SLIDER

Folic Acid Adalah Selamat Untuk Ibu-Ibu Mengandung

26 Sept 2017



Salam saudaraku Dr Noorul Amin.
.
Saya kira tulisan saudara kali ini berkaitan dengan asid folik dan autisma adalah menyimpang dari keseluruhan artikel sebenar webmd.com.[1] Saudara hanya mengambil konteks ayat yang hanya menyokong kefahaman terpesong saudara. Sekaligus menuduh asid folik yang diberikan kepada ibu-ibu hamil selama berpuluh-puluh tahun pengamalannya sebagai punca berlakunya autisma dikalangan bayi. Akhirnya penulisan sebegini akan memberi gambaran buruk kepada ibu-ibu hamil yang membacanya agar tidak mengambil asid folik sepanjang tempoh hamil. Ini sesuatu yang bahaya, dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia wajib mengambil tindakan tegas atas kefahaman sebegini.
.
Saya pohon saudaraku Dr Noorul Amin membaca semula dengan teliti bait demi bait tulisan tersebut. Perenggan pertama telah dinyatakan:
"But researchers stress that women should not throw away their supplements".
Bermakna pengkaji telah memberi pengakuan awal bahawa jangan sesekali wanita membuang suplimen ini.
.
Kajian yang dijalankan oleh Daniele Fallin, professor di Universiti Johns Hopkins Bloomberg ini belum lagi diputuskan secara muktamad. Ianya hanya keputusan pemula yang masih lagi tertakluk kepada bias dan kecenderungan tertentu. Malah mereka juga mengaku:
"However, the study only found an association and COULD NOT PROVE that high levels caused an increased risk of autism."
Bahawa tidak membuktikan lagi asid folik ini penyebab kepada meningkatnya kejadian autisma dikalangan subjek kajian.
.
Saudara, dalam statistik kajian, para pengkaji perubatan tidak boleh membuat telahan rambang. Ianya perlu dilakukan beberapa peringkat sub analisa samada menggunakan risk ratio, anova, relative risk dan dan sebagainya bagi menentusahkan kebenaran hasil dapatan yang diperolehi.
.
Saya masih menganggap kajian tersebut belum matang dan memerlukan banyak perbincangan. Bukan sekadar dilepaskan ke dunia penulisan bagi menyokong teori salah. Rakan pengkaji, Dr Paul Wang juga mengaku dalam artikel tersebut bahawa:
"Dr. Paul Wang, senior vice president of medical research for Autism Speaks, agreed that "it's just too early to say" what this study means, particularly because it hasn't yet appeared in a peer-reviewed medical journal.
"We need to see the full study," Wang said. "We need to look at all of the data they have."
.
Nah! Mereka sendiri pun mengakui bahawa kajian tersebut masih terlalu awal untuk dijadikan konklusi ampuh.
.
Saya cukup hairan kenapa saudaraku Dr Norul Amin tidak membaca bait-bait ayat yang disusun cantik dalam artikel berkenaan?
.
Pemberian asid folik yang diberikan kepada ibu-ibu hamil selama ini adalah selamat. Ini telah terbukti dalam beribu-ribu kajian yang berwibawa. Asid Folik ini adalah salah satu suplimen yang diberikan kepada ibu hamil bagi mencegah berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defects - Spina bifida).[3]
.
Kajian dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan 70% bayi yang berikutnya akan selamat setelah ibu hamil mengambil asid folik dari berlakunya kecacatan saraf tunjang ini dikalangan ibu yang sudah terdapat kecacatan saraf tunjang ke atas bayi pertama mereka. Satu peratusan yang cukup membanggakan.
.
Jumlah dos yang diberikan kepada ibu-ibu hamil sudah sesuai dan selamat dengan cadangan dari pakar-pakar sakit puan seluruh dunia. Adalah dicadangkan pengambilan asid folik sebelum hamil bagi mengurangkan risiko mendapat bayi yg kecil saiznya (small for gestation).
.
Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari bila sedang cuba untuk hamil sehingga 12 minggu kehamilan. Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi HANYA untuk sesetengah kumpulan seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula sebanyak 500 mikrogram. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik diambil oleh ibu hamil berkenaan.
.
Semoga masyarakat dan ibu-ibu hamil sekalian tidak terpengaruh dengan tulisan Dr Noorul Amin yang saya merasakan mempunyai agenda tertentu dalam kehidupan beliau.
.
Saya juga memohon saudara Dr Noorul Amin menarik balik penulisan ini. Jika tidak saya akan membuat laporan kepada pihak MMC yang senantiasa memantau perjalanan setiap doktor di Malaysia.
.
Terima kasih.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia

Fb.com/drsuhazeli
20.9.2017
Kuala Dungun

Pautan:
[1] Asid Folik penyebab Autisma. http://www.webmd.com/…/too-much-folic-acid-in-pregnancy-tie…
[2] Tulisan Dr Noorul Amin. https://m.facebook.com/story.php…
[3] Manfaat Folic Acid. http://www.webmd.com/baby/folic-acid-and-pregnancy

Kredit : Fb Suhazeli Abdullah 



Jaga Kebersihan Vagina Seawal Bayi


Penjagaan vagina kurang menjadi topik perbincangan secara terbuka kerana dianggap sensitif dan sangat bersifat peribadi terutama dalam masyarakat Timur seperti di negara ini. 

Malah, ibu bapa juga kurang mengambil berat tentang perkara berkenaan dengan anak-anak mereka kerana bimbang jika perkara itu dipersoal akan mengundang rasa kurang selesa.
Pun begitu, menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana penjagaan vagina perlu menjadi antara topik kesihatan yang rutin buat seluruh keluarga membincangkannya demi kebaikan bersama. 

Jelasnya, seusia bayi lagi, penjagaan vagina harus ditekankan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan kawasan vagina bayi sentiasa bersih dan bebas daripada kulat mahupun sebarang jangkitan bakteria. 

“Apabila meningkat dewasa, ibu bapa perlu menggunakan kaedah yang berbeza sama ada berkongsi maklumat dengan secara lebih santai. Misalnya, meletakkan alat pembersih vagina di dalam bilik air dan jika mereka bertanya, ibu bapa perlu menerangkan dengan betul. 

“Memang bercakap pasal tentang alat kelamin amat sensitif dan memalukan, tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai perbualan harian yang bagi membolehkan mereka faham tentang kepentingan penjagaan kawasan berkenaan terutama apabila meningkat dewasa. 

“Didik mereka menggunakan pencuci kebersihan yang mempunyai bahan sesuai untuk kawasan itu, selain mengekalkan penggunaan pH yang betul. Lazimnya golongan ibu adalah individu yang tepat untuk berbuat demikian,” katanya yang memahami topik berkenaan juga cabaran buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak. 

Jelas Dr. Nor Ashikin, vagina adalah satu sistem terbuka yang mudah diserang jangkitan bakteria, tambahan pula faktor-faktor lain seperti persekitaran kawasan vagina yang lembap, panas, tertutup serta tidak dicuci dengan baik memangkinkan pembiakan kulat. 

Apa yang dibimbangkan adalah faktor berkenaan boleh membawa kepada jangkitan kuman yang lebih serius seperti human papillomavirus (HPV) yang menjadi penyebab kepada kanser. 

Tambah Dr. Nor Ashikin, vagina yang sihat bergantung kepada tiga perkara, iaitu flora bakteria yang sihat, kandungan epitelium glikogen serta nilai pH yang betul iaitu dalam lingkungan antara pH3.5 hingga pH4.5. 

“Keadaan vagina yang sihat akan merembeskan cecair yang jernih hingga putih, tidak berbau dan kelikatan yang tinggi serta flora bakteria didominasi lactobacilli (bakteria baik), manakala persekitaran berasid akan mengundang keaktifan bakteria jahat. 

“Mengikut kajian, tiga daripada empat wanita dikesan pernah mengalami masalah vagina gatal, berbau dan mengeluarkan lendir sama ada jenis berjangkit atau tidak berjangkit,” ujarnya. 

Bagi mengelakkan masalah vagina, pengambilan makanan harus dijaga terutama melibatkan pengambilan makanan ringan, makanan segera serta berlebihan bahan kimia atau suntikan hormon. 

Ujarnya, ibu bapa dinasihatkan memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak seperti sayuran dan daging organik selain mengelakkan makanan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. 

“Makanan segera sangat banyak penggunaan bahan kimia seperti pengawet, penstabil makanan, pewarna, malah penggunaan kimia tersebut akan mengganggu penghasilan hormon yang akan menyebabkan keradangan,” jelasnya. 

Ibu bapa dialu-alukan menghantar gambar-gambar swafoto anak-anak berusia bawah 10 tahun ke ruangan ini. Hantarkan ke Instagram: rona.utusanmalaysia atau Facebook: Rona Wanita Utusan Malaysia atau e-mel ronautusanmalaysia@gmail.com

Membersih bahagian intim dengan selamat
Penjagaan bahagian intim tidak sama dengan penjagaan anggota tubuh badan yang lain kerana ia memerlukan penjagaan lebih rapi memandangkan kawasan berkenaan sangat sensitif dan mudah terdedah dengan risiko penyakit. 

Pun begitu, mengikut kajian, menunjukkan lebih 50 peratus wanita menggunakan sabun mandi biasa untuk mencuci bahagian intim yang mengandungi wangian serta bahan kimia berlebihan sehingga menjejaskan keseimbangan bakteria baik dan pH. 

Lazimnya, wanita berbuat demikian kerana kurang maklumat tentang penjagaan bahagian intim selain selesa menggunakan hanya satu produk untuk kegunaan seluruh badan. 

Justeru, sebelum membeli pencuci bahagian intim, tiga perkara yang harus dititikberatkan iaitu adakah pencuci mempunyai antioksida serta pelembap, sesuai untuk keperluan kulit mahupun mempunyai bau neutral yang efektif. 

Antara produk yang menyediakan keperluan berkenaan ialah Betadine Daily Feminine Wash Foam dan Daily Feminine Liquid Wash dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan dalaman wanita.

(Resepi : Video) Garlic Spread Yang Super Sedapp !!


Hai goodmorning semua. Dah breakfast ke? Harini siti nak share cara senang gilerr nak buat garlic spread. Buat sekali jerr, tapi boleh makan berkali-kali dan tahan lama. Sapu kat roti biasa pun boleh je.
Bahan-bahannya pun murah and senang giler nak dapat. Ingat tuu, buat sekali je tapi boleh makan banyak kali. 

4 Bahan Murah dan Mudah Gilerr nak buat 'Garlic Spread' dan 'Garlic Bread'. 

Sape peminat Garlic Bread kat sini kita geng :) Apalagi ajomm try. Admin pun nak buat sekarang juga !

 
Resepi Garlic Spread + Garlic Bread

Bahan-bahan
1. 3-5 sudu minyak
2. 7-9 ulas bawang putih
3. 250gm butter
4. Daun parsley 

Cara-cara :
1. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk.
2. Gaulkan tumisan bawang putih tadi dengan butter dan daun parsley @ oregano. (Tambah garam sikit)
3. Masukkan dalam bekas dan simpan.
Best sebab :
1. Sedap
2. Jimat
3. Boleh sapu kat roti kosong tu jugak
4. Tahan lama wehh
5. Boleh makan banyak kali
6. Boleh makan depan tv. Emmm sedapnya !
7. Boleh makan bila-bila masa je

Jangan Pandang Rendah Simptom Ini, Anda Mungkin Sakit Buah Pinggang, Segera Berjumpa Doktor

25 Sept 2017


Buah pinggang adalah organ penting dalam tubuh manusia, terletak di bawah sangkar tulang rusuk, dan bertanggungjawab untuk detoksifikasi dan pembersihan sistem, kerana mereka menapis 10-150 liter darah setiap hari.Fungsi mereka sangat penting untuk seluruh tubuh dan darah. 

Mereka mengeluarkan lebihan sisa dan cecair dari badan, menyokong kesihatan tulang, mengimbangi elektrolit, menstabilkan tekanan darah, dan meningkatkan jumlah sel darah merah. 

Oleh itu, jika fungsi mereka terancam, seluruh badan berisiko tinggi, jadi anda harus tahu bagaimana mengenali gejala-gejala dan dengan itu mencegah masalah utama, seperti kerosakan atau kegagalan buah pinggang: 

1. Perubahan pada air kencing
Simptom yang paling biasa dan awal termasuk:
Urin berbuih atau keladak
Air kencing gelap, kurang kerap buang air kencing dan buang air kecil dalam jumlah kecil
Terasa atau terdesak untuk buang air kecil pada waktu malam
Tekanan semasa kencing
Masalah kencing
Warna pucat, kencing kerap, dan dalam jumlah yang banyak 

2. Pembengkakan
Dalam kes fungsi ginjal yang lemah, gagal untuk menghapuskan cecair berlebihan dari badan dan dengan itu membawa kepada pembengkakan dan kembung muka, anggota badan, dan sendi. 

3. Sesak nafas
Tanda ini sering dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Mengurangkan jumlah sel darah merah, disebabkan oleh toksin terkumpul di dalam paru-paru, mengurangkan jumlah oksigen dalam badan. 

4. Ruam kulit
Kegagalan buah pinggang boleh membawa kepada pengumpulan sisa, dan dengan itu menyebabkan gatal-gatal dan ruam kulit. Sebagai sisa membina dalam darah, kulit kelihatan jengkel, kering, dan tidak sihat. Isu-isu ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan krim dan losyen, kerana masalah akar adalah dalaman, karena masalah yang terkait dengan Anda 

5. Rasa logam di dalam mulut
Pembentukan sisa dalam darah mengubah rasa makanan dan menyebabkan nafas berbau. Selera makan yang tidak baik dan perubahan yang teruk dalam beberapa makanan menunjukkan kerosakan buah pinggang. 

6. Konsentrasi Teruk dan Pening
Kegagalan buah pinggang, serta anemia teruk, membawa kepada aliran oksigen yang lemah ke otak, dan ini berakhir dalam masalah ingatan, kepekatan yang lemah, pening, dan cahaya kepala. 

7. Sakit
Kesakitan yang dirasakan di kawasan ginjal menunjukkan batu ginjal atau jangkitan saluran kencing. 

8. Keletihan
Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon yang dikenali sebagai EPO (erythropoietin), yang meningkatkan bilangan sel darah merah, yang membawa oksigen yang diperlukan. Sekiranya bilangan sel darah merah menurun, ia menyebabkan keletihan, dan masalah otak dan otot. Tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan dengan anemia yang teruk. 

Oleh itu, anda perlu mengambil makanan yang sihat, makanan tinggi antioksidan, serta makanan tambahan, untuk menyokong fungsi buah pinggang, dan dengan itu menjaga kesihatan keseluruhan. 

Perasaan Gadis Bermata Juling

24 Sept 2017


Hai, cukup tahu yg nama aku A dan aku seorang gadis yang bermata juling (jenis exotropia) – bukan mata malas. 

Untuk pengetahuan korang, aku juling bukan sejak lahir. Something terjadi pada aku ketika berumur 11 tahun dan menyebabkan mata aku juling sehingga kini (24 tahun). 

Jujurnya, aku rindu dengan penglihatan aku yang lurus. Sampai aku lupa macam mana rasanya nikmat melihat dengan mata yang normal. 

Selepas juling, mata aku beransur2 rabun dan rosak dan aku pun tak tahu kenapa. Masa tu seawal 11 tahun aku terpaksa pakai spek tebal. 

Level confident? Totally down. Masa sekolah rendah xrasa sangat sebab kawan2 aku tahu apa yg terjadi pada aku. But, bila tiba di sekolah menengah macam2 ejekan dan jolokan yang mereka berikan pada aku. Sampai satu tahap, aku jadi pendiam dan jarang bercakap. 

Masuk saja ke zaman universiti aku cuba utk tingkatkan keyakinan diri. Aku cuma fikir satu perkara “kalau aku malu, sampai bila2 aku xkan dapat hidup bahagia’ 

Ya. Aku punya cita-cita. Aku mahu bina kerjaya sendiri. Aku mahu diterima oleh orang sekeliling aku. Aku mahu mereka menghormati aku sebagai seorang makhluk yang punya perasaan. 

Teringat aku kat zaman university. Pernah juga aku kena perli dengan seorang pensyarah sampai satu kelas gelakkan aku. Tak apa aku cuba sabar. Tapi, sekuat mana aku cuba sabar… Jantung berderap sakit juga. Sampai aku lari ke toilet, nangis sepuas2nya. Keluar je toilet, kepala dah berpusing2 rasa nak tumbang. Allah, lemahnya psikologi aku tahan dugaan. 

Tapi, aku cuba bangkit. Bangkit jatuh…. Bangkit lagi dan aku tak tahu sampai bila rotation ni akan terhenti. 

Dilema aku bertambah berat lepas grad. Peluang kerja utk individu istimewa macam aku agak tipis, terutama sekali bagi jawatan yg mementingkan aspek luaran, you know what i mean. 

Mungkin ramai yang cakap aku xreti bersyukur. Lebih baik juling dari buta dan sebagainya. Tapi, derita menjadi seorang gadis bermata juling itu aku yang rasa. Kalau nak dicerita terlalu banyak kisahnya. Aku cuma nak luahkan apa yang aku pendam selama ni. 

Aku xpernah salahkan takdir. Aku percaya ada hikmah disebalik semua ni. Aku percaya Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik buat aku. Cuma aku perlu sabar mengusahakannya. 

Buat mereka yang senasib dengan aku. Kalau nak menangis, menangislah sekarang. Bila tiba masanya kau perlu bangkit, bangkit dan berlarilah. Jangan biarkan kesedihan makan hati kau sampai kau tak boleh bangun berdiri lagi. 

Aku pun begitu. Masih mencuba. Semoga kelak ada peluang kerja yang baik menanti aku. Aku harap korang doa2lah yang baik untuk aku…. dan aku doakan (kepada kau yg membaca) semoga Allah ampunkan dosa2 kau, lindungi dan beri rahmat kepada kepada kau dan seluruh keluarga kau. Aminnn. 

Oh, pinta aku cuma satu. Nasihatilah anak2 mu, orang sekeliling mu. Hentikan mengutuk dan mencaci fizikal orang lain. Tak kisahlah apa juga jenis kecacatan dia, pleasee jangan biarkan orang seperti kami menanggung bebanan emosi yang lama kelamaan jadi nanah. 

P/s: Bukan semua orang memiliki hati yang tebal seperti kamu
– A 

Kahwin, Duduk Sekali Atau Duduk Asing Dengan Mertua ? Apa pilihan anda ?

23 Sept 2017


Skrg aku nak cerita kisah aku sikit. Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin. Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin. Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org, nama anak apa yada yada yada..dok cerita2 berangan buat apa! Face the reality…tuk membina keluarga baru prkara asasnya adalah tentulah sebuah rumah tuk tinggal dan bina brsama.

Bkn nak suruh mata duitan kne beli rumah dulu ke apa ker… menyewa dlu pun ok lah…x kisahlah tidur brtilam toto atau makan nasi dgn kicap sekalipun. Nak bina keluarga nak kahwin..keluar dr rumah family. Aku sgt brtegas dlm hal ni sbb adik beradik aku ramai..aku pun brkongsi bilik dgn adik perempuan aku. Mak aku mmg tegas klu anak2 dah kahwin sila pindah keluar utk adik2 yg lain dpt bilik sendiri. Aku faham maksud mak aku bkn dia nak mnghalau.

Tp nak kita laki bini ni ada tanggungjwb. So suami aku 2 bln sblm majlis kahwin dah bayar deposit rumah sewa siap2. Pindahkn sikit2 brg2 aku from rumah parents just tinggalkn sikit2 jer baju yg nak pakai. Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua bapa dia ckp dgn aku x pyh mmbazir mnyewa, duduk jer rumah dia byk bilik kosong (konon) lah. Ya. Mmglah byk bilik kosong sbb abang dan kakak dia dah berkawin dan tinggal di negeri berbeza. 2 lg adik dia kat asrama. Yg tinggal kat rumah tu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum jer… tp dengan suami aku ckp terus terang x nak! Sbb apa..nanti bila time cuti sekolah ker dah sah2 lah rumah tu penuh dgn yg dah kahwin tu pun balik jenguk mak dia…habis kau rasa kau boleh selesa ker? Terus terang klu kena menetap rumah mentua lps kahwin baik x pyh kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku jer. Lg selesa. Pls jgn jadikn gaji kecil sbg alasan tuk lpskn tanggungjawab dlm mnyediakn tmpat tinggal tuk isteri ye.

Suami aku pun basic salary hanya 3 angka masa nak kahwin. Maka lps bertunang kami tak selalu keluar. 3 bulan sekali baru jumpa. Dia pulun OT byk2. Sbb tahu nak ambil anak orang..pandai2lah dia cari jalan. Aku pun x demand rumah tu mesti trsedia semua. Awal2 kahwin mesin basuh pun tak ada.

Menyentallah aku basuh baju pakai tangan. Tp x per…asal bkn serumah dgn mentua. Jgn salah faham ye bkn tak suka dengan MIL aku. Aku rapar jer dgn MIL dan ipar2 semua…dan sbb nak jaga hubungan rapat tu lah aku x mau duduk sebumbung sbb cara kita dibesarkn mmg tak sama. Dah klu kau membesar seperti angsa yg cantik serba serbi bersih sempurna. .

Pastu ko masuk dlm family yg mcm ayam jenis berak merata..nak tak nak kau kenalah jd ayam sama! Inilah yg jd kat si Liza tu. Hikmahlah jugak si Liza tu tak ada anak. Sbb apa? Kalau setakat hidup brdua pun dah x mampu nak sediakan rumah..nanti anak dah 3 pun belum tentu ada rumah. .

Maka malam2 dok brhimpit lah ko 5 beranak dlm bilik sama. Kat situlah baju kau, baju anak2 kau..tak rimas ker?

Klu rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah tingkat rumah lg byk dr jumlah anak. Ini tidak….dah tau jumlah bilik pun x sebanyak jumlah anak2 yg ada kau pulak ada hati nak menyempit lagi dalam rumah tu. Tu bkn kata ssh sng sama tp cari penyakit.

Maaflah wanita semua sbb aku sgt mnyampah baca kisah
menantu yg derita hdup rumah mentua sbb bagi aku kau yg pilih jalan tu awalnya jd buat apa nak mngeluh. Tuk apa disalahkan keluarga mentua sbb yg salah adalah awak dan suami awak yg bimbang tuk bina keluarga dlm rumah yg mana awak sndiri boleh jd surinya.

Konon duduk rumah family sementara. Tp sementara tu smpai bila?tunggu apa?hujan emas dr langit ker? Last2 kau yg mereput kat rumah tu meratapi nasib sdgkn kau yg menempah maut.

Aku ada jer kwn yg senasib Liza ni. Org jauh pantai timur. Bf org Selangor. Puas aku nasihat tp nak kawin jugak pastu tinggal dgn mentua. Ha…skrg dah 5 thn kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati. Makan tengahari jgn ckplah…hari2 bwk bekal. Kdg nasi kosong dgn telur goreng jer…kdg sayur kubis semata.

Dari raut wajah pun boleh tau lah yg dia x gembira sbb zaman
anak dara mnyewa dgn kawan2 lg gembira aku tgk. Paling aku kesian kita ni ada mak…kdg mak tu teringin nak brjalan jenguk menantu dan cucu. Jd bila mak dia dtg sini…bkn nye dtg rumah anak tp ke rumah besan. Tak ke kesian tu.

Sekian nasihat drpd akak ni yg dah ke tahun ke 11 berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

Sumber: www.islamituindah.com.my

Apabila Pendidik Merajuk

21 Sept 2017



Assalammualaikum.. Terima kasih kerna sudi siarkan confession saya.Saya sekarang seorang suri rumahtangga yang bahagia bersama anak dan suami tercinta.Cuma adalah 2-3 kali dalam seminggu saya mengajar di pusat tuisyen untuk menghilangkan rasa bosan di rumah dan dapat duit belanja sedikit.Walaupun takdalah mewah sangat,tapi saya bahagia dengan kehidupan sekarang. 

Dulu saya ialah seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang agak terkenal,tapi saya hanyalah pensyarah kontrak lantaran saya tidak mempunyai phd kerna syarat untuk mendapat jawatan yang sah adalah,pensyarah baru tu kena mendapatkan segulung phd dulu,barulah dipertimbangkan jawatan sah sbg pensyarah.Saya faham kerna memang itu standard procedure di mana2 universiti sekarang walaupun ipts,especially ipts yg agak terkenal. 

Memandangkan perhatian terhadap anak yang masih kecik dan workload yang sentiasa menimbun,so rancangan melanjutkan phd tu selalu tertangguh.Dahlah perbelanjaan nak sambung belajar pun kena tanggung sendiri.Tapi itu bukan cerita utama yang saya nak luahkan.Tapi lebih kepada merajuknya hati ni terhadap sikap para pelajar sekarang yang hanya nak mementingkan diri sendiri dan org2 yang ada dalam bidang pendidikan ni(tapi tak semua).tapi semua nama2 yang saya gunakan bukanlah nama2 sebenar untuk melindungi privasi masing2. 

Semuanya bermula apabila saya dilantik menjadi penyelaras atau lebih tepat lagi sebagai coordinator walaupun saya baru sahaja masuk kerja.Saya dan kawan saya pun agak terkejut sebab kami baru je masuk kerja 2 bulan tapi terus dilantik menjadi penyelaras dalam bidang masing2.Biarlah saya namakan dia sebagai nurul je.Saya dan nurul sama2 kena temuduga dan sama2 dapat jawatn pensyarah cume bidang kami mengajar lain.Dia penyelaras bidang pengetahuan am,saya pulak penyelaras bidang bahasa. 

Apabila kami menjadi penyelaras,kami kena pantau subjek2,pensyarah2 part time dan hal2 yang berkaitan dengan akademik,cuma bezanya subjek2 bidang masing2.Macam jugak dengan pensyarah part time,saya pantau pensyarah part time bidang bahasa,manakala dia pulak pantau pensyarah bidang pengetahuan am.Kami sangat rapat,malah selalu jugak share masalah bersama memandangkan kami sama2 baru di universiti ni. 

Tidak lama lepas kami masuk kerja,masuk pulak seorg pensyarah bahasa yang baru dapat phd.biarlah saya namakan dia sebagai kak salmah.Tapi,dia takdalah baru sangat di universiti ni sebab dia penah menjadi pensyarah part time,cuma rezeki dia diserap jadi full time lecturer setelah mendapat phd.Dia pernah mengajar secara tetap di salah sebuah universiti awam di utara semenanjung. Jadi kami pelik,kenapa dia nak quit dari ipta dan masuk ipts. jarang berlaku,kecuali kalu lecturer tu dh tua dan pencen then dapat better offer dari ipts.tapi kak salmah ni takdalah tua sgt,adalah dalam 40an mcm tu.Tp kak salmah bagi alasan dia masuk ipts ni sebab nak dekat dengan famili dia yang dekat KL ni.Bila dia ckp mcm tu,ok fine,kami pun tak fikir banyak banyak. 

Sepanjang saya jadi penyelaras,saya rasa pelik.Kenapa part time lecturer bahasa sangat tak suka saya walaupun masa tu kami tak penah berjumpa. Honestly,sepanjang bertahun2 saya mengajar di kolej2 swasta,first time saya jumpa part time lecturer yang berani kurang ajar dengan full time lecturer serta pihak pengurusan.Rupa2nya part time lecturer tu adalah kawan2 baik kak aina,bekas penyelaras bahasa sebelum saya.Dan kak salmah pun kenal baik dengan semua part time lecturer bahasa memandangkan dia penah jadi part time lecturer bahasa bersama diaorang. 

Sepanjang saya menjadi penyelaras,saya diserang dari pelbagai sudut oleh part time lecturer walaupun saya tak berapa kenal mereka malah sesetengah dari mereka,saya langsung tak penah jumpa pun.Tekanan semakin meningkat dengan workload yang semakin banyak,belum lagi termasuk kerja editting research para pensyarah full time atau ape2 kerja translating yang department2 lain campak kat saya.yalah,bila pensyarah bahasa,ape2 editting atau translation,mesti campak kat kami,lebih2 lagi bila kami tiada major course contohnya program pengajian bahasa macam lecturer major course lain di universiti tu.

Seolah2 kami takda kerja lain,tapi teaching load tetap sama mcm pensyarah yang ade major course.ikut2 kami lagi banyak kerja sebab selain sama teaching load dengan lecturer major course yang lain,kerja tambahan seperti editting dan translation pun dibebankan kat kami.Kadang2,sampai menganggu konsentrasi kami terhadap tugas utama,iaitu mengajar,menanda soalan exam dan menanda assignment.Sampai saya pernah terlepas key in markah seorang student kerna saya terlampau penat editting research full time lecturer di sini.

Mesti para pembaca tertanya,kenapa saya nak abaikan tugas hakiki saya hanya untuk editing.Macam mana saya nak tolak kerja editting kalu itu adalah arahan dari dean dan presiden universiti tu sendiri??? kerna mereka percaya, buku research tu akan menaikkan nama universiti tu.Dan yang menjadi mangsa di sini,adalah saya.Saya bukan robot.Saya pun akan rasa penat. 

Bila dengan kerja mengajar,menanda assignment students,editting bagai,ditambah dengan kerja menyelaras.Semua rasa macam terkejar2.Dengan sikap part time lecturer yang bongkak dan kurang ajar,tapi mereka tetap diambil bekerja sebab mereka menggunakan pengaruh kak aina.Dan kak aina ni pulak,perangai dia suka mengamuk.Kalu apa yang dia nak,dia tak dapat.bersiap sedialah dengan makian dia.Umur dah nak berpencen,tapi perangai mengamuk meroyan tetap tak hilang.Sikap dia jenis,ask later,mengamuk first. 

Dengan part time lecturer bahasa yang suka menyerang saya tanpa saya tau kenapa,dgn tugas sebagai penyelaras yang semakin memeningkan saya.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi penyelaras.Tak lama lepas tu,kawan saya, yana dari kolej tempat lama saya dapat rezeki jadi pensyarah di universiti saya jugak,juga sebagai pensyarah bahasa. 

Selepas saya berhenti menjadi penyelaras,saya ingatkan kak salmah yang akan gantikan saya sebagai penyelaras bahasa memandangkan dia pun dah lama mengajar di sini,sejak dia menjadi part time lecturer lagi.Tapi saya terkejut bila yana yang baru masuk tu dilantik menjadi penyelaras bahasa untuk menggantikan saya. Saya sebenarnya ok je sape2 yang gantikan saya pun,sebab pada saya,mesti ada sebab kenapa hod(head of department) kami,en harun dan deputy dean,dr latiff pilih yana. 

Masa pun berlalu.Tapi saya perasan,kak salmah selalu mengadu kat saya pasal yana.Dia tak bagus macam ni lah macam tulah.Cara kak salmah bercerita mampu membuatkan kita sangat benci pada org tu.Mula2,saya terpengaruh sekejap.Tapi lepas tu,saya muhasabah diri balik.kak salmah seolah-olah tidak puas hati kerna gagal mempengaruhi saya untuk perpihak pada dia.Lagipun,saya tak sanggup nak mengkianati yana sebab dia tengah sarat mengandung dan saya kenal dia sejak dari kolej lama lagi,tempat kami sama2 mengajar dulu. 

Nak dijadikan cerita,pada satu hari,yana pening kepala morning sickness.So,dia berehat di tempat yang agak tertutup tapi tempat tu berhampiran dengan tempat duduk kak salmah. Tapi kak salmah tak perasan yana ada di situ.Pada masa tu lah,kak salmah telefon kak aina dan bercerita buruk tentang yana.Dan lebih mengejutkan,kebanyakan cerita dia sangat banyak tokok tambah.Dan kak salmah juga mengutuk en harun dengan memberi panggilan yang buruk.nasib yana ni panjang akal dan merekod perbualan diaorg dengan handphone dia.Bila yana mainkan balik recording tu,saya terkedu kerna tak menyangka kak salmah adelah org yg mcm tu,sanggup mengapi2kan org utk bergado sesama sendiri. 

Tak lama lepas tu,hod kami en harun kena serang bertubi2 oleh kak aina sampi kak aina bawak perkara tu ke pihak atas terus.bila disiasat,rupa2nya kak salmah yang menghasut kak aina untuk menggunakan kedudukan dia sebagai senior lecturer utk menyerang encik harun.malah,kak salmah yang rupa2nya menghasut part time lecturer dengan cerita2 yang tidak betul untuk membenci saya semasa saya masih menjadi penyelaras bahasa dan sekarang dia nak buat perkara yang sama kat yana,sebab sekarang yana adalah penyelaras bahasa.dan rupa2nya,dia buat semua tu kerna inginkan jawatan sebagai penyelaras atau hod.mengucap panjang kami semua bila tau perkara sebenarnya.

Tapi yang sedihnya,kak aina telah berpihak kepada orang yang salah dengan tak mendengar penjelasan dari kedua2 belah pihak.malah,kak aina telah mempengaruhi pihak atasan untuk memilihnya sebagai hod selepas en harun tamat tempoh sebagai hod.walaupun org lain telah dilantik bagi menggantikan tempat en harun,tp kak aina berjaya menyingkirkan org tu dan menjadi hod baru selepas banyak usaha dilakukan.betapa manusia dahagakan kuasa walaupun kuasa tu tak sebesar mana. 

keadaan semakin tegang bila kak salmah berjaya menghasut pelajar untuk menentang kami.kebetulan result subjek dah keluar.saya takdalah kejam sangat dalam menanda assignment students,tp sy lebih tengok pada kualiti kerja.malah,semasa saya menanda assignment mereka,saya akan letak tugasan dari 4-5 students atas meja untuk membuat perbandingan isi untuk memudahkan saya memberi markah.kebanyakan student dapat gred yg ok,cume sorg je dpt c iaitu sarip kerna ade assignment dia yang tidak lengkap dan isi atau content assignment dia kurang berbanding dengan student lai. dalam kelas dia. 

Tanpa bertanya atau merujuk kepada saya dulu,sarip terus pergi ke bahagian akdemik untuk memohon tugasan2 dia ditanda semula.Bila memohon untuk tugasan ditanda semula tu bermaksud,lecturer lain yang akan menandanya.Saya rasa sangat kecik hati dan tersinggung dengan tindakan student saya.Tapi saya tidak akan sesekali mesej atau call dia untuk tanya dia kenapa dia sanggup buat macam tu tanpa bertanya dengan saya dulu kerna saya ada maruah dan takkan sekali pun tunduk pada dia.

Dan saya mendapat tau yang kak aina yang mempengaruhi sarip untuk terus berurusan dengan pihak akademik tanpa sarip merujuk kepada saya sebagai pensyarahnya.Student skrg bukan macam sekarang,kalu dulu kita dapat c atau d,kita akan tanya diri kita sendiri,kt mana silap aku,kt mana kurang aku supaya kita akan memperbaiki diri kita supaya lebih maju dalam sesuatu subjek,perkara atau bidang.tp budak skrg,ape2 tak puas hati,terus berhubung dgn pihak pengurusan direct tanpa bersemuka dulu dengan pensyarah dan bertanya secara direct kelemahan yang perlu diperbaiki. 

Sebab dah terlampau penat dengan kontroversi yang tak penah abis dan kontrak saya sebagai pensyarah di situ pun dah nak habis,saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu apa2 pasal apa2.setiap manusia ade kesabaran yang ada limitnya,begitu jugak dengan saya.kerna terlampu kecewa dengan semua perkara yang berlaku,saya tidak memberitahu sesetengah student saya yg saya akan tinggalkan mereka kerna saya takda kekuatan untuk memberitahu diaorg dan saya takut saya akan menangis depan diaorg.tapi nurul telah berjaya memberi kenangan yang indah kat saya dengan membuat suprise majlis perpisahan saya secara kecilan dengan student2 saya yang masih baik dengan saya.terima kasih,korg.sayang sgt kt korg sampai bila2!! 

sekarang,saya dah menjadi suri rumahtangga dan guru tuisyen part time hanya untuk mengisi masa lapang.saya dapat tau yang sarip dapat gred A.congrats,sarip!! kalu awk boleh dapat A,lagi ramai kawan dalam kelas awak boleh dapat A sebab mereka lebih layak dapat A berbanding awak kalu dikira dari segi kualiti tugasan mereka.madam doakan semoga awak dapat merasa kepayahan dan kesengsaraan madam bila awak bekerja nanti supaya awak tahu menghormati orang. 

Dan,dengar kata pulak kak salmah dimasukkan ke hospital sebab diserang panic attack kerna tertekan dengan kerja sebagai hod walaupun baru 3 bulan memegang jawatan ni.baru dia tau kesengsaraan kerja ada jawatan ni,dulu tau complain je.keadaan kerja di situ pun semakin teruk kerna kenaikan gaji pun cuma 1% je tahun ni.malah kemasukkan pelajar pun menurun kerna kepayahan mendapat biasiswa.sekarang yana pun mereka nak singkirkan sebagai penyelaras dan bagi kat kak salmah sebab penat nak dengar kak salmah asyik complain pasal yana.so diaorg decide,senang2,biarlah kak salmah yang menjadi penyelaras.yana dan nurul pun merancang untuk mencari rezeki di tempat lain. 

saya pulak dengan kehidupan saya sendiri yang lebih tenang dan relax.tujuan saya menulis ni cuma untuk meluahkan kekecewaan terhadap politik keje yang melampau.saya faham mana2 pun ade politik kerja,tapi takdalah sampi megerah tenaga org lain untuk kepentingan ranking universiti sampai menjejaskan tugas hakiki pekerja tu dan budaya menfitnah org lain utk mendapatkan jawatan.saya juga kecewa dengan sikap student yg takda rasa hormat pada guru atau pensyarah.mereka lebih rela menyalahkan guru daripada memperbaiki kelemahan sendiri untuk lebih maju.saya pun tak tau macam mana mereka nak survive di dunia pekerjaan yang sangat mencabar kalu masa belajar pun dah tunjukkan perangai macam ni.saya tak kisah apa yg korg nak komen.yg penting,saya dah rasa lega sebab dah luahkan kesedihan saya di page ni. Sekian dari saya,pendidik yang membawa diri. 

-Tasya




(Resepi : Video) Cookies Ala-Ala Famous Amos


Biar betul bole buat sendiri dah cookies yang sedap ni???
Ya!!! xpayah penat2 dah kluar beli jauh2 pada yang mengidam kat luar sana, step pembuatan simple2 je, boleh makan puas2 😂 

Sila refer video untuk full resepi atau boleh refer resepi berikut utk yang malas refer resepi video hehe lebih kurang saja resepinya!


RESEPI COOKIES ALA2 FAMOUS AMOS 😍😍
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract 

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips 

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. 

Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik. 

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring. 

selamat mencuba!

Temuduga , Generasi Sekarang Ramai Yang Biadap , Hanya Tin Kosong

20 Sept 2017



GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.  

Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja. 

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab. 

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab  seperti generasi terdahulu. 

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan. 

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,” katanya kepada Sinar Harian. 

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan. 

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,” katanya. 

Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti. 

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba. 

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa. 

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,” katanya. 

Katanya lagi, majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja. 

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka. 

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,” katanya. 

Ditanya kenapa generasi muda sekarang terlalu lantang, Sharifah Ameelia berkata ia mungkin disebabkan perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya dan peranti, maka interaksi sesama manusia semakin seperti robot tanpa dilapik dengan perasaan, jiwa dan rasa hormat.. 

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat," katanya. 

Enam punca gagal temu duga kerja 

1. Penampilan kurang menarik
- Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemu duga. 

2. Resume tidak menepati kehendak
- Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap. 

3. Tidak dapat meyakinkan penemu duga
- Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki. 

4. Tidak mampu berhujah dengan baik
- Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga 

5. Tidak berpengetahuan dan menipu
- Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan. 

6. Komunikasi
- Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.

Pendek ? Keturunan Atau Masalah Kesihatan ?

19 Sept 2017



ADALAH satu perkara biasa melihat di dalam sebuah kelas di sekolah rendah ada beberapa pelajar menyerlah dengan ketinggian lebih daripada majoriti rakan sekelas dan ada juga sebilangan dilihat ‘ketinggalan’ dari segi ketinggian. 

Di Malaysia, kanak-kanak yang rendah tidak terlalu menjadi kebimbangan ibu bapa. Fikir mereka, ia adalah sesuatu yang normal kerana saiz dan ketinggian orang Asia yang sememangnya dilihat agak rendah tambahan melihat ibu bapa mereka juga tidak terlalu tinggi. 

Ada sesetengah kanak-kanak mengalami gangguan pertumbuhan. Gangguan ini merupakan masalah yang menghalang kanak-kanak dari mencapai ketinggian dan berat normal serta kematangan seksual menjejak usia remaja. 

Pertumbuhan kanak-kanak merupakan petunjuk penting bagi kesihatan keseluruhan dan perkembangan mereka. Jika anak anda lebih pendek daripada keseluruhan rakan sekelasnya, meninggi dengan perlahan berbanding rakan sebaya atau adik-beradik lebih tua atau pendek daripada ibu bapa semasa mereka di usia sama, ia mungkin petanda kepada keadaan gangguan kesihatan lain dan ia mungkin memberi kesan lebih daripada sekadar ketinggian. 

Terdapat beberapa gangguan pertumbuhan yang sebenarnya dapat dirawat supaya kanak-kanak mencapai ketinggian normal, namun ia perlu disedari dan dirawat pada peringkat awal. 

Bagaimanapun, kesedaran akan gangguan pertumbuhan adalah agak rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Menurut Pakar Runding Kanan Pediatrik, Pakar Endokrinologi dan Diabetologi Pediatrik di Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Wu Loo Ling, kesedaran mengenai masalah tumbesaran di Malaysia adalah rendah dan membimbangkan. 

“Masalah ini biasanya tidak diberi perhatian kerana ramai menyangka orang Asia secara semulajadinya mempunyai struktur tulang yang lebih kecil. Namun, adalah penting untuk ibu bapa di Malaysia mengetahui simptom-simptom ini dan berjumpa dengan doktor mereka sekiranya bimbang akan sesuatu isu. 

Pengesanan awal sangat penting untuk mencapai hasil rawatan yang positif,” ujarnya ketika persidangan saintifik mengenai tumbesaran, SEA Growth Summit anjuran Novo Nordisk bagi membincang dan berkongsi pengetahuan mengenai sebab, diagnosis, pengurusan, dan pilihan rawatan, baru-baru ini. 

Rawatan
Tumbesaran adalah satu proses fisiologi yang kompleks di mana kanak-kanak mula membesar dengan cepat dalam dua tahun pertama kehidupan mereka. Proses ini berterusan pada kadar tetap iaitu lima hingga sembilan sentimeter setiap tahun sehingga berusia kira-kira 10 tahun.  

Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum ia berakhir perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun. 

Di dalam tubuh, hormon pertumbuhan (growth hormone) yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak merangsang tumbesaran. Selain daripada menggalakkan tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mempengaruhi perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh. Oleh itu, hormon pertumbuhan ini sangat penting untuk perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat. 

Sekiranya seseorang kanak-kanak kelihatan lebih rendah berbanding rakan-rakan sebaya, ada kemungkinan ia mengalami masalah tumbesaran yang menghalangnya daripada mencapai ketinggian dan berat yang normal, serta kematangan seksual dalam sesetengah kes. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kesan yang negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. 

Tegas Profesor Endokrinologi Pediatrik di Universiti London dan Pakar Runding Endokrinologi Pediatrik, London Clinic Centre for Endocrinology, Dr. Martin Savage, semakin awal masalah tumbesaran dikesan, semakin tinggi peluang kanak-kanak tersebut untuk mengekalkan ketinggian normal dan mencapai potensi pertumbuhannya sebenar. 

“Rawatan masalah tumbesaran mempunyai banyak manfaat selain daripada merangsang ketinggian. Ia bukan sahaja membantu kanak-kanak mencapai ketinggian normal, namun turut terbukti membawa impak positif kepada komposisi tubuh, pembinaan tulang, faktor risiko kardiovaskular, dan kualiti hidup,” terangnya. 

Selain daripada risiko-risiko fizikal, membesar dengan masalah tumbesaran juga boleh membawa kesan sosial yang serius terhadap kanak-kanak seperti diejek atau dibuli di sekolah, keyakinan diri yang rendah, cabaran fizikal serta kesukaran dalam perhubungan sosial. 

Untuk mengesan masalah tumbesaran seawal yang mungkin, pertumbuhan kanak-kanak perlu diukur dengan kerap dan dibandingkan dengan adik-beradik atau rakan-rakannya di sekolah. Sekiranya terdapat simptom-simptom, ibu bapa dinasihatkan untuk berjumpa pakar pediatrik khusus dalam merawat kanak-kanak dengan masalah tumbesaran dan hormon. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar yang merawat masalah tumbesaran adalah satu komitmen jangka panjang. Proses rawatan mengambil masa beberapa tahun sehingga kanak-kanak mencapai ketinggian dewasanya. 

Sekiranya masalah tumbesaran berlanjutan apabila pertumbuhan telah selesai, rawatan perlu diteruskan untuk mencapai perkembangan tubuh dewasa yang normal, termasuklah jisim otot dan penambahan mineral tulang. 

Namun, tidak wujud rawatan penambah ketinggian segera dengan hanya memakan vitamin sahaja seperti yang sering dimomokkan dalam media sosial seperti Instagram.
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.