SLIDER

Dah Sebumbung Baru Tahu Mak Mertua Perangai Pelik

15 Aug 2018


Memang betul lah orang cakap kalau kita nak kenal seseorang tu, kena tinggal sebumbung kan baru lah segala perangai isi perut dia kita tahu. Tapi kita selalu dengar statement mcm nie hanya utk pasangan yg da kawin kan, da bernikah dan tinggal sebumbung baru kenal betul kan. Tapi lain pulak pada sy, lepas kawin sy tinggal sebumbung dengan mertua, haaaa masa nie lah sy baru kenal hati mak mertua sy. Sebelum sy kawin dgn anak dia,sy tak nampak pulak yg mak dia nie jenis memilih kasih.

Dah kawin nie and tinggal sebumbung baru tahu perangai dia. Mak mertua sy nie kadang-kadang angin kus-kus dia dah datang, nanti dia tak tegur suami sy, sy pon tak tahu ape masalah dia. Sy tnya suami ade bergaduh dgn mak ke, dia ckap takde. Tetibe jek nak berangin, kadang-kadang dgn sy and baby sy pon dia x tegur. Sy pulak orang da berangin tak tentu pasal mcm tu, sy buat bodoh jek lah. Suami sy pon pesan kalau mak dah datang angin meroyan mcm tu, jgn dilayan, nanti dia ok sendiri. So, sy ikut lah cara suami sy sbb dia lebih knal mak dia kan. Kadang-kadang sy pon ade jugak terasa hati dgn perangai mak mertua sy nie, kalau along angah dtg melawat dia and tiba masa nak balik semula, mak mertua sy mesti tunggu depan rumah sampai kereta along angah tak nampak depan mata, agaknya sampai along angah dah smpai rumah kot dia still lagi depan pintu, huh.

Bila turn suami sy nak outstation tiga empat hari ke, dia duk tercongok depan tv buat bodoh jek. Suami sy pulak jenis diam jek, walaupon mak dia mcm tu dia tetap salam mak dia mcm biasa. Kalau mcm sy nak balik melawat family sy, nanti dia automatik muka macam mencerut, mcm x bagi sy balik tengok mak bapak sy pulak, padahal suami sy ok jek. Nanti sy balik semula ke rumah dia, dia x tegur, dia buat bodoh jek. Dah dua tiga hari dia pulak yg tegur sendiri. Kalau dengan anak lelaki bongsu dia bukan main lagi layan mcm anak raja, nak makan cedukkan.

Padahal umur anak dia tu lebih kurang sy jek, bukannye budak kecik lagi, kadang-kadang berbulu jek tengok. Sy nie pulak jenis x suka berjalan rumah orang, sy suka duduk rumah jek buat hal sendiri, bukan sy jenis sombong taknak bergaul dengan orang tapi mak bapak sy dah didik sy mcm tu. Kalau kawan nak jumpa biar diorang yg datang rumah, bukan kita pergi rumah dia. Jadi sampai sekarang sy terdidik mcm tu. Mak mertua sy nie pulak pagi petang duduk bertandang kat rumah orang, cerita hal orang tu, cerita hal orang, bila bapak mertua sy ade, pandai pulak dia duduk rumah. Bila sy x join dia mengata hal orang, dia nak bising-bising pulak.

Nanti dia dah puas mengata hal orang, dia balik rumah dia cerita pulak kat sy story yg dia mengumpat tadi. Nak suruh orang dapat dosa mcm dia. Sy ade jugak cakap kat suami yg mak dia bising sy x ikut dia berjalan rumah jiran cerita hal orang, sy pon ade tanya suami suka ke kalau sy mengumpat hal orang, suami sy sendiri pon suke sy duduk rumah. Dia pulak bising. Setahu sy, isteri kena patuh cakap suami, bukan cakap mertua, kan? Pasal rambut sy panjang pon dia nak bising. Asik tanya jek taknak potong rambut ke, taknak potong rambut, dah suami cakap tak payah potong, dia nak bising ape hal pulak kan. Rambut aku, kepale aku, aku punye suke lah! Geram jugak hati nie.

Nak banyak bunyi tak boleh pulak sebab menumpang, so layan jek lah. Pernah sekali tu anak sy nie baby lagi baru 3bulan, jadi anak sy nie minum susu formula. Sy dari awal lagi memang dah ajar anak sy minum susu guna puting yg putih jernih tu. Mak mertua sy pulak suruh try bli puting kuning tu. Nak jaga hati punya pasal, sy minta suami belikan puting kuning tu. Sy pon try bagi anak susu guna puting tu, haaa kauuu, anak sy taknak menyusu terus dgn puting tu. Sy ckp lah dgn mak mertua sy yg anak sy taknak puting tu.

Korang tahu ape dia jawab? Nie hah.. 'Siapa suruh kau beli puting tu, dia dah biasa dgn puting putih tu, memang lah dia taknak'.. Korang boleh rase tak ape yg aku rase mase tu? Mental !!

10 Tanda Wanita Pisau Cukur

20 Jul 2018


1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas. 

Apabila Suami Di Goda Jiran

11 Apr 2018


KISAH minggu ini untuk kita baca dan cermin diri sendiri. Benarkah ‘wanita adalah musuh besar kaum wanita sendiri?’ Sebab terdapat sesetengah wanita suka menggoda suami kaum sejenisnya lantas menghancurkan masa depan mahupun kehidupan keluarga wanita itu sendiri. Demikian e-mel Ros kepada penulis dua kali selepas surat dari seberang laut yang dihantar tidak sampai ke tangan penulis. Ketika kami berbual tiga kali melalui telefon, Ros memberitahu, dia sudah lama berhasrat menghubungi penulis tetapi keadaan tidak mengizinkan. Cuma baru-baru ini apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi beliau berusaha hingga berjaya menghubungi penulis minggu lalu.

Ros tidak lagi tinggal di Malaysia, setelah bersara awal dari perkhidmatan kerajaan dua tahun lalu. Beliau mengikut suaminya yang tinggal di seberang laut. Menurut Ros, walaupun masalah yang dihadapinya masalah biasa, tetapi sebagai wanita dan isteri yang terlalu sayangkan rumah tangganya, beliau ingin menyelamatkan perkahwinannya dari menghadapi keruntuhan dan berharap wanita yang mengganggu hidupnya itu membaca kisah ini dan insaflah bahawa perbuatannya bukan sahaja salah, malah berdosa besar. ‘‘Tujuan saya memaparkan masalah ini bukan untuk mencerca, sebaliknya mengharapkan wanita tersebut cepat berubah, jangan lagi mengganggu suami saya, sebaliknya layani dan sayangilah suaminya. 

‘‘Seperkara lagi tolonglah jangan menghasut anak-anak anda membenci saya dan bertindak keterlaluan merosakkan rumah yang saya tinggalkan, begitu juga pada jiran-jiran, jangan terus berbohong menegakkan benang basah, di samping menyembunyikan perbuatan keji yang dilakukan. ‘‘Masalah saya ini bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah hampir 10 tahun berkahwin dengan warga negara asing bernama Zaky yang kebetulan ketika itu berkhidmat beberapa tahun di negara ini. ‘‘Perkahwinan kami melalui perkenalan oleh seorang kawan baik. Ketika itu Zaky seorang duda. Bekas isterinya sudah pulang ke negara asal sementara anak-anak tinggal di rumah beliau di negaranya.

‘‘Setelah tamat perkhidmatan Zaky kembali ke negaranya. Tinggallah saya sendirian. Sebulan atau dua minggu sekali beliau akan datang menemui saya di utara Malaysia. Di situlah bermula segala-galanya. Kerana setelah berhenti kerja dia sering berada di rumah, dia berbaik-baik dengan jiran tetangga. Tetapi jiran sebelah rumah kami yang seorang ini, Masni namanya lain sikit, sikap dan perbuatan beliau berbeza sekali. ‘‘Sebagai contoh dia hanya berbual dan berkawan dengan Zaky tidak dengan saya, bila nampak saya balik kerja, dia terus masuk rumah dan tidak mahu menegur saya. Kalau saya tegur, dia tak jawab. Memang sombong sejak dulu, kami yang tinggal setaman dah kenal perangai beliau. 

Dia merasakan dirinya orang berada, kaya, ayahnya orang ternama dan suaminya ada kilang. Kelebihannya dia cantik, jadi kami jiran setaman tak layak dibuat kawan. ‘‘Kerana suka berbual dengan Zaky, beliau sering mengajak Zaky makan dan minum petang di rumahnya. Semua itu tidak menjadi masalah kalau suami beliau ada bersama. Tapi masalahnya, suaminya strok dan terlentang tak boleh bangun dibiarkan di bilik atas banglonya. Sementara tiga anaknya tidak tinggal bersama kerana seorang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, dua orang lagi menuntut di IPTA.

‘‘Jadi pada siang hari mudahlah mereka berbual dan bertandang kerana tidak ada siapa yang menegur dan menghalang. Mulanya saya tidak ambil pusing, sebab saya bekerja tentulah Zaky memerlukan teman berbual. Tetapi layanan Masni lain sikit. ‘‘Hubungan sulit mereka terbongkar apabila satu hari Zaky melahirkan resahnya sambil berkata, adalah tidak adil bagi suami Masni tidak ceraikan isterinya, sedangkan dia tidak boleh berfungsi sebagai suami. Bila saya tanya maksudnya, katanya, dia kesian dengan Masni sudah beberapa tahun tidak mendapat layanan batin.

‘‘Rasa kasihan yang agak pelik ini membuat saya bertanya bagaimana dia tahu perasaan Masni. Katanya, Masni selalu memberitahu masalah batinnya. Kemudian saya tanya kembali Zaky apa perasaannya kalau ditakdirkan dia strok patutkah saya minta cerai? Sudah tentu dia kecil hati. Kata saya, adalah menjadi tanggungjawab isteri menjaga suami yang sakit, bukan saja semasa sihat dan senangnya. Bukankah perkahwinan ini mengharapkan kesetiaan hingga ke akhir hayat, sama-sama susah dan senang. Zaky terdiam.

‘‘Peliknya Masni tidak pernah menceritakan masalahnya pada saya. Saya hairan mengapa dia lebih percaya dan dekat sekali dengan Zaky? Pada mulanya saya percayakan Zaky kerana dia memang alim tetapi perbuatannya suka bertandang ke rumah Masni membuatkan saya jadi curiga. ‘‘Untuk memastikan dia di rumah, saya sering telefon Zaky pagi dan petang, memang Zaky tak jawab. Bila saya tanya, katanya, dia ada di rumah dan tak dengar bunyi telefon. Memang pelik. Jadi ke mana dia pergi kalau tidak ke rumah Masni? 

‘‘Isteri manakah yang dapat menutup mata, hati dan perasaan terhadap suami yang kian berubah? Walaupun dia sering berang kalau saya tanya hubungannya dengan Masni, namun saya tetap bertanya. Dan dia menafikan ada hubungan dengan Masni. ‘‘Kerana Zaky lekas baran, saya jumpa Masni satu hari dengan harapan dia sedar perbuatan kejinya itu. Tetapi Masni menafikan dan tidak mahu bersumpah dengan al-Quran. Bila saya kata, perbuatannya berdua-duaan dengan suami saya itu berdosa dia memberitahu, dia cuma berbincang dan hanya meminta nasihat Zaky. Kalau nak bincang mengapa tak tanya saya atau kadi mengapa minta nasihat orang lelaki, dan mengapa dia suka melarikan diri setiap kali saya balik kerja atau ketika bersua muka dan mengapa dia tidak menjawab bila saya tegur. Dia membisu tidak menjawab.

‘‘Sebagai usaha untuk meredakan keadaan, saya minta Zaky tidak datang ke Malaysia tetapi saya akan menemuinya, walaupun itu bermakna saya akan menghabiskan ribuan ringgit dan cuti kerana berulang alik ke negerinya. ‘‘Malangnya tindakan saya itu juga tidak berjaya kerana mereka masih berhubung melalui telefon, Internet dan berjumpa. Ketika anak-anaknya cuti semester dan saya ada di Malaysia kerana bekerja, saya lihat Masni tidak ada di rumah, kata anak-anaknya ibunya ke rumah datuk. Dan logikkah alasan Masni bertandang ke rumah besan, sedangkan anak menantunya disuruh jaga suaminya di rumah. Tindakannya menimbulkan prasangka mungkinkah dia menemui suami saya di luar negara?

‘‘Pada zaman syarikat penerbangan MAS mempunyai penerbangan terus dua tiga kali seminggu ke negara suami saya memang mudah untuk Masni ke sana walaupun dua tiga hari bagi melepaskan rindu. ‘‘Sebenarnya saya tak sangka niat baik saya mengizin dan membenarkan Zaky pergi menjenguk suami Masni yang strok pada mulanya dulu telah membawa padah kepada hubungan kami suami isteri.‘‘Saya benar-benar tidak menyangka Masni sanggup membelakangkan suaminya sedangkan suaminya memberikan segala-galanya. Depan suami saya, Masni sanggup mengutuk dan memanggil suaminya dayus kerana tidak menceraikannya. Sedangkan dia tidak pernah minta cerai.

‘‘Masni bukan muda lagi, usianya sudah menjangkau 50-an tahun dan sudah ada cucu, tetapi sanggup menduakan suaminya. Untuk menutup perbuatan maksiatnya, beliau memburukkan saya pada jiran-jiran dan anak-anaknya. Kalau dulu dia tak suka berbaik dengan jiran, tetapi sejak saya bercerita dengan jiran baik saya tentang perbuatannya yang kurang manis itu beliau telah berbaik dengan jiran lain menafikan cerita saya sambil memburuk-burukkan saya. ‘‘Akibatnya saya dipandang serong oleh jiran-jiran. Pada sangkaan mereka takkanlah wanita kaya, cantik, dari keluarga berada itu sanggup bertindak serong. 

Dan anak-anaknya yang masih menuntut di IPTA pula dihasut memusuhi saya, hingga mereka sanggup merosakkan pokok-pokok tanaman saya. Bukan setakat potong dan gunting pokok pagar saya, malah meracunnya sampai mati.‘‘Kalaulah jiran-jiran boleh merenung sejenak, apakah perasaan mereka jika suami mereka digoda oleh jiran, tentu mereka faham perasaan saya. Jangan sangka wanita kaya, cantik, anak orang kaya serta lembut, pijak semut tak mati itu baik dan tak pandai goda suami orang. ‘‘Namun ada juga jiran yang percaya dan menjauhkan diri dari saya. 

Saya juga nasihatkan Masni supaya jangan goda suami saya lagi dengan mempamerkan tubuhnya dengan berpakaian malam yang tipis di belakang rumah, supaya Zaky dapat melihatnya dari rumah kami. Dia dah lama buat hal ni. Satu hari dia terperangkap apabila saya yang keluar di pintu belakang.‘‘Kerana termalu sebab itulah dia hasut anak-anaknya racun pokok pagar saya sampai mati, supaya dia boleh buat free show untuk suami saya. Saya cuba jumpa dia secara empat mata tetapi dia mengelak.

‘‘Saya pernah perangkap suami saya dan Masni dengan balik rumah dari pejabat lebih awal dari biasa. Puas saya ketuk pintu Zaky lambat buka. Bila saya jenguk belakang rumah, saya nampak kelibat Masni berlari balik ke rumahnya. ‘‘Zaky juga menyimpan gambar Masni dalam komputernya. Saya juga jumpa bukti Masni datang ke rumah Zaky di sini (di luar negara) setiap kali saya balik ke Malaysia. Saya nampak butiran batu manik tudung yang berkilat di atas karpet dan katil, sedangkan saya tidak ada tudung dan baju berbatu manik seumpama itu. Lagipun Zaky tidak suka. Hanya Masni suka pakai tudung dan baju berbatu manik. Dan rumah kami tidak pernah dikunjungi orang Malaysia. Jadi siapa lagi yang datang?

‘‘Kalau anak-anaknya pandai mereka boleh perangkap ke mana sebenarnya ibu mereka pergi. Setiap kali ibunya mendakwa ke rumah datuk, mereka boleh pergi cari atau telefon bertanya apakah cerita ibunya benar atau tidak. Tapi Masni memang pandai, dia yang sering telefon anak-anaknya konon bertanyakan suaminya. ‘‘Satu lagi bukti, pernah terjadi satu hari saya ajak Zaky singgah membeli-belah di sebuah kompleks yang baru dibuka. Zaky berkata berapa kali lagi saya nak pergi ke kompleks itu. Sedangkan saya tak pernah pergi, bila saya beritahu Zaky saya tak pernah pergi dan dengan siapa dia pergi, Zaky tergamam kerana terperangkap bahawa dia pernah pergi dengan Masni.

‘‘Saya telah berkorban berhenti kerja lebih awal mengikut Zaky demi kebahagiaan kami, tapi sia-sia. Mereka tetap berhubung. Saya berdoa agar Masni akan berasa akibatnya. Apa perasaannya kalau menantunya curang dan menggoda suami orang. Kerana saya yakin setiap perbuatan kita sama ada baik atau buruk akan ada pembalasannya dari Allah. Dan fikirlah juga apa hukumnya kalau menduakan suami terutama suami yang sedang sakit. Bertaubatlah Masni,’’ demikian cerita Ros. Katanya, dia tidak menyangka skandal wanita di bandar kecil juga hebat bukan setakat di KL saja.

Inilah dunia, dan inilah manusia. Yang membezakan sikap manusia antara satu sama lain cuma akal, jika akal tidak digunakan dengan baik, tanpa disokong dengan didikan agama semua perkara buruk boleh berlaku. Tak kira di mana mereka berada. Semoga doa Ros agar rumah tangganya kembali aman dimakbulkan Allah.

Kredit : UtusanMalaysia

Jangan Hina Minah Kilang , Mat Kilang

10 Apr 2018


Nama aku Ana, aku berumur 25 tahun dan sudah bekerja di Sebuah kilang di Utara Tanah Air. Aku bukan graduan dari IIUM , tapi aku tergerak hati nak share satu cerita dengan korang semua.

Dulu masa aku habis SPM, aku duduk rumah sahaja tengok tv dan tunggu keputusan UPU keluar. Aku contact kawan-kawan aku masa sekolah dulu tanya khabar mereka, ternyata mereka baik-baik sahaja dan sementara menunggu tawaran sambung belajar; kebanyakan mereka bekerja di kilang-kilang dan pasaraya. Aku tak tahu apa yang merasuk fikiran, lantas mempersendakan mereka dalam hati aku. selamba sahaja aku cakap mereka tiada masa depan. Ya aku tahu, teruk nya aku.

Tak lama selepas itu, selang beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk ke sebuah universiti Swasta di Selangor. Uni aku tu agak well known lah jugak. Di sana , aku ambil program Asasi setahun. Selesai sahaja program asasi aku itu, aku balik bercuti di rumah selama 3 bulan. Mak aku bising-bising sebab aku duduk sahaja, menghabiskan beras katanya. haha. lalu aku pun mengambil keputusan untuk bekerja.

Merata aku cari kerja, tapi semua reject aku atas alasan aku nak bekerja sekejap sahaja. Memang lah, aku cuma mahu kerja untuk 3 bulan sahaja. Aku hampa, tetapi masih lagi mahu mencari duit poket. Sekurang-kurangnya ada jugak la benda nak dibuat.

Satu petang, aku balik rumah dan mak cakap kat aku , “kilang tempat siti anak pak cik mail tu ada nak pakai operator.. cuba kamu mintak situ.. dapat la jugak duit untuk topup handphone..”

aku pun macam.. “eh… kilang?? apa kelas kerja kilang??” . Lalu mak aku berikan jelingan menusuk kalbu dia tu. aku pun pasrah je lah. Esoknya aku pergi ke kilang tu. Tak jauh dari rumah aku, 5 KM sahaja. Lalu aku jumpa siti di pondok guard, dan siti bawa aku menuju ke HR. di sini bermula cerita aku.

Aku perhati mereka yang duduk di dalam ofis, semua berpakaian segak. cantik. Mata masing-masing menghadap skrin monitor dan tangan ligat menaip tanpa peduli siapa pun yang lalu lalang. tak apa, ini baru first impression sahaja.

ketika di-interview, aku ditanya sama ada mahu bekerja sekejap sahaja atau lama ; dan pelbagai soalan diajukan. Selesai interview dan ujian . aku dibawa turun ke shopfloor. tempat dimana semua operator bekerja. Untung nasib aku kerana kilang aku ni ambil semua orang melayu bekerja, tiada satu pun orang asing. kebanyakannya Makcik-makcik.

aku dihantar ke Leader untuk dilatih selama 3 hari. Oh, kilang aku ni kilang automotif. selesai 3 hari latihan, baru aku dimasukkan ke dalam Team aku yang diketuai oleh En Nizam (supervisor aku) . Team aku ni ramai orang muda. katanya orang muda ini rajin dan cepat tangkap apa yang diajar. So aku rasa selesa lah.

Sepanjang bekerja di sana, aku berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Kebanyakan mereka graduan yang sedang menganggur dan menunggu pekerjaan tetap. kos mereka di universiti bukan biasa-biasa, ada yang civil engineering, medic, account, dan beberapa kos lagi aku tak ingat. dah mereka baru sahaja habis belajar. kebanyakan makcik2 dalam tu pulak saja je nak kerja sebab boring duduk rumah, anak takde ; masuk poli , Uni, etc.

3 bulan aku kerja kilang, hidup aku berubah 360. kalau selama ni aku pandang rendah kat orang, Tuhan warning aku. Dia jadikan aku dikalangan orang-orang yang aku pandang rendah tu. Hebat Allah Taala. 3 Bulan berlalu, aku berhenti kerja, sambung belajar masuk Degree. Lepas habis degree, setahun aku menganggur. cari kerja sana sini tak dapat-dapat. last-last aku buat keputusan untuk masuk balik dalam industri kilang-kilang ni.

Alhamdulillah, rezeki aku diterima masuk company sekarang ni. aku antara eksekutif termuda la dalam kilang ni. Umur 24 (2016). eksekutif lain2 semua macam berusia sikit. hehe. Team aku, bawah aku ada 40 orang perempuan Malaysia yg kerja dengan aku. 30 orang daripadanya budak-budak lepasan SPM. baru-baru ini, kan result SPM keluar. so Team aku terpaksa tutup kedai lah sebab 30 orang cuti hari result keluar tu. 

dan teka apabenda. 

esoknya diorang datang kerja, muka berseri je masing-masing. aku tanya apahal senyum-senyum ni. nak kahwin dah ker?? lepas tu diorang bagitahu lah result SPM diorang kat aku. mostly 4 A keatas wei. hahahah. apsal lah engkorang ni kerja kilang. diorang macam aku lah masa muda-muda dulu. kerja sebab nak cari duit poket je. bukan nak komited sangat pun.

Ternyata tanggapan aku terhadap pekerja kilang yang muda-muda ini bodoh belaka Tu SALAH SEKALI. tidak. mereka tidak bodoh. Mencari duit poket itu tidak bodoh. aku yang bodoh kerana terlalu awal judge diorang. Mungkin ini mindset yang orang2 tua selalu terapkan pada anak-anak yang kalau kau kerja kilang = kau bodoh. Pesan aku pada semua orang, tolong sangat-sangat jangan pandang rendah pada pekerja-pekerja kilang ni. Ya betul tempat kerja diorang tak se-Gah tempat kerja korang, tapi apa beza kau dengan dia? Makhluk Tuhan jugak.

coretan ni untuk motivasi semua pelajar lepasan SPM, penganggur dan pekerja kilang. aku pun pekerja kilang, tak ada apa yang dimalukan. Aku pernah jadi orang bawah, dan juga orang atas. Rezeki itu Tuhan yang tentukan. Usaha lebih, bersyukur, nanti Tuhan bagi lebih. insyaAllah. aku doakan semua pekerja (tak kisah la kerja apa pun) semoga terus sukses dan kental hidup di zaman Najib ni…

Assalamualaikum.

– Ana

Kredit : IIUMC



Di Paksa Kahwin Dengan Pilihan Hati Ibu

21 Mar 2018

SETIAP kali Cik Kuntum keluarkan cerita mengenai kecurangan, pelbagai reaksi diterima daripada pembaca. Ada yang memberikan cadangan dan tidak kurang juga yang marah-marah. Malah, Cik Kuntum pernah dilayangkan kiriman e-mel daripada pembaca yang berada di luar negara selepas membaca cerita seorang jejaka sedikit masa dulu yang berpoligami kerana kononnya bersimpati dengan seorang gadis yang ditinggalkan teman lelakinya.
Begitu pun, dalam banyak e-mel yang dikirimkan selepas kisah Noor disiarkan minggu lalu, Cik Kuntum tertarik dengan e-mel pengirim yang hanya menamakan dirinya sebagai Linda. Begini tulisnya.
“Pada pendapat saya, jika Noor sanggup bermadu teruskan saja (majlis pernikahan), tetapi adalah wajar beliau dan tunangnya bersemuka dengan isteri tunangannya itu. Kita tidak boleh ketepikan hak isteri dan anak-anaknya, berbincanglah daripada hati ke hati.
Lelaki memang begitulah sifatnya. Berani buat, tetapi takut bertanggungjawab. Lelaki sekarang tidak faham erti poligami, mereka kahwin lain semata-mata kerana nafsu (sebenarnya pantang tengok perempuan dahi licin dan konon-konon kuat tenaga batinnya) dan duit (sama ada wanita atau keluarga itu berduit atau ada pangkat, lagi bagus kalau ada dua-duanya sekali).
Tiada lelaki di dunia ini yang dapat berlaku adil selepas berpoligami seperti dan selepas Rasulullah kita. Noor kena terimalah jika isteri tunangannya melenting, tetapi itu bukan salah dia sebab dia kena tipu dan daripada situlah nanti Noor akan tahu sifat sebenar tunang dan isteri tunangannya.
Timbangkanlah apa yang terbaik demi kebahagiaan diri sendiri. Minta nasihat ahli keluarga. Bagi saya, tiada maknanya mengahwini suami orang. Jijik rasanya berkongsi dirinya dengan orang lain, bukannya kita tahu atau nak tanya sejarah kesihatan (sakit tuan puan) mereka suami isteri. Betul tak?”
Ada benar juga persoalan yang ditimbulkan Linda. Berpoligami maknanya sanggup berkongsi hidup dengan lelaki yang diketahui mempunyai hubungan seks yang aktif dengan wanita lain. Apapun seperti kata Linda, terpulang kepada Noor untuk membuat keputusan sendiri kerana jika dia bimbang akan maruah keluarga sehingga meneruskan majlis pernikahannya tanpa memikirkan masalah yang akan timbul pada masa depan, dia mungkin silap. Pada masa ini, sebaiknya Linda perlu memikirkan dirinya dan bukan orang lain.
Minggu ini, Cik Kuntum siarkan pengakuan seorang lagi pembaca yang hanya menamakan dirinya Din. Perjalanan hidup Din hampir menyamai drama bersiri Kutub Utara Kutub Selatan yang pernah disiarkan tidak lama dulu, dan hingga kini masih menetap di bandar raya D bersama keluarganya.
“Selepas membaca cerita Noor, saya terpanggil untuk menulis kepada Cik Kuntum. Kisahnya sama seperti yang pernah saya lalui hampir lima tahun lalu. Cuma bezanya saya dipaksa berkahwin ibu sendiri dengan gadis sekampung saya, Lina, walaupun ketika itu saya sudah berkahwin dengan wanita cinta hati saya, Asmah.
Biarlah saya rahsiakan nama sebenar mereka kerana kisah sedih ini hanya melukakan banyak hati. Saya berkahwin dengan Asmah, rakan sekuliah ketika di kampus tidak lama selepas kami tamat pengajian. Keluarga saya sendiri datang bertandang untuk meminang apabila saya menyuarakan mengenai pilihan hati saya.
Ketika itu tiada bantahan daripada keluarga khususnya ibu. Tetapi siapa sangka tidak lama selepas kami berkahwin, tiba-tiba satu hari (hari bekerja) ibu meminta saya pulang segera ke kampung kerana ada kecemasan dalam keluarga. Memandangkan isteri tidak boleh mengambil cuti kecemasan, pulanglah saya sendirian menaiki kereta ke kampung.
Tiba di rumah, ibu terus meminta saya mengenakan baju Melayu dan ketika itu saya melihat adik beradik lain hanya menundukkan pandangan. Tanpa soal bicara, saya mengenakan baju Melayu yang disediakan ibu dan mengikut mereka menaiki kereta.
Puas saya bertanya kepada adik beradik lain apa yang berlaku, semuanya menggelengkan kepala enggan berkata. Perjalanan kami hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dan kami berhenti di sebuah rumah yang saya lihat penuh dengan orang ramai.
Dalam hati terdetik, siapa yang mati. Tetapi sebaik tiba di muka pintu, kami disambut seorang lelaki berusia yang dengan ramah memeluk saya. Ketika itu darah saya tersirap apabila melihat ada pelamin dan bantal nikah yang disediakan di ruang tamu.
Saya bagaikan terpukau apabila diiringi ke ruang tengah dan apa yang saya sedar, saya sudah duduk berdepan dengan kadi daerah kami. Terkejut saya dan ketika itu saya menyedari bahawa saya menghadiri majlis pernikahan sendiri.
Saya meminta untuk berbincang dengan keluarga dan ketika ke tepi, saya terdengar bisikan tetamu lain, ‘Gemuruh agaknya’. Apabila berada di satu sudut, sebelum sempat saya membuka mulut, ibu terus berkata “Aku benarkan kahwin dengan si Asmah dulu sebab engkau yang hendak sangat. Ini menantu pilihan aku, kalau kau buat malu keluarga hari ini aku tidak mengaku anak sampai bila-bila”.
Terkejut dengan kata-kata ibu, saya terpaksa menurut kerana kami adik beradik tidak pernah membantah kata ibu bapa sejak kecil lagi. Dipendekkan cerita, saya berkahwin kali kedua hanya selepas empat bulan menikahi Asmah. Patutlah ibu bersungguh-sungguh tidak mahu membuat kenduri menyambut tetamu dulu kerana dia sudah mempunyai perancangan.
Sebaik habis majlis itu, saya terus beredar membuatkan tetamu lain terpinga-pinga dan terus memandu pulang petang itu juga menuju ke Kuala Lumpur. Saya merahsiakan apa yang berlaku kerana bimbang Asmah terluka, lebih-lebih lagi ketika itu dia sedang hamil dua bulan.
Tidak saya sangka, ibu dan bapa datang bersama Lina ke rumah saya keesokan harinya. Ketika itu terungkailah cerita sebenar, tetapi saya kagum dengan sikap Asmah yang tenang walaupun dimaki hamun ibu. Ibu memaksa saya mengambil Lina tinggal bersama kami dan bagi memastikan saya melakukan kehendaknya dia turut tinggal bersama kami.
Setiap malam dia memaksa saya masuk ke bilik bersama Lina, walaupun enggan saya terpaksa akur kerana bimbang mengganggu jiran apabila ibu menjerit-jerit seperti histeria. Sumpah, saya tidak pernah menyentuh Lina kerana cinta saya hanya kepada Asmah. Lebih menyedihkan, Asmah meminta saya menceraikan dia, tetapi saya meminta dia bertahan dan berjanji akan melakukan sesuatu.
Apabila ibu pulang ke kampung dengan ugutan penuh bermakna kepada saya, saya dengan segera berkemas meninggalkan Lina yang terpinga-pinga dan membawa Asmah ke tempat lain yang dirahsiakan daripada keluarga.
Semuanya sudah saya rancang. Saya mengambil keputusan untuk mengikut teman baik yang bekerja di luar negara dan tiga bulan selepas itu saya terbang ke bandar raya D bersama Asmah. Atas bantuan rakan peguam, saya membawa kes ke mahkamah dan menceraikan Lina. Saya tahu Lina tidak bersalah, tetapi perkahwinan kami bukan atas kerelaan saya.
Saya mendapat tahu keluarga mencari saya, tetapi biarlah saya membawa hati yang lara kerana tidak sangka ibu sanggup melukakan hati anaknya sendiri. Bukan hendak menjadi anak derhaka, tetapi jika keluarga sendiri sanggup membohongi saya, tiada apa lagi yang boleh membuatkan saya tunggu lagi.
Kini saya masih di D dan bahagia bersama Asmah serta dua cahaya mata kami.”
Panjang sebenarnya kiriman e-mel Din, tetapi terpaksa dipendekkan kerana ruang yang terhad. Cik Kuntum tidak sangka, pada zaman moden ini masih ada lagi kahwin paksa dan kisah menantu pilihan.
Tetapi, Cik Kuntum bangga dengan Din yang melakukan perkara terbaik walaupun mungkin melukakan hati keluarga termasuk ibu. Ada sesetengah lelaki yang mungkin gembira dengan apa yang berlaku jika berada pada tempat Din, tetapi Din sebaliknya.
Kepada ibu bapa hari ini, jadikan kisah Din sebagai pengajaran. Tetapi biarlah pastikan pilihan mereka itu adalah yang terbaik dan paling penting, berbincanglah sebelum melakukan sesuatu. Itu cara terbaik supaya tiada masalah yang timbul kelak. 

Kredit : IntimKu
Sumber: Berita Harian
Oleh : Cik Kuntum / cikkuntum@bharian.com.my

Jatuh Cinta Dengan Doktor Gigi

15 Feb 2018



Tq admin kerana beri laluan kisah aku yang tak seberapa ni.
Hi guys, terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis . Kisah aku ni tak berat mana pun, tapi saja suka nak berkongsi kat sini juga. Aku nak minta tolong korang bagi aku idea macam mana nak pikat hati sorang perempuan ni. Yes, aku dah jatuh cinta dengan perempuan ni. Jatuh cinta pandang pertama. Aku rasa macam aku dah angau sangat dengan si dia ni. Korang pernah dengar lagu JAMPI-Hael Husaini. Haa…sebijik kena dengan situasi aku sekarang. Macam dah kena jampi dengan aura si dia ni. Nah..aku letak sekali lirik lagu ni kat sini, kalau nak dengar lagunya korang carilah kat Youtube.

Lirik Lagu Jampi- Hael Husaini
Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada
Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu.
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai
Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah
Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu
Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai
Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selamanya Kau milik ku
Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai
dan bilaaaa
ternyataaaa
aku cintaiiii

Ha..confirm korang nak cakap aku jiwang karat kan? Tak apalah, aku tak kisah. Dulu pun aku tak percaya dengan cinta pandang pertama ni. Tapi bila dah terkena, ambik kau! Panahan dia memang sukar nak gambarkan. Ha ha ha,..aku pasti semua orang ada pengalaman cinta pandang pertama. Ni pengalaman pertama aku, jadi aku naklah korang share macam mana nak pikat wanita yang aku dah sayang ni.

Macam mana aku kenal dengan si dia ni ?

Okay, kisahnya bermula sewaktu insiden nak minta MC (sijil sakit). Oh ya, nama si dia ni Dr. Aisha. Ya, dia seorang doktor gigi. Aku rasa umur dia dalam lingkungan 27 tahun gitu. Ada satu hari ni, aku rasa macam malas nak pergi kerja, jadi aku plan nak ambik MC je. Tapi nak pergi klinik biasa , tak tahu nak cakap sakit apa. Kebetulan gigi sakit. Berlubang. Jadi aku fikir nak pergi tampal dan buat scaling sekali, kemudian nak minta MC lah. Dah pergi klinik, daftar dan terima rawatan tampal tu, aku pun trylah mintak MC. Nak tahu apa feedback Dr. Aisha. Dia tak nakk bagi MC tu. Dia cakap kalau setakat tampal gigi , kita tak boleh bagi MC kat patient. Aku yang kepala berangin sikit ni macam nak marahlah jugak kan. 

Aku : “Apa ni doktor, takkan MC pun tak boleh bagi? Saya betul-betul tak fit nak pergi kerja ni."
Dr. Aisha : “Maaf encik, kami ada rules. Kalau setakat tampal gigi, kami tak boleh nak bagi MC sesuka hati”
Aku : “Ya lah saya faham, tapi saya minta atas budi bicara doktorlah ni, bagi saya MC”
Dr. Aisha : “Maaf encik, kalau nak juga MC, encik boleh try kat klinik lain. Ni nak sambung buat scaling ke macam mana”
Aku : “Tak perlu, apalah doktor ni tak sporting langsung. Saya bayar mahal-mahal, macam ni saya terima layanan dari seorang doktor. Mana pergi sifat timbangrasa seorang doktor?” 

Aku masa ni agak marahlah kan. Terus keluar , tak tersengaja terhempas pintu bilik dia. Memang agak kurang ajarlah jugak masa tu aku punya reaksi. Sebulan lepas kejadian tu, aku tak tahulah kenapa rasa macam tak sedap hati. Asyik duk teringat kat Dr Aisha. Rasa bersalah sangat-sangat. Makan, mandi , kerja , tidur, semua aktiviti aku terbayangkan Dr. Aisha. Ini tak boleh jadi ni, mesti sebab aku bersikap kurang ajar masa tempoh hari tu. Aku rasa aku perlu minta maaf dengan doktor ni. Jadi aku buat lagi sekali appointment dengan doktor tu. Kali ni kononnya nak sambung buat scaling. Masa tunggu nama dipanggil hati aku rasa berdebar-debar. Mulut pun rasa macam kejang je. Boleh ke aku nak minta maaf ni. Bila dah masuk dalam bilik, aku duduklah atas kerusi tu, sambil-sambil Dr Aisha prepare barang-barang treatment. Bila doktor dah ready, doktor pandanglah ke arah aku nak suruh ngangakan mulut. Mata kami bertembung . Aku terpana. Sampai lupa nak nganga mulut. Doktor tu pun macam terkejut. Apa ada dalam mata kami ni ? Dari mata terus jatuh ke hati.

Dr Aisha : “Encik, buka mulut. Oh ya, proses scaling ni tak dapat MC ye”

Ha ha ha, aku tersenyum. Aku faham, mungkin doktor masih kecil hati atau marah kat aku sejak insiden hari tu.

Aku : “Doktor, sebenarnya saya datang bukan setakat nak scaling. Saya nak minta maaf atas sikap saya tempoh hari. Tak ada niat pun nak tinggikan suara ,nak marah atau nak komen doktor hari tu. Hari tu memang salah saya. Saya desperate, jadi tetiba saya bersikap di luar kawalan. Maafkan saya doktor”

Dr Aisha berdiam diri je, terus minta aku buka mulut nak start buat scaling. Tapi proses scaling kali ni memang pelik. Selalu tak sakit. Kali ni sakit gila weh. Di tunjal-tunjal gigi aku ni tanpa kesian. Tak apalah aku tahankan je. Mungkin sakit hati doktor ni lagi perit daripada sakit gigi aku ni. Habis je rawatan, aku tanyalah doktor samaada maaf aku diterima atau tak. Dr Aisha tersenyum sinis je. Sejak-sejak hari tu, aku rasa macam tak keruan. Kalau tak jumpa rasa rindu. Setiap minggu, aku mesti nak buat appointment nak jumpa Dr. Aisha. Janji dapat tengok muka dia pun jadiklah.

Sampailah satu tahap, assistant klinik tu cakap, Dr Aisha dah tak nak terima aku as patient dah. Aku tanya kenapa? Assistant tu cakap sebab gigi aku dah tak ada apa-apa nak dirawat dah. Semua dah elok. Apalagi frustlah aku. Macam mana aku nak jumpa Dr Aisha lagi ni. Aku minta dengan assistant tu , kali ni last nak jumpa dengan Dr. Aisha. So dapatlah jumpa. Kami tak ada buat apa-apa treatment pun. Duk sembang di meja doktor.

Aku : “Doktor, saya betul-betul ikhlas minta maaf dengan doktor atas kejadian hari tu"
Dr. Aisha : “Takpe encik, saya dah lupakan dah pun”
Aku : “Betul ke, lepas ni saya dah tak boleh terima apa-apa rawatan dari doktor lagi?”
Dr. Aisha : “Maaf encik, gigi encik semua dah ok dah. Dah terrawat semuanya. Tak ada apa lagi yang boleh dirawat dah. Gigi semua cantik. Kecualilah encik nak cabut gigi sekadar suka-suka je”...senyum sinis Dr. Aisha.
Aku : “Oh ye ke , doktor. Ya saya faham, gigi saya semua dah ok, tapi-tapi saya rasa doktor kena rawat hati saya pula. Saya rasa saya dah suka kat doktor. Boleh tak kita berkawan? Boleh tak saya kenal dengan doktor dengan lebih dekat” 

Itulah last perbualan kami. Mati di situ sahaja. Doktor tu terkejut jugaklah dengan pengakuan aku, tapi senyap macam tu je. Perjumpaan kami tamat dengan tergantung macam ni aje. Oh kawan-kawan, apa lagi teknik aku nak pakai ni. Aku serius dah jatuh cinta dengan Dr Aisha ni. Malam tak boleh tidur wehhh...

Selepas Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Kehidupan Dan Ekonomi Rumahtangga

3 Jan 2018



Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.

Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.

Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. 

Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. 

Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah. Pelik.

Masalah duit yang tak pernah selesai.

Sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..

Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.

Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.

Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.

Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. 

Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.

Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.

Sumber : Aliff Channel
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.