SLIDER
Saya Pelajar Universiti , Hamil Anak Luar Nikah
19 Nov 2021
Kerana terlalu percaya janji manis dan mengikut ‘darah muda’ membuatkan pelajar Tahun Dua, sebuah universiti swasta di ibu kota menyesal tidak terkata, selain kini menunggu saat kelahiran bayi hasil keterlanjuran dengan bekas kekasih.
Hawa dijangka bakal melahirkan bayi pada bulan ini, berkata apa yang berlaku bukan salah keluarga, sebaliknya atas kesilapannya yang terlalu mahukan kehidupan bebas.
“Kisah berlaku pada tahun lalu. Sehari sebelum pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, saya menginap di sebuah hotel di ibu kota ditemani teman lelaki yang dikenali 10 bulan ketika aktif bermain bola tampar.
“Pelbagai janji manis ditaburkan malah, dia mengatakan akan mengahwini saya, membuatkan saya percaya. Dua bulan kemudian apabila memaklumkan saya mengandung dia langsung tidak mengaku dan berubah hati, malah bertemu perempuan lain di tempat belajarnya.
“Hancur hati saya hanya Tuhan yang tahu. Rasa seperti tidak lagi mahu hidup kerana sudah mencalarkan maruah keluarga,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Hawa antara puluhan remaja yang menginap di Pusat Perlindungan Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, yang didirikan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan sebagai rumah perlindungan orang tua, remaja bermasalah, terlanjur dan anak yatim, selain menerima isteri yang didera.
Sebelum ini, BH Online melaporkan pusat berkenaan dikatakan menerima lebih 20 panggilan telefon setiap bulan bagi permohonan baharu kemasukan remaja terlanjur sementara menunggu saat kelahiran.
Pusat perlindungan menyediakan ruang transit sementara untuk remaja terlanjur dan setakat ini, rumah kebajikan itu berjaya menyelamatkan lebih 300 wanita terlanjur dengan penjagaan rapi sehingga mereka selamat bersalin.
Hawa berkata, naluri ibu seakan mengetahui apa yang berlaku terhadapnya, namun bersyukur dan bernasib baik kerana diterima keluarga atas ketentuan Ilahi dan menempatkannya di rumah perlindungan itu sementara menunggu kelahiran.
“Tanpa sokongan ibu, saya tidak mampu berdiri sendiri. Mungkin saya akan melakukan tindakan tidak sepatutnya terhadap bayi ini.
“Sokongan moral daripada ibu, tenaga pengajar agama dan penghuni lain di sini membuatkan saya terus positif. Saya nekad menjaga anak yang akan dilahirkan ini dengan baik dan kembali meneruskan pelajaran selepas semua selesai,” katanya.
Seorang lagi penghuni di pusat perlindungan berkenaan, Hanis (bukan nama sebenar), 28, menganggap dirinya tidak berguna apabila sudah menconteng arang ke muka mereka apabila mengandung anak luar nikah.
“Sebelum ini, saya alpa dan liar. Langsung tidak solat, apatah lagi mengenal huruf dan membaca al-Quran. Saya terlanjur dengan teman lelaki sehingga hamil anak luar nikah.
“Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu. Saya sedih kerana teman lelaki tidak mahu mengaku hasil hubungan terlarang itu.
“Berikutan kejadian itu, keluarga menghantar saya ke rumah ini. Saya menghabiskan masa di sini. Kini anak saya ini sudah berusia dua tahun setengah,” katanya.
Hanis berkata, dia mahu tenang di sini kerana dapat mengikut pelbagai aktiviti termasuk belajar al-Quran dan mengikuti pelbagai ceramah agama.
“Saya sudah konsisten mengerjakan solat lima waktu, malah sudah boleh mengaji.
“Kini saya juga boleh memasak dan mengemas rumah kerana ia adalah aktiviti wajib yang perlu dilakukan setiap hari di sini.
“Walaupun ibu dan ayah sudah lama meninggal dunia, jauh di sudut hati ingin mengembalikan semula kepercayaan abang dan kakak, yang saya sudah sudah berubah sepenuhnya. Tetapi saya masih lagi malu dan bimbang akan menyusahkan mereka,” katanya.
Mengimbas detik hitam, Hanis yang pernah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota sebelum ini juga pernah mengandung selepas diperkosa oleh kenalan baharu, kira-kira tujuh tahun lalu.
Ketika kejadian itu, keluarga dapat menerima apa yang berlaku ke atasnya. Bagaimanapun, selepas empat tahun kemudian dia pula disahkan mengandung anak luar nikah akibat tersasar dengan cabaran kehidupan membuatkan keluarga nekad m menghantar Hanis ke pusat berkenaan.
“Anak pertama saya dihantar ke sebuah sekolah tahfiz di ibu kota. Saya mahu dia mendapatkan pendidikan yang baik.
“Ini kesalahan saya dan mahu menjadi insan lebih positif dan membuang jauh episod hitam itu. Saya bersyukur dengan adanya pelbagai aktiviti keagamaan dan kekeluargaan sebagai program wajib harian di sini mengubah diri saya 360 darjah.
“Di sini ada lebih 50 penghuni lain yang mempunyai pelbagai kisah hitam dan sedih. Hubungan kami menjadi rapat dan rasa selesa dengan kehidupan sekarang di rumah ini. "Kisah hitam menjadikan kami semakin tabah. Malah, kini sudah mampu menguruskan diri termasuk solat dan mengaji.," katanya.
Kredit : BeritaHarian
Masih Bersendirian
8 Nov 2021
Saya Mira(nama samaran)
Ketahui Empat Hikmah Jika Belum Bertemu Jodoh
Setiap manusia pasti menginginkan hidup bersama dengan jodohnya. Membesarkan anak-anak berdua, menjalani masa-masa menuju tua, dan berharap hanya ajal yang sanggup memisahkan.
Mendapatkan jodoh tidak semudah cerita cinta dalam film. Ada fase menunggu yang harus dilalui dan terkadang membuat jenuh. Pertanyaan ‘kapan nikah’ menjadi momok menakutkan saat bertemu dengan orang lain.
Namun manusia tidak kuasa menjawab, mengingat jodoh menjadi kewenangan Allah. Tapi jangan berkecil hati, selalu ada hikmah dari setiap ujian yang diberikan Allah atas lamanya jodoh ini. Berikut hikmah Allah belum mempertemukan dengan jodoh.
1. Ujian Naik Kelas
Belum bertemu jodoh merupakan sebuah ujian. Ujian untuk menghadapi orang-orang yang kerap bertanya mengapa belum menikah. Tidak hanya kepada diri seseorang yang belum menikah saja, namun hal yang juga akan dihadapi oleh orang tua dan keluarga yang lain.
Terkadang pertanyaan-pertanyaan tersebut terasa menyudutkan diri dan keluarga. Padahal mereka yang bertanya tidak mengetahui bagaimana usaha mereka dan keluarganya menemukan jodoh. Mereka yang bertanya juga tidak pernah mengetahui begitu banyak doa yang sudah mereka munajatkan agar dipermudah dalam mendapatkan jodohnya.
Namun jodoh yang diharapkan tidak kunjung datang. Pasalnya penentu datangnya jodoh bukan diri sendiri, melainkan Allah SWT. Seseorang tidak akan kuasa meminta jodoh untuk datang, karena jika belum waktunya, orang yang diharapkan tidak akan datang.
Di sinilah manusia diujia untuk naik tingkat ke kelas yang lebih tinggi. Allah hanya akan menguji kaum yang disenanginya. Jika mereka bersabar, maka besar lah nikmat Allah kepadanya.
Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cobaan. Sesungguhnya Allah ’Azza wa jalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi).
2. Diberi Waktu untuk Memantaskan Diri
Mendapatkan jodoh yang baik tentu menjadi harapan setiap orang. Mereka diharapkan bisa dengan totalitas menjalani hidup dengan kita dan berlaku baik dan setia. Namun, jodoh itu ibarat cermin. Siapa yang menjadi jodoh kita adalah cerminan dari kita. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Alquran yang artinya:
“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26).
Jika saat ini belum didekatkan jodoh, cobalah introspeksi diri. Apakah tindakan dan perbuatan kita sudah baik atau tidak? Jika kita masih banyak menyimpang dari ajaran Allah, maka ada baiknya memperbaiki diri. Karena kabar baiknya, Allah mengizinkan kita berbenah menjadi pribadi yang lebih baik, sehingga jodoh yang akan datang juga sama nilainya dengan kita.
Bisa saja Allah mendatangkan jodoh pada saat ini, namun nilai kita masih tidak cukup untuk mendatangkan jodoh yang baik, sehingga mereka yang datang adalah mereka dengan kualitas rendah.
3. Diberi Waktu Membahagiakan Orang-orang Tersayang
Seperti diketahui, ketika sudah menikah, maka tanggungjawab lebih besar adalah untuk suami atau istri. Perhatian kepada keluarga otomatis berkurang ketika sudah menikah. Untuk itu, jika saat ini belum dipertemukan jodoh, berprasangka baik saja. Mungkin ada orangtua yang masih begitu membutuhkan kita, atau ada adik-adik yang harus diselesaikan sekolah dan kuliahnya. Dengan begitu, menunggu tentu tidak akan menjadi waktu yang sia-sia. Karena memberi dan membahagiakan mereka bernilai ibadah dan sedekah.
4. Apa yang Diterima Saat Ini adalah yang Terbaik Pilihan Allah
Belum dipertemukan jodoh mungkin menjadi hal yang cukup menyakitkan. Bahkan diantaranya sering menggerutu dengan kondisi tersebut. Namun siapa yang paling tahu hal yang terbaik suatu barang? Tentu saja penciptanya bukan? Sama dengan manusia, yang paling tahu hal yang terbaik dari manusia tentu saja Allah SWT sebagai sang pencipta.
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge¬tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216).
Sehingga jika saat ini masih belum dipertemukan jodoh, ada baiknya tetap berprasangka baik dengan Allah SWT. Dia tentu paling tahu dengan kebaikan kita dan tidak akan menyengsarakan hamba-Nya sendiri, di luar kemampuan hamba tersebut.
Bagi yang sudah dipertemukan jodoh, atau yang melihat orang lain belum berjodoh sebaiknya tidak menyudutkan. Memang, kita hanya tahu mereka belum menikah sehingga kita berhak bertanya mengapa mereka belum menikah. Kita tidak tahu mereka sedang memperjuangkan sesuatu, dan yang kita lupa jodoh adalah misteri yang ditulis sendiri oleh Allah, sehingga mereka tidak kuasa mendatangkan jodohnya sendiri.
Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Mandi Junub Saya?
2 Nov 2021
الحَيَاءُ مِن الإِيمَان
Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.” Riwayat al-Bukhari (no: 24)
Rezeki Anak : Sikit Atau Ramai Atau Tiada Zuriat, Janganlah Suka Kecoh
26 Oct 2021
Setiap pasangan yang telah berkahwin, sering dilontarkan pertanyaan :
"Bila nak dapat anak?"
"Tak tambah anak lagi ke?"
"Ramainya anak, tak rimas ke?"
"Mandul ke?"
Persoalan tentang anak memang tidak berkesudahan , dan sebenarnya sikit atau banyak anak atau tidak mempunyai anak , semuanya adalah urusan rezeki Maha Pencipta.
Mungkin ada di kalangan pasangan setiap tahun dapat anak, mungkin ada yang mempunyai anak sorang sahaja malah ada yang berkahwin berpuluh tahun, masih belum dikurniakan anak dan macam-macam lagi.
Setiap orang mempunyai garis masa masing-masing. Bilangan anak bukanlah harus menjadi perdebatan di kalangan masyarakat, seharusnya setiap ibu bapa perlu memikirkan untuk menggalas tanggungjawab amanah Allah , untuk membesarkan anak sebaik mungkin.
Pasangan yang berkahwin terutama sekali wanita, tidak perlu bersedih dengan apa jua situasi seperti contoh di atas, kerana semuanya sudah di atur rezeki masing-masing. Kita hanya mampu berusaha dan merancang , selebihnya berserah pada yang Maha Kuasa.
Apa yang lebih penting, setiap perancangan untuk mempunyai zuriat, perlu ada persefahaman dan perbincangan antara suami isteri. Samaada ingin mempunyai anak ramai, atau sedikit atau ada masalah untuk mendapatkan zuriat, perancangan bersama adalah jalan lebih baik untuk membesarkan keluarga dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan sebelum bertemu dengan yang lebih pakar untuk dapatkan khidmat nasihat.
Dan pesanan untuk kita sendiri juga, jangan lah jadi orang yang sibuk nak tahu hal orang sampai tanya persoalan bertubi-tubi dengan soalan-soalan tentang hal anak yang boleh menyebabkan hati orang lain terguris. Cukuplah mendoakan dan memberi sokongan kepada mereka.
Difitnah, Dihadiahkan 3 Talaq , Gara-gara Campur Tangan Mertua
20 Oct 2021
And today, i'm wearing our "jubah nikah" to hear the result
Thank you for all 3 talaq you gave me.
Allah knows best.
I've nothing to say to you.
wish you all the best.semoga bahagialah ya.
For my LOVELY mother-in-law,
CONGRATULATIONS Datin
For made us into this situation. Malam ni dah boleh buat parti dan sujud syukur ya sebab berjaya hancurkn semua.
Dulu,Datin pernah kata yang anak Datin takkan bahagia kalau teruskan perkahwinan ni dengan saya.
Ya.Betul tu.
Saya setuju.
Sebab takkan ada orang pun yang akan bahagia, kalau ada "IBU MERTUA" macam Datin ni
Tahniah sebab dah berjaya meruntuhkan pernikahan ni dua kali berturut dan mendoakan Ali gugur sejak dari dalam perut.Alhamdulillah dah 8 bulan dah Ali.
Tahniah sebab Datin, saya terpaksa tinggal seorang diri dekat rumah sewa sepanjang saya mengandung
Tahniah sebab Datin,saya kena beranak seorang diri tanpa suami di sisi.
Tahniah sebab Datin, anak saya tak diazankan oleh babah dia,dan tak pernah jumpa langsung. dapat kenal Babah dia hanya selepas dia berumur 8 bulan iaitu 2minggu lalu. itu pun sebab kena datang mahkamah.
Thank you so much!
Untuk setiap tuduhan datin, yang saya gunakan Ali untuk minta macam2 dekat anak datin, saya tak redha.Dan untuk setiap harta yang datin fitnahkn saya untuk mengambilnya, jika betul saya tak pernah ada niat, Saya doakan segala harta tu di tarik semuanya dari datin. Dan saya tak redha langsung datin doakan keburukan utk anak sy.
Lagi satu, kirim salam pada ustaz ustaz yang datin gunakan utk bagitahu yang saya ni ada sihir anak datin sampai meroyan ingat saya hehee
Mungkin saya guna bomoh Russia kot kehkehkeh
Kesian anak datin, sebab kena ugut jadi anak derhaka kalau tak dengar cakap datin.
Tak bau syurga katanya kalau mak bapak tak redha.
Saya takkan lupa semua momen saya di halau depan pagar rumah datin dan masa kita bergelut macam madu berebut laki haha masa Sayf ali 7 bulan dalam perut saya
Sekarang,Datin dah boleh tidur lena sebab saya dan anak datin dah tak boleh bersama lagi pun.
Cuma satu saya boleh kata,
SAYA TAK MAAFKAN ATAS APA YANG DATIN BUAT PADA SAYA DAN ANAK. DAN SAYA DOAKAN DATIN PANJANG UMUR,TAK TERCABUT NYAWA DARI BADAN,SELAGI DATIN TAK MINTA MAAF PADA SAYF ALI.
WISH YOU ALL THE BEST WITH YOUR FAMILY.
Ikot hati saya memang saya nak tayang muka datin, tapi takpelah, buat semak FB saya je. Baik sy letak gambar produk ke, laku juga orang nak beli.
For my lovely Sayf Ali,
Anything yang jadi is between Bunda dan babah. Takde kena mengena dengan Ali. He will always be your only babah in this world.No one can take his place.I will only show you the best and good side about him.Please love and respect him just like u love and respect me.
And its ok if your "tok abah" and "tok mak" tak pernah mengaku Ali sebagai cucu, sebab seberapa benci sekalipun, diorang tak boleh nafikan yang darah babah juga mengalir dalam badan Ali.
plus,Ali ada wan dengan atok kan
Ramai lagi sayang Ali.
Sorry baby. Sebab terpaksa hadap benda ni since dalam perut lagi.
You're very strong enough.You're fighter to me. Moga Sayf menjadi anak yang soleh yang membuka laluan syurga buat Bunda dan Babah.
Dear Self,
Whatever it is, Allah with you. Dia maha Tahu apa yang kau tak tahu.Dia maha penyayang dan maha bijaksana. Dan, mengertilah untuk semua ujian yang kau dapat, itu tanda CintaNya pada kau sebagai hamba dan sebagai penghapus dosa lalu.
May Allah ease me and my baby.
Aamiin.
Thank you semua yang doakan kami selama ni. Hanya Tuhan yg dapat balas semua.
Kredit : Fb Noor Nabilla Fattin
Ingatkan Senang Je Nak Jadi Seorang Doktor, Rupa-rupanya ...
13 Sept 2021
Abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia.
Dr Amin Ismail (A.I.):
Anak Autisme Boleh Jalani Hidup Normal
22 Jun 2021
Setuju Atau Tidak; Soal Kebahagiaan Dan Peribadi Tak Perlu DiTayang Di Media Sosial
8 Dec 2020
Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi!
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media social.
Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Atau Diploma IPTA ? Yang Manakah Pilihan Anda ?
26 Mar 2020
Berikut dikongsikan perbezaan masuk matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma buat panduan pelajar lepasan SPM yang dalam dilema untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka. Ingin ditekankan yang kesemua program ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pilihan terbaik adalah bergantung kepada apakah cita-cita kerjaya yang anda ingini. Contohnya jika anda ingin menjadi jurutera pilihlah bidang pengajian kejuruteraan.
Perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.
Tingkatan 6 (STPM)
STPM adalah terbaik berbanding program lain jika Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UA berkenaan hanya mengambil calon lepasan STPM sahaja. Semakan program yang hanya untuk lepasan STPM boleh disemak di epanduan UPU. Cara : Pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan dan klik STPM/Setaraf.
Kelebihan Tingkatan 6
- Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
- Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
- Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
- Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
- Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
Matrikulasi KPM
Syarat Kelayakan/ Kemasukan Matrikulasi
Bermula pengambilan pelajar baru sesi 2016/2017, berikut adalah jadual syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit.Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) semester. Jurusuan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.Contoh Jurusan
Sebagai conth, jurusan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) adalah seperti berikut :-Jurusan Sains
- Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
- Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
- Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
- Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Tempoh pengajian adalah lebih lama iaitu empat (4) semester. Jurusan yang ditawarkan pula adalah Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.Nota
- Pelajar PST boleh memohon pertukaran ke PDT di Kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah Kolej.
- Permohonan menukar jurusan boleh di mohon di kolej masing-masing melalui Pengarah Kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
Jumlah Bayaran Yuran Matrikulasi
Kadar yuran pendaftaran Matrikulasi terkini adalah seperti berikut :-Jurusan Sains
- Program Satu Tahun : RM580
- Kolej MARA : RM500
- Program Dua Tahun : RM580
- Program Satu Tahun : RM530
- Kolej MARA : RM500
- Program Satu Tahun : RM580
Kelebihan Dan Halatuju Matrikulasi
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi. Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universit Malaya (UM) & Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah tempatan.
Graduan matrikulasi juga ada kelebihan. kerana mereka didedahkan dengan kaedah pengajaran sepertimana universiti, jadi merekai tidak akan kekok bila berada di universiti nanti. Disebabkan syarat kemasukan matrikulasi lebih tinggi, maka tidak ramai yang gagal di matrikulasi. Hampir keseluruhan pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
Asasi IPTA
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar dimana sebahagiannya disubsidi oleh Kerajaan. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,250 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 360 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Pelajar yang memilih program diploma tidak semestinya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan mudah kerana tidak semua yang berjaya diterima mengikuti Program Degree akan mendapat pengecualian. Ramai pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian dari Tahun 1 (Semester 1) selepas menamatkan pengajian diploma yang biasanya mengambil masa selama 2½ hingga 3 tahun.
Apa jua pilihan anda, belajar bersungguh-sungguh adalah kemestian dalam mendapat keputusan yang cemerlang bagi mencapai cita-cita kerjaya anda.












