KEBANYAKAN kita setuju jika dikatakan wanita sekarang lebih moden, maju, berjaya dan berpelajaran.
Di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita dek kemodenan dan
peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum
hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan
jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk
Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.
Lebih membimbangkan, satu kajian dari Universiti Amsterdam, Belanda
baru-baru ini mendapati tabiat itu yang diamalkan ketika mengandung
boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi seorang homoseksual.
Pakar neurobiologi Universiti Amsterdam, Profesor Dr. Dick Swaab
berkata, selain tabiat merokok, pengambilan alkohol juga boleh
membuatkan anak menjadi bodoh.
Melalui kajiannya itu, Swaab mendapati gaya hidup seorang wanita
mengandung secara tidak langsung boleh mempengaruhi seksualiti dan tahap
pemikiran anak mereka.
Jelasnya, pengambilan dadah atau tinggal di kawasan yang udaranya
tercemar memberi kesan buruk kepada perkembangan janin dan mempengaruhi
proses pembesaran bayi.
"Pengambilan hormon sintetik dan tabiat merokok semasa mengandung
boleh meningkatkan peluang untuk anak yang dilahirkan menjadi
homoseksual .
"Pengambilan alkohol, pula boleh menyebabkan tahap pemikiran anak menjadi lemah," jelasnya.
Adakah kajian ini benar?
Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Dr.
Mathi Arasu Muthusamy, fakta yang mengatakan wanita hamil yang merokok
boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi homoseksual sebenarnya
belum ada bukti yang kukuh.
"Walaupun ada kajian yang dibuat, masih belum ada bukti yang
mengatakan kecenderungan anak yang dilahirkan menjadi homoseksual
dipengaruhi oleh tabiat merokok. Pun begitu, wanita hamil yang
mengamalkan gaya hidup tidak sihat mungkin boleh memberi kesan genetik
kepada kandungannya.
"Sebenarnya, mereka yang merokok ketika hamil,berisiko menghidap
penyakit yang lebih kronik. Pada pendapat saya, kajian tersebut secara
tidak langsung memberi kesan psikologi kepada wanita hamil supaya tidak
merokok," ujarnya.
Kesan buruk kepada wanita
Dr. Mathi memberitahu, merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak
kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain
penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami
masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta
melahirkan.
"Alangkah baiknya jika wanita itu sendiri tahu bahawa merokok
meningkatkan risiko mereka mendapat barah pangkal rahim dan barah payu
dara sebelum menopaus.
"Jika perokok lelaki sering dikaitkan dengan penyakit paru-paru,
wanita sebenarnya mempunyai masalah yang lebih serius. Golongan ini
berisiko mengalami masalah reproduktif dan kanser. Wanita yang merokok
akan menggandakan risiko menghidap kanser pangkal rahim," jelasnya.
Tambahnya, merokok dalam kalangan wanita mempercepatkan hilangnya
telur dan menjejaskan fungsi reproduktif atau kesuburan, malah perokok
wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain
mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita
tidak merokok.
Ini kerana merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan
estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan kerosakan
genetik.
Beliau menekankan, jika dibandingkan dengan wanita tidak merokok,
perokok wanita berkemungkinan mengalami ketidaksuburan yang boleh
melewatkan proses kehamilan.
Dr. Mathi berkata daripada bukti sehingga kini, nampaknya wanita
yang merokok lebih cenderung untuk mengalami kesakitan semasa datang
haid dan putus haid pula berlaku lebih awal iaitu kira-kira setahun atau
dua tahun lebih awal berbanding dengan yang tidak merokok.
"Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang
meninggal dunia jika dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan
perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok
lebih ramai meninggal dunia pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam
daun tembakau umumnya terdapat satu hingga tiga peratus dadah nikotin.
"Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin.
Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar dan apabila meluap
mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan
penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan selain bahaya karbon
monoksida, sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan
keupayaan darah membawa oksigen," katanya.
Selain itu, bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan
janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta,
peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan
kepada bayi seperti kecacatan pada bibir dan lelangit (cleft lip dan
palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum
tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan
bayi sebanyak 150 hingga 200 gram dan perkembangan sistem saraf yang
tidak normal.
Beliau menjelaskan, bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma
dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko tersebut
lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok
berbanding dengan yang tidak merokok .
Pencegahan
Dr. Mathi menasihatkan wanita hamil yang merokok supaya berhenti merokok.
"Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang merokok, elakkan diri
daripada terhidu asap rokok. Dalam masa yang sama, elakkan diri daripada
tempat sosial yang terdedah dengan asap rokok.
"Kepada perokok, ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakan
rasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gula getah bernakotin,
lozenges dan lain-lain. Doktor anda juga boleh memberi ubat. Menggunakan
produk pengganti nakotin atau ubat lain mampu melipat gandakan peluang
anda untuk berhenti merokok," katanya.
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
Masalah dan penyakit pernafasan
Perkembangan kecerdasanotot terjejas
Jangkitan telinga
Leukemia
Kanser otak
Lelah ,meningkatkan simptom lelah
Sindrom kematian secara mengejut.
TIP BERHENTI MEROKOK
Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang
lain seperti pensil, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan
anda lupa untuk mengambil rokok. Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan
memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau
roti gandum.
Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan
berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik
menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting
dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana
kadar gula rendah
Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan
mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu
yang menggembirakan anda
Jika anda merokok untuk mendapatkan kesenangan, cari kesenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang yang merokok
Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan
anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang
merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti
sebentar pada akhir tarikan nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan
pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api
terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang.
KESIMPULAN
~Merokok menyebabkan fungsi ovari merosot dan memberi kesan buruk kepada sperma
~Merokok menyebabkan proses IVF lebih sukar
~Merokok memberi kesan kepada anak dalam kandungan
~Pasangan yang merancang mendapat bayi perlu elak merokok dan pendedahan menjadi perokok pasif.
Info
Toluena
Pelarut
industri
Cat
Metana
Gas pembentung
Asid asetik
Cuka
Karbon monoksida
Hexamine
Barbeku ringan
Kandungan Rokok
Arsenik
Racun
Kadmium
Bateri
Nikotin
Racun
serangga
Butana
Cecair
pemetik
api
Metanol
Bahan api roket
Ammonia
Pembersih
tandas
Asid
Sterik
Lilin asid
Rokok