Semua Orang Boleh Curang .... Jika Anda Memilih Untuk Melakukannya
31 Aug 2017
Faktor-faktor Yang Menjurus Ke Arah Perlakuan Curang
Perbuatan curang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lelaki curang? Itu adalah perkara biasa kerana tabiat lelaki yang memang suka menggoda gadis atau wanita lain sedangkan dia sendiri telah mempunyai sesuatu yang halal bagi dirinya. Wanita curang? Ini juga tidak dinafikan, kes-kes seperti ini juga banyak berlaku dalam kalangan masyarakat. Namun antara lelaki dan wanita, siapakah yang lebih bersikap curang kepada pasangan mereka?
Menurut
Pensyarah Psikologi di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja
Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin, berdasarkan
peratusan, perlakuan curang 70 peratus lebih banyak dilakukan lelaki berbanding
wanita.
Namun apa
yang membezakan antara lelaki dan wanita, kelakuan curang lelaki seolah-olah
‘direstui’ dalam masyarakat berbanding wanita yang melihat kecurangan yang
dilakukan itu satu yang keji.
Ini
berdasarkan kepada kelebihan lelaki itu yang dibenarkan untuk berkahwin lebih
seorang bagi lelaki beragama Islam.
Dalam
melakukan kecurangan, usia bukanlah penghalang bagi lelaki, terutama dalam
kalangan lelaki muda, namun bagi golongan wanita, sifat curang tidak didedahkan
kepada mereka oleh keluarga sejak kecil bahkan sentiasa dipupuk kepada mereka
sikap setia kepada pasangan.
“Bagi
golongan wanita, sukar untuk merealisasikan perlakuan curang itu sendiri kerana
pergerakan mereka lebih mudah dikenali dan disyaki masyarakat sekeliling,
sahabat dan keluarga. Bahkan, keberanian wanita agak rendah berbanding lelaki
untuk berlaku curang di tempat kerja atau tempat terbuka yang membolehkan
mereka mudah dilihat sementelah masyarakat di luar cepat menyampaikan.
“Tambahan,
perlakuan curang adalah sesuatu yang tidak elok, tidak manis bagi golongan ini
iaitu sesuatu di luar konteks masyarakat, manakala dalam membicarakan persoalan
ini melibatkan lelaki, mereka pula pandai menyorok keadaan. Apabila berlaku
curang, mereka akan buat muka selamba dan tiada perasaan serba salah atau
bersalah. Golongan wanita pula cepat gelabah dan cepat pula rasa bersalah,”
katanya.
Apabila
ditanya siapakah yang pandai simpan rahsia selepas melakukan kecurangan, Siti
Azura menjawab, sebenarnya, golongan lelaki lebih pandai menyimpan rahsia
berbanding wanita. Ini terbukti apabila berlaku pembongkaran sesuatu hubungan
di luar konteks perkahwinan, kadangkala perhubungan itu sudah lama berlaku.
Berbeza dengan golongan wanita yang tidak pandai menyimpan rahsia, kerana akan
bercakap mengenainya dengan rakan karib untuk meluahkan perasaan.
Malah,
lazimnya golongan wanita yang lebih rapat dengan keluarga dan anak-anak akan
berfikir lebih mendalam sebelum berbuat apa-apa keputusan.
“Mereka
akan memikirkan dahulu, apa yang akan terjadi terhadap keluarga dan anak-anak
dan akibat daripada perlakuan curang itu. Malah, akibat terlalu memikirkan
keluarga, ada antara wanita yang enggan berkahwin lagi setelah bercerai atau
suami meninggal dunia kerana memikirkan masa depan anak-anak,” katanya.
Golongan
wanita juga jelasnya, cepat puas hati dengan kehidupan yang mereka alami
sekiranya tiada masalah dalam rumah tangga.
“Mereka
tidak kisah untuk melayari kehidupan rumah tangga yang seadanya bersama suami
dan anak-anak kecuali suami buat hal di luar dan tidak memberikan nafkah zahir,
batin.
“Lazimnya,
kecurangan bermula apabila lelaki pada mulanya hanya sekadar suka-suka dengan
sesuatu perhubungan tanpa disedari terus ‘tersuka’ dengan individu berkenaan.
Statistik
juga katanya, menunjukkan lelaki kacak lebih cenderung untuk berlaku curang,
namun, bukan bermakna lelaki kurang tampan tidak akan curang. Bahkan, ramai lelaki
muka ‘pecah’ memiliki ramai teman wanita. Kenapa? Kerana mereka bijak memancing
wanita dengan kekayaan dan pengaruh yang mereka ada.
Satu lagi
persoalan dalam menghadapi masalah lelaki curang adalah keturunan.
Mungkin
ada kebenarannya, lelaki yang menjalinkan hubungan dengan ramai wanita kerana
bapa mereka memiliki ramai kekasih atau isteri lebih daripada satu.
Namun,
ada juga lelaki yang setia pada seorang isteri meskipun didedahkan dengan
suasana itu sejak kecil lagi.
Sebenarnya
dalam hal ini, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk
melakukannya.
1 PJJ - perkahwinan jarak
jauh, bila
berjauhan terlalu lama pasangan semakin kuat diuji. contohnya lelaki diuji
dengan wanita lain yang dekat dengannya. Mereka perlukan nafkah batin menjadikan
alasan berkahwin lain sebagai alasan menyalurkan kehendak seks. Isteri yang
jauh pasti tidak dapat menghidu kecurangan suami kerana sibuk menguruskan rumah
tangga dan anak-anak berseorangan tanpa suami di sisi.
2 Kurang layanan mesra - di dalam hati lelaki
pasti ada keinginan dilayan seperti begini dan begitu, tetapi tidak tercapai
sepenuhnya kerana pasangan sibuk dengan anak-anak dan urusan rumah tangga
sehingga badan berbau busuk ‘ikan’ kononnya. Mereka memberi alasan kekurangan
penampilan dan penjagaan diri pasangan sebagai alasan terpikat pada wanita yang
berbau wangi.
3 Kewangan - ada kes lelaki terpaut
dengan wanita lain kerana wanita itu mampu memberi wang dan memenuhi keinginan
hidupnya (sebelum ini dia agak bermasalah dalam ekonomi rumah tangga). Oleh
kerana dikelabui harta dan kedudukan (wanita berpangkat) golongan ini sanggup
meninggalkan isteri dan anak-anak. seolah-olah memperoleh hidup baharu yang
lebih bahagia.
4 Reunion group - satu projek malapetaka
jika disalahgunakan. Berapa banyak kes kecurangan dilaporkan kerana perjumpaan
kawan-kawan lama. cinta lama berputik kembali kerana tidak dapat menguruskan
secara profesional hubungan biasa semakin intim sehingga berantakan rumah
tangga. Cuba elakkan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin berhubungan secara
intim di media sosial dan mengadu dumba kisah pasangan mengharapkan belas
ehsan.