa untuk stay low. Jangan asyik nak belanja kawan. Jangan asyik nak tunjuk yang korang tu banyak duit. Jangan asyik bercakap. Jangan asyik rasa pendapat korang tu betul. Semuanya mesti sederhana mungkin.


2. Senyum tapi jangan melampau.
Orang asyik cakap, kalau jumpa orang, senyum. Kalau jumpa orang, senyum. Kalau jumpa orang, senyum. Kalau tak senyum, mesti akan di mark sebagai berlagak. Well f* that. Ya aku tau senyum tu satu sedekah. Tapi mereka semua bukan peminta sedekah. Actually, point aku, jangan hipokrit sangat. Be normal. Apa ingat orang normal jumpa 10 orang semua dia senyum ke apa.  Tak akannya. Even kalau JPM pun dia pergi cafe tak ada nya dia nak senyum-senyum macam orang gila.

So, masa yang paling sesuai untuk senyum adalah bila korang patut senyum. Selain tu, buat muka cool. Muka cool tu maksud aku muka ceria. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi anggap la muka cool / ceria tu, adalah muka bila korang tengah berborak dengan kawan baik BFF korang di sebuah taman yang hanya ada korang berdua je. Dan jangan lupa pandang sekilas orang di sekeliling. Jangan berjalan pandang depan jer. Kalau macam tu, memang korang akan di mark sebagai berlagak.


3. Jika anda perempuan, jangan bercakap dengan semua lelaki.
Anda adalah perempuan. Berbaik dengan perempuan sudah la. Bila nampak perempuan ajak borak, layan la. Tapi bila nampak lelaki tegur, nak buat tak tahu pun tak apa. Lelaki tak kisah pun sangat. Just buat muka ceria then senyum sikit pastu blah,  sure dah okay. Lelaki ni, special sikit, dia memang suka kat perempuan yang jual mahal. Ada thrill katanya. Ah kalau dah lelaki, macam-macam.


4. Jangan nak buat semua benda.
Aku tau korang pandai tu, korang pandai ni. Tapi kau adalah junior. Tak kira la kau hebat mana pun, kau tetap junior. So, kalau junior, buat benda 'cool' di hadapan senior dengan harapan senior tu akan tertarik dengan kau, memang kau silap lah. Sebab dalam otak para senior, dia akan nampak yang kau tengah buat sesuatu yang mencapub dan berbangga gila. And seriously, its kind of annoying.


5. Jangan bermake up tebal.
Don't do multi colour layers shawl. Dont wear red-white-yellow polka dots jeans. Pergi kelas tu buat la cara nak pergi kelas. Tak payah nak bermake up ya Allah mengalahkan artis melaysia yang rasa kalau bermakeup tebal-tebal 5 inci bajet boleh buat muka lawa. Pakai make up memang tak lawa. Saye ulang, pakai make up memang tak lawa. Kalau pakai foundation tu okay la. Tapi kalau dah berhias lima inci memang out of imagination lah. Contohnya muka awek aku yang sorang ni, masa tak bermake up gila lah lawa. Tapi bila dah main make up, terus tak... errr.

First time aku perasan yang kebanyakkan perempuan amat-amat tak sesuai bila bermake up tebal adalah masa perkahwinan kawan saudara aku. Aku tengok isteri dia ya Allah comelnya bila tak bermake up. Tapi bila dah kena make up, terus putih overated. Macam tepung dah. Kalau tengok sekilas, memang dah macam lepas main cari gula-gula dalam tepung.


6. Tak kisah la jawatan apapun, don't you dare to nominate your self.
Aku rasa, agak tak elok lah kalau korang angkat tangan dan cakap "Saya calonkan diri saya untuk jawatan tu". Melainkan kalau kau bukan junior. Seriously, banyak kali kot aju jumpa orang yang calonkan diri dia. Ya aku tau kau ada kredibiliti. Tapi jangan lupa, kau tak tahu apa-apa pun pasal tempat tu sebab kau adalah junior. So, mana-mana senior adalah berkredibiliti tinggi untuk apa-apa jawatan.

Tak pun, kalau korang jenis gila jawatan sangat, suruh je kawan yang baru kenal kat sebelah tu calonkan. Pastu bila kawan baru tu dan calonkan, pandai-pandai la buat muka marah sambil cakap "Eh apahal aku pulak, apahal aku pulak". 


7. Berkawan dengan orang yang paling dekat - As starting, berkawan dengan roomate.
In order tak kena cop sebagai berlagak gedik etc, better kalau korang mula berkawan dengan roomates. Sebab anda akan lepak dengan roomates untuk satu jangka masa yang lama. Lagi pun, orang mesti akan tanya roomates bila nak tahu perangai sebenar seseorang seperti "Hey, kau roomate dia kan. Apasal dia berlagak sangat eh?" Well, at this point, kalau korang berbaik dengan roomate, mesti roomates tu dah start back up korang. Lagi pun, orang lain semuanya berpendapat "Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, macam celaka"


8. Kau ingat kau hot? Aku lagi hot lah. 
Tak payah nak jalan lengang lengok pakai ketat-ketat tarik perhatian lelaki. Dalam kumuniti lelaki, lelaki memang suka perempuan seksi. Tapi tak lama sebab selepas perempuan tu jadi pujaan ramai, dia bakai jadi bahan kutukan. Contohnya "Weh kau tengok perempuan tu. Perhh, meleleh siot." Sambil sengetkan kepala untuk dapatkan angle yang tepat. Then lelaki lain akan kata "Yang mana, yang tu ke? Dia pakai baju macam.... ". Then cerita pasal perempuan tu seksi akan jadi makin tersebar. Then then, sila rujuk kepada point nombor 1 entri ini.

Dalam komuniti perempuan pula, students perempuan yang duduk di hostel akan sentiasa 'berperangai lebih baik' berbanding dari yang duduk di rumah sewa. Ni semua sebab gossips lah. Dan, jangan nak rasa yang korang tu hot sangat. Kalau korang famous pun, mungkin sebab kat kolej tu korang je la yang lawa sikit dari perempuan lain. Bak kata Zarif, "Eh, lawa ke perempuan tu? Hmm boleh la, kalau standard Micet, aku bagi 7 per 10 lah." Maksud nya, anda ratu kampung. Bukan ratu negara. Dan, aku rasa ramai setuju kan yang jadi hot dan dapat banyak attention adalah tak best mana. Ye la, dah famous kan. Nak buat semua benda kena hati-hati.


9. Don't do blog.
Blog adalah tempat paling mudah untuk orang lain tabur fitnah dah lahirkan benih-benih kebencian dan kemarahan. Jadi, jangan buat blog dan ceritakan pasal boyfriend(s), scandal(s) dan benda yang gedik-gedik mamat mana nak mengurat korang dan mamat mana buat korang bengang. Sebab nanti mesti akan ada punyalah yang menyampah. Then bila keluar pergi ke cafe, akan ada yang berbunyi "Hey, tu la penulis blog yang bla, bla. Blog dia gedik youuuu." 


10. Ye la ye la. Kau sorang lah ada pak wer / awek.
Ni untuk korang yang duduk hostel. Masa korang tengah gayut tu, ya Allah tolong la pergi ke luar bilik. Bernanah telinga roomates dengar suara-suara control kau. Pastu pastu bila gelak je bunyi "Hihihi". Apahal gelak bunyi Hihihi? Bab ni, lelaki setahu aku wajib berborak kat luar. Memang jarang la lelaki nak kasi kawan dia yang lain dengar perbualan dia.

Pastu masa bergayut, tangan ke mana, kaki ke mana. Sebelum bergayut, barang-barang okay je. Selepas bergayut, sedar-sedar pen ada dalam mulut. Pembaris dah patah-patah. Ye lah, masa tengah bergayut mana sedar diri sendiri tengah buat apa kan? Ceh, ingat aku tak tahu.

**********************************************************

So benda yang paling penting kalau korang nak disukai ramai, adalah menjaga hubungan baik antara perempuan. Perempuan kebanyakkanya hipokrit. So, samaada korang nak jadi hipokrit dan live well atau jadi you real self and living the hell, your call. Tapi tu la. Sampai bila kita nak jaga semua perasaan orang kan. 

So, macam aku cakap awal-awal tadi, anda kena hati-hati bila berada di kolej nak-nak kalau korang cute. Well, korang mungkin akan tertanya2 apakan maksud sebenar cute. Actually,tak penting pun apa maksud sebnar, yang penting, korang cute atau tak. Cara nak tahu korang cute atau tak mudah je. Korang buka google, korang tulis "Who is the cutest". Then korang tekan "Im feeling lucky."

Kredit : theotherkhairul


Bersyukur Lepas Bercerai. Anak 19 orang, Tapi Anak Isteri Ke-3 Di Abaikan


''Apakah dosa dan kesalahan anak-anak sehingga ayah mereka sanggup memperlakukan mereka sedemikian rupa? Apakah cukup sekiranya dia berdoa semoga Allah murahkan rezeki untuk anak-anak sahaja. Bagaimana pula tentang kasih sayang dia sebagai ayah terhadap anak-anak?

''Kadang kala mereka bertanya ke mana dan mengapa ayah tidak balik. Apa yang harus saya katakan selain menyebut ayahnya telah mati. Jawapannya mudah, tak sakit hati dan harap-harap anak kita tak tanya lagi. Bagaimanapun saya tetap mencuba membawa tuntutan nafkah anak-anak ke mahkamah tetapi sampai sahaja surat peguam tentang tuntutan nafkah dan saman malu daripada saya, dia terus menghilangkan diri sehingga kini tidak dapat dijejaki.

''Sebagai ayah dia mesti ingat, dia mungkin boleh elak dari tuntutan nafkah di dunia, tapi tidak di akhirat. Saya ingin mengingatkan dia, di malam pertama perkahwinan kami, dia memberitahu saya bahawa dia adalah seorang lelaki dan ayah yang penyayang. ''Tetapi setelah berkahwin baru saya kenal siapa dia sampai sekarang dia tidak berjaya membuktikannya. Kalau benar dia seorang ayah yang penyayang mengapa anak-anak ini dipersia-siakan? Tidakkah dia merasai bahawa anak-anak ini sangat memerlukan dia.

''Dia boleh benci saya; tuduh saya apa sahaja tuduhan yang boleh dilahirkannya dari mulut, lidah dan hatinya, tetapi bolehkah kemarahan dan kebenciannya kepada saya dibalas kepada anak-anak. Apakah anak-anak harus menerima hukuman tersebut. ''Kalau dia kata tak mampu nak sara hidup anak-anak cakap terus terang kepada saya. Saya boleh terima dan mungkin boleh halalkan perbuatan jahatnya kepada saya selama ini, tetapi mengapa dia tak mahu langsung tengok muka anak-anaknya itu. Seolah-olah dia bencikan anak-anaknya kerana saya.

''Tetapi kalaulah dia ingin persoalkan dia tak mampu sekarang tetapi mengapa dia boleh tanggung anak-anaknya yang lain. ''Sebab itu tuan kadi telah tetapkan kalau tak mampu jangan kahwin, tetapi dia kahwin juga dengan saya dengan seribu alasan; sekarang macam mana dia nak tanggung makan minum anaknya seramai 19 orang termasuk 3 orang anak saya. ''Percayakah anda kalau saya katakan dengan isteri pertama dia ada 10 anak, isteri kedua 6 orang? Tetapi itulah kenyataan. 

Bagi saya kalau dia boleh bagi makan 16 anak yang lain macam mana dengan anak-anak saya yang masih kecil ini sebagai anak isteri ketiga yang masih memerlukan makan untuk hidup dan buku ke sekolah. ''Selepas seminggu saya menghantarkan surat saman; saya hantar pula surat melalui peguam yang menyatakan saya ingin bersemuka dengan dia. Tujuan saya biar kami berbincang dari hati ke hati. Kalau dia tidak mampu membayar saman saya, cukuplah buat masa akan datang dia memberi nafkah anak mengikut jumlah yang dia mampu tetapi datanglah dan ziarahlah mereka. 

''Saya berusaha supaya kami tidak ke mahkamah. Nak cari jalan baik, untuk dunia dan akhirat. Tetapi dia rupanya seorang pengecut. Dia cuma berani menipu perempuan, berbohong dan mereka-reka pelbagai cerita memburukkan orang lain. Tetapi bila terima surat peguam dia lari balik kampung isteri keduanya. ''Apa yang menyakitkan hati saya sebelum kami berpisah, dia tuduh saya dengan pelbagai fitnah termasuk membocorkan rahsia rumah tangga kepada keluarga dan adik-beradik saya. Tetapi sebenarnya sampai sekarang mereka tak tahu cerita sebenar dari mulut saya apa yang terjadi dalam rumah tangga kami.

''Mereka tahu banyak hal kami daripada dia sendiri yang sering mengadu hal konon saya jahat. Saya tak pernah bercerita. Dari tahun ke tahun saya memendam rasa dan saya berdoa semoga Allah menyelesaikan masalah saya dengan segera. ''Akhirnya setelah mengutuk dan mengumpat akhirnya dia ceraikan saya, saya rasa cukup lega dan tidak sedih sedikitpun bukan kerana saya selalu diketepikan, tetapi kerana saya sudah lama hidup menderita dan cukup terseksa dengan perbuatannya.

''Sebelum saya menghantarkan surat peguam, banyak kali cuba menghubunginya kerana ingin berbincang. Tapi setiap kali saya menelefon, dia tutup telefon bimbitnya. Tak bolehkah kita berbincang soal anak-anak walaupun kita bukan suami isteri lagi? ''Dia pernah datang dan tidur di rumah sahabatnya yang bersebelahan dengan rumah saya. Esoknya pagi-pagi dia keluar tanpa bertanya dan menjenguk anaknya. Itu manusiakah atau binatang?

''Sewaktu saya menghantar surat saman untuk dia, ramai kawan-kawannya memprotes. Kononnya ada jalan lain yang boleh saya selesaikan tanpa peguam; tanpa mahkamah iaitu berbincang. ''Pada saya kawannya hanya pandai cakap. Kalau mereka ikhlas nak tolong mengapa tak pernah tolong selesaikan masalah nafkah anak-anak saya, yang ketika ditinggalkan baru berusia satu setengah tahun.

''Sebenarnya mereka cuma kesian pada Smail sahaja tetapi mereka tak kesiankan nasib anak-anak yang ditinggalkan dan isteri yang terpaksa hidup menderita membesarkan anak-anak sendirian. Lebih saya kesalkan mereka tidak pernah menegur sikap Smail yang kejam tinggalkan anak-anak. Saya bukan tuntut hak saya, tapi hak dan masa depan anak-anak saya. ''Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, ingin saya mengajukan satu soalan buat dia, apa perasaan dia terhadap anak-anak ini. Ingat! Anak-anak saya ini kesemuanya bijak-bijak belaka. Sekiranya dia enggan memberikan mereka nafkah jangan akui mereka anak setelah mereka berjaya kelak.

Kalau mereka terlibat dalam keruntuhan akhlak, tolong jangan persalahkan saya. Fikir di manakah salah anda. ''Jangan jadi seperti kisah seorang ibu tunggal yang pernah dipaparkan di ruangan DCCK ini dahulu. Setelah anak-anaknya berjaya ke universiti, suami yang tak malu datang menuntut anak-anaknya. "Ibu tunggal itu jugalah yang dipersalahkan kononnya tidak menghubungi dan memberitahu bekas suaminya di mana anak-anaknya tinggal. Walhal, ibu tunggal itu sudah putus asa berikhtiar menuntut duit nafkah anak-anak daripada bekas suaminya.

''Saya faham cuma kebanyakan lelaki tidak mahu faham sifat semula jadi mereka. Mereka akan hanya kenal anak-anak setelah mereka besar, bekerja dan berjaya dalam hidup. Kalau anak-anak jahat dan tak pandai bersekolah, maka si ibulah menjadi mangsa. ''Si ayah sering menyalahkan si ibu dengan pelbagai alasan kalau anak-anaknya gagal dalam hidup, mereka tuduh si ibu yang bodohlah menyebabkan anak-anak bodoh dan tidak berjaya dalam hidup.

''Sebaliknya kalau si anak berjaya, mereka akan mendakwa konon merekalah orang yang berjaya, yang pandai dan berkebolehan dalam mendidik anak-anak langsung melupakan tugas, jasa dan kebijaksanaan si isteri tadi dalam membesarkan anak-anak. ''Dulu semasa dia buat hal dia buat pelbagai fitnah kepada saya, dia tuduh saya ada kekasihlah dan macam-macam lagi. Tetapi yang sebenarnya dia yang buat hal sengaja mencari jalan menghancurkan hidup saya dan memalukan saya pada jiran-jiran.

''Sekarang setelah lima tahun lebih bercerai, saya masih tak berkahwin lagi, saya tak mahu hidup anak-anak terancam kerana saya dapat suami baru.''Saya sedar anak-anak tidak akan mesra dengan saya kalau saya kahwin dan mereka ada bapa tiri. Mereka masih kecil; mereka mahukan kasih sayang saya, belaian dan tunjuk ajar saya. Kalau saya kahwin lagi, tentu saya terpaksa layan suami baru, habis masa bila saya nak layan anak-anak.

''Sebab itulah kebanyakan wanita apabila mereka bercerai, mereka lebih rela jadi ibu tunggal daripada cari laki dan kahwin lagi, sebab belum tentu suami baru boleh jaga anak-anak tiri. Mereka juga ada anak-anak sendiri yang terpaksa dipelihara, lainlah kalau kahwin dengan orang bujang. ''Tetapi sekali fikir, mana nak cari lelaki bujang yang nak kahwin dengan janda beranak tiga atau empat, kecuali mereka ada masalah sendiri atau tak ada duit nak buat hantaran belanja jika kahwin. 

''Jadi untuk cari jalan mudah kahwin janda, senang dapat isteri dan tak banyak keluar duit. Di samping mengharapkan si isteri yang sudah beranak-pinak itu akan memberikan sepenuh kasih sayang dan layanan kepadanya, sebab dapat kahwin orang bujang. ''Namun mereka juga terpaksa berdepan dengan masalah kalau ibu mentua tak suka menantu janda. Pendeknya setelah memikirkan banyak hal dan masalah, ramai wanita yang sudah bergelar janda mereka tak berminat nak kahwin lagi. Sebab pertama mereka amat sayangkan anak-anak. Bukan seperti lelaki mereka sering ambil mudah dalam banyak hal.

''Sebenarnya saya juga menghadapi masalah yang sama, saya sayangkan anak-anak sebab itu sehingga lebih lima tahun menjanda saya tidak pernah terfikir hendak kahwin lagi. Bukan tak ada orang melamar, baik yang masih bujang atau suami orang. Saya fikir kedua-dua golongan ini bermasalah. ''Saya juga tidak pernah beranggapan ingin rujuk atau kembali kepadanya. Sebelum berpisah lagi hati saya sudah terlalu hancur terhadap dia. Kerana itu saya amat bersyukur akhirnya saya diceraikan. Saya rasa hidup saya bahagia, hati saya lapang; jiwa saya tenteram setelah jadi janda, walaupun terpaksa kerja keras mencari wang untuk membesarkan anak-anak.

''Saya tak mahu kahwin kerana memikirkan adakah suami baru saya nanti akan memberikan kasih sayang terhadap anak-anak saya sedangkan ayah sejati tidak sukakan anaknya. Dan setahu saya, bapa tiri lebih kejam daripada ibu tiri. ''Kini saya berazam biarlah saya didik dan besarkan anak-anak ini di samping saya sendiri mengejar kejayaan diri saya yang suatu masa dulu terhalang disebabkan perkahwinan ini.

''Dia boleh campak saya, tetapi jangan buang anak-anak sendiri. Ziarah mereka bila-bila ada waktu. Betul anak-anaknya sudah lebih sedozen, tetapi itu tidak bermakna dia bencikan anak-anak daripada isteri ketiga?'' demikian cerita Atika tentang hidupnya. Benar juga kata Atika kasih sayang seorang suami terhadap isterinya boleh diputuskan, tetapi bolehkah dia memutuskan kasihnya terhadap anak-anak?

Anak-anak adalah amanah Allah kepada ayah untuk membesar dan mendidik mereka dengan baik, begitu juga kepada ibunya dengan tugas tertentu, kegagalan anda akan dipertanggungjawabkan satu hari nanti. Balasannya bukan sahaja akan diterima semasa anda mati atau di akhirat, tetapi terpaksa dipikul sewaktu anda masih hidup lagi.

Kredit : UtusanMalaysia


  
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.