SLIDER

Serius Anda Nak Resign , Nak Jadi Surirumah? Hadamkan Testimoni Wanita Ini Terlebih Dahulu!

2 Jun 2017


Ketika ini , memang ramai wanita yang berkeinginan untuk menjadi surirumah sepenuh masa semata-mata ingin menjaga rumahtangga dengan sempurna. Bukan mudah untuk menjadi surirumah yang perfect ya, kerana tugas-tugasnya bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Mungkin ada yang beranggapan, jadi surirumah hanya berada di rumah, buat kerja rumah sahaja berbanding tugasan di pejabat yang penuh dengan situasi stress.

Hakikatnya jobscope pekerjaan surirumah lebih banyak, unlimited, 24 jam tanpa cuti, tiada cuti sakit, tiada gaji , tiada me-time dan macam-macam lagi. Senang kata ia memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Bayangkan anda pada masa yang sama adalah seorang ibu, isteri , doktor, chef, cikgu, consultant, driver, ustazah ngaji, maid , akauntan , baby-sitter , dan banyak lagi.  

Tujuan admin bukanlah nak menakut-nakutkan anda ya . Tapi saje je nak share pengalaman wanita ini. Tak dinafikan, pekerjaan surirumah-lah pekerjaaan yang paling terbaik di dunia dan ganjaran pahalanya tak mampu di tandingi kerana dijauhi fitnah. Dengan syarat , anda ikhlas dan anda lakukan betul-betul niat kerana Allah. Biarlah pengorbanan yang anda lakukan ini benar-benar kerana nak jadi wanita dan isteri solehah. Jangan nanti bila tetiba jadi surirumah, tertekan dengan bebanan kerja, rumahtangga ke mana , anak-anak di dera dan emosi jadi tidak stabil.

Sooooooo,....nak jadi surirumah ? Anda kerja bergaji 3k, 4k, 5k malah 10k sebulan, beranikah anda melepaskan semuanya semata-mata menjadi surirumah? Di samping berbincang dengan suami dari segi kewangan, komitmen dan tanggungjawab bersama, kita ikuti tips , pengalaman dan panduan daripada perkongsian di facebook oleh Cik Puan Nurul yang telah berjaya menjadi surirumah dengan sukses-nya. Semoga ada antara catatan-catatan beliau dapat membantu anda untuk membuat keputusan dengan baik. Semoga anda berjaya dengan mana-mana pilihan pun. Good Luck !!!!

-Admin Laman Qaseh-



Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:

1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.

2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.

3. Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah & bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau...kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah.

4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.

5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska & rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia.

6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska. Sekarang... dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe... anak2 dah sekolah nanti boleh repeat semula.

7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?" "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal" "syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.

8. Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau tak resign dulu... sekarang gaji mesti dah beribu bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.

Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah! 

Kredit : Fb CikPuanNurul



Gara-gara Fake Braces, Bukan Cantik Yang Dapat Tapi Bahana

1 Jun 2017




Kebelakangan ini ramai yang memakai braces, terutama sekali anak muda-mudi. Objektif braces sebenarnya untuk memperbetulkan struktur gigi yang teruk menjadi lebih baik. Namun rata-rata sekarang ni, ramai yang memakainya kerana ikut trend fashion masa kini, kerana memakai braces ni seolah-olah melambangkan kemewahan kerana harganya yang agak mahal. Oleh kerana mahal, ada sesetengah orang mencari fake braces, yang mana ianya jauh lebih murah. Perasaan ingin mencuba membuatkan ada sesetengahnya tidak memikirkan kesan mudarat di kemudian nanti, asalkan hajat memakai braces tercapai. Ingat ye korang , yang nak pasang fake braces bukannya doktor bertauliah tau, tapi orang biasa tapi dia claim tahu pasal braces. Dah banyak kes di terima oleh doktor di klinik pergigian untuk membuang fake braces, kerana gigi mereka menjadi lebih teruk. Kepada sesiapa yang nak mencuba fake braces tu , fikir-fikirlah banyak kali. Takut menyesal tak sudah. Gara-gara nak cantik, tapi mendapat bahana. Sebelum nak pakai tu, kita baca maklumat betul-betul dari sumber yang sah dan cuba hadamkan.

-Admin Laman Qaseh-


Apa itu fake braces?
Fake braces ialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik). Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik.

Apa itu aplian tetap ortodontik?
Aplian tetap ortodontik adalah alat-alat yang digunakan untuk rawatan ortodontik. Ianya terdiri daripada ‘bracket’ (pendakap), wayar dan getah yang dilekatkan pada permukaan gigi.

Aplian tetap ortodontik digunakan oleh pakar ortodontik untuk menggerakkan gigi yang tidak teratur dengan pemeriksaan secara berkala sehingga menjadi susunan yang cantik. Pemeriksaan berkala ini mengambil tempoh biasanya dua setengah hingga ke tiga tahun.

Contoh gambar fake braces.


Contoh gambar aplian tetap ortodontik

Siapa yang selalu memakai fake braces?
Golongan remaja ialah mereka yang selalunya memakai fake braces ini.

Kenapa remaja memakai fake braces?
Bagi golongan remaja, pemakaian aplian ortodontik kadangkala boleh dilihat sebagai suatu fesyen. Permukaan gigi yang dihiasi dengan getah-getah ortodontik yang berwarna-warni dan berbentuk menarik kelihatan seperti aksesori. Getah-getah ortodontik ada yang berbentuk bunga, bintang, watak kartun (mickey mouse) dan sebagainya.

Susunan gigi mereka ini biasanya sudah teratur dan tidak memerlukan rawatan ortodontik. Tetapi oleh kerana ingin mengikut tren dikalangan rakan sebaya, mereka sanggup melekatkan fake braces ini pada permukaan gigi masing-masing.

Contoh gambar getah fake braces.

Di mana fake braces ini diperolehi?
Fake braces ini dibeli secara online melalui media internet iaitu instagram, facebook dan twitter. Ada juga dijual secara haram disesetengah salun dan pasar gelap. Kos fake braces ini jauh lebih murah berbanding dengan rawatan ortodontik. Ianya berharga di dalam lingkungan RM90 ke RM150 sahaja.

Bagaimana fake braces ini dipasang?
Pemasangan fake braces ini dibuat sendiri oleh pembelinya. Tutorial yang menunjuk ajar cara memasang fake braces ini berleluasa di laman media sosial. Ada juga perkhidmatan memasang fake braces ini di hotel-hotel atau dari rumah ke rumah para pembelinya.

Berbanding rawatan ortodontik, pakar ortodontik yang bertauliah dan berpengalaman yang akan memasang aplian tetap ortodontik. Beliau juga akan menerangkan penjagaan selepas pemasangan.

Berapa lama fake braces ini dipasang di dalam mulut?
Biasanya fake braces ini dipasang dalam tempoh 3-5 bulan sahaja. Jika melebihi tempoh berkenaan, gam yang melekatkan fake braces ini sudah tidak dapat melekatkannya dengan baik. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada remaja berkenaan sama ada untuk memakainya dengan lebih lama atau pun tidak.

Adakah fake braces ini berbahaya?
Sudah tentu ianya bahaya. Ini kerana isi kandungan fake braces ini tidak diketahui samada selamat untuk kesihatan atau tidak. Terdapat laporan mengatakan salah satu bahan yang terkandung di dalam fake braces ini adalah plumbum yang berbahaya pada kesihatan.

Selain daripada itu alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dinyahkuman sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian ortodontik.

Banyak saranan yang telah diberikan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menghalang orang ramai memakai fake braces di atas sebab keburukan dan kemudaratannya pada kesihatan.

Terdapat dua kematian yang dilaporkan di Thailand yang dipercayai berpunca akibat tertelan fake braces.

Adakah pemakaian fake braces ini memberi sebarang kesan pada gigi?
Semestinya. Pada permukaan gigi, kesan gam yang dilekatkan boleh menyebabkan gigi terhakis. Karies gigi dan gusi berdarah juga boleh terjadi kerana tiada penerangan untuk penjagaan gigi selepas pemasangan. Tunjuk ajar cara memberus gigi tidak diberitahu kepada para pembeli fake braces.

Selain itu, pemasangan fake braces boleh menyebabkan pergerakan gigi secara tidak langsung. Walaupun pergerakan gigi ini mungkin tidak banyak, ada juga kes dilaporkan hampir menyebabkan gigi goyang dan hampir tertanggal dari gusi.

Apa yang perlu dibuat sekiranya saya telah memakai fake braces?
Segeralah mengunjungi klinik pakar ortodontik untuk menanggalkan fake braces ini. Pemeriksaan penuh juga akan dilakukan oleh pakar ortodontik untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada gigi telah berlaku. Rawatan yang sepatutnya akan diberikan oleh pakar ortodontik dan doktor pergigian.

Keratan akhbar mengenai bahaya fake braces

Penerangan di media sosial mengenai bahaya fake braces
  www.youtube.com/myohd

Semakan Akhir : 19 Jun 2015
Penulis : Dr. Noorhanizar bt. Mansor
Akreditor : Dr. Hjh. Fatimah bt. Abdullah

Kredit : PortalMyHealth



Kalau Nak Jadi Isteri Kedua, Jangan Cari Lelaki 'Pak Turut'



BUKAN mudah hidup bermadu. Manis di mata orang tetapi pahit di mata empunya diri yang bermadu dan berkongsi kasih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah ibaratnya.Tidak semua orang bermadu menikmati bahagia dan disayangi suami terutama bab berlaku adil. Mesti ada yang tidak kena di mana-mana.Ada suami yang hanya berani berpoligami tetapi tidak sanggup berlaku adil dan bertindak mengawal keadaan supaya rumah tangga yang dibina sentiasa di dalam keadaan baik, sedangkan hakikatnya bagai api di dalam serkam. 

Inilah kehidupan yang dilalui Marina (bukan nama sebenar) yang sudah lima tahun hidup bermadu sebagai isteri kedua. Susah senang tiada siapa yang tahu semuanya ditanggung sendiri kerana kasihkan suami. Sayangnya hak sebagai isteri kedua diketepikan oleh suami.
Kepada saya Marina meluahkan isi hatinya menjadi isteri kedua kepada seorang pegawai kerajaan yang mementingkan dirinya sendiri dan hak isteri pertama yang tidak pernah diganggu walaupun sedar isteri keduanya makan hati.

Ini cerita Marina.

“Saya berusia 35 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan empat orang anak yang sedang remaja. Saya bertugas sebagai kerani di sebuah bank. Kami berkahwin atas dasar cinta setelah berkenalan di satu seminar di utara tanah air lebih kurang enam tahun lalu. “Setahun juga kami bercinta dan saya tahu dia suami orang dan ada anak. Akan tetapi masa itu semuanya indah. Walau suami orang saya rasa dihargai dan disayangi. Kami selalu berjumpa apabila suami ada tugasan di luar daerah di utara.

“Lama lama saya menerima lamarannya untuk menjadi isteri kedua. Walau keluarga melarang di peringkat awal tetapi saya berjaya memujuk ayah dan mak menerima suami yang dipanggil Iman (bukan nama sebenar) walaupun dia 10 tahun lebih tua dari saya ketika itu. “Memang jodoh saya dengan dia amat kuat. Perkahwinan kami berlangsung dengan meriah tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Suami hanya membawa rakan-rakan dan saudara mara yang rapat dengannya ke majlis pernikahan kami. 

“Setelah berkahwin saya tinggal di utara dan dia tetap di Kuala Lumpur. Maknanya saya terpaksa berulang ke sana jika ingin berjumpa dengannya atau dia akan ke utara. Itu perjanjian kami. Setahun keadaan amat menyenangkan saya. Macam suami isteri lain saya merasa disayangi dan sangat bahagia. “Setiap akhir bulan suami datang menemui saya. Jika dia tidak dapat datang saya akan ke Kuala Lumpur dan menginap di hotel. Hampir dua tahun hidup kami begitu sehinggalah saya mengandungkan anak sulung kami. Isteri pertamanya masih belum tahu tentang perkahwinan kami.

“Tahun kedua kami berkahwin, ujian mula datang, satu demi satu. Suami jarang datang berjumpa saya di utara. Telefon kurang dijawab, mesej tidak berbalas. Saya mula fikir yang bukan-bukan. Saya mendesak suami mengaku sama ada isterinya sudah tahu tentang perkahwinan kami. Dia berkata ya dan meminta saya supaya tidak risau kerana dia tahu apa yang hendak dibuatnya.“Satu hari ketika saya sedang menunggu suami di hotel saya didatangi oleh seorang wanita yang mengaku dia isteri kepada Iman. Saya sangat terkejut dan hilang kata-kata. Saya dapat cam wajahnya kerana suami pernah menunjukkan gambar isteri pertamanya kepada saya. 

“Saya cuba mengawal perasaan dan tidak menunjukkan rasa takut walaupun pada dasarnya memang saya sangat takut sebab tidak bersedia untuk menghadapinya dalam keadaan begini. Saya layan dia dengan baik dan bercakap dengan sebaik bahasa yang saya dapat. “Dia juga tidak marah dan tidak meninggikan suara dengan saya. Dia hanya bagi amaran supaya saya tidak meminta yang bukan-bukan daripada suami kami kerana katanya suami tidak mampu. Mereka hidup senang kerana harta dan perniagaan yang dia buat. “Saya beranikan diri bertanya dari mana dia tahu yang saya telah bernikah dengan suaminya. 

Dia ketawa dan berkata, setiap kecurangan pasti Allah akan tunjuk kebenarannya. Saya terdiam. Maknanya dia menyiasat tentang suami dan membongkar rahsia yang kami simpan hampir dua tahun ini. “Betul tekaan saya dia mengintip pergerakan kami setelah syak suami sering berulang alik ke utara dan setiap hujung bulan akan ke luar. Memang saya duga perkara ini akan berlaku. “Saya menjawab setiap soalannya dengan suara perlahan. Saya tidak takut, hanya bimbang tersalah cakap sehingga menimbulkan kemarahannya. Tapi Alhamdulillah dia wanita yang baik dan tidak menyerang saya membabi buta.

“Walaupun saya tahu dia kecewa dan marah tetapi sikapnya sangat baik terhadap saya. Pertemuan hampir sejam itu berlalu dalam keadaan yang sangat tertekan buat saya. Dia memberi amaran yang saya tidak akan dapat apa yang saya inginkan. “Maksudnya hak saya untuk menyambut hari raya dengan suami, bercuti dan sebagainya tidak akan berlaku. Jangan mimpi katanya. Pendek kata dia sudah buat peraturan yang saya hanya di tempat kedua. Saya kena sedar diri dan tahu hak saya di mana. 

“Saya tidak menangis di hadapan dia kerana tidak mahu nampak saya lemah, tetapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Sedihnya tidak dapat hendak digambarkan dengan kata-kata. Sampai hati dia buat saya macam ini. Yang saya pelik kenapa suami boleh biarkan dia datang berjumpa saya macam itu sahaja. “Atau memang suami tidak tahu yang dia datang berjumpa saya. Selepas dia balik saya menangis tidak berhenti. Saya sedih dengan nasib saya selepas ini. Apa maknanya bernikah dan ada suami kalau masa depan saya gelap dan tidak bahagia seperti pasangan suami isteri lain.

“Saya lalu teringat kata-kata ibu dan ayah. Bukan mudah hidup bermadu. Kena sabar dan reda dengan apa yang bakal dilalui. Sekarang baru saya rasa apa yang ayah dan ibu kata itu benar belaka. Tetapi semuanya sudah berlaku. Takdir Allah untuk saya akan saya terima. “Dua jam selepas kami berjumpa suami datang. Dia kelihatan resah dan macam orang bersalah. Sebelum saya buka mulut dia sudah minta maaf di atas apa yang berlaku. Benar sekali yang isteri pertamanya datang dengan izinnya.

“Katanya dia tidak ada pilihan. Isterinya mendesak supaya dia mengaku dan mahu berjumpa saya. Sudah lama dia tahu rahsia ini tetapi dia diamkan diri dan menunggu masa yang sesuai untuk bersemuka dengan saya dan suami. “Dia sengaja biarkan suami ke luar daerah setiap hujung bulan kerana dia tahu suami berjumpa saya. Dia kumpul bukti, gambar gambar kami bersama dan di mana kami pergi. Memang dia bijak. “Sejak itu saya tidak mendapat hak saya. Suami tetap balik tetapi macam tergesa-gesa dan saya tidak lagi dibenarkan ke Kuala Lumpur oleh madu saya. 

Keadaan saya makin tertekan setelah anak kami lahir. Saya membesarkan anak seorang diri dengan bantuan keluarga. Ada suami macam tidak ada. “Anak saya kini sudah berusia empat tahun. Sesekali sahaja dia berjumpa ayahnya. Pada hari raya pun dia jarang dapat beraya dengan ayahnya macam orang lain. Sebab ayahnya beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga pertamanya. “Saya mula bingung memikirkan hal ini. Belum sekali saya dapat menyambut hari raya bersama suami sejak kami bernikah. Saya mula rasa bosan dan sedih. Lebih lebih lagi apabila keluarga bertanya ke mana suami saya?

“Sekarang saya sedang memikirkan apakah yang terbaik untuk masa depan saya. Jika inilah yang berlaku untuk masa akan datang saya rasa elok saya hidup sendiri, tidak makan hati dan bersedih. Tapi bila memikirkan anak yang perlukan ayahnya saya tidak sampai hati. “Tapi apa maknanya ada ayah jika setahun sekali nak beraya sama pun susah. Sebulan sekali datang menjenguk anak juga tidak mencukupi untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah. Tidak dinafikan nafkah batin dan zahir saya diberi tetapi yang saya pentingkan kasih sayang dan perhatian seorang suami.

“Ayah dan mak malas hendak campur tangan sebab mereka sudah memberi amaran kepada saya sebelum bernikah dahulu. Berani buat kena tanggung, kata ayah. Masih saya ingat kata-kata ayah yang tegas itu. “Saya masih berharap suami akan berubah dan tidak mendengar kata isteri pertamanya. Saya juga ada hak. Suami patut ingat dia ada tanggungjawab untuk saya dan anak kami. Dia harus berani berdepan dengan isterinya bukan menjadi pak turut. “Jika keadaan tidak berubah saya terpaksa memikirkan semula hubungan kami. Bukan saya minta untuk berpisah tetapi saya perlukan jaminan untuk masa depan saya dan anak kami. Saya tidak sanggup lagi hidup begini selamanya.

“Anak pula selalu bertanya mana ayahnya? Sampai bila saya hendak sembunyikan dari anak yang ayahnya kerja jauh? Dia semakin besar dan semakin faham dengan kehidupan ibunya. Ini yang saya fikirkan. Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan tabah dan sabar. “Kepada madu saya jika terbaca catatan ini atau semua wanita yang hidup bermadu, terutama isteri pertama janganlah sekat suami untuk berjumpa isterinya yang lain. Mereka juga ada hak untuk mendapat perhatian dan kasih sayang suami.

“Kami juga tidak minta untuk berkongsi suami tetapi takdir Allah yang menentukan begitu. Kita sama-sama kena terima dan reda. Semoga suami juga membaca dan membaiki kelemahannya sebagai suami. Ingat saya dan anak adalah amanah yang Allah berikan kepada abang.“Semoga masih ada cahaya indah untuk saya dan rumah tangga kami dapat dipertahankan. Saya sayang suami dan saya hanya mahukan keadilan dalam ikatan perkahwinan ini,’’ Marina menamatkan ceritanya.

Sedih saya membaca cerita Marina. Memang tidak semua orang menerima nasib yang sama. Ada wanita yang bermadu hidup senang dan bahagia. Ada yang tidak seperti mana Marina hadapi. Tapi saya harap Marina bersabar. Mungkin suami perlukan masa untuk memujuk dan berbincang dengan isteri pertamanya. Bukan mudah untuk berpoligami jika tidak bijak menanganinya dengan baik. Tetapi saya puji sikap suami yang masih menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah zahir batin kepada Marina.

Menamatkan catatan pesanan saya, kebahagiaan akan datang se­­telah diuji dengan pelbagai masalah. Walau berat walau pahit, bersabarlah kerana dalam apa juga keadaan, Allah akan pulangkan hak hambaNya kepada mereka yang berhak. Jangan putus berdoa dan jangan putus mengharap.

Salam.

Kredit : UtusanMalaysia


 

Pengalaman Paling Seram Di Rumah Sewa

Pernah tak korang , bila tinggal di satu-satu tempat baru, rasa tak sedap hati dan lain macam je. Admin pernah. Memang tak boleh tidurrr lah. Tak kiralah, hotel ke, homestay ke, rumah baru atau rumaah sewa. Orang tua-tua kata kalau tempat tu dah lama di tinggalkan, tak ada orang duduk selama beberapa bulan, ada 'makhluk' lain yang akan menumpang di situ. Sebab tu bila kita masuk, kita akan rasa macam ada sesuatu yang perhatikan kita. Dan bermulalah gangguan-gangguan  halus. Dan sebab itulah juga, kita ni di sarankan , kalau nak stay kat mana-mana, ada doa khusus dan solat sunat khusus untuk dibaca apabila masuk ke sesuatu tempat baru, bagi mendoakan semoga Allah melindungi kita. Kita ikuti kisah menyeramkan yang diikongsikan ;

-Admin Laman Qaseh-

Salam, kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dpt rumah sewa area Taman Medan dgn harga yg not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa ni aku dh rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dlm bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu. Dlm hati aku tdetik, "kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dlm bilik ni ke?". Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri. Aku tanpa byk soal, aku terus campak kain tu dlm tong sampah luar rumah. Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yg blaku pun. Siap aku menari2 lagi dgn suami dlm rumah.

Masuk hari kedua, start dh buat hal. Suami pergi kerja. Aku dlm bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada org mandi mcm org gila kt bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sgt nk mandi. Aku menangis dn terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yg patut. Bila bunyi org mandi dh hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul2 landing dlm lubang jamban duduk tu. Lpstu ada najis dkt ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.

Bukan itu saja, mlm tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu dtg dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dgn bende2 aneh mcm ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa byk ckp, suami dgn bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dh takde apa2 gangguan dh. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nk pecah. Ketuk bertalu2 mcm pencegah maksiat yg ketuk dh bunyinya. Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dn dekat perut, bsar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah. Tapi aku tperap dlm bilik la. Dari pagi hingga ke ptg takde apa yg berlaku, tp ade pekara aneh yg terjadi waktu suami balik kerja, suami kata "awk bermantera apa dgn sy ni?", aku tak phm dn tanya suami, "mantera apa bang?". Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,

"terbang melayang2, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx.................

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dh start main bakar2 pulak, tgh sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. 

Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba2 retak serentak. Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sbb lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dn mintak tlg dtg kerumah. Ustaz tu kata, "saya dekat Kuantan, Pahang ni."

Lepas je ustaz ckp mcm tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni, "di Kuantan ya? Hihihihi." Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, "jgn kacau la setan!", sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, "ustaz dgr tadi?". Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dh pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dh macam org tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera mkn aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, "melampau la ni!". Suami suruh kemas baju2 nak blah. 

Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dgr ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dgn rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat). Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. 

Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dh nmpk, mmg tcabut skru lutut. Tdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.

Skrg aku dan suami dh tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je. Kt sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye2 semua, salam.

Kredit   : KRT


Keluarga Orang Susah, Tapi Adik-Adik Tidak Hargai Pengorbanan Kakak

31 May 2017


Asni, 25, merupakan seorang kakak yang amat bertanggungjawab terhadap adik-adik dan kedua-dua orang tuanya. Dia yang bekerja sebagai seorang operator pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang merupakan tonggak harapan keluarga. Sebagai anak sulung, Asni, amat peka dengan keadaan keluarganya yang memerlukan pendapatan tambahan, selama ini hanya berharap kepada ayahnya, seorang buruh kasar.

Bagi Asni, biarpun hanya bekerja di sebuah tempat biasa-biasa sahaja, dengan gaji yang sederhana, namun dia sentiasa bersyukur kerana sebaik habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia akhirnya mendapat kerja bagi membantu keluarga. Asni mempunyai tiga orang lagi adik-adik perempuan bawahnya yang sekarang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dan awam yang terletak di Kedah dan Pulau Pinang.

Demi melihatkan adik-adiknya berjaya pada masa depan dan demi mengejar cita-cita mereka, Asni menggalakkan adik-adiknya belajar ke mercu menara gading biarpun dia terpaksa bekerja keras untuk ‘menyara’ adik-adiknya secara bulanan. “Hendak harapkan ayah, gaji dia tidak seberapa. Ibu pula tidak bekerja dan adik-adik pula masih lagi belajar.

“Saya reda berkorban demi adik-adik kerana mereka insan-insan yang menjadi harapan keluarga untuk meneruskan perjuangan membebaskan kehidupan kami yang dihimpit dalam kancah kemiskinan. “Belajar di IPT ini memang memerlukan banyak duit, biarpun ada Tabung PTPTN, tetapi apabila apabila sampai bab ke makan dan minum, sedikit sebanyak kita juga yang hendak menanggungnya.

“Pada mulanya, ketika ketiga-tiga mereka hendak masuk kolej dan belajar tinggi, ibu ada juga melarang kerana khuatir tidak dapat menampung perbelanjaan sekali serentak. Tetapi ketika itu saya yang beria-ia meminta mereka masuk ke menara gading kerana ingin mereka berjaya satu hari nanti. “Saya tidak mahu mereka jadi seperti saya yang hanya belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi kerana berkorban demi keluarga,” katanya.

Menurut Asni, dek kerana mahukan kejayaan adik-adik jadi kebanggaan keluarga, hampir separuh pendapatannya diberikan kepada adik-adiknya yang sedang belajar. “Mula-mula saya merasakan semuanya itu adalah sempurna. Saya tenang memikirkan tanggungjawab saya sepenuhnya kepada adik-adik tercapai. “Namun, lama-kelamaan saya merasa amat terhimpit kerana memikul beban yang tidak disangka-disangka apabila adik-adik mula meminta duit yang kata mereka amat diperlukan bagi pelajaran mereka. Kalau seorang meminta RM200 sebulan kalau tiga orang sudah tentu RM600.

“Itu belum lagi mereka meminta wang-wang sampingan yang kononnya diperlukan ketika hidup di kolej. Saya meminta mereka agar tidak keterlaluan dalam berbelanja, kena berjimat kerana sukar untuk membahagikan duit yang banyak setiap bulan. “Tetapi mereka memberi alasan kerana kononnya duit-duit itu diperlukan untuk belajar. Dalam ketiga-tiga adik, yang tengah itu memang tidak mendengar kata. Dia yang paling banyak menghabiskan duit dan meminta duit daripada saya, hampir setiap minggu.

“Saya sangat keliru dan tertanya-tanya betulkah dia perlukan sebegitu banyak duit untuk belajar sedangkan dia boleh berjimat-cermat. Tambahan permintaannya yang bukan-bukan seperti perlukan telefon bimbit baharu, baju-baju baharu dan sebagainya menyebabkan saya meradang. “Ibu ada juga menasihati adik saya ini agar tidak terlalu boros berbelanja, namun dia akan menengking kami dan merajuk. Dia berkata, dia perlukan duit yang banyak kerana hidup di kota metropolitan seperti di Pulau Pinang itu perlu pelbagai kemudahan.

“Saya bercadang untuk menghentikan bantuan kewangan kepadanya. Saya cuba ke kolejnya untuk berbincang. Namun apabila pergi ke sana dia tiada kerana mengikut kawan-kawannya ke bandar Georgetown bersama rakan-rakan luar kolej. “Terkejut dengan tindakan adik saya ini yang berpeleseran daripada belajar, saya menjadi marah. Patutlah tidak cukup duit selalu. Saya menelefonnya menyuruh dia balik ke rumah hujung minggu untuk berbincang dengannya.

“Namun adik saya enggan balik dan marah-marah. Dia berkata, kalau saya tidak memberinya belanja bulanan di kolej, dia juga mempunyai rakan-rakan luar yang boleh ‘sponsor’ dirinya di sana. “Saya tidak menceritakan semua itu kepada ibu dan ayah. Saya amat menjaga kesihatan ayah kerana pernah diserang angin ahmar beberapa bulan lalu. “Saya pun sebenarnya sudah muak dan bosan dengan perangai adik-adik ini. Sedikit pun tidak menghargai pengorbanan yang saya lakukan. Bukannya saya minta dibalas namun setidak-tidaknya berpada-padalah dengan pebelanjaan bulanan. Saya ini bukannya cop duit setiap bulan.

“Bukan itu sahaja, mereka juga seolah-olah tidak menghargai saya kerana saya sendiri bagi mereka tidak berpelajaran tinggi, jadi saya tiada nilai pada mata mereka,” katanya.

Kredit : UtusanMalaysia


Serius Korang ! Nak Kenyang Dan Bertenaga? Ini 7 Idea Sahur Yang Berkhasiat Di Bulan Ramadhan



Admin ingin berkongsi pengalaman sendiri. Setiap kali Ramadhan, memang wajib admin makan OAT . Sebagai tambahan makan bersama kurma 3 biji. Nak bagitahu yang oat ni kita dah tahu ia penuh khasiat, cuma sajelah admin nak bagitahu, oat memang favourite food admin! Sangat-sangat sedap. Malah, selain di bulan Ramadhan, setiap hari admin akan layan oat pagi, tengah hari, petang dan malam. Kat dapur wajib kena ada oat. Jadi, bila bulan puasa, tiada masalah untuk admin sahur dengan oat. Kalau sesiapa yang on-diet , boleh ambil oat untuk membantu dalam proses nak kurus tu. Seriously, oat memang boleh mengenyangkan dan tahan sehingga berbuka. Bukan sahaja mengenyangkan, tapi bagus untuk kolesterol dan jantung.

Ya betul, ada sesetengah orang tak biasa makan oat, akan cakap tak sedap dan tak boleh telan. Sama dengan admin masa awal-awal dulu, masa mula nak berjinak-jinak dengan oat. Tapi lepas dah biasa latih diri makan oat, makin lama rasa macam makin sedap , dan sekarang dah tak boleh stop makan oat. Kalau tengok tv, sedang lepak dengan kawan-kawan, buat kerja, baca buku,  atau beriadah mesti nak kunyah oat. Dah jadi macam makanan wajib pula. Sekarang makan nasi pun , dah berkurang sukatannya. Anda mesti cuba. Tak rugi. Cuba sikit-sikit dulu, lama-lama akan OK.

Bukan sahaja kenyang dan berkhasiat tapi super sedappp ! I Love Oat ! Jom kita ikuti tips sahur di bawah.

-Admin Laman Qaseh- 

Dengan kembalinya bulan Ramadan, sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur. Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Nasi adalah menu biasa bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi ada juga yang mahukan kelainan, selain mahukan menu yang mudah dan cepat untuk disediakan pada awal pagi. Untuk itu, kami kongsikan tujuh jenis juadah bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba, terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi setiap hari.

1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang
 
Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.


2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket 'Smoothie'

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi. Contoh resipi di sini

4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. Contoh resipi di sini

5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

6. Oatmeal bakar

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan. Contoh resipi di sini

7. Paket oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik, mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan masa. Contoh resipi di sini


Kredit : AstroAwani


 

Kerana Terlalu Baik Hati, Ibu Di Sihir Orang Yang Cemburu


Salam,
Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 9.40 pagi,Sabtu,22.01.2011. Kisahnya bermula begini,

Ibuku adalah seorang ibu yang amat penyayang.Kasihnya terhadap anak2 tidak pernah berbelah bagi sehinggakan suamiku sendiri menyayanginya lebih daripada ibunya sendiri.Kata suamiku,amat susah nak mencari seorang mertua seperti ibuku. Rutin harian ibuku adalah seperti orang2 lain juga.Awal pagi bangun untuk solat subuh dan disudahi dengan mengaji.menyediakan sarapan,menyapu laman rumah.Setiap pukul 10 akan mengadakan solat dhuha.Adik2 ku sudah besar.Yang bongsu ingkatan 5 pada tahun ini.Kami 6 beradik.Hanya aku dan adikku sahaja yang baru  mendirikan rumahtangga.

Ibuku mengasuh 3 orang anak saudaraku berumur 1,4 dan 7 tahun.Adikku tidak mahu menyusahkan ibu dengan mengasuh anak2nya tapi kata ibuku,biarlah anak2nya menjadi teman sementara ayah dan adik2ku yang lain tiada dirumah.Kasih sayangnya terhadap cucu2nya tak berbelah bagi.selepas adik bongsuku pulang dari sekolah, ibuku akan ke surau berdekatn untuk mendengar ceramah agama(selalunya hari selasa,khamis dan sabtu).Setiap hari juga ibuku akan mengerjakan solat maghrib dan isyak di surau berdekatan rumah, tak pernah miss.orang2 kampung amat senang dengan ibuku.

Beliau amat ringan tulang untuk menolong orang,menziarahi orang sakit,mendengar masalah orang,amanah dan penyabar. Bulan 8 tahun lepas,tiba2 ibu mengalami batuk yang pelik. Kahak teramat banyak keluar. Adik2 telah membawanya ke beberapa klinik tapi masih tiada perubahan.Aku yang tinggal di K.Lumpur telah pulang dan mumujuk ibu untuk ke hospital.Ibu hanya akur dengan pujukanku. Ibu telah ditahan selama 2 minggu.Berbagai ujian darah,pengambilan tisu dilakukan tapi doktor tiada apa2 pengesahan tentang penyakitnya.

At last, ibu disahkan mengidapi tibi.Semasa di hospital,ada 4-5 orang mencadangkan supaya ibu dibawa berubat kampung.Katanya ibu ada gangguan luar.Aku ada terfikirkan perkara itu kerana setiap kali aku atau sesiapa sahaja mengurut,memicit ibu,badan akan sakit,lebam2 atau demam.Keluar dari hospital,kami membawa ibu ke DarulSyifa K.Trg.Kami amat terkejut kerana supa2nya batuk yang dialami ibu adalah santau angin yang dihantar orang. kaca kalimantan,berus periuk,bulu hitam telah keluar dari badan ibu. Ibu telah kami bawa berulang kali ke Darul Syifa sehinggalah tiada lagi apa2 yang keluar dari badan ibu semasa rawatan.

Kami amat gembira dengan perubahan baik ibu.Tetapi keadaan itu tidak lama.Ibu mengalami pula sakit2 badan yang tak terhingga sehingga mengguling2 kesakitan.Kami tidak sangguip melihatnya.Seorang ustaz yang kebetulan memberi ceramah di surau yang selalu ibu pergi telah kami panggil. Ustaz amat terkejut, katanya ada orang sakit hati dengan ibu(tetapi tidak diberitahu siapa).Ini kerana anak2 ibu semuanya baik2 dan tak pernah bergaduh sesama sendiri.Tidak seperti anak ‘orang’ itu yang x pedulikan dia(setelah dikorek berulang2 kali oleh ayah,barulah diberitahu)Ada jarum yang ditanam di bawah rumah.

Astaghfirullah….. Ustaz itu turut kelihatan sedih kerana dia mengenali ibu.Katanya, kenapa ada orang yang dengki dengan orang yang baik seperti ibu..Setelah beberapa kali berubat dengan ustaz itu, ibu beransur sembuh.. Satu hari,ibu saudaraku membawa seorang kenalannya yang pandai berubat.Katanya sama dengan ustaz yang mengubati ibu,ada orang dengki dengan ibu kerana anak2 semuanya baik2.ada lagi beberapa klu yang diberi tetapi kami masih x tau siapa.Tapi yang pasti jiran terdekat kami.Ibu beransur baik.Kami sentiasa mengawasinya dari segi pemakanan,ubat2an dan sebagainya.

Hari Ahad,16-1-11 selepas Maghrib,ibu tiba2 pelik.Mata x mahu dibuka,badan teramat lemah,x menyahut bila orang memanggil.Ayah yang x sedap hati telah memanggil semua saudara2mara datang.Kami membaca Yassin beramai2.Ibu kegelisahan.Ustaz dipanggil.Setelah dibcakan ayat2 suci Al Quran,barulah ibu dapat membuka mata dan mengenali kami semua.Dia meminta maaf dari kami semua jika dan salah dan silap yang telah dilakukan,halalkan semuanya. Katanya semua orang telah dia maafkan.Semuanya tidak disimpan didalam hati.Dia amat sayangkan semua orang.Kami amat sayu.Semua sepupuku,mak dan bapa saudaraku menangis kerana ibu amat rapat dan baik dengan mereka. Keesokan hari,ibu nampak lain macam.

Mata tidak mahu dibuka,bercakap dalam bahasa siam.Menjelang Asar,ada bau busuk berdekatan ibu.kami memanggil ustaz lain datang kerumah.Pelik tapi benar,turun saja dari kereta,ustaz itu telah muntah2 sambil menekup hidung.tiba2 dia bersilat di atas jalan didepan rumah.Selepas itu sebilah keris dikeluarkannya dan dihunus pada pokok mangga didepan rumah kami sambil membaca ayat2 Quran. Dia amat terkejut melihat keadaan ibu.Katanya ibu terkena buatan orang.Setelah dikorek oleh ayah,katanya orang itu adalah jiran kami,dengki dengan ibu.Ustaz itu telah memagar rumah dengan menabur garam,cili,lada hitam,asam keping di sekeliling rumah.

Semasa ustaz itu menabur bahan2 itu ke atas atap rumah,keluar percikan api yang kuat di atas bumbung.Kami amat takut ketika itu…Setiap kali selepas Asar,Ibu akan bercakap perkataan2 yang pelik.Mata langsung tidak mahu dibuka.Minum melalui straw.Makan sedikit sangat.Akan ada bau yang busuk selepas Asar sehingga Maghrib dan selalu ada seekor lalat yang pelik selalu terbang berdekatan ibu sahaja. Tetapi semangat ibu sangat kuat,walaupun dia dalam keadaan itu,ibu masih mahu sembahyang(sambil duduk).Selalu kami bisikkan ditelinga dengan bacaan ayat2 Kursi ditelinganya dan Alhamdulillah, masih ibu boleh ikuti bacaan itu.

Menjelang hari Khamis,ibu sudah tidak mahu makan dan tidak mengenali orang.Tanda2 ibu akan pergi sudah ada.Hidung ibu sedikit bengkok,telinga semakin jatuh.Kami tak berhenti membacakan Yassin untuk ibu.Kami tidak bersedia untuk kehilangan ibu yang amat kami sayangi.Ibu adalah ibu yang terbaik kami ada.Pada hari Sabtu pagi,setelah kami mengelap badan ibu,menukar baju ibu,mamakaikan ibu stokin,ibu membuka mata sambil tersenyum lebar.Kami amat gembira. Kebetulan ketika itu semua adik bradik,ayah,kakak ibu,bapa saudara ibu ada dirumah.Kami menyuapkan air.Ibu minum banyak.

Ayah tersenyum tetapi mengeluarkan air mata.Kami pelik, ibu memandang ayah seperti mengatakan sesuatu dan ayah hanya mengangguk,Ibu menarik nafas panjang dan ayah cepat2 mengajarkan ibu mengucap sebanyak 3 kali.Ibu sempat mengikut ayah mengucap,tersenyum dan menutup mata buat selama2nya.Kami amat merasakan amat tidak percaya dengan pemergian ibu yang sekejap itu.

Amat ramai yang datang menziarahi jenazah ibu,sehinggakan rumah rumah sentiasa penuh dan orang terpaksa tunggu untuk melihat ibu buat kali terakhir. Wajah ibu amat tenang.Ramai mengatakan wajah ibu seperti bayi yang sedang tidur,tersenyum.Kulitnya bersih.Adik2 perempuan saya telah memandikan ibu buat kali terakhir.Sungguh lembut tubuh ibu.Seperti badan seorang bayi,licin,bersih,lembut.Satu ruang rumah penuh dengan orang mendirikan sembahyang jenazah.Kami amat terharu dengan keikhlasan orang untuk menyembahyangkan ibu dengan jumlah yang ramai.

Alhamdulillah.

Tidak akan ada lagi selepas ini :
1. Bebelan ibu yang amat kami suka dengar
2. Masakan ibu yang tiada tandingannya
3. Ceramah ustaz yang ibu sampaikan kepada kami
4. Nasihat ibu yang tidak pernah memenangkan mana2 pihak
5. Suara ibu mengaji
6. Dan banyak2 lagi budi pekerti ibu yang sangat baik dan kami rindui

Hingga hari ketujuh,masih ada orang yang datang ke rumah kerana tidak mengetahui pemergian ibu. Bahkan ramai yang kami tidak kenali. 80% orang yang datang menziarahi jenazah ibu akan menitiskan air mata.Kami bangga mempunyai ibu yang amat disayangi semua orang. Sehinggakan ayah berpesan,jadilah seperti ibu,amat disayangai orang.Sebenarnya kami amat sakit hati dengan orang yang telah mengenakan ibu dengan cara ini.Semoga dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah…

Kisah ini hanyalah luahan hati saya yang amat sedih dengan pemergian ibu.Walaupun ibu telah pergi,tapi ibu tetap dan masih hidup dan segar di hati kami.Kepada sesiapa yang masih ada ibu,hargailah dan sayangilah ibu sepenuh hati.Ibu yang telah pergi tidak akan ada penggantinya lagi. Kepada sesiapa yang tinggal berjauhan,selalulah bertanya khabar ibu.Seorang ibu dan ayah tidak mengharapkan duit anak2 semata2, tetapi hanyalah perhatian,kasih sayang dari anak2. Bebelan ibu adalah satu nikmat,saya merasakannya sekarang.Suara ibu amat saya rindui…… Diharapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkah AL-Fatihah kepada ibu saya.

Amiiiinn.

Oleh : Prince of Yan
Kredit : ppim

 

Mengeluh Kerana Isteri Terlalu Cantik Dan 'High Maintenance'



Menarik juga kisah yang dikongsikan dan menjadi viral ni. Namun pada pendapat admin, tidak semua wanita cantik bersikap sebegini. Ya, memang ada yang seperti dimaksudkan, tetapi masih ada wanita yang cantik , luar dan dalam. Pokok pangkalnya, sebelum berkahwin, anda kena betul-betul mengenal hati budi teman wanita anda. Jangan terlalu gopoh dan tergesa-gesa untuk terus berkahwin disebabkan takut melepas gara-gara terlalu cantik. Budi pekerti yang baik akan menyerlahkan kecantikan di luaran. Ingatlah, apabila di alam perkahwinan ni, kita nak menjalani kehidupan yang terlalu banyak komitmen bersama-sama pasangan masing-masing. Jadi, saling bertolak-ansur , bertanggungjawab dan saling memberi dan menerima adalah sangat diperlukan. Tiada istilah mengeluh dan menyesal terhadap pasangan. Cuba perbaiki dan berbincang sebaik-baiknya untuk menjadikan perkahwinan lebih harmonis.

-Admin Laman Qaseh-

Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. 

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan 
facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”

Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Kredit : tipsremaja1



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.