SLIDER

Penyakit ‘Ain Disebabkan Pandangan Mata Disertai Sifat Irihati. Bagaimana Terkena Dan Cara Merawatnya

11 Feb 2022

 



Menurut perkongsian Maktabah Al Bakri, penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Bagaimana seseorang boleh terkena penyakit ‘ain dan bagaimana merawatnya? Ikuti penjelasan di bawah :

SOALAN :

Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang penyakit ‘ain? Benarkah ia boleh terkena pada manusia? Dan bagaimana cara untuk merawatnya? Mohon jelaskan juga tentang kaedah perlindungan agar terhindar daripada terkena daripada penyakit ain ini. Terima kasih.

JAWAPAN : 

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

 Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).”[1]

Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh “mata” benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak.[2]

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”[3]

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: “Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.”[4]

Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.”[5]

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”[6]

Menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa hanya dengan penglihatan. Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan tentang sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu. Ada banyak penyebab ‘ain yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.”[7] Ini bermakna, ‘ain juga boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.


Rawatan Penyakit 'Ain

Dalam sebuah hadith daripada Amrah daripada ‘Aisyah RA berkata, “Pada suatu ketika Nabi SAW masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu Beliau berkata:

مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي، هَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنَ الْعَيْنِ

Maksudnya: “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubatinya daripada penyakit ‘ain?”[8]

Terdapat juga sebuah hadith lain tentang hal ini:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُهَا أَنْ تَسْتَرْقِيَ مِنَ الْعَيْنِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkannya (iaitu Aisyah) untuk mengubati dirinya daripada penyait ‘ain.”[9]

Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:


Dibacakan Ruqyah Atau Doa.

Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”[10]

Bagi ibu bapa, mereka boleh membacakan doa bagi melindungi bayinya daripada terkena penyakit ‘ain, sepertimana bacaan doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”[11]


Dimandikan Dengan Air.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”[12]

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa Ibn al-Qayyim berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

Maksudnya: “Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.”[13]


Berlindung Daripada Terkena Penyakit Ain

Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”[14]

Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat. Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadith Abu Umamah.[15]

Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”[16]

Wallahu a’lam.”

Sumber : Maktabah Al Bakri

Kredit : Utusantv

Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Wajib Ambil Tahu Dan Jangan Abaikan

9 Feb 2022


Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi.Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.

Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.


Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan seperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) .

Tanpa Sedar , Ciri-Ciri Anxiety Disorder Ada Dalam Diri Anda

8 Feb 2022

 



Apa itu  Anxiety Disorder ? 

Anxiety Disorder merupakan satu penyakit mental yang serius di mana seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terganggu. Ini mungkin normal bagi kita yang berasa risau dan cemas setiap kali hendak berjumpa dengan orang atasan di tempat kerja, kena membentangkan kerja ataupun ketika menghadapi pelbagai masalah hidup. Tetapi bagi anda yang berasa cemas berlebihan setiap kali dalam urusan kehidupan seharian anda adalah tidak normal kerana anda mungkin mengalami penyakit tersebut. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda mengalaminya atau tidak?


Kenali 10 tanda "Anxiety Disorder" ini : 


#1 Gangguan Tidur 

Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, anda akan rasa tidak tenang dan susah untuk memejamkan mata kerana anda selalu terbayangkan masalah tersebut setiap masa. Selagi tak selesaikan selagi itu anda sentiasa berasa risau dan cemas. Sebagai contoh, anda kena saman parking, bagi orang lain akan 'relax' sahaja kalau kena saman tersebut, tetapi berbeza bagi anda yang saman itu membuatkan anda dihantui selalu selagi anda tidak selesaikannya.

#2 Perasaan Takut Tanpa Sebab 

Selalunya kita kalau rasa takut mesti bersebabkan? Takut dengan ular sebab kemungkinan ular itu berbisa. Tetapi, bagi anda yang tiada sebab langsung Start now Notifications Powered by iZooto untuk rasa takut ini sangat membimbangkan. Tetiba anda rasa takut dengan hujan, ketinggian dan seumpamanya. Hal ini juga berkaitan dengan "anxiety disorder". Anda berasa sangat takut dengan sesuatu hal yang anda sendiri tidak dapat menjelaskanya secara logik apa alasan ketakutan anda itu.

#3 Kekejangan Otot 

Ramai orang berasa panik tanpa mereka sedar. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami kekejangan otot tanpa sebab yang jelas. Hal ini terjadi kerana perasaan cemas yang anda rasa ketika itu kerana anda tidak dapat tenangkan diri seketika. Jika anda tidak dapat mengawal perasaan cemas tersebut, maka ia akan menjadi ancaman kepada kesihatan yang mungkin menyebabkan kecederaan pada otot anda.

#4 Gangguan Pencernaan 

Jika terlalu berasa cemas, ia juga dapat menganggu proses pencernaan anda seperti mengalami 'diarrhea', 'cramp' atau gas yang berlebihan. Ia menyebabkan perut anda berasa sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

#5 Demam Gementar 

Normal bagi anda untuk berasa gementar sebelum bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas bercakap, automatik perasaan itu akan hilang. Jika perasaan itu masih berlarutan, maka kemungkinan anda mengalami "anxiety disorder" ini. Bagi golongan tersebut, mereka sering berasa gementar dan menyebabkan mereka berpeluh banyak di samping kaki dan tangan yang bergetar. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. 

#6 Rendah Diri 

Golongan ini juga sering berasa malu jika masuk ke dalam lingkungan yang baru. Perasaan malu ini membuatkan mereka ingin berjauh diri untuk berbual dengan orang di sekelilingnya. Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu tidak suka berada dalam tempat yang 'crowded' walaupun bilangan itu kurang dari 10 orang.

#7 Panik 

Rasa panik yang berlebihan amat berbahaya bagi golongan ini. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas itu sendiri yang akan menyebabkan anda Notifications Powered by iZooto mengalami rasa sesak nafas, jantung yang berdegup kencang, berpeluh yang banyak atau kepanasan. namun, tidak semua orang mengalami panik seperti ini. Tetapi, jika ia datang berulang, anda mungkin tergolong dalam "anxiety disorder".

#8 Trauma 

Ada di antara kita yang mengalami trauma yang sangat dasyat sebelum ini. Rasa trauma atau dikenali sebagai "post-traumatic syndrome disorder" (PTSD) bukanlah salah satu tanda anxiety tersebut. Namun, mengikut kajian pada tahun 2006 yang terdapat dalam 'Journal of Anxiety Disorder', ia menunjukkan bahawa orang yang mengalami PTSD ini kebiasaannya juga akan diikuti oleh anxiety disorder juga. Hal ini kerana perasaan cemas yang berlebihan disebabkan trauma atau pengalaman buruk pada masa lalu.

#9 Kesempurnaan 

Menurut Winston, "If you are constantly judging yourself or you have a lot of anticipatory anxiety about making mistakes or falling short of your standards, then you probably have an anxiety disorder". Sebenarnya golongan 'perfectionst' biasanya disebut sebagai "obsessive compulssive disorder" (OCD). Orang yang mengalami ini biasanya akan berasa sangat risau dan cemas jika berasa belum sempurna kerjanya dan dia akan menghabiskan waku berjam-jam dan mengulangi perkara yang sama demi untuk mencapai kesempurnaan tersebut.

#10 Keraguan Diri Sendiri aAtau 'Overthinking' 

Adakah anda selalu meragu akan diri sendiri tentang sesuatu dan menjadi panik disebabkannya? Winston menjelaskan bahawa orang yang mengalami Notifications Powered by iZooto 'anxiety disorder' ini akan sering meragukan dirinya seperti menyoalkan persoalan "Am i good enough?". Rasa cemas ini akan akan terus menghantui diri anda hingga menyebabkan gangguan kebimbangan yang berlebihan.


Jika anda tidak mampu mengawal kebimbangan anda akan sesuatu hal, hatihatilah agar anda bukan tergolong dalam "anxiety disorder" ini. Anda boleh merujuk kepada pakar psikiatri jika anda tidak pasti sama anda anda mengalaminya ataupun tidak. Ini bukan bermaksud anda seorang yang gila. Tidak semua orang yang berjumpa dengan pakar ini disebabkan itu. Bukalah minda anda. Kalau anda boleh mengawal perasaan cemas, tahniah untuk anda. Bagi yang belum, berusahalah agar ia tidak menjadi semakin serius sampaikan mengganggu kehidupan harian anda.

Kredit : Iluminasi


Adab Ketika Ziarah Pesakit Kanser, Jangan Sampai Mengguris Perasaan !!

7 Feb 2022

Mendengar ahli keluarga atau rakan dilanda musibah penyakit kanser memang membuatkan hati kita turut bersedih. Ia penyakit yang mengerunkan kerana mungkin saja tiada rawatan untuk menanganinya. Meski bersimpati dan mahu menziarah tapi dalam masa yang sama ramai yang tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan pesakit kanser ini. Bimbang perbuatan atau tutur kata kita menyentuh hati pesakit kanser yang sememangnya sedang berduka. Supaya apa yang kita ucap atau lakukan tidak membuatkan mereka terasa berikut adalah cadangan yang dikongsi oleh cancer survivor sendiri yang juga aktivis Cancer Survivor Malaysia, Zuraini Kamal.


Bagaimana Menyantuni Pesakit Kanser 

Saya ingin berkongsi sedikit `cadangan’ Bagaimana Nak `menyantuni’ Pesakit Kanser. Apa yang nak diperkatakan apabila menziarahi saudara atau sahabat kita yang kena kanser? Bagaimana kita dapat membantu sahabat & keluarga pesakit kanser? 


1. Niat Ukhuwah 

Ziarah dengan niat ukhuwah `lillahita’ala’ (untuk mendapat redha ALLAH SWT) – jangan menjadi doktor (walaupun anda seorang doktor perubatan) 

~Juz Be A Friend! 

Tak perlu bagi Nasihat – tak perlu bagi cadangan tentang pemakanan ataupun rawatan (kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda. Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice’ dari Onko so bila datang berziarah secara santai please talk about something else, sembang santai je. 

~Be A Shoulder To Cry On 

Kalau dah tak de idea nak sembang .. juz LISTEN to us! Berilah ruang kepada Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.


JANGAN TANYA TAHAP BERAPA TAHAP 1 – TAHAP 2 – TAHAP 3 – TAHAP 4! BAGI KAMI PESAKIT KANSER … TAHAP ATAU STAGE SEMUA SAMA. SEMUA STAGE MENAKUTKAN., KANSER IS STILL CANCER! 


2. Bawalah Buah Tangan Atau Pun Buah-Buahan 

Bila datang ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum & doa. Bawaklah sesuatu utk mengembirakan hati pesakit dan keluarga mereka. Siapa tak suka menerima hadiah? Pemberian itu adalah tanda `ingatan & kasih sayang kita’. In sha ALLAH dapat Pahala tau.


3. Seeloknya Buatlah `Tabung Prihatin’ 

Kutiplah sedikit sumbangan Bantulah kewangan pesakit kanser dan keluarga mereka. Cancer is very expensive illness tau. Kalau ada rakan Wassap grup – 30 org kalau sorang menyumbang RM10 dah kumpul RM300 kan. Apa guna ada Grup Whatsaap kalau ahli dalam kumpulan sakit kita tak boleh pakat bantu sorang sikit kan. 


4. Nak Bergambar? 

Seeloknya adab berziarah SILA mohon izin sebelum mbik gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka’. Saya dulu tak suka `gambar sakit diambil’ Saya sentiasa mahu dilihat `cantek & ceria’


5. Sebagai Jiran: Sentiasa Ambil Berat 

Jika jiran adalah pesakit kanser tanyakan keperluan mereka. Pengurusan anak-anak & pemakanan pesakit kanser. Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja.


6. Jangan Jadi Ustaz/ Ustazah 

Tolong jangan kata kanser itu kifarah dosa. Tidak usahlah dok bercakap tentang dosa/pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan. Nabi Ayob a.s juga Sakit berpuluh tahun – adakah Baginda ditimpa musibbah penyakit kerana beliau berdosa? Ingatlah kanser bukan hukuman Tuhan. Kanser bukan kematian kerana ramai kami yang `survive’ dan menjalani hidup normal seperti anda semua. Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan Radio & Kimo. Me … i m ONE of them!


7. Kanser Bukanlah Kematian

Mati merupakan pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang Nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui Kematian. La Tahzan .


Kredit: Zuraini Kamal, Founder Cancer Survivor Malaysia 

Kredit: VanillaKismis


Kenapa Payudara Sakit Sebelum Datang Bulan?

4 Feb 2022


Anda perasan tak rasa payudara sakit sebelum haid? Bila hampir saja waktu nak datang bulan, mulalah payudara ini rasa membengkak dan seakan sangat sensitif dengan sentuhan! Kadangkala, payudara sakit sebelum haid itu rasa biasa-biasa saja namun ada juga masa di mana ia agak ketara dan memeritkan. Pernahkah anda terfikir mengapa ia terjadi? Kami akan berkongsikan dengan anda penerangannya menurut sains.


Payudara sakit sebelum haid kerana perubahan hormon 

Adalah menjadi rutin kita para wanita untuk mengalami perubahan hormon tanpa henti dalam badan. Kadangkala, kita tidak sedar tentangnya. Namun, apabila terasa saja sakit-sakit pada payudara, ketahuilah bahawa itu salah satu petanda yang hormon sedang berfungsi dalam badan kita!

Pada bahagian kitaran haid kedua iaitu di antara hari ke 14 sehingga hari 28, akan ada 2 hormon yang meningkat, iaitu estrogen dan progesteron. Selepas haid habis, tahap estrogen dalam badan wanita selalunya akan mula meningkat dan memuncak pada hari ke 14. Pada waktu ini, hormon estrogen akan menyediakan badan kita untuk proses ovulasi iaitu proses mengeluarkan telur dari ovari untuk persenyawaan. Kesan daripada peningkatan estrogen dalam badan kita, saluran payudara (breast ducts) akan membesar dan terasa padat. Sebab itulah pada waktu ini, payudara anda akan berasa tidak selesa sedikit.


Hormon progesteron menyediakan payudara untuk menyusu bayi jika anda hamil 

Yang keduanya, payudara sakit sebelum haid adalah disebabkan oleh hormon progesteron yang mula ‘bertugas’ selepas proses ovulasi. Hormon progesteron akan membesarkan saluran susu payudara. Ia bagi menyediakan payudara untuk menghasil dan menyalurkan susu sekiranya anda hamil selepas ovulasi. Disebabkan proses ini, maka anda akan mula mengalami payudara yang sensitif. Ia akan berasa sakit-sakit. Tetapi, ia tidak sepatutnya mengganggu anda menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Selalunya, rasa sakit ini akan hilang sedikit demi sedikit sehingga haid anda datang.


Payudara sakit sebelum haid mungkin petanda anda hamil!

Lagi satu sebab kenapa payudara sakit sebelum datang bulan adalah kerana kemungkinan kita hamil! Apabila badan mula mengesan yang kita mengandung, hormon progesteron akan terus dihasilkan bagi memulakan proses penghasilan susu badan. Maka, ia akan terus menyebabkan payudara anda membesar, sakit-sakit dan sangat peka pada sentuhan. Ia akan berterusan sehinggalah akhir tempoh mengandung! Jadi, kalau selepas ini anda perasan yang payudara anda mula sakit-sakit, jangan risau. Ia adalah satu proses biasa –sebahagian daripada kesan PMS (premenstrual syndrome). Hampir 70% wanita akan merasainya setiap bulan. Dan, ia juga boleh menjadi tanda yang anda mengandung! Kadangkala, wanita berusia yang hampir menopause juga akan merasai rasa sakit sebegini pada bahagian dada mereka.


Bila anda perlu risau jika merasai payudara sakit?

Namun, jika payudara anda kerap sakit dan salah satu daripada perkara berikut terjadi pada payudara anda, anda perlu segera membuat pemeriksaan di hospital: Ada ketulan luar biasa pada payudara Keluarnya cecair dari puting payudara, terutamanya jika warna merah atau coklat Rasa sakit yang keterlaluan sehingga menyukarkan anda menjalani kehidupan harian seperti biasa Jika anda ada tanda-tanda sakit pada payudara seperti di atas, maka pada waktu ini, anda perlu risau! Takut-takut ia adalah simptom kepada penyakit yang lebih serius seperti contoh, kanser payudara. 


Kredit : AsianParent



HADIS 'PAYUNG EMAS' PALSU . Ustazah Asma turut memberi Pandangan atas Pencerahan Datuk Seri Zulkifli

3 Feb 2022




Istilah 'Payung Emas' yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu. 
Ustazah Asma' Harun turut memberi pandangannya berkenaan pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Zulkifli.
Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan isu ini, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.
Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan memaksa isteri dengan mengingatkan tentang besarnya ganjaran itu ini hingga menggunakan hujjah palsu, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu dan tidak layak. Tambah pula isteri tidak mahu, telah berikan khidmat yang sehabis baik, maksudnya tiada sebab kukuh syara’ atau tidak sihat hingga tak mampu memenuhi keperluan batin, atau tidak dapat hamil, atau mungkin mempunyai akhlak yang sangat buruk.

Mudahan si isteri dapat pahala dan Syurga atas sabarnya, bimbang suami pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni memang luas dan perlu perbahasan ilmiah, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas alasan wajib ditaati. Jika suami dah cuba sehabis baik, namun isteri tetap tidak mampu terima, maka tidaklah zalim lagi.
Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang telah banyak memberi bakti. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika dibuat alasan itu juga perlu diperhalusi.
Benar, memang ada poligami yang harmoni, boleh dijadikan contoh kepada ummah. Biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa usaha untuk berikan yang terbaik dalam pelbagai segi, juga yang ada ikhtiar merawat hati isteri pertama dan anak-anak secara berterusan.

Paling utama adalah benar-benar ikut cara Nabi SAW. Kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah RA baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu boleh jadi timbang tara. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang bila dikaji, setiap apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar. Maka yang ingin bernikah lagi dengan alasan sunnah Nabi SAW, paling penting cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju anakanda Fatimah R.A. untuk dimadukan adalah sahih.
Bahkan tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami berpoligami atas sebab tertentu, petikan daripada artikel pada link di bawah:

“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah R.A. bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Thalib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian daripadaku, aku merasa senang dengan apa sahaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya."

Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”
Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا يَعْنِي أَنَّهَا لَا تَصْبِرُ عَلَى الْغَيْرَةِ فَيَقَعُ مِنْهَا فِي حَقِّ زَوْجِهَا فِي حَالِ الْغَضَبِ مَا لَا يَلِيقُ بِحَالِهَا فِي الدِّينِ
Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”
Rujuk Fath al-Bari (9/329)

Bacaan penuh:
Kenapa ia terlalu sakit?
Banyak sebab. Antaranya:
Kebanyakan pasangan daripada awal nikah, bermula dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan seorang demi seorang anak, diasuh dididik hingga dewasa, penat lelah tak boleh dibayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan lelah sedikit demi sedikit, nak menikmati kehidupan yang damai, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat 😢.

Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap ada berbeza, contohnya bab harta sepencarian pun dah berbeza, isteri pertama dah boleh buat tuntuan dalam tempoh nikah, Islam agama yang sangat teliti, menjaga hak semua pihak.

Suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang tertentu, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang teliti, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Isteri yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenarnya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada, bukan tidak redha pada Ilahi, namun lukanya pada manusia yang dipercayai dan dicintai.
Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, sakit pula dah bertambah, hingga darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.

Daripada pengalaman saya di Jabatan Agama Islam menguruskan pasangan poligami, kebanyakan isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, mereka faham tentang hukum, atau sebab tidak redha dengan taqdir, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di hujung usia, saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.

Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua, ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dengan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini. Memang seolahnya dunia seperti lebih berpihak kepada yang pertama hingga kadang ramai yang kedua, ketiga dan keempat menderita, sebab itu penting sangat, sebelum nikah dibuat dengan baik, jumpa isteri pertama, tanya daripada hati wanita kepada wanita. Bahkan memang ada, wanita yang ingin mencarikan suaminya isteri, memang ada yang sangat terbuka, manusia kan berbeza, perasaan pun berbeza. Ada yang cemburunya sangat rendah.

Itulah pernikahan, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatah lagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina adalah atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.

Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.

Kredit : Astro Awani



Nak tukar tayar kereta? Fahami dahulu kod pada sisi tayar untuk elak ditipu

1 Feb 2022

 

SEBAGAI pemilik kereta, pastinya anda sudah tahu apabila tiba masanya, tayar harus ditukar bagi memastikan pemanduan selamat dan lancar.
Bila tayar sudah mula botak, pastikan anda segera menukarnya kerana memandu dengan tayar seperti itu sangatlah berbahaya.
Selain hanya mengetahui kondisi tayar yang sudah teruk, apakah perkara perlu anda tahu sebelum menukar tayar?
Jika selalu mengisi atau pam angin tayar, pasti anda akan perasan dengan beberapa nombor dan huruf yang tercetak di bahagian sisi tayar.
Apakah kod nombor dan huruf tersebut?
Sebenarnya ia bukanlah dicetak dan diletakkan di situ untuk hiasan semata. Kod pada tayar tersebut membawa maksud yang sangat penting melibatkan tayar tersebut.
Tertarik dengan satu hantaran oleh Facebook Pakar Tayar Kereta yang menjelaskan tentang bagaimana caranya untuk membaca kod yang terletak pada sisi atau sidewall tayar.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
PENTING UNTUK TAHU KOD PADA TAYAR
Salah satu sebab kenapa anda perlu tahu membaca kod tersebut ialah ia boleh mengelak anda jadi mangsa penipuan apabila ingin menukar tayar.
Bukanlah semua bengkel begitu tetapi tidak salah untuk kita pelajarinya agar lebih berwaspada daripada menjadi mangsa.
Berikut cara membaca kod tayar dengan betul.
Sebagai contoh kod yang tertera seperti 185/65R13 96H
185 = Lebar (mm) 65 = Nisbah aspek (Lebar / Tinggi) dalam % R = Radial 13 = Diameter rim (inci) 96 = Index beban (Had maksimum bebanan) – rujuk jadual dlm gambar H = Had maksimum kelajuan
KOD TARIKH KELUARAN
Selain itu, pada bahagian sisi tayar juga anda boleh mendapati maklumat tentang tarikh keluaran tayar.
Jelas page Pakar Tayar Kereta, kalau lihat di sisi tayar, ada empat angka tercatit, contohnya 2511.
Maksud di sebalik nombor tersebut ialah, tayar ini dikeluarkan oleh kilang pada minggu ke-25 tahun 2011.
Penting untuk tahu tarikh supaya anda tahu tayar yang anda beli adalah baharu.
Admin nasihatkan agar membeli tayar tidak lebih dari empat ke lima bulan selepas pengeluaran tayar dari kilang.
Jadi anda dapat pastikan tayar anda baharu dan cukup masa untuk proses pematangan getah. Getah kalau terlalu lama akan dapat macam-macam masalah.
Ia menyebabkan tayar jadi keras, mudah retak, menggelembung, mengurangkan cengkaman pada jalan, sekali gus berpotensi berlaku kemalangan serius.
Elakkan guna tayar yang sama lebih dari empat tahun meskipun bunga tayar masih tebal.
Maklumlah, ada sahaja pemandu yang jarang menggunakan kereta. Mungkin sebab jarang guna kenderaan tersebut atau kereta terlalu banyak.
Keluar sahaja sedikit duit utk tukar tayar baharu agar keselamatan lebih terjamin.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Kredit: Facebook Pakar Tayar Kereta
Kredit Maskulin
Kredit Astroawani

Saya Maafkan Ayah, Walaupun Kami Di Abaikan

28 Jan 2022

 

Saya kini berusia 35 tahun, sudah berkahwin dengan seorang pendidik dan dikurniakan sepasang anak berusia dua dan empat tahun. Suami saya, Zaidan (bukan nama sebenar), seorang suami yang baik dan faham akan masalah yang saya hadapi sejak kami berkenalan lebih kurang tujuh tahun lalu.Sejak berusia 13 tahun, ibu dan ayah saya bercerai. Adik-adik berusia sembilan dan tujuh tahun. Selepas ayah keluar dari rumah, kami tiga beradik tinggal bersama ibu di kampung dan menumpang di rumah atuk dan nenek. Oleh kerana ibu tidak bekerja agak sukar bagi kami untuk hidup tetapi mujur ada bapa saudara dan ibu saudara sebelah ibu yang membantu.

Kami tiga beradik berpindah sekolah di kampung atas permintaan atuk yang tidak mahu ibu dalam kesusahan untuk membesarkan kami. Sejak berpisah dengan ibu, ayah langsung tidak ambil tahu. Jenguk kami jauh sekali walaupun saya sebagai anak sulung selalu menelefon untuk bertanya khabar dan meminta wang belanja kami.
“Ayah bukan sahaja tidak ambil kisah hal kami tiga beradik tetapi nafkah edah ibu juga tidak diberinya. Kasihan ibu. Tetapi ibu tidak pernah merungut dan meminta–minta. Ibu sangat sabar walaupun saya tahu hati ibu menderita. Kadang-kadang saya nampak ibu menangis.

Sebagai anak perempuan, apa daya saya untuk membantu. Tambahan pula saya masih remaja dan perlu belajar untuk menyara ibu dan adik-adik. Saya nekad untuk belajar rajin-rajin dan berjaya hingga ke universiti, kemudian bekerja dan membantu ibu. Saya mahu membahagiakan ibu dan adik-adik. Alhamdulillah,  saya lulus  cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, begitu juga adik-adik semua berjaya di dalam pelajaran mereka, berkat doa ibu dan pengorbanan atuk dan nenek serta keluarga sebelah ibu yang tidak pernah jemu memberi kasih sayang kepada kami.

Dalam keperitan hidup, saya berjaya ke menara gading hasil bantuan ibu saudara dan bapa saudara. Mujur ada PTPTN, ringanlah sikit beban mereka menanggung saya dan adik-adik. Saya juga dapat menggunakan duit pinjaman itu untuk membeli keperluan yang saya perlukan. Begitu juga dengan adik-adik. Selepas tamat belajar, saya berusaha ke rumah nenek sebelah ayah dengan tujuan untuk bertanya khabar dan mencari ayah. Saya bawa adik-adik bersama. Nenek sangat sedih kerana perbuatan ayah, dia menangis dan memeluk kami tiga beradik dengan erat sekali.

Nenek juga minta maaf kerana sikap ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada kami tiga beradik. Saya tidak salahkan nenek kerana saya tahu dia juga tidak mampu menasihati ayah. Alhamdulillah, saya mendapat kerja yang sesuai dengan kelulusan,  rezeki saya untuk menyara ibu yang telah lama menderita perasaan kerana perbuatan ayah dapat saya tunaikan. Adik-adik juga berjaya di dalam pelajaran mereka dan masuk universiti seperti mana yang ibu hajatkan. Setelah bekerja, hidup kami berubah. Saya boleh membayar balik budi baik ibu saudara dan bapa saudara yang menyara kami sekeluarga. Budi mereka tidak terbalas. Walaupun mereka enggan menerima, saya tetap bagi duit belanja untuk nenek setiap bulan.

Dua tahun setelah bekerja saya bertemu lelaki yang mahu mengambil saya sebagai isterinya. Kami berkenalan semasa di universiti. Dia melamar saya setelah saya bersetuju untuk hidup di sisinya. Ayah tidak ada semasa bakal mentua saya menyarung cincin di jari manis saya. Atuk dan nenek menitiskan air mata pada hari itu kerana sedih dan terharu sementara ibu memang sentiasa bergenang air mata kerana sangat gembira. Pada masa yang sama, ibu juga sangat sedih. Adik-adik tidak berenggang dengan saya sepanjang majlis berlangsung, mungkin mereka boleh merasakan kesedihan yang saya alami.

Selesai majlis, saya mula sedih kerana saya harus mencari ayah untuk majlis nikah saya yang akan berlangsung dalam tempoh enam bulan.  Siang malam saya menangis mengenangkan hal ini.  Akhirnya saya  bawa tunang saya bertemu nenek untuk mendapatkan alamat ayah. Dua bulan kami mencari, akhirnya saya berjaya menjejak ayah. Terkejut ayah bila saya muncul di rumahnya. Itulah pertama kali saya berkenalan dengan isteri baharu ayah dan adik-adik saya seramai tiga orang. Mereka mesra dan isteri baharu ayah melayan saya dengan mesra.

Saya perkenalkan tunang saya kepada ayah.  Dia macam rasa bersalah dan tidak memandang tepat ke mata saya. Saya peluk ayah dengan air mata berlinangan di pipi. Saya rindukan ayah sebenarnya. Saya bersyukur dapat berjumpa dengan ayah. Saya bagi tau ayah yang saya akan berkahwin. Saya mahu ayah jadi wali saya. Ayah terdiam. Saya bagi borang nikah yang perlu ayah isi. Ayah mengisinya dengan terketar-ketar dan sebak apabila berbual dengan saya. Saya tahu ayah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan tetapi saya ingat pesan ibu, kalau jumpa ayah, layan ayah dengan elok, jangan timbulkan masalah, hormatkan ayah. Jangan bagi ayah sedih, begitu sayangnya ibu kepada ayah.

Sebelum balik saya peluk ayah, saya cium tangan ayah dan berharap sangat ayah akan datang pada hari pernikahan saya nanti. Sambil memeluk saya, ayah berkata dia akan cuba datang tetapi tidak berjanji. Kata ayah, dia malu dengan ibu dan keluarga atuk... malu sangat-sangat. Saya pulang dengan lapang dada berharap ayah akan datang untuk mewalikan saya. Itu hajat saya yang sangat saya harapkan. Saya selalu solat hajat dan buat tahajud minta Allah makbulkan harapan saya. Ya, doa saya makbul. Ayah muncul pada hari pernikahan saya.  Saya menangis, adik-adik juga sama. Ibu tidak berjumpa ayah, mungkin tidak sanggup mengenangkan apa yang ayah sudah lakukan. 

Tetapi saya yakin ibu sudah maafkan ayah. Saya tahu hati ibu, dia sangat sayangkan ayah dan kasih sayangnya itu akan dibawa sampai ke mati. Ayah tidak tunggu majlis perkahwinan saya berlangsung. Saya faham. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ayah  kerana sudi datang dan mewalikan saya. Selepas bernikah, saya rasa lega. Ibu dan adik-adik, saya bawa tinggal bersama saya di rumah yang kami suami isteri beli. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab dan menerima ibu saya dan adik-adik. Keluarga mentua juga sangat baik dan sayangkan saya.

Saya berkongsi cerita ini kerana mahu mereka yang mengalami masalah seperti saya akan sentiasa berdoa, mohon Allah kembalikan kebahagiaan dan kasih sayang yang telah tergugat antara ibu bapa dan anak-anak selepas berlaku perceraian. Tidak semua ayah akan melupakan anak-anaknya sampai mati. Kadang-kala mereka terpaksa, atas sebab-sebab yang tertentu dan ada juga yang sengaja berbuat demikian. Apa pun, kembalilah kepada Allah, insya-Allah ada bahagianya nanti.

Semoga rumah tangga saya akan sentiasa di dalam rahmat Allah hingga ke jannah. Semoga ayah juga dalam bahagia. Saya juga berjanji akan menjaga ibu dan adik-adik serta membahagiakan mereka sehingga mereka juga bertemu jodoh. Terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah ini.

Kredit : UtusanMalaysia


Kerana Harta, Adik-Beradik Berbalah

24 Jan 2022



SAYA cukup tertarik dengan kisah 'Mencari Keberkatan hidup' yang dipaparkan di ruangan ini beberapa minggu lalu. Tentang permaufakatan adik beradik atas harta tinggalan arwah ibu ayah mereka. Dan mereka lakukan yang terbaik untuk menambah pahala ibu ayah mereka. Malangnya adik beradik saya berbalah berebut harta hingga menyusahkan arwah ibu dan ayah di alam sana.

Saya bayangkan ditakdirkan kami berenam beradik boleh berpakat seperti itu tentu hidup kami lebih bahagia dan tentu arwah ibu bapa kami lebih tenteram di sana. Kami tidak ramai tetapi malangnya kami masih tidak dapat membuat keputusan tentang harta peninggalan arwah." Demikian cerita Siti Sara dalam emelnya.

Emak saya meninggal dulu daripada ayah. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, tetapi baik ayah mahupun kami adik-beradik tidak dapat buat keputusan tentang harta peninggalan emak. Emak juga ada harta peninggalan arwah nenek atas nama emak tetapi dikongsi bersama adik-beradik emak yang lain. Pendek kata harta ada, tetapi pemiliknya bukan seorang, ada sangkut paut dengan orang lain. Kata kakak apa yang berlaku kerana emak tak mahu putuskan semasa hayatnya dulu, maka susahlah nak buat keputusan sekarang, sementara itu ada pula adik-beradik emak yang sudah meninggal dunia. Pendek kata memang sulit nak diputuskan.

Oleh kerana ayah masih ada maka perkara tersebut didiamkan begitu sahaja hinggalah ayah meninggal dunia setahun lalu. Barulah masing-masing bersuara tambahan pula tanah emak itu hendak dibeli oleh sebuah syarikat pemaju untuk dirikan projek mereka. Barulah masing-masing terbuka mata, barulah mahu 'ambil kuasa'.

Bab nak ambil surat kuasa atas tanah tersebut bukan mudah. Mesti ada persetujuan adik-beradik dan mestilah orangnya amanah dan mahu menguruskannya serta ada masa. Kami minta abang sulung usahakan ambil kuasa. Tapi abang sulung buat tak kisah. Sebab katanya, dia perlukan duit untuk urusan pindah milik dan turun lain ke pejabat tanah.

Malangnya dalam diam abang tetap teruskan usahanya, kerana dia telah dijanjikan jumlah wang yang banyak jika dia jual tanah emak kepada syarikat tersebut. Bila berita itu bocor, maka berlakulah bertengkaran antara adik dengan abang. Tuduh menuduh berlaku. Dan sudah pasti tidak ada kepercayaan antara mereka lagi. Keadaan menjadi lebih kacau bila isteri abang masuk campur, kerana beliau mahu tanah tersebut segera dijual.

Walaupun saya dan kakak cuba bawa mereka berunding, tetapi gagal kerana setiap kali berbincang kakak ipar masuk campur. Katanya bila minta duit untuk upah abang mengurusan 'ambil surat kuasa' untuk belanja turun naik pejabat tanah, tidak ada siapa nak bagi duit, semua abang belanja sendiri. Tetapi bila nak dapat duit semua nak minta duit. Perkataan kakak ipar kami itu sudah tentu menyakitkan hati dua orang adik lelaki saya. Maka tuduh menuduh berlaku, mereka pula mendakwa abang nak jual harta, nak makan sendiri tanpa memberitahu kami adik beradik.

''Bila kes terbongkar abang cuba jual untuk dirinya sendiri, abang pula mengamuk maka turuh-menuduh berlaku. Tetapi peliknya kami dapat tahu abang dah dapat duit pendahuluan untuk proses penjualan tanah tersebut. Namun abang dan isterinya menafikan. Saya tak tahu siapa yang betul. Sudah beberapa kami saya dan kakak berjumpa abang supaya selesaikan kes ini dengan segera, bukan kerana kami hendakkan hartanya, tetapi kami tak mahu adik beradik bergaduh kerana harta. Kata kakak jika sudah diuruskan surat ambil kuasa, abang boleh jualkan tanah tersebut dan bawa berbincang dengan adik beradik jumlah tawarannya.

Sedihnya hingga kini kes pembahagian harta pusaka emak dan ayah masih tak selesai peliknya tanah tersebut telah dipagar oleh pemaju untuk membangunkan projek mereka. Kami diam bukan kerana takut, tetapi tak mahu mereka bergaduh pasal tanah dan harta. Namun kami yakin memang ada kebenarnnya proses pembelian tanah tersebut telah berlaku, jika tidak takkan ada orang lain berani ceroboh tanah arwah emak kami. 

Beberapa bulan lalu adik-adik lelaki kami telah jumpa peguam untuk membincangkan masalah tanah arwah emak yang diambilalih oleh pemaju. Kami pasti akan berlaku lagi pertengkaran adik-beradik tentang harta tersebut. Inilah masalahnya jika emak tinggalkan harta untuk anak-anak pun susah, tak ditinggalkan harta pun susah. Semuanya kerana tidak ada kepercayaan antara adik-beradik, dan ditokok tambah pula dengan campur tangan ipar duai yang mempunyai kepentingan peribadi.

Peliknya mereka berebutkan tanah tinggalan emak, hingga mereka terlupa keadaan rumah emak yang ditinggalkan selepas kematian ayah. Keadaan rumah semakin teruk, bocor sana sini, rumput tak dipotong dan tak berjaga. Dulu saya bersihkan dan sewakan, duitnya saya kumpul dan diberi sama rata setiap enam bulan sekali. Tetapi adik-beradik lelaki bantah, katanya, sebagai anak lelaki mereka patut dapat dua bahagian. Jika gitu saya minta mereka saja uruskan, tetapi mereka tolak. Akhirnya saya minta adik bongsu tinggal di sana sementara beli rumah sendiri. Malangnya yang lelaki minta bayaran sewa. Kerana merajuk adik tinggalkan rumah tersebut selepas tiga bulan tinggal di sana. Kini keadaan rumah jadi teruk semula.

Pada pandangan saya ini semua terjadi kerana adanya sikap tamak antara adik beradik saya mereka rela rumah itu jadi lebih teruk dan bocor daripada disewakan atau dibenarkan adik sendiri tinggal di situ. Masalahnya hingga kini tentu pembaca dapat bayangkan harta peninggalan arwah emak dan ayah langsung tidak memberi faedah kepada kami anak-anaknya, kerana ada antara kami yang bersikap tamak dan mencurigai antara satu sama lain. Malah ada yang sanggup biarkan harta itu hancur daripada diberikan kepada adik untuk menjaganya.

Ada juga sanggup menjual tanah secara sembunyi untuk kepentingan diri. Sementara harta pemberian nenek kepada emak langsung tidak dipedulikan kerana mereka malas berusaha untuk mengambil kuasa. Sebab takut keluar duit sendiri.

Demikian cerita Siti Sarah panjang lebar tentang harta peninggalan arwah emak ayahnya yang langsung tidak digunakan sebaik mungkin oleh anak-anaknya. Jadi kepada pembaca semua ambillah iktibar daripada cerita Siti Sarah ini supaya harta pusaka anda bawa berkat setelah anda meninggal dunia.

Kredit : UtusanMalaysia



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.