SLIDER

Saya Rela Bercerai Daripada 'Bermadu' Dengan Ibu Mertua

14 Jun 2017


MENJALANI hidup berumah tangga, tak selalu bahagia seperti yang dicitakan dan tak semestinya derita seperti yang dibimbangkan. Biasanya latar belakang seseorang menantu memainkan peranan menentukan bahagia atau sebaliknya. Terutama kalau menantu miskin, kehadiran kita tidak disukai mentua. Ini yang saya alami selama sembilan tahun berkahwin.'' Itu cerita Azihani dalam e-melnya.

''Kini saya ada dua orang anak dan saya merancang keluarga sebab bimbang masa depan yang belum pasti, kerana sering diganggu mertua. Saya takut kalau ramai anak. Apa akan jadi kepada mereka kalau ditakdirkan saya diceraikan.

''Saya tiada tempat mengadu, ibu bapa sudah lima tahun meninggal dunia, adik-beradik walaupun ramai bukan tempat meminta tolong sebab mereka bukan berpendapatan tinggi. Jadi saya fikir dengan dua anak saya boleh hadapi hidup, berdikari jika ditakdirkan diceraikan.

''Saya tidak minta diceraikan, tetapi kerana sering diganggu, dihasut saya takut, mana tahu apa yang dibimbangkan jadi kenyataan. Saya bukan kaki melawan, saya pasrah ditakdirkan sesuatu keburukan berlaku ke atas diri saya.

''Memang sekarang suami saya Faiz baik, tetapi saya tak boleh baca fikirannya lima tahun lagi. Manusia boleh berubah. Tambahan pula kehadiran saya dalam keluarganya sejak awal tidak disenangi ibu mertua, Saya berpendapat apa juga masalah yang dihadapi dari dulu hingga sekarang berpunca daripada latar belakang keluarga saya, kami orang susah. Kami warga setinggarden (rumah setinggan).

''Namun bukan semua warga stinggarden susah, ada senang. Malah ada mempunyai kereta dan rumah besar. Tetapi keluarga kami memang susah, ayah jadi buruh adik-beradik pula ramai. Bayangkan kesusahan kami, tetapi saya bangga dapat bantuan pelajaran dari kerajaan hingga masuk kolej, begitu juga adik-beradik lain, ada masuk Giat Mara, politeknik dan kolej. Walaupun tak mewah tapi kami ada pekerjaan dan didikan yang kami terima. Syukur!

''Tapi adik-beradik Faiz, walaupun ayahnya gaji besar, berpangkat, seorang ipar saya tak bekerja sebab tak lulus SPM dan dia tak mahu berkerja. Seorang lagi lulusan kolej tapi dia juga tak mahu bekerja, jadi mereka makan tanggung di rumah. Sebab dari awal kehidupan mereka segalanya disediakan oleh ibu, mereka tak perlu risau. Bukan seperti adik-beradik saya, kami berhempas pulas belajar bila lulus cari kerja, baiki taraf hidup keluarga dan diri sendiri.

''Mungkin kerana perbelanjaan makin meningkat setelah ayah mertua bersara, Faiz jadi sasaran sumber kewangan, janji boleh bantu ibu, itu pesan mertua setiap kali kami berkunjung ke rumahnya. Saya tak faham apa sebenar punca kebencian ibu mertua. Dulu saya syak kerana saya miskin dan mereka berada, lepasi tu saya lihat mertua dan ipar saya cemburukan pekerjaan saya, sebab saya lulusan kolej dan saya bekerja di syarikat GLC. Dan sejak itu cerita kekurangan duit semakin menjadi-jadi. Ada saja mintanya.

''Saya tak marah kalau Faiz nak bagi duit pada emaknya kerana itu tanggung jawabnya, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai menyusahkan saya, sebab Faiz selalu pinjam duit saya. Itu sudah lebih. Dia patut tanggung kami. Walaupun kami suami isteri bekerja, anak dua orang, duduk di pangsapuri, tetapi hidup kami tak senang. Kami selalu tak berduit. Siapa boleh sabar kalau pemberian pada ibunya meningkat dari RM200 kepada RM300 sebulan. Tak masuk bantuan 'sesak' pertengahan bulan.

''Mungkin pada anda jumlah itu kecil, tetapi pada kami perbelanjaan itu besar. Pertama kerana perbelanjaan hidup kami besar, kami bekerja di tempat berbeza, kami memiliki kereta sendiri, anak-anak perlu dihantar ke rumah pembantu, ansuran rumah dan sebagainya, tentu memerlukan perbelanjaan tinggi, walaupun kami tinggal di pinggir KL, tapi semua mahal.

''Dipendekkan cerita, perbelanjaan hidup yang tinggi, membuatkan kami terpaksa berjimat. Dalam masa sama terpaksa menghadapi mertua yang sentiasa tak puas hati dengan kehidupan kami. Ketika kami mula beli rumah ,katanya rumah yang kami beli terlalu mahal sedangkan ia cuma pangsapuri, sedangkan dia boleh dapat rumah teres yang lebih murah. Mertua salahkan saya kerana tak sabar beli rumah dan sentiasa galakkan Faiz menjualnya dan beli rumah yang akan dicarikan.

''Tak dinafikan rumah ini mahal, sebab kami beli atas tangan orang bukan pemaju, tentu mahal. Tapi masalahnya kami tak sanggup berpindah setiap kali tuan rumah naikkan sewa rumah. Jadi kalau beli tak payah pindah. Sekali lagi saya dipersalahkan kerana tak mahu dengar nasihatnya.

''Dipendekkan cerita kata emak Faiz sejak lapan tahun kami berkahwin, Faiz telah melakukan tiga kesalahan besar kerana tidak menurut cakapnya. Oleh kerana sering kena marah, Faiz melepaskan kemarahannya kepada saya. Ada sahaja salah pada saya, akhirnya tentulah saya naik angin dan kami sering bertengkar.

''Saya pernah beritahu Faiz jika dia rasa saya bukan isteri sesuai dan bukan pilihan ibunya, dia boleh ceraikan saya. Lagi pun saya rasa tak ada guna kami tinggal serumah, jika kehidupan keluarga sering dipersoal dan saya dipersalahkan kerana membeli rumah mahal dan macam-macam lagi, saya rasa kesabaran saya semakin berkurangan. Biarpun saya cuba bersabar.

''Bila bertengkar saya suruh Faiz jual semula rumah yang kami beli, saya rasa hidup saya tak tenteram dan tak aman tinggal di rumah ini. Saya beritahu Faiz jika hidupnya sentiasa diganggu dan dipersoal, dia adalah anak yang amat malang di kalangan adik-beradik. Jadi sebaiknya dia ikut apa juga kehendak dan permintaan ibunya. Saya pasrah.

''Saya rasa sukar untuk bersabar, terutama jika Faiz tidak tahu bertindak apa lagi bersuara mempertahankan saya demi kebahagian hidupnya. Saya tak suruh dia melawan ibunya, sebaliknya saya suruh Faiz berfikir, pilih mana yang boleh menyenangkan hatinya dan hati ibunya. Saya tak mahu dia menderhaka semata-mata kerana mempertahankan saya dan rumah tangga . Tetapi fikir dan pilih mana yang baik. Tentang anak-anak Faiz tak perlu bimbang saya boleh besarkannya sendiri, tetapi dia mesti beri nafkah. Kerana itu tanggungjawabnya sebagai ayah.

''Saya rasa kehidupan saya semakin sempit, jika Faiz mahu membantu ibunya hidup senang, saya juga ingin melindungi diri. Saya perlu ada simpanan untuk masa depan yang belum pasti. Tetapi jika saya sentiasa membantu Faiz bagaimana saya boleh menyimpan? 

''Saya sudah penat menasihatkan Faiz, tetapi dia masih mendahulukan ibunya, takut menderhaka, tetapi bagaimana dengan saya? Kerana itu saya beri laluan kepada Faiz untuk memudahkan dia buat keputusan, saya sedia berundur daripada 'bermadu' dengan ibunya. Saya pasrah,'' Itu kisah Azihani mengakhiri ceritanya yang masih belum ada keputusan. 

Kredit : UtusanMalaysia



Takdir Saya Berkahwin Dengan Gadis Yang Tak Pandai Masak



Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan tetapi kami berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.

Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?






Kelas Bahasa Arab
Suasana Kelas Bahasa Arab yang saya anjurkan.

Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.

Berazam Untuk Berkahwin Awal

Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi rezeki.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan “Memberi Kekayaan” kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surat An-Noor : 32

Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah.

Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta kemudiannya.

Mula Mencari Calon Isteri

Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya.
Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.





Mula Mencari
Kita tidak boleh bersendirian dalam mencari calon isteri.

Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun.

Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya pun setuju. Maka kami pun bertunang.
Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon, sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.

Sedihnya, Isteri Tidak Pandai Memasak!

Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak betul-betul. Aduhai nasib-nasib.

Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai sebelum berkawin.

Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.

Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap satu hidangan.

Tak Pandai Atau Malas Memasak?

Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan mengikutnya. Mudah!





Bekalan Makanan Anak
Lihat bagaimana rupa bekal makanan anak-anak yang disiapkan oleh isteri saya.

Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips keibubapaan.

Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak menggunakan telefon bimbit.

Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang tidak banyak menolong.

Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Memasak

Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil.





Yazid Ismail
Gambar saya bersama isteri tersayang. [FB Yazid Ismail]

Terima seadanya apa saja kekurangan pasangan kita.

Kredit : Tazkirah.Net



Viral "Bahaya Tidur Selepas Sahur", Kita Dengar Apa Penjelasan Doktor Pakar



Seorang Doktor Pakar dari Group Pseudoscience Watch ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar viral dalam whatsapp dan juga media sosial yang seumpama dengannya.

Berikut ini adalah isi mesej tersebut.


Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.

1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada ‘Rest'(rehat) and digest(pencernaan).

Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.

Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian bawah esophagus.

Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor.

2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid

Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.

Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid

Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.

3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.

Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy

Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.

4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila ph<4 font="">

Penerangan: pH
Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan

Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak

2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD

3) pH asid tidak menyebabkan kanser

4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci.

              JomMelancong



Family Reunion Bawa Duka

13 Jun 2017


Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya. Saya sudah bergelar sebagai seorang isteri selama beberapa tahun. Kehidupan kami biasa saja, bahagia sehingga lah pada suatu hari, kejadian yang membuat kasih sayang saya, kepercayaan saya berkurangan terhadap suami saya.

Kejadian itu berlaku semasa balik ke kampung ketika ada family reunion. Kejadian yang saya rasa memalukan bagi saya seorang isteri. Saya dan suami tidur di ruang tamu, pada ketika itu sepupu saya pun tidur di ruang tamu tetapi diatas sofa. Ketika saya terjaga saya terpandang suami saya yang sedang asyik memandang sepupu saya yang sedang tidur.

Pada pandagan saya mungkin dia terpandang keadaan kain nya yang sedikit tersingkap (nampak anak seluar), tapi apabila berkali-kali dia memandang sambil membetulkan posisi kedudukan nya supaya selesa (nampak dengan lebih jelas) hati saya jadi sakit, dia tidak tahu saya berpura-pura tidur. Saya kecewa apabila melihat kelakuan suami saya.

Loading...
Saya ingin menegur tetapi saya rasa malu dengan kejadian itu. Sejak kejadian itu, hati saya sakit. Saya rasa jijik, geli dengan suami lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku di bulan yang mulia bulan ramadhan. Bila saya pandang muka suami, hati saya bagaikan hancur saya ada cakap dengan suami supaya jangan sentuh saya. Suami bertanya kenapa saya melayan dia dengan dingin. Saya sudah beri hint tentang apa yang saya marahkan, tapi dia masih tidak faham. (sepupu saya mahupun suami tidak tahu yg saya nmpk kejadian ini).

Mulut saya pula tidak terluah tentang apa yang berlaku, saya punya la menjaga aib saya sebagai seorang isteri(menutup aurat semasa di kampung atau rumah mertua, memakai tudung 24 jam) tapi ini balasan suami saya. Dalam hal ini siapa yg bersalah? salahkah saya sebagai seorang isteri kecewa dengan perilaku suami? yang membuatkan saya terlalu kecewa sebab saya tak sangka suami akan berkelakuan sedemikian.

Bertahun kami hidup, ini kali pertama terjadi di depan mata saya, saya berdoa jika suami memandang tanpa niat, harap Allah hilangkan ingatan saya tentang kejadian itu tapi kejadian itu masih segar di ingatan saya. Buat masa sekarang pandang muka suami pun saya tak mampu.

Saya rasa terhina, saya jadi tak suka dengan suami saya. Apa yang patut saya lakukan.? Melupakan atau berterus terang. Sehingga sekarang saya masih bersedih. Ketika menaip warkah ini air mata saya tidak berhenti mengalir.
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.