SLIDER
Pelajar Cemerlang SPM (10A), Tersilap Langkah Yang Membawa Ke Tali Gantung
10 Mar 2022
Tak Sempat Ganti Puasa ? Dah Bayar Fidyah ? Begini Caranya
9 Mar 2022
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:
KIRAAN FIDYAH
Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:
Situasi 1
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7hari x RM4.00 = RM28.00
Situasi 2
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Keterangan :
Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.
GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.
Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:
Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah
30hari x Rm4.00 = RM120.00
2.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM4.00 = RM28.00
*Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.
*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
3.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)
4.Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)
5.Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )
3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)
Hukum Disebalik Pembelian Emas Secara ‘Trade In’. Ada Riba Disitu. Hati-Hati
8 Mar 2022
Ramai antara kita yang tidak tahu hukum dalam urusan menjual emas lama dan membeli emas baru. Mesti antara kita juga tidak perasan terhadap konsep ‘trade-in’ jual emas lama dan tukar emas baru dengan bersyarat dimana perlu ada penambahan duit. Lebihan duit yang ditambah itu sudah dianggap sebagai riba dan haram disisi undang-undang Islam?
Menerusi posting di Facebook, Puan Tengku Mila menjelaskan hukum hakam ‘trade-in’ emas adalah sebahagian dari syubhah.
Kena Jual Dulu
Sedikit ilmu tentang emas. Sebenarnya ramai lagi yang masih cetek tentang hukum hakam dalam jual beli emas. Tau tak apa hukum Trade in Emas dengan Emas?? Perasan tak bila kita nak trade in kat kedai, kita akan bagi emas kita, staff timbang dan bagi harga sekian sekian.
Then staff minta kita pilih emas baru yang kita nak. Then kena tambah duit. Tahu tak, lebihan duit yang kita tambah tu adalah riba? Ya RIBA kawan-kawan. Cara trade in yang tidak mengikut syariat adalah haram di sisi Islam ye. Macam mana cara trade in yang sah di sisi Islam? Caranya, kita kena jual dulu barang kemas kita, then lepas dapat duit, lepas akad bagai, baru kita beli baru.
Transaksi tersebut mestilah taqabud fil hal yakni berlaku dalam satu masa. SYARATNYA MESTI KITA PEGANG DULU DUIT HASIL KITA JUAL/TOLAK BARANG KEMAS TERSEBUT. TIDAK BOLEH TIDAK, MESTI PEGANG DULU DUIT TU. Melainkan kalau berat dan nilai harga emas dengan emas tadi adalah sama. Tanpa perlu berlaku penambahan duit dan sebagainya. Maka hukumnya adalah sah.
Tapi mana mungkin kan?? harga emas pun berbeza hari ke hari. So cara paling selamat nak elakkan riba adalah dengan menjual terlebih dahulu, pegang duit dan kemudian beli emas yang baru. Dalam seronok kita menjual dan membeli emas, ada syariat yang perlu dijaga.
Kena berhati hati dalam jual beli emas. Agar syariat terjaga, simpanan terpelihara. Sama situasi kita trade in emas online pun kena transfer byr dulu. Kemudian bru deal balik utk beli emas lain.
Jawapan Kepada TradeIn Emas Lama
Lagi Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu:
i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Ini Cara Selamat Dari Riba
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah: “Juallah dengan sempurna, ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”
JELAS, CARANYA: MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Bebanan Status ANDARTU
7 Mar 2022
=========================================================================
Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah. Ustaz Zaharuddin Merungkai Persoalan
5 Mar 2022
Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.
Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-
Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :
Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.
Kredit : zaharuddin.net
Tertipu, Pengalaman Ngeri Menjadi Pekerja Pemetik Buah Di Australia
2 Mar 2022
Jangan terpedaya dengan iklan kerja pemetik buah gaji lumayan
Di situ bermula lah mimpi ngeri Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil yang bernama Robinvale, Victoria.
Seperti berada di ‘neraka’, sering kena tipu
Kehidupan Kayla sebagai pemetik buah selama dua bulan di Australia beri banyak pengajaran kepadanya. Wang poket yang dibawa sebanyak RM9, 000 habis digunakan untuk menampung perbelanjaan di sana termasuklah tiket penerbangan balik ke Malaysia.
Oleh kerana tidak tahan dengan pelbagai kos serta wang yang telah digunakan, Kayla buat keputusan untuk terus berhenti menjadi pemetik buah dan meninggalkan ladang tersebut. Dengan Visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya balik ke Malaysia. Bagi Kayla, cukup lah dua bulan yang amat memeritkan tu.




