SLIDER
Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab
16 Jul 2025
Mak ayah, bila mereka sudah tiada lagi di dunia ini, hilanglah sumber doa mustajab. Doa mustajab, itulah doa terbaik mak ayah untuk anak-anak. Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak.
Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini
Tanpa mak dan ayah, siapalah kita. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Jangan sesekali sombong atau hilang hormat pada mak ayah. Kejayaan kita hari ini adalah doa mustajab daripada mereka yang tidak pernah putus untuk melihat kita gembira dan berjaya.
Ikuti perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini. Sehebat mana kita, tanpa mak ayah dan doa mustajabnya kita tak akan hidup senang. Jangan sesekali derhaka, sayangilah mereka.
Kita ada seorang saja ayah dan seorang ibu. Kalau ada orang yang tak ada ayah sebab dia tak tahu siapa ayah dia pun, dia mesti ada seorang saja ibu.
Pergilah ke mana-mana masa kita hidup ni, kita akan bawa nama ayah kita bersama-sama kita. Bila kita mati, imam yang baca talkin akan sebut nama kita dan ibu kita.
Besar dan hebatnya pengaruh ayah dan ibu pada hidup kita. Tanpa mereka berdua, tak adalah kita.
Tak ada orang yang boleh sayang kita lebih daripada ayah dan ibu kita sayang kita. Walau kita pernah jumpa orang yang sayang kita lebih daripada mereka berdua, hakikatnya tak akan ada orang yang boleh sayang kita macam ayah dan ibu kita sayang kita.
Kita wajib sayang ayah dan ibu kita. Ini perintah Allah dalam Al-Quran. 6 kali Allah sebut suruh kita sayang dan buat baik dekat ayah dan ibu kita.
Masa mereka hidup, kita sayang mereka dengan cara taat dan berbuat baik kepada mereka. Tak boleh mengherdik mereka, meninggi suara dengan mereka, jangan sesekali kata ‘uh’ atau ‘ah’ pun pada mereka, merendah diri dengan mereka dan mesti cakap hanya dengan perkataan yang mulia saja dengan mereka.
Hilanglah Sumber Doa Mustajab
Bila mereka meninggal, kita juga mesti sayang mereka dengan cara kita buat amalan kebaikan demi mereka, cuba kita hubungkan silaturahim dengan kawan-kawan baik mereka dan kita berdoa mohon Allah ampunkan dosa mereka.
Rasulullah SAW sebut, ada ketikanya di dalam syurga, darjat ayah dan ibu ditinggikan oleh Allah sampai mereka pun jadi pelik. Lalu mereka bertanya kepada Allah, kenapa jadi begitu?
Allah SWT beritahu, darjat ayah dan ibu diangkat di dalam syurga setiap kali ada doa minta ampun untuk mereka daripada anak-anak. Jadi jangan jemu berdoa untuk mereka kebaikan di dunia dan keampunan di akhirat.
Jika ayah dan ibu kita masih hidup, selalulah minta mereka doakan kita. Ingat, sekali mereka dah mati, maka tamatlah riwayat sebuah sumber doa yang mustajab.
Sayangilah mak ayah selagi mereka masih ada. Doakan kebaikan mereka dunia akhirat.
Kredit: Khairul Anuar Basri
Kredit : Mingguan Wanita
Waspada Child Sexual Grooming. Apa itu Sexual Grooming?
10 Jun 2025
Petua & Tips Hilangkan Bau Najis Kucing Secara Semulajadi – 7 Cara Mudah & Selamat!
4 Jun 2025
Masalah bau najis kucing adalah sesuatu yang sering dihadapi oleh pemilik kucing. Sama ada anda tinggal di rumah atau apartmen, bau busuk dari litter box boleh mencacatkan suasana rumah dan memberi ketidakselesaan kepada keluarga dan tetamu.
Berita baiknya, ada banyak cara semula jadi untuk hilangkan bau najis kucing tanpa perlu bergantung kepada produk kimia yang mahal dan berbahaya. Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 petua hilangkan bau najis kucing secara semulajadi, menggunakan bahan mudah yang anda mungkin sudah ada di rumah.
KENAPA PILIH CARA SEMULAJADI UNTUK HILANGKAN BAU NAJIS KUCING
✅ Selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak
✅ Lebih mesra alam
✅ Jimat kos
✅ Tidak meninggalkan bahan kimia berbahaya di rumah
1. BAKING SODA - PENYERAPAN BAU YANG EFISIEN
Baking soda ialah bahan semula jadi yang sangat popular dalam menghilangkan bau.
Cara Penggunaan:
-
Taburkan satu sudu kecil baking soda ke dalam litter box selepas pembersihan.
-
Campurkan bersama pasir kucing untuk serapan bau maksimum.
Kelebihan:
-
Meneutralkan bau busuk secara semulajadi
-
Tidak toksik dan selamat untuk kucing
2. CUKA PUTIH + AIR SUAM - SEMBURAN PEMBERSIH DIY
Cuka putih adalah bahan anti-bakteria yang membantu membunuh kuman penyebab bau.
Cara Penggunaan:
-
Campurkan 1:1 cuka putih dan air suam dalam botol semburan.
-
Sembur pada lantai, permaidani, atau kawasan terkena air kencing/najis kucing.
-
Lap dengan kain bersih selepas 5–10 minit.
Tip Tambahan:
-
Tambah 3–5 titik minyak pati lemon untuk kesan lebih menyegarkan.
3. ARANG AKTIF - SERAP BAU TANPA PEWANGI
Arang aktif (activated charcoal) sangat terkenal sebagai penyerap bau semulajadi.
Cara Penggunaan:
-
Letakkan arang aktif dalam bekas kecil berhampiran litter box.
-
Tukar arang setiap 2–3 minggu untuk hasil terbaik.
Peringatan:
-
Jauhkan dari capaian kucing, jangan biarkan ia dimakan.
4. SERBUK KOPI TERPAKAI - WANGI DAN EFISIEN
Jangan buang ampas kopi anda! Ia boleh digunakan sebagai penghilang bau.
Cara Penggunaan:
-
Keringkan serbuk kopi selepas digunakan.
-
Letakkan dalam mangkuk kecil di kawasan litter box atau tempat kucing selalu lepak.
Kelebihan:
-
Menyerap bau dan memberi aroma semula jadi
-
Bebas bahan kimia
5. GUNAKAN PASIR KUCING SEMULAJADI
Beralih kepada pasir kucing mesra alam adalah salah satu langkah utama untuk mencegah bau yang kuat.
Jenis pasir semulajadi terbaik:
-
Pasir bentonit tanpa pewangi
-
Pellet kayu pain
-
Pasir jagung/beras
Kenapa lebih baik?
-
Kurang bau kimia
-
Lebih menyerap
-
Tidak merengsakan hidung sensitif kucing
Bau aromatik daripada daun pandan atau kulit sitrus boleh menyamarkan bau busuk litter box.
Cara Penggunaan:
-
Letakkan daun pandan atau kulit lemon segar dalam bekas kecil berhampiran litter box.
-
Tukar setiap 2–3 hari.
7. JAGA KEBERSIHAN LITTER BOX SECARA KONSISTEN
Akhir sekali, litter box yang bersih adalah kunci utama untuk mengelakkan bau.
Tip Penjagaan Harian:
-
Cedok najis dan gumpalan air kencing setiap hari
-
Tukar pasir sepenuhnya setiap 5–7 hari
-
Cuci litter box seminggu sekali dengan air panas dan cuka
BONUS : RESEPI DIY SEMBURAN HILANGKAN BAU NAJIS KUCING
Bahan-bahan:
-
1 cawan cuka putih
-
1 cawan air suam
-
1 sudu besar baking soda
-
3–5 titis minyak pati lemon (pilihan)
Cara Guna:
-
Campur semua bahan dalam botol semburan.
-
Goncang sebelum setiap penggunaan.
-
Sembur pada tempat berbau dan lap dengan kain bersih.
Menghilangkan bau najis kucing secara semulajadi adalah lebih mudah, murah, dan selamat berbanding menggunakan bahan kimia. Dengan mengamalkan beberapa petua di atas secara konsisten, anda bukan sahaja dapat menikmati rumah yang bebas bau, malah memberikan persekitaran yang sihat dan selesa untuk kucing kesayangan anda.
JANGAN LUPA KONGSI !
Jika anda suka artikel ini, kongsikan dengan rakan pemilik kucing lain! Atau tinggalkan komen – anda mungkin ada petua tambahan yang berkesan untuk dikongsi bersama komuniti pencinta kucing.
Silap Saya Kerana Berkahwin Dengan Suami Sahabat Baik Tetapi Tak Mampu Saya Untuk Menolak Suratan Takdir?
20 May 2025
Wanita ini terus jadi bingung kenapa dia diperlakukan sedemikian kerana dibuang tanpa belas kasihan oleh suaminya setelah isteri pertama mendapat tahu akan perkahwinan mereka. Adakah kerana hasutan dari madunya iaitu isteri pertama yang menyebabkan suaminya itu berubah dan tidak lagi menyayanginya.
Apakah yang harus dilakukan oleh wanita ini setelah berhadapan dengan masalah ini?
Saya sedang berduka lara angkara sikap madu saya yang enggan membenarkan suami saya pulang ke rumah saya. Saya tahu silap saya mengahwini suami kawan baik saya sendri tetapi siapa saya untuk menolak takdir?
Dari SMS kami menjadi semakin rapat dan kami selalu berjumpa. Saya sudah cuba untuk melawan tapi nak buat macamana memang jodoh kami sangat kuat. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin di sempadan.
Kami mengambil keputusan berkahwin di sempadan untuk mengelakkan diketahui kawan saya tersebut. Selepas perkahwinan kami, si isteri iaitu kawan baik saya dapat tahu. Dia mengamuk macam orang gila.
Dia memaksa suami saya ceraikan dia. Suami saya tidak sanggup untuk menceraikn dia kerana anak-anak.
Hari berganti hari, dia tetap benci kepada saya sehinggakan tidak membenarkan si suami datang menjenguk saya. Yang amat menyedihkan saya, si suami pun tidak lagi berani untuk datang berjumpa saya, malahan call pun tidak diangkat.
Saya naik angin lalu datang bersemuka dengan madu saya yang juga bekas kawan baik saya. Saya dihina, dicerca macam-macam lagi.
Si suami tidak mempertahankn saya sebaliknya memberi kata dua untuk melepaskan saya. Hati siapa tidak hancur. Saya sedih sangat kerana segala pengorbanan saya dengan meninggalkan anak-anak ketika mengikut dia langsung tidak dihargai. Saya dibuang umpama kain buruk. Tolonglah jangan cerca saya. Berikanlah kata-kata semangat kepada saya
Apakah Maksud Ujian Kehamilan (Urine Pregnancy Test) Negatif Tetapi Tetap Hamil?
8 Apr 2025
Soalan :
1) Anda Hamil, Tetapi Anda Mengambil Ujian Kehamilan Terlalu Awal
Ujian kehamilan berfungsi dengan mengesan hCG iaitu hormon kehamilan. Jika anda cukup yakin anda hamil kerana anda telah mengalami beberapa gejala awal kehamilan tetapi mempunyai keputusan ujian negatif, salah satu sebab yang paling biasa ialah anda telah mengambil ujian kehamilan terlalu awal, dan tubuh anda belum menghasilkan hormon hCG yang cukup untuk ujian tersebut mengesannya. hCG boleh dikesan dalam air kencing sekurang-kurangnya dua minggu selepas persenyawaan berlaku.
Untuk keputusan ujian yang tepat 99%, ujian ini perlu mengesan sekurang-kurangnya 25 mili-unit antarabangsa bagi setiap mililiter (mIU / mL). Dalam dua minggu pertama kehamilan, hanya kira-kira 10 mlU / ml hCG dapat dihasilkan.
Oleh itu, untuk mendapatkan keputusan ujian yang boleh dipercayai, tunggu dua minggu selepas tempoh haid terlepas. Pada masa ini, badan anda akan menghasilkan banyak hCG, dan ujian kehamilan anda akan jauh lebih tepat.
2) Anda Hamil, Tetapi Alat Ujian Kehamilan Telah Rosak
Ujian tersebut mungkin telah tamat tempoh, atau mungkin disimpan di tempat yang tidak sesuai (contohnya dalam kabinet bilik mandi yang basah). Beli UPT atau alat ujian kehamilan yang baru, dan cuba lagi untuk memastikan keputusannya tepat.
3) Anda Hamil, Tetapi Anda Mempunyai Haid Yang Tidak Teratur Dan Ovulasi Lewat
Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, kemudian anda mendapat ujian negatif tetapi tidak haid di mana ia mungkin bermaksud ovulasi agak lewat bulan ini. Ini akan menangguhkan tarikh implantasi, yang mungkin menyebabkan anda salah mengira jumlah hari yang sepatutnya anda lakukan ujian kehamilan. Inilah sebabnya mengapa anda dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan satu atau dua minggu selepas hari anda jangkakan haid datang.
4) Anda Mengandung Anak Kembar Atau Kembar Tiga
Mengandungkan dua atau lebih bayi menyebabkan seseorang wanita menghasilkan tahap hCG yang sangat tinggi dan ujian kehamilan mungkin tidak dapat mengesannya kerana hormon hCG terlalu banyak. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai "kesan cangkuk dos tinggi" (high-dose hook effect).
5) Anda Mengalami Kehamilan Ektopik (Ectopic Pregnancy) Yang Menunda Penghasilan hCG
Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan mengimplantasikan diri sendiri di suatu tempat selain daripada rahim (biasanya di dalam tiub fallopian), yang menangguhkan penghasilan hormon hCG dan menyebabkan kesakitan yang teruk di bahagian bawah perut atau sisi kiri atau kanan abdomen. Keadaan ini jarang berlaku dan berlaku hanya dalam 1 daripada 40 kehamilan, tetapi ia sangat berbahaya dan harus mendapat diagnosis lebih awal untuk mencegah akibat yang mengancam nyawa bagi wanita.
6) Anda Hamil, Tetapi Anda Mempunyai Penyakit Trophoblastik Gestational / ‘Gestational Trophoblastic Disease’(GTD)
Ini sangat jarang berlaku. Penyakit trophoblastik gestational berlaku apabila tumor terbentuk di lapisan sel yang dipanggil trophoblast yang biasanya mengelilingi embrio. Jenis GTD yang paling biasa berlaku adalah ‘hydatidiform mole’ yang juga dikenali sebagai kehamilan molar. Tumor ini jarang membentuk kanser, tetapi kehamilan biasanya berakhir dengan keguguran kerana embrio tidak boleh terbentuk. Sangat jarang bayi yang sihat lahir dari kehamilan GTD.
7) Anda Tidak Mematuhi Arahan dengan betul
Baca arahan di pakej ujian kehamilan anda dengan berhati-hati supaya anda dapat mengendalikan ujian dengan baik. Oleh kerana ujian adalah bersifat mementingkan kualiti, ini menjadikan alat ujian peka terhadap proses ujian. Kebanyakan ujian kehamilan meminta anda memegang jalur ujian dalam air kencing, dan kencing di atasnya semasa di tandas. Sesetengah ujian memerlukan anda untuk mencelupkan jalur ujian ke dalam cawan bersih di mana anda telah mengumpul air kencing (kaedah pilihan saya untuk keputusan ujian kehamilan yang tepat).
APAKAH LANGKAH SETERUSNYA?
- Jadi apa yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai ujian kehamilan yang negatif tetapi masih mengandung? Ia sangat bergantung kepada bilakah anda menjangkakan kitaran haid anda akan datang. Terdapat 50-50 peluang bahawa ujian itu boleh menjadi negatif palsu jika anda tidak mampu menjangkakan tempoh haid anda.
- Tunggu selama beberapa hari untuk mendapatkan ujian lain seelok-eloknya dua minggu selepas tarikh haid terlepas. Walau bagaimanapun, jika tempoh haid anda datang dan anda merasakan anda mengandung, anda harus menunggu sehingga beberapa hari selepas haid untuk mengambil ujian kehamilan yang lain.
- Ia mungkin menunjukkan terdapat sebab-sebab yang lain seperti yang dibincangkan di atas jika anda mendapat ujian negatif lagi. Anda boleh mengulangi ujian sekali lagi jika anda mahu. Tetapi jika anda mendapat ujian negatif kali ini, ia hampir-hampir bermaksud bahawa anda tidak hamil. Anda mungkin "terasa mengandung" kerana sebab-sebab lain yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor. Juga, mungkin terlalu sukar untuk anda menerima ujian negatif jika anda berusaha keras untuk hamil.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital.
Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami
20 Oct 2024
TUJUAN
PENDAHULUAN
a. Tafsiran. b. Hukum `iddah dan berkabung. c. Dalil-dalil pensyariatan `iddah. d. Dalil-dalil pensyariatan berkabung. e. Hikmah `iddah. f. Jenis dan tempoh `iddah. g. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie. h. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba̢۪in. i. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami. j. Kesimpulan. |
Tafsiran
Dalil-Dalil Pensyariatan `Iddah
Dalil-Dalil Pensyariatan Berkabung
Hikmah `Iddah
Jenis dan Tempoh `Iddah
BIL | JENIS `IDDAH | ADA HAID / TIADA HAID/ SEDANG MENGANDUNG | TEMPOH `IDDAH[1] | KETERANGAN |
i. | Bercerai talak raj`ie/ba̢۪in | Ada haid | Tiga kali suci | a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat. c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat. |
ii. | Bercerai talak raj`ie/ba̢۪in | Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) | Tiga bulan | |
iii. | Bercerai talak raj`ie/ba̢۪in | Sedang mengandung | Sehingga bersalin atau kandungan gugur | Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
iv. | Bercerai talak raj`ie/ba̢۪in dan belum pernah disetubuhi | Ada haid atau tiada haid | Tiada `iddah | |
v. | Bercerai talak raj`ie/ba̢۪in dan menghidap istihadhah | a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya. b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah. | Tiga kali suci Tiga bulan | |
vi. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Empat bulan sepuluh hari | Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat. |
vii. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba̢۪in dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Tiga kali suci atau tiga bulan | Kekal `iddah talak ba̢۪in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami. |
viii. | Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Empat bulan sepuluh hari | Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung. |
ix. | Kematian suami | Sedang mengandung | Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur | Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
x. | Suami hilang | Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung | Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. | Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh. |
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba̢۪in
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami


